Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN BOLA JARING - MENJARING

DENGAN SEBELAH TANGAN


CHONG KEE, DARREL
MENJARING DENGAN SEBELAH TANGAN

 Kemahiran penting dalam sukan ini.


 Setiap pemain perlu mahir membuat jaringan walaupun hanya terdapat dua
orang pemain yang dibenarkan membuat jaringan iaitu GS dan GA, namum
pemain-pemian lain juga prlu mempunyai kemahiran ini
 Percubaan menjaringkan gol boleh dilakukan di mana-mana tempat di dalam
bulatan jaringan.
 Memerlukan ketepatan pada sasaran dan pada gelang jaring.
TEKNIK MENJARING DENGAN SEBELAH
TANGAN
 Pemain berdiri seimbang dengan berat badannya di atas kedua belah kaki
sementara tangan yang membuat jaringan berada di hadapan sedikit
 Tangan yang menjaring diluruskan dan tapak tangan terhulur ke atas dengan jari
dibuka dan bola berada di atas jari dan ibu jari (bukan di tapak tangan)
 Tangan pemain dihulurkan ke atas supaya boleh berada sama tinggi dengan paras
kepala (atau lebih) dan menumpukan perhatian ke satu arah di bulatan jaringan
 Dari kedudukan ini, bengkokkan siku dan bawa bola ke paras muka, dan serentak
dengan ini, bengkokkan lutut.
 Kemudian luruskan lutut dan tolak bola dengan tangan ke arah jaringan.
LATIHAN MENJARING DENGAN
SEBELAH TANGAN
LATIHAN ANSUR MAJU 1

Pemain akan bermula menjaring dari kedudukan


kon yang paling dekat dengan tiang gol. Selepas
jaringan gol berjaya dilakukan, pemain akan
menjaring dari kedudukan kon yang kedua dan
seterusnya kon yang ketiga.

Petunjuk:
Bulatan merah - kon
LATIHAN ANSUR MAJU 2

Pemain akan bermula menjaring dari kedudukan


kon yang paling dekat dengan tiang gol. Selepas
jaringan gol berjaya dilakukan, pemain akan
menjaring dari kedudukan kon yang kedua dan
seterusnya kon yang ketiga, tetapi kali ini pemain
perlulah berjaya melakukan jaringan sebanyak tiga
kali dari setiap kedudukan kon sebelum bergerak ke
kon yang lain.

Petunjuk:
Bulatan merah - kon
LATIH TUBI 1 (BERPASANGAN 1)

Dalam Pasangan, pemain A akan melakukan jaringan dari


kedudukan kon, pemain B pula akan menolong pemain A
untuk mengutip bola. Selepas pemain A melakukan
percubaan untuk menjaring sebanyak 10 kali, pemain B
akan bertukar dengan pemain A untuk melakukan
percubaan menjaring sebanyak 10 kali manakala pemain A
akan menolong pemain B untuk mengutip bola.

Petunjuk:
Bulatan merah – kedudukan untuk melakukan jaringan
LATIH TUBI 2 (BERPASANGAN 2)

Dalam pasangan, Pemain A akan melakukan percubaan


menjaring manakala pemain B akan berdiri satu langkah
hadapan daripada pemain A untuk menghadang pemain A
melakukan jaringan supaya tidak dapat menjaring. Selepas
pemain A mencuba sebanyak 5 kali, pemain B akan
bertukar dengan pemain A untuk membuat percubaan
jaringan, pemain A pula akan menghadang pemain B.

Petunjuk:
Bulatan Merah- Pemain A
Bulatan Biru- Pemain B
LATIH TUBI 3 (SHOOTING-VISION)

1. Pemain A akan berlari ke arah pemain B untuk menerima bola daripada pemain
B.

2. Selepas menerima bola, pemain A akan berpusing menghadap tiang gol,


menghantar bola kepada pemain C yang berada di bahagian kanan dan berlari
ke bawah tiang gol.

3. Seterusnya pemain C akan menghantar balik bola kepada pemain A dan pemain
A akan menerima bola dan melakukan jaringan di bawah tiang gol.

4. Pergerakan akan mengulangi langkah kedua dengan pemain menghantar bola


ke pemain D yang berada di bahagian kiri pada

Petunjuk:

Jingga – pemain A, merah – pemain B, Biru – pemain C dan kuning – pemain D.

Garisan berputus – laluan pergerakan pemain A, garisan biasa – laluan pergerakan


bola.
VIDEO LATIHAN

 https://www.youtube.com/watch?v=HuQ4V71tAec
 https://www.youtube.com/watch?v=Sq5jsRj6dr4
 https://www.youtube.com/watch?v=wGUXLyYXvzU

Anda mungkin juga menyukai