Anda di halaman 1dari 10

PENDIDIKAN ALAM SEKITAR

PENGENALAN KEPADA EKOLOGI ASAS


2.1 KOMPONEN ALAM SEKITAR
KOMPONEN PENERANGAN CONTOH
ALAM
SEKITAR
Alam Sekitar Alam sekitar yang sedia ada Hutan, paya, padang
Semulajadi dan akan kekal jika tiada rumput, sungai, tasik,
ancaman atau gangguan luar. gurun, tundra, laut.
Alam Sekitar Alam sekitar yang wujud Tasik, lombong.
Buatan disebabkan oleh aktiviti
manusia untuk tujuan tertentu.
Alam Sekitar Alam sekitar yang diwujudkan Taman Pertanian Bukit
Sosiobudaya atau diubahsuai daripada alam Cerakah, Taman Botani
sekitar semulajadi atau buatan Putrajaya, Taman Tasik
untuk tujuan rekreasi, Perdana.
pelancongan dan sebagainya.
2.2 BIOSFERA DAN EKOLOGI
KONSEP BIOSFERA
 Biosfera merupakan bahagian planet yang
didiami oleh organisma.
 Ia meliputi atmosfera dan juga keseluruhan
permukaan Bumi.
 Biosfera mempunyai pelbagai ekosistem
yang berlainan.
KONSEP EKOLOGI
 Ekologi ialah kajian tentang hubungan
antara benda hidup sesama sendiri dan
hubungan benda hidup dengan alam
sekitarnya.
2.3 EKOSISTEM
EKOSISTEM
 Ekosistem ialah satu unit semula jadi yang terdiri
daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang saling
bertindak antara satu sama lain dengan persekitarannya.
 Interaksi ini menghasilkan satu sistem yang stabil.
 Komponen-komponen yang berinteraksi bersandaran
antara satu sama lain dalam ekosistem. Jika salah satu
komponen terganggu atau dikeluarga, maka keseluruhan
ekosistem akan terganggu.
 Sesuatu ekosistem akan mempunyai dua komponen iaitu
biotik dan abiotik.
BIOTIK
 Komponen biotik adalah komponen yang
hidup iaitu komuniti dalam ekosistem itu.
 Ia juga termasuk segala aktiviti tumbuhan
dan haiwan yang saling mempengaruhi
antara satu sama lain secara langsung atau
tidak langsung.
 Contoh: pemangsaan, persaingan,
parasitisme, simbiosis, saprofitisme.
ABIOTIK
 Komponen abiotik termasuk kesemua
faktor yang tidak kaitan secara langsung
dengan kehadiran organisma lain.
 Contoh: nilai pH, suhu, keamatan cahaya,
kelembapan, topografi, iklim mikro.
KONSEP NIC
 Nic adalah kedudukan dan aktiviti ssuatu organisma
dalam sesuatu ekosistem serta hubungannya dengan
faktor biotik dan faktor abiotik yang hadir dalam
komunitinya.
 Nic boleh dibahagi kepada tiga jenis:
 Nic habitat

 Nic makanan

 Nic multi dimensi

Anda mungkin juga menyukai