Anda di halaman 1dari 16

AKTA PENDIDIKAN 1996

DAN
IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN 1996.
PENGENALAN AKTA
PENDIDIKAN 1996
Suatu himpunan dasar-dasar legislatif yang berupa
undang-undang dalam pelbagai dimensi dan perkara
tentang sistem dan urusan pendidikan di Malaysia.

Merupakan lanjutan dan pembaharuan daripada Akta


Pelajaran 1961.

Merupakan perundangan yang baru dan ia


menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar
pendidikan yang sedia ada.

Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan


yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961.
MATLAMAT AKTA 1996

Untuk mewujudkan
kesejahteraan masyarakat
dan negara.
TUJUAN AKTA 1996

Memantapkan sistem pendidikan kebangsaan untuk


generasi akan datang agar sejajar dengan kehendak
dan cita-cita negara untuk menjadikan Malaysia
sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu
tinggi dan bertaraf dunia.

Memperluaskan skop dan memperkenalkan


perundangan mengenai pendidikan.
FUNGSI AKTA 1996
Memelihara hak dan kepentingan awam.

Mengagihkan sumber dengan saksama.

Memelihara hak dan pembangunan individu.

Mendisiplinkan individu dan organisasi.

Memastikan pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

Meningkatkan kualiti operasi dan pembangunan organisasi


awam.
Falsafah Pendidikan Negara dijadikan sebagai
landasan Akta Pendidikan Kebangsaan yang
digubal setelah mengambil kira pandangan dan
aspirasi semua pihak.

Dalam Akta Pendidikan, konsep sistem


pendidikan kebangsaan dimantapkan dengan
meliputi semua peringkat persekolahan dari
peringkat pra sekolah hingga ke peringkat
pendidikan tinggi, dan meliputi semua kategori
sekolah, iaitu sekolah kerajaan , sekolah bantuan
kerajaan dan sekolah swasta.
Kedudukan Bahasa kebangsaan
diperkukuhkan dengan memperuntukkannya
sebagai bahasa pengantar utama dalam
sistem pendidikan kebangsaan. Ini
diperkuatkan lagi dengan menjadikan bahasa
tersebut sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di
semua sekolah dan institusi pendidikan.

Kurikulum semua jenis dan kategori sekolah


akan selaras dengan kehendak negara apabila
Kurikulum Kebangsaan, yang diperuntukkan
dalam Akta Pendididkan 1996 wajib diguna
oleh semua pihak.
Murid-murid dari semua jenis dan kategori
sekolah akan diwajibkan mengambil peperiksaan
yang telah ditetapkan oleh kerajaan dan dengan
itu akan memudahkan kita menggunakan
penilaian atau pengukuran yang sama tentang
pencapaian murid-murid dari sekolah-sekolah di
negara kita.

Pendidikan Islam akan diperluaskan meliputi


murid-murid Islam di semua kategori sekolah
termasuk sekolah swasta dan diperkukuhkan lagi
dengan menjadikan pelajaran tersebut sebagai
salah satu daripada pelajaran teras di sekolah-
sekolah.
Dengan adanya peruntukan yang membolehkan
Menteri Pendidikan menubuhkan dan
menyenggara tadika, maka dari keluarga yang
kurang berada di bandar-bandar akan berpeluang
mendapat pendidikan prasekolah yang menjadi
asas yang baik bagi memulakan pendidikan
rendah.

Mutu Program pendidikan di semua tadika juga


akan dapat dipertingkatkan kerana tadika-tadika
ini akan diwajibkan menggunakan Garis
Panduan Kurikulum Prasekolah yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.
Sejajar
dengan penumpuan terhadap usaha
membudayakan pendidikan sains dan teknologi,
pendidikan teknik akan dipertingkatkan di
sekolah menengah teknik dan politeknik.

AktaPendidikan 1996 memudahkan sekolah


vokasional ditukar taraf ke sekolah teknik,
manakala politeknik boleh mengadakan program
kerjasama dengan mana-mana institusi,
perbadanan atau organisasi perindustrian untuk
mengendalikan kursus teknik atau vokasional
atau program latihan, termasuk program
pertukaran.
Politeknikjuga boleh mengadakan program
berkembar bagi kursus peringkat diploma dan
ijazah dengan institusi-institusi pendidikan
tinggi, sama ada dalam negeri atau luar
negeri.

Pendidikan guru akan dapat diperkukuhkan


dengan adanya peruntukan yang
membolehkan Kementerian Pendidikan
mengadakan progam pendidikan guru bukan
sahaja di peringkat sijil, tetapi juga di
peringkat diploma dan ijazah, iaitu secara
berkembar.
Pendidikan swasta akan dapat berkembang secara
lebih sistematik dengan adanya peruntukan yang
spesifik bagi mengawal taraf pendidikan dan
perjalanan institusi-institusi tersebut.

Dalam pada itu, institusi pendidikan swasta juga boleh


dikehendaki mengadakan pengajaran Bahasa
Kebangsaan, Pengajian Malaysia dan Pendidikan Islam
atau Moral untuk memupuk semangat cintakan negara
dan nilai-nilai murni.
Pendidikankhas akan diberi perhatian yang lebih
dengan adanya peruntukan yang cukup bagi
pendidikan tersebut.

Menyedaribahawa Malaysia adalah sebuah


negara berbilang kaum dan berdasarkan
pemuafakatan politik yang telah dibuat oleh
pemimpin-pemimpin negara yang dahulu, Akta
Pendidikan 1996 telah mengambil kira
kepentingan semua kaum dengan cara
mengekalkan status quo sekolah rendah jenis
kebangsaan dan juga 60 buah sekolah Cina
swasta.
Disamping itu Unified Examination yang
diambil oleh sekolah-sekolah ini serta lembaga
pengelola sekolah conforming dan sekolah
mission dikekalkan.

Akta
Pendidikan 1996 juga turut
memperuntukkan pengajaran bahasa suku
kaum di negara ini sekiranya didapati
munasabah dan praktik diadakan.

Kelas-kelas
agama seperti bible classes tidak
diperlukan mendaftar di bawah Akta
Pendidikan 1996.

Anda mungkin juga menyukai