Anda di halaman 1dari 8

SURAH AL-FURQAN

KUMPULAN :- MUHAMMAD ZULHILMI BIN SHARIFFUDDIN


PENGENALAN

• Surah al furqan merupakan surah yg ke -25.


• Surah ini mempunyai 77 ayat.
• Dalam ayat 53, menceritakan tentang pembahagian air masin dan air tawar di laut
AYAT 53 SURAH AL FURQAN
MAKSUD AYAT 53 SURAH AL FURQAN

• Dan Dia yang telah melepaskan dua laut, satu segar dan manis dan satu masin
dan pahit, dan Dia menempatkan di antara mereka suatu halangan dan melarang
bercampur.
TAFSIRAN DARIPADA AYAT 53

• “Dan dialah yang memberikan dua laut yang mengalir (berdampingan),” Allah dengan kuasa-Nya
membiarkan dan melepaskan dua laut berdampingan dan bertemu tanpa membedakan, “yang ini tawar
lagi segar,” sangat tawar dan menghilangkan dahaga karena sifatnya itu, “dan yang lain asin lagi
pahit” sangat asin. “Dan Dia jadikan antara keduanya dinding” Allah menciptakan penghalang antara
keduanya dengan kuasa Nya, sehingga salah satunya tidak mengalahkan yang lain. “dan batas yang
menghalangi”dan halangan dari sampainya pengaruh salah satunya kepada yang lain. Ibnu Katsir berkata:
makna ayat adalah bahwa Allah menciptakan dua air, yaitu air tawar dan air asin. Air tawar seperti air
sungi, mata air dan sumur. Sedangkan air asin seperti samudra yang tidak mengalir. Allah menciptakan
penghalang antara air tawar dan air asin, yaitu tanah yang kering . demikian pendapat yang dipilih Ibnu
Jarir. Ar Razi berkata: Cara mengambil dalil jelas disini, sebab jika asin dan tawar itu disebabkan sifat
tanah atau air, maka harus sama. Jika tidak demikian, maka harus ada Maha Kuasa yang
mengkhususkan masing-masing dengan sifat tertentu.
SAINS DI SEBALIK AYAT 53

• Sains moden telah menemui bahawa di tempat-tempat di mana dua lautan berlainan bertemu,
terdapat suatu pemisah di antara kedua lautan tersebut. Pemisah ini membahagikan kedua lautan ini
supaya setiap lautan tersebut mempunyai suhu, tahap kemasinan dan kepadatannya yang
tersendiri.Ahli-ahli oceanologi masakini telah dapat menjelaskan ayat Al-Qur’an di atas.Terdapat
pemisah air yang condong yang tidak dapat dilihat di antara dua lautan ini, dan melalui pemisah ini air
laut daripada suatu lautan masuk ke lautan yang lain.

Tetapi apabila air daripada suatu lautan masuk ke lautan yang lain, ia kehilangan sifat-sifat
tersendirinya dan menjadi sebati dengan air laut yang lain itu. Pemisah ini seolah-olah menjadi suatu
kawasan proses sebatian dan perubahan bagi air dari kedua-dua lautan berkenaan.

Fenomena saintifik yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an ini juga telah disahkan oleh Dr. William Hay,
seorang saintis marin dan professor sains geologi di Universiti Colorado, Amerika Syarikat.
PENUTUP

• Konklusinya, hal ini demikian menunjukkan betapa hebatnya kuasa allah kerana mampu
mengasingkan sekecil-kecil zahrah dalan air bagi memastikan air masin dan air tawar tidak
bercampur. Ini juga membuktikan bahawa kitab alquran telah lengkap dan mempunyaj
pelbagai ilmu yang boleh didapati dan digunakan sehingga hari ini.
SEKIAN TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai