Anda di halaman 1dari 5

LAUTAN TIDAK BERGAUL ANTARA SATU SAMA LAIN

Fakta saintifik mengenai dua air laut dari sumber yang berbeza tidak akan bergaul/ bercampur antara satu sama lain. Fakta ini telah ditemui oleh ahli sains hanya pada tahun 1942, hasil dari beratus-ratus stesen cerapan didirikan untuk memerhati fenomena air laut. Akan tetapi Al-Quran telah menyatakan keadaan ini lebih 1400 tahun dahulu melalui beberapa ayatNya

Ia biarkan air dua laut mengalir, sedang keduanya pula bertemu; antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masingmasing tidak melampaui sempadannya; (Ar-Rahman: 19-20)

Dr. William W. Hay apabila ditunjukkan hujjah Al-Quran mengenai fenomena ini mengakui akan kebenaran ayat Al-Quran Beliau telah menjelaskan pemisahan antara dua Air laut berlaku disebabkan kandungan garam, ketumpatan dan suhu yang berbeza Beliau membawa contoh pertembungan/sekatan antara air (yang tidak bergaul) dari Lautan Atlantik dan Laut Mediterranea yang bertemu di batuan Gibraltar (rujuk rajah di bawah)

Dr. William W. Hay adalah Profesor of Oceanography (lautan) Colorado University, Boulder ,Colorado USA. Beliau adalah seorang saintis marin yang sangat terkenal.

Dalam ayat lain Al-Quran telah menyatakan terdapat sekatan apabila Air laut dan air tawar bertemu

Dan Dia lah Tuhan yang telah mengalirkan dua jenis air berdampingan, yang satu tawar lagi memuaskan dahaga, dan yang satu lagi masin lagi pahit; serta ia menjadikan antara kedua-dua laut itu sempadan dan sekatan yang menyekat percampuran keduanya. ( Al-Furqaan:53)

Prof. Dr William W Hay membawa hujjah yang sama antara pertemuan air sungai dan air laut di mana keduanya tidak bergaul. (lihat rajah sebelah)

Mengulas tentang penemuan fakta-fakta baru berkaitan lautan yang telahpun disebut didalam AlQuran beliau berkata:

Adalah sangat menarik maklumatmaklumat seperti ini terdapat di dalam kitab Al-Quran. Saya tidak tahu dari mana maklumat ini datang .Saya rasa sangat tertarik yang maklumat itu ( tentang laut ) ada di dalam Al-Quran . Kajian yang sedang dijalankan sekarang akan menyingkap sebahagian daripada maksud ayat-ayat AlQuran. Apabila ditanya mengenai sumber Al-Quran itu beliau menjawab: Saya rasa ia mestilah wahyu daripada tuhan

Kenyataan lengkap Prof Dr. William W. Hay dalam internet

Saksikan video klip ini untuk menjelaskan lagi kebenaran fakta ini

Anda mungkin juga menyukai