Anda di halaman 1dari 14

TEKNIK KAEDAH

KODALY
3 JENIS TEKNIK
Terdapat 3 jenis teknik Kodaly :-

1. Teknik Solfa
2. Isyarat Tangan (Hand Sign)
3. Simbol, Notasi dan Sebutan Irama
TEKNIK SOLFA

Kodaly menggunakan sistem “do”


bergerak yang berasal dari Guido Arezzo
(Itali) pada ke 11. Dalam sistem ini, tonik
solfa atau tonik pusat dalam sesebuah
lagu ialah do dalam nada major dan la
dalam nada minor. Ini memudahkan
pelajaran nyanyian semerta.
Nada Major : d r m f s l t d’

Nada Minor : l t d r m f s l’
ISYARAT TANGAN
Isyarat tangan merupakan sejenis lambang yang
berasal dari Hebrew dan Mesir kuno.
Ia boleh dilakukan untuk menggambarkan tinggi
rendah sesuatu pic apabila dinyanyikan. Kanak-
kanak biasanya menggunakan satu tangan
(tangan yang menulis) untuk isyarat tangan.
Isyarat tangan juga digunakan sebagai respon
kepada melodi yang didengar dan dilakukan tanpa
menyanyi kerana ianya berlaku di dalam kepala.
Contoh :- Semua pelajar di dalam kelas akan
menyanyi dan dengan serentak seorang pelajar
akan menggunakan isyarat tangan tanpa
menyanyi.
Isyarat Tangan
Isyarat-isyarat ini dilaksanakan di bahagian hadapan
badan dengan permulaan do pada aras bahagian
pinggang dan la pada aras bahagian mata. Jarak dalam
isyarat tangan menunjukkan jeda yang dinyanyikan dan
ditunjukkan.

Jarak so – mi lebih jauh dari jarak so – la atau do – re.


Oktaf menggunakan isyarat tangan yang sama tetapi
pada jarak yang berdasarkan skala.

Contohnya not C tengah ditulis sebagai do sementara


do’ adalah C atas dan sekiranya C adalah di bawah C
tengah ia akan ditulis do,.
FUNGSI ISYARAT TANGAN
Isyarat tangan digunakan sebagai respon kepada melodi yang
didengar dan dilakukan tanpa menyanyi kerana ia berlaku di
dalam kepala. Contohnya kelas akan menyanyi dan dengan
serentak seorang pelajar akan menggunakan isyarat tangan
tanpa menyanyi.

Penggunaan isyarat tangan membuat pembelajaran solfa


mudah dan merupakan satu persediaan untuk mendengar
pertukaran do.

Contohnya guru menunjukkan beberapa siri isyarat tangan


kepada pelajar dan pelajar menyanyi kepada solfa. Apabila
guru berhenti pada mi dengan serentaknya ia akan
menggunakan tangan kiri untuk menunjukkan isyarat so.
Pelajar kemudian akan menyanyi pada so dalam pic sama
seperti mi. Latihan seperti ini diteruskan sehingga pelajar
dapat kemahiran dalam perubahan nada dan solfa.
Isyarat tangan boleh mempertingkatkan
kemahiran intonasi dalam dua suara.
Contoh :-
Kelas boleh dibahagikan kepada dua
kumpulan; kumpulan 1 menyanyi mengikut
isyarat tangan kanan guru sementara
kumpulan 2 menyanyi mengikut isyarat
tangan kiri guru. Di sini guru perlu cekap
dalam penggunaan isyarat tangan.
SIMBOL,NOTASI LIDI DAN
SEBUTAN IRAMA
Contoh di antara urutan yang digunakan di dalam
kaedah Kodaly

Simbol :
Muzik bergerak dalam bit (beat) yang stabil.
♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣ ♣
Meter – muzik bergerak dalam kumpulan bit (beat) yang
mempunyai tekanan

2
4 ♣ ♣ ♣ ♣
> >
Muzik bergerak dalam dua atau tiga atau kedua-
duanya boleh digabungkan.

2 ▲ ▲ ▲ ▲ ▲ ▲
4

3
4
▲▲▲ ▲▲▲ ▲▲▲

Anda mungkin juga menyukai