Anda di halaman 1dari 12

Etika Sains Dalam

Tamadun Islam
Pengertian Etika dan Sains
• Dalam ajaran Islam, perkataan etika menghampiri maksud akhlak.
• Pengertian akhlak dianggap lebih sesuai kerana akhlak bertunjangkan
ajaran al-Quran dan hadis manakala etika berasaskan teori-teori
ciptaan manusia.
• Sains pula bermaksud sains ilmu pengetahuan yang teratur
(sistematik) yang boleh diuji atau dibuktikan kebenarannya. (Kamus
Dewan, 2005)
ILMU MENURUT TAMADUN ISLAM
• Pendidikan berteraskan tauhid
• Ilmu terbahagi kepada dua

llmu bermanfaat llmu mudharat

Terima Tolak

Tahukah anda?
al-Razi pernah diminta untuk mencipta racun arsenik oleh khalifah
(ketua negara). Beliau menolak kerana ia adalah ilmu yang
memudharatkan.
ETIKA SAINS DALAM ISLAM
• Perbuatan dan kegiatan seorang ahli sains diklasifikasikan kepada
Wajib, Sunat, Harus, Makruh dan Haram
mengikut hukum Islam
Kegiatan ahli sains perlu berlandaskan kepada 5 asas iaitu Tauhid
Uluhiyyah, Tauhid Rububiyyah, Khilafah, Tazkiah an-Nafs dan al-Falah
1. Tauhid Uluhiyyah
• Percaya bahawa Tuhan itu Esa dan seluruh semesta alam ini ialah
kepunyaan-Nya (Mohd Razimi Husin & Md Shahaidil Ab Rahman,
2018)
• Maksudnya, manusia perlu percaya bahawa hanya seorang Pencipta
yang wujud dan semua penciptaanNya adalah bermatlamat
• Hal ini menunjukkan bahawa semua yang ada di muka bumi ada
kepentingan dan kegunaannya. Hanya manusia yang perlu mencari
dengan menyelidik.
2. TAUHID RUBUBIYYAH
• Allah yang mencipta, memberi rezeki kepada semua makhluk,
menghidup dan mematikan sesuatu yang ada di atas alam maya ini
(Mustaffa Abdullah & Ahmad Zaki Ibrahim, 2010).
• Maksudnya, hanya Tuhan yang berhak menentukan nasib dan
ketentuan semua.
• Manusia perlu berusaha sedaya-upaya dan berserah kepada Tuhan.
3. KHILAFAH
• "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.”
(Surah al-Baqarah, ayat 30)
• Manusia dinamakan khalifah kerana  bertanggungjawab
menggantikan daripada Allah segala perlaksanaan hukum hakam dan
juga arahan-arahan Allah (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2 Mei
2018).
• Tuntasnya, ahli sains Islam bertanggungjawab terhadap kajiannya dan
perlu mematuhi syariat Islam dalam mencari ilmu sains.
4. TAZKIYYAH AN-NAFS (Penyucian
Diri)
Menurut Mohd Murtadza Ahmad (6 Februari 2010), tazkiyah al-nafs adalah
melibatkan dua proses utama iaitu:
• al-takhalli ‫تخلي‬
 ( 1‫) ال‬-membersihkan diri daripada sifat-sifat yang tercela
kerana ianya adalah najis maknawi yang menghalang untuk sampai kepada
hadrat Allah yang Quddus sebagaimana najis yang zahir kepada Allah
• al-tahalli‫تحلي‬
( 1‫( ) ال‬al-Qurdi, 1995:457)-menghias jiwa dengan sifat-sifat
yang mulia sebagaimana yang dituntut oleh Islam.
Maksudnya, ahli sains Islam perlu menyucikan jiwa sebelum melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang ahli sains yang memberi manfaat kepada
manusia sejagat.
5. AL-FALAH (Kejayaan)
• Konsep al-falah ini membawa kepada kejayaan di dunia dan akhirat.
• Sebagai seorang ahli sains, kajian dan penyelidikan sains yang dibuat
perlulah bertujuan membawa kebaikan kepada manusia dan alam.
Kajian juga perlu memberi manfaat dan tidak mendatangkan kesan
buruk sama ada dari segi kesihatan, sosial, ekonomi, mahupun aspek
lain.  bertanggungjawab menggantikan daripada Allah segala
perlaksanaan hukum hakam dan juga arahan-arahan Allah.
IMPLIKASI PENGASINGAN SAINS
DENGAN AGAMA
• Sains dan agama Islam tidak dapat dipisahkan.
• Al-Quran menganjurkan manusia mempelajari alam sebagai 'kitab'
Allah SWT yang kedua (Hasliza Hassan, 16 Mei 2018)
• Sains Islam dan sains agama juga menjadi asas kepada sains moden.
• Menurut Mohammad Husain et al. (2018), Sains Moden bertitik tolak
daripada pengetahuan saintifik yang sebahagian besarnya adalah
sumbangan daripada tamadun yang beragama, khususnya Tamadun
Islam.
• Simpulnya, sains dan agama sememangnya tidak boleh dipisahkan.
Rujukan
Buku
Mohd Razimi Husin & Md Shahaidil Ab Rahman (2018). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS)(2). Selangor: Oxford Fajar
Sdn. Bhd.
Kamus
Kamus Dewan. (2005). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal
Mustaffa Abdullah, Ahmad Zaki (2010). Ibrahim Tawhid Uluhiyyah, Rububiyyah dan Al-asma’ Wa Alsifat menurut tafsiran
Muhammad Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar. Jurnal Usuluddin. Volume 31: 49-64
Kertas Kerja
Mohd Murtadza Ahmad (6 Februari 2010). Tazkiyah Al-nafs Dalam Ilmu Tasawuf. Bicara Sufi. Balai Kediaman Rasmi YTM
Tunku Besar Tampi. Diperoleh daripada https://www.muftins.gov.my/v1/en/2019/04/19/tazkiyah-al-nafs-dalam-ilmu-
tasawuf/ pada 19/3/2020
Prosiding
Mohammad Husain, Khairul Anwar; Yaacob, Eyrma; Jasmi, Kamarul Azmi (2018). Sains Islam dan Asas kepada Sains Moden
in Prosiding Seminar Tamadun Islam 2018 pada 17hb. Ogos 2018 di Bilik Kuliah 6, Blok N28, UTM. Program anjuran Akademi
Tamadun Islam, UTM, p. 199-218. ISBN: 978-967-2171-28-7.
e-Akhbar
Hasliza Hassan (16 Mei 2018). Fahami sains berdasarkan al-Quran.
Berita Harian (atas talian). Diperoleh daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2018/05/426285/faham
i-sains-berdasarkan-al-quran pada 19/3/2020
Internet
Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, 2 Mei 2018). Hakikat manusia
sebagai khalifah. Diperoleh daripada
http://www.yadim.com.my/v2/hakikat-manusia-sebagai-khalifah/ pada
19/3/2020’

Anda mungkin juga menyukai