Anda di halaman 1dari 20

1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 1

PROSA TRADISIONAL
PELANDUK MENGAJAR
MEMERANG
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 2

SINOPSIS
• Nabi Allah Sulaiman mempunyai lima orang perdana menteri,
iaitu manusia, jin ifrit, unggas, landak dan pelanduk. Perdana
Menteri paling bijak ialah pelanduk yang bergelar Syah Alam
di Rimba (SAR). Pada suatu hari, Syah Alam di Rimba (SAR)
terjumpa akan lubang memerang dengan tujuh ekor anak
yang ditinggalkan oleh ibu bapa yang keluar mencari ikan.
Kebetulan pula Sang Bubut memukul gendang perang, lalu
Syah Alam di Rimba (SAR) membuka pencak silat sehingga
terpijak akan semua anak memerang hingga mati belaka.
Apabila ibu bapa memerang balik, mereka mengenali bekas
tapak kaki Syah Alam di Rimba (SAR), lantas berpakat untuk
menghadap Nabi Sulaiman.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 3

SINOPSIS
• Berdasarkan aduan memerang, Nabi Sulaiman menitahkan
belatuk memanggil Syah Alam di Rimba (SAR) menghadap,
lalu ditanyakan motif tindakan itu. Syah Alam di Rimba (SAR)
menjelaskan bahawa dia menyangka Sang Bubut memukul
gendang perang, maka secara tidak sengaja dia terpijak akan
anak memerang. Sang Bubut yang dipanggil memberitahu
bahawa dia melihat biawak berlari-lari sambil membawa
pedang terhunus. Sang biawak pula memberitahu dia
melihat labi-labi berenang secara senget sambil membawa
perisai. Sang labi-labi melihat Sang Udang membawa tombak
bercanggah. Sang udang berbuat demikian kerana melihat
Sang Seberau mudik berikat pinggang melengkung
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 4

SINOPSIS
• Sang Seberau memaklum sembah kepada Nabi Sulaiman
perihal anak bininya dianiaya oleh Sang Memerang. Baginda
murka terhadap memerang yang akhirnya mengaku salah.
Nabi Sulaiman membuat keputusan bahawa tindakan Syah
Alam di Rimba (SAR) sebagai diat (nyawa dobalas nyawa)
dan pesalah sebenar ialah memerang.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 5

TEMA
• Balasan terhadap golongan yang menganiayai golongan lain,
yakni kisah memerang yang menganiayai anak-anak Sang
Sebarau. Sebagai balasan dan takdir Tuhan, anak-anak Sang
Memerang sendiri terbunuh selepas dipijak oleh Syah Alam
di Rimba (SAR) ketika bersilat sewaktu terdengar akan bunyi
paluan gendang perang oleh Sang Bubut.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 6

PERSOALAN
• Sikap tamak yang mahu mendapatkan sesuatu.
• Pengaduan yang dilakukan kepada pihak yang berkuasa.
• Pengadilan memerlukan saksi dan bercakap benar.
• Kebijaksanaan untuk menyelesaikan masalah.
• Mengakui kesalahan.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 7

LATAR TEMPAT
A. Hutan rimba.
• Tempat Syah Alam di Rimba memerintah dan membuat lawatan ke
kawasan wilayah pemerintahannya.
B. Lubang.
• Tempat tinggal mak, bapa, dan anak-anak memerang.
C. Kota istana.
• Singgahsana Nabi Allah Sulaiman di kota istana.
D. Lubuk.
• Tempat tinggal Sang Sebarau dan anak-anak Sang Sebarau di dalam
lubuk.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 8

PLOT
PERMULAAN PERKEMBANGAN

• Syah Alam di Rimba • Ibu bapa memerang mengadu


bertemu dengan anak-anak kepada Nabi Sulaiman perihal
kematian anak-anak mereka
memerang. Kemudian, dia akibat perbuatan Syah Alam
terdengar bunyi paluan di Rimba. Baginda memanggil
gendang perang lalu Menteri Syah Alam di Rimba
membuka silat. Akibatnya, untuk mendapatkan
penjelasan. Selepas itu,
anak-anak memerang baginda memanggil Sang
terbunuh. Ibu bapa Bubut, Sang Biawak, Sang
memerang pulang dan Labi-labi, Sang Udang, dan
mendapati anak-anak Sang Sebarau untuk mencari
mereka sudah mati. punca yang sebenarnya.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 9

PLOT
KLIMAKS PELERAIAN

• Sang Sebarau • Sang Memerang memohon


menceritakan perbuatan maaf dan mengaku akan
jahat pasangan memerang kesalahan mereka.
terhadap kaum Akhirnya, Nabi Sulaiman
keluarganya. Nabi Sulaiman memberi kemenangan
berasa sangat murka kepada Syah Alam di
terhadap Sang Memerang. Rimba.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 10

TEKNIK PLOT
1. DIALOG 2. MONOLOG DALAMAN

• Contohnya, • Contohnya:
• "Hai kanak-kanak, ke manakah • Fikir Syah Alam di Rimba,
pergi mak bapa kamu?" [hlm. "Itulah akan memerang ini,
35] selalu saja ia membuat aniaya
• "Hai Syah Alam di Rimba, Nabi atas ikan-ikan itu, terlalu
Allah Sulaiman memanggil runsing hatiku mendengar
segera ke balai pengaduannya kepada Nabi
penghadapan." [hlm. 38] Allah Sulaiman; jikalau begitu,
baiklah aku perbuat pakatan
pula dengan dia." [hlm. 36]
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 11

TEKNIK PLOT
3. PEMERIAN

• Contohnya:
• Sebermula adalah suatu hari
Syah Alam di Rimba pergi
berjalan menatapi sekalian
anak buah di dalam
pemerintahannya.
Berjumpalah ia suatu lubang
ternpat memerang, ada
anaknya tujuh ekor. [hlm. 35]
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 12

LATAR MASA
a. Pada zaman dahulu.
• Contohnya, zaman pemerintahan Nabi Allah Sulaiman adalah pada
zaman dahulu.
b. Siang.
• Contohnya, mak dan bapa memerang pergi menghadap Nabi Allah
Sulaiman pada waktu siang.
c. Petang.
• Contohnya, mak dan bapa memerang pulang ke lubang pada waktu
petang.
d. Malam.
• Contohnya, mak dan bapa memerang melakukan perbincangan serta
membuat keputusan untuk berjumpa dengan Nabi Allah Sulaiman
pada waktu malam.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 13

LATAR MASYARAKAT
A. Masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Memerang, Sang Bubut, Sang
Labi-labi, Sang Biawak, Sang Udang, dan Sang Sebarau merupakan
masyarakat binatang yang tinggal di rimba.
B. Masyarakat yang mementingkan diri sendiri.
• Contohnya, Sang Memerang begitu tamak ketika menangkap ikan
untuk dijadikan makanan tanpa memikirkan nasib yang menimpa ikan-
ikan tersebut.
C. Masyarakat yang berlaku jujur terhadap pemerintah.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang
Biawak, Sang Udang, dan Sang Memerang bercakap benar di hadapan
Nabi Allah Sulaiman.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 14

LATAR MASYARAKAT
d. Masyarakat yang patuh akan pemerintah.
• Contohnya, mak dan bapa memerang taat akan perintah Nabi Allah
Sulaiman supaya membuat pengakuan terhadap kesalahan yang telah di
lakukan terhadap anak-anak Sang Sebarau.
e. Masyarakat yang sentiasa bersedia untuk menjaga keselamatan
pemerintah.
• Contohnya, Syah Alam di Rimba, Sang Bubut, Sang Labi-labi, Sang Biawak,
dan Sang Udang sentiasa bersedia dengan tugas masing-masing apabila
merasakan bahawa Nabi Allah Sulaiman diancam oleh pihak musuh.
f. Masyarakat yang cepat bertindak.
• Contohnya, burung belatuk amat cepat menjalankan perintah Nabi Allah
Sulaiman supaya memanggil binatang-binatang lain untuk datang
menghadap baginda.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 15

WATAK DAN PERWATAKAN


1. PELANDUK ATAU SYAH ALAM DI RIMBA
a. Dilantik oleh Nabi Allah Sulaiman untuk menjadi menteri.
b. Merupakan menteri yang paling termasyhur kerana
kebijaksanaannya.
c. Bijak untuk memberikan kesedaran kepada memerang.
d. Pandai bersilat.
e. Sebagai menteri, Syah Alam di Rimba sentiasa mengambil berat
akan kehidupan rakyatnya.
f. Syah Alam di Rimba taat kepada pemerintah, iaitu Nabi Allah
Sulaiman.
g. Mudah berasa risau sekiranya anak buahnya ditimpa sebarang
masalah.
h. Jujur ketika berhadapan dengan Nabi Allah Sulaiman.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 16

WATAK DAN PERWATAKAN


2. MEMERANG ATAU SANG MEMERANG
a. Mempunyai tujuh orang anak.
b. Menjadikan ikan sebagai makanan.
c. Tamak terutamanya dalam hal makanan.
d. Mak dan bapa yang bertanggungjawab, iaitu mencari makanan
untuk anak-anak.
e. Mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan nasib orang lain.
f. Taat kepada perintah Nabi Allah Sulaiman supaya mengaku salah.
g. Sedar akan penganiayaan yang telah dilakukan terhadap anak-anak
Sang Sebarau.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 17

WATAK DAN PERWATAKAN


3. NABI ALLAH SULAIMAN
a. Seorang pemerintah yang rakyatnya terdiri daripada manusia, jin,
dan binatang.
b. Melantik lima Perdana Menteri dalam urusan pemerintahan
baginda.
c. Bijak menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh semua
rakyatnya.
d. Tidak terburu-buru dalam membuat sesuatu keputusan.
e. Pemerintah yang adil.
f. Tegas dalam membuat keputusan.
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 18

GAYA BAHASA
Ayat pendek Seketika lagi hari pun siang

Ayat panjang Memerang yang kedua lalu menangis yang teramat


sangat sayang akan anaknya itu, putuslah asanya
membawa ikan terlalu banyak hendak memberi makanan
akan anak-anaknya itu.

Penggunaan Allah Subhanahuwataala


bahasa Arab

Penggunaan bersemayam • singgahsana • patik • baginda • titah •


bahasa istana tuanku • beta
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 19

GAYA BAHASA
Penggunaan • Hatta
bahasa klasik

Sinkope Sang Biawak membawa pedang tercabut saja berlari-lari;

Repetisi Sebab patik mudik membawa perisai itu, patik lihat Sang
Udang pun bersama membawa perisai itu,
1/16/2018 Dihasilkan Oleh: Mohamad Izzat Hakim Ismail 20

NILAI DAN PENGAJARAN


Nilai Pengajaran
Nilai prihatin Kita hendaklah menjadi pemimpin yang prihatin
terhadap kehidupan rakyat
Nilai patuh akan pemimpin Sebagai rakyat, kita hendaklah patuh akan
setiap arahan pemerintah
Nilai keadilan Jika kita dilantik menjadi pemerintah, kita
hendaklah membuat keputusan dengan adil
Nilai bertanggungjawab Kita hendaklah menjadi ibu bapa yang
bertanggungjawab.
Nilai kejujuran Kita mestilah berkata dengan jujur apabila kita
dihadapkan ke muka pengadilan

Anda mungkin juga menyukai