Anda di halaman 1dari 16

KESELAMATAN KANAK-

KANAK
-Latihan Kebakaran
-Di Air
-Di Dapur
Disediakan Oleh: Melvin Bin Sapon
LATIHAN KEBAKARAN
• Latihan kebakaran dilakukan sebanyak dua
kali setahun. Sekali pada penggal pertama
dan sekali pada penggal kedua sesi
persekolahan. Segala maklumat berkenaan
panduan mengosongkan bangunan ada
dilekatkan didalam kelas.
Contoh Pelan Tindakan Kebakaran
PANDUAN LATIHAN
MENGOSONGKAN BANGUNAN
1.Apabila murid mendengar loceng berbunyi panjang TANPA
BERHENTI latihan mengosongkan bangunan telah bermula.
2.Semua murid hendaklah:
• Berhenti daripada membuat semua kerja.
• Berdiri dengan tenang.
• Membuat barisan dengan serta-merta dan berjalan menuju ke
tempat berkumpul dengan cepat, senyap, tanpa kekecohan,
tidak berlari-lari atau bertolak-tolak antara satu sama lain.
• Mengikut jalan yang telah ditetapkan dalam pelan.
• Guru atau pembantu adalah orang terakhir meninggalkan kelas
dan bertanggungjawab untuk menutup suis dan lampu serta
semua pintu.
• Semua penghuni diberi 3 minit untuk mengosongkan bangunan
• Murid-murid dinasihatkan supaya jangan membawa beg
sekolah apabila meninggalkan kelas.
• Apabila sampai di tapak selamat, murid-murid hendaklah beratur
mengikut kedudukan seperti yang telah ditetapkan.
• Ambil kehadiran murid
DI AIR
 Sentiasa ambil tahu tentang tempat anda akan berenang.
Ketahui kedalaman kolam renang di setiap sudut kolam kerana
kedalaman antara dua hujung kolam mungkin berbeza.
 Sentiasa gunakan pelampung jika anda tidak mahir atau tidak
pandai berenang.
 Berenanglah dekat dengan orang dewasa untuk membantu
sekiranya berlaku sebarang kecemasan terutamanya jika anda
tidak mahir atau tidak pandai berenang. Kolam renang biasanya
ada anggota penyelamat. Dapatkan perhatian anggota
penyelamat supaya mereka sedar kehadiran anda di kolam
renang.
 Berenang secara berpasangan/berkumpulan. Sekiranya
berlaku kecemasan, kawan atau teman anda boleh memberi
bantuan dan mendapatkan pertolongan.
 Gunakan tangga untuk masuk ke dalam kolam renang. Jangan
lompat. Tersilap membuat anggaran tentang kedalaman kolam
renang boleh menyebabkan kecederaan. Manakala jika di sungai
atau laut, mungkin terdapat sebuah batu besar di dasar air
sehingga boleh menyebabkan kecederaan.
 Ketahui kemampuan diri sendiri. Jangan berenang terlalu
lama kerana boleh menyebabkan keletihan atau mengalami
kekejangan otot. Sekiranya tidak mahir berenang, berenanglah di
kawasan yang dasarnya masih boleh disentuh dengan kaki.
 Perhatikan keadaan cahaya matahari. Sinar matahari yang terpantul
dari air boleh menyebabkan kulit terbakar. Gunakan losyen pelindung
matahari, kaca mata hitam dan pakaian pelindung sebelum memasuki
air.
• Kerap minum air. Walaupun berada di dalam air, dehidrasi mudah
berlaku apabila berada bawah panas terik matahari.
• Elakkan mengunyah, makan atau minum sambil berenang. Ia boleh
menyebabkan sesaorang itu tercekik
• Jaga kebersihan di tempat anda berenang
• Berenang di kawasan yang selamat. Ketahui kedalaman air di setiap
sudut kolam kerana kedalaman antara dua hujung kolam mungkin
berbeza.
• Kenalpasti bahaya di dalam air. Bahaya termasuklah:
• Air terlalu sejuk
• Terdapat arus tersembunyi
• Sukar melangkah keluar seperti tebing yang cerun dan berlendir
• Air terlalu dalam
• Terdapat benda berbahaya di dalam air yang boleh menyebabkan
kecederaan seperti kaca, tin kosong berkarat dan lain-lain
• Tiada anggota penyelamat
• Terlalu banyak aktiviti/sukan air di kawasan sekitar.
• Air tercemar sehingga boleh menyebabkan jangkitan penyakit jika
berada di dalam air. Pencemaran air boleh diketahui melalui
persekitarannya yang kotor serta terdapat tikus di kawasan sampah.
Meminum air yang dicemari air kencing tikus (walaupun tanpa
sengaja) boleh menyebabkan jangkitan penyakit “leptospirosis”.
DI DAPUR
• Jangan benarkan kanak-kanak masuk ke dalam
dapur.
• Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh
diambil kanak-kanak.
• Pasang kunci atau penghalang di dalam laci,
almari dan pintu.
• Pasang penghadang di dapur memasak bagi
menghalang kanak-kanak dari menyentuh api
atau permukaan panas.
• Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti
pengisar dan periuk nasi adalah berbahaya.
Sorokkan dengan penutup wayar atau pita
pelekat.
• Biasakan diri supaya memusingkan pemegang
atau tangkai periuk ke dalam berjauhan dari
hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum,
bawa atau menyediakan makanan atau minuman
panas sambil mendukung bayi.
• Jauhkan makanan dan minuman panas dari
hujung meja
• Alas meja yang berjuntai boleh ditarik
dengan mudah dan apa-apa barang di atas
meja boleh jatuh menimpa bayi atau kanak-
kanak.
• Jika anda mahu menggunakan alas meja,
kepit dengan penyepit atau klip.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai