Anda di halaman 1dari 11

AKHLAK

AKHLAK
( Dr. Miqdad YalJin )

Meringkaskan akhlak kepada 3 aspek:

 Sifat semula jadi yang dimiliki oleh seseorang


secara fitrah;
 Sifat yang dimiliki oleh seseorang melalui latihan
atau sebagainya yang akhirnya diterima
sebagai adat atau tabiat; dan
 Akhlak meliputi dua demensi, batin iaitu
kejiwaan dan zahir iaitu kelakuan
( Jamil Saliba: al-Mu’jam al-Falsafi )

 Dari segi istilah: Akhlak bermaksud


kejiwaan yang darinya akan terbit
tingkah laku dan perbuatan manusia
( Ibn Athir dan al-Ghazali )

 Khuluq merupakan gambaran batin


seseorang termasuk –jiwa, inspirasi,
kehendak dsb;
 Khalqu pula merupakan sifat lahiriah atau
bentuk luaran seseorang.
 Oleh itu, apabila dikatakan seseorang itu
baik khuluq dan khalqunya maka – baik
sifat batiniah dan lahiriahnya.
( al-Ghazali )

“Akhlak adalah sifat yang tertanam


dalam jiwa seseorang, darinyalah
terbentuknya perbuatan dengan
mudah, dengan tidak
berkehendakkan pertimbangan fikiran
terlebih dahulu.”
Menurut al-Ghazali;

 Jika keadaan jiwa melahirkan perbuatan yang


baik ( akal dan syarak)  dinamakan akhlak
yang baik, jika sebaliknya akhlak yang buruk.

 Akhlak bukan pengetahuan atau kebolehan


untuk melakukan sesuatu perbuatan; bukan
juga baik atau buruk itu sendiri; tetapi akhlak
sebenarnya keadaan kejiwaan yang merupakan
punca kepada wujudnya tingkah laku.
( Ibn Miskawayh )
“Keadaan jiwa yang menggerakkan
seseorang untuk melakukan sesuatu
perbuatan tanpa pertimbangan fikiran
(terlebih dahulu)”

 Keadaan jiwa seseorang terbahagi 2


bahagian:
Tabii (natural)
Dibentuk melalui latihan dan kebiasaan
 Jiwa tabii berpusat di sifat semula jadi
seseorang - umpamanya cepat marah terhadap
perkara yang kecil-kecil; cepat terkejut dengan
berita yang didengar; cepat ketawa; cepat
berputus asa dsb.

 Jiwa yang dibentuk melalui latihan dan


kebiasaan melalui dua peringkat:
Peringkat pertimbangan dan pemikiran yang
teliti
Peringkat mempraktikkan sesuatu kebaikan
sehingga menjadi kebiasaan dalam amalan
hidup seseorang
Ahmad Amin:

“Akhlak adalah sifat batiniah (kejiwaan) bukan lahiriah


(luaran). Adapun perbuatan lahiriah dinamakan
‘kelakuan’ atau ‘mu’amalat’, dimana ianya merupakan
gambaran dan bukti adanya sifat kejiwaan atau akhlak”.

Akhlak mempunyai ciri-ciri:


 Aspek batin atau keadaan jiwa seseorang yang
merupakan tenaga penggerak kepada pembentukan
tingkah laku
 Aspek luaran atau tingkah laku itu sendiri, yang
dilakukan bukan kerana tekanan emosi atau desakan-
desakan dari luar seperti paksaan dsb.
 Perbuatan-perbuatan itu pula hendaklah dilakukan
secara berterusan hingga menjadi kebiasaan dan darah
daging kepada seseorang.
RUMUSAN

AKHLAK – Keadaan yang lahir daripada


jiwa seseorang sebagai daya penggerak
kepada wujudnya satu-satu perbuatan,
dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan
dengan motif yang baik, berterusan dan
bukan disebabkan oleh desakan atau
dorongan emosi. Ia merupakan gabungan
moral dan etika. Akhlak lebih menekankan
autoriti wahyu di samping tidak menolak
akal, sedangkan moral dan etika lebih
memberatkan taakulan manusia.
MENURUT HASSAN ALBANA
 AKHLAK

Anda mungkin juga menyukai