Anda di halaman 1dari 6

PERTANDINGAN

DEKLAMASI SAJAK
MINGGU BAHASA MELAYU 2018
SKRIP SAJAK TAHUN 4
LOONG KENG HONG
TAHUN 4
AKU MASIH INGAT

Aku masih ingat


Dan akan terus ingat
Sehingga akhir hayat
Dulu engkau banyak menderita

Aku masih ingat


Dulu engkau banyak menangis
Aku masih ingat
Dulu engkau banyak berkorban
Apa saja

Aku masih ingat


Dulu engkau berdinding kegigihan
Mendidik aku menjadi anak yang baik

Ibu…….
Aku masih ingat
Mengucapkan terima kasih
Dan akan terus ingat melafazkannya
Sehingga akhir hayat
Aku masih ingat
Segala yang murni itu

Terima kasih ibu….


CHAN CHI SAM
TAHUN 4

KATA-KATA

kalau kita dicerca dengan kata


jangan kita diam tak terkata,
Pertahankanlah maruah kita
lawan kata dengan kata.

Kalau mereka mengherdik dengan kata


carilah daya kita,
Kalah kita
jangan kerana putus kata.

Ini martabat bangsa kita


ini kedaulatan Negara kita
kita pelihara
dengan kepantasan kata daripada kepala.

Kita merdeka bukan kerana senjata.


Kita merdek kerana bijak kata.

Aduhai anakanda
kalau hidup mahu terbela
pandailah mengucap kata.

HASHIM YAACOB
LAM YIHEN
TAHUN 4

BAHASA KITA kita tegakkan bersama,


suburkan dalam jiwa,
Jalinan indah, murnikan dengan bait-bait kata,
Puitis bermakna
Dari ungkapan cinta Kerana,
hingga luahan benci rasa hati, ini bahasa kita,
Dari salam perkenalan kerana,
hingga lambaian ucapan selamat tinggal, Bahasa inilah yang menyatukan kita,
Dari agungnya Kota Melaka yang akan terus mengikat kita bersama
hingga aku berdiri di bumi Malaysia, dalam perbezaan yang ada.
Madah bicara,
Di bawah lembayung yang sama,
Satu bahasa,

Tapi kini madah berbeza kian memamah,


Melupa warisan agung bangsa kita,
Kerana kita terlalu menjunjung bahasa mereka….
Bukan bahasa kita,
kerana mereka itu maju kononnya… tidak kita.
Kita lupa kita alpa,
kita lalai dengan budaya mereka.

Sedarlah bangsaku,
matikan khayalan indah,
NGAN JIA WEI
TAHUN 4

GURUKU

Guruku kau penyuluh hidupku,


Menerangi alam ini,
Kau ku anggapkan sebagai ibu bapaku.

Wahai guruku,
Kau ibarat sebatang lilin.
Menerangi alam kegelapan.
Kau sanggup membakar girimu wahai guruku,
Kau insan mulia,
Membimbing dan mendidik daku,
Kaulah insan yang ku sanjungi.

Guruku,
Segala baktimu,
Akanku balas dengan kejayaanku,
Akanku buktikan kepadamu wahai guruku….
MIOR MUHD IRFAN
TAHUN 4
DADAH DURJANA

Tika dulu kau bagai penawar


mengukir sejarah di bidang perubatan
penyelamat nyawa tika kesakitan

Namun kini….
Martabatmu begitu hina
Hadirmu bak najis semata
Kau hanyalah pemusnah
Generasi Dunia

Dadah
Kau umpama racun yang mengalir
Dalam pembuluh darah
Bagai jarum yang ditusuk hingga ke tulang
Perit…
Pedih…

Dadah
Kau Durjana
Hadirmu membawa derita
Khayalan sementara Cuma
Imaginasi dusta di bumi nyata
Membawa kesedihan
Mengundang derita sengsara
Dan mengusung…
Kematian….

Anda mungkin juga menyukai