Anda di halaman 1dari 20

Pengenalan

Undang-undang adat melayu diamalkan di tanah melayu sejak


wujudnya masyarakat orang asli. Undang-undang ini tidak
bertulis dan berdasarkan amalan dan kepercayaan. Undang-
undang adat terdiri daripada adat dan tradisi bangsa melayu .
Adat boleh dikuatkuasakan oleh ketua-ketua daerah sebagai
undang-undang yang hidup dalam suatu masa dan pada suatu
tempat , undang-undang adat boleh dipinda dan diubah suai
dengan kehendak masyarakat.
 Terdapat dua undang-undang adat yang terkenal di Tanah Melayu iaitu
undang-undang adat perpatih dan adat temenggung. Istilah Adat Temenggung
sebenarnya tidak ada dalam budaya orang Melayu yang awal. Adat
Temenggung sebenarnya merupakan gelaran undang-undang yang
menggunakan nama yang berbeza tetapi di bawah satu prinsip yang sama. Ini
mungkin berpunca daripada wujudnya beberapa persamaan antara adat
Melayu dengan adat yang diasaskan Datuk Ketemenggungan di Minangkabau.
 Definisi undang-undang
Suatu sistem peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat.
Biasanya ini adalah peraturan sesuatu negara dan jika peraturan itu dilanggar,
orang yang melanggar peraturan tersebut akan dihukum atau didenda oleh
mahkamah. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara agar rakyat
boleh hidup bekerja dan bersosial antara satu sama lain.
 Definisi adat.
 Adat dapat didefinisikan sebagai cara hidup iaitu tingkah laku, kepercayaan
dan sebagainya. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul
daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila
ianya dizahirkan dan dapat dilihat perlaksanaanya, misalnya kita melihat adat
bercukur, adat bersanding dan sebagainya, itu sudah menjadi suatu budaya.
Oleh itu, budaya ialah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat
sesuatu masyarakat itu.
 Martabat adat itu sendiri berbeza kedudukanya bagi masyarakat Malaysia
pada hari ini. Adat dalam konteks Minangkabau bukan sekadar cara
bersanding, cara menyantap hidangan makanan, cara pertabalan Luak dan
sebagainya, tetapi adat ialah suatu peraturan hidup yang perlu dipegang kuat
oleh generasi mereka sehingga ke hari ini.
 Adat Perpatih
 Dicipta oleh Dato’ Perpatih Nan Sebatang  Asal dari negeri yang terletak di
sebelah Barat Pulau Sumatera, Indonesia (Minangkabau)  Undang-undang
adat yang bercorak matriarchal yang demokratik dan dibawa oleh penduduk
dari minangkabau ke Negeri Sembilan dalam abad ke-16  Adat ini terkenal
dengan perbilangan atau ‘customary sayings’ yang menjadi sumber undang-
undang. Ia mempunyai peruntukan mengenai perkara-perkara berikut:
Pentadbiran dan perlembagaan b) Anak angkat c) Harta carian suami isteri
dan pusaka d) Perkahwinan a)
 Pentadbiran dn Perlembagaan
 Susur galur asas keperpaduan masyarakat Perpatih:
Negeri (Yang di Pertuan Besar)
Daerah (Undang)
Suku (Lembaga)
Perut (Buapak)
 Ada empat dari Undang dan hanya mereka dari suku waris sahaja yang boleh
menjadi undang iaitu:
 a) Sg. Ujong – Waris Kelana
 b) Rembau - Johol dan Jakun
 c) Johol – Johol
 d) Jelebu – Biduanda
Anak Angkat

 Proses berkadim
 - Saudara rapat dari sebelah ibu.
 - Menjadikan seseorang itu saudara rapat dan boleh mewarisi harta pusaka
adat.
 Berkadim ini terbahagi kepada tiga:
 - Anak angkat sepenuhnya
 - Anak angkat terhad
 - Anak angkat pseudol/palsu
 Anak angkat sepenuhnya
- Hubungan seperti ibu dan anak • lelaki layak memegang jawatankuasa adat •
perempuan layak mewarisi harta pusaka
 Anak angkat terhad - Anak angkat yang dapat mewarisi harta yang terhad
 Anak angkat pseudol/palsu - Transaksi yang dibuat tidak memenuhi keperluan
untuk menjadi anak angkat terhad
 Perkahwinan
 Akad nikah dijalankan mengikut hukum syarak
 -Larangan-larangan perkahwinan dalam Adat Perpatih adalah:
 Dilarang berkahwin dalam satu suku
 Dilarang berkahwin dengan sepupu
 -Mengamalkan sistem eksogami -Dalam hukum adat, SUKU muncul disebabkan
sistem perkahwinan eksogami yang berbentuk:
 Kahwin jujur
 Kahwin semenda
 - Pada upacara perkahwinan Datuk-datuk Lembaga keluarga Diraja dijemput,
dan bergantung kepada keadaan dan kedudukan keluarga masing-masing
dalam masyarakat.
 - Diadakan pesta perkahwinan dan pesta ini diadakan menurut adat upacara
bersanding di pelamin mengikut adat yang telah ditetapkan.
 -Menurut Adat Perpatih, perkahwinan bukan hanya pertalian perseorangan
tetapi juga pertalian kekeluargaan dan kesukuan.
 - Jika seseorang suami bermaksud hendak menceraikan isterinya mestilah
melalui timbangtara yang disebut dalam adat dengan bersuarang.
Harta

 Menurut adat perpatih tanah pusaka hanya boleh diwarisi oleh wanita dalam
sesuatu suku. Terdapat tiga jenis harta pusaka:
 Harta pusaka
- harta yang tetap dalam tangan perempuan
 Harta pembawa
-merupakan harta seorang lelaki yang dimiliki semasa dia masih bujang termasuk
harta yang diperoleh daripada ibu bapanya atau yang dia beli sendiri.
 Harta sepencarian
- harta yang diperoleh oleh suami isteri
Adat Temenggung Di Malaysia
 PENGENALAN ADAT TEMENGGUNG
 Adat Temenggung dikenakan di negeri-negeri lain. Ia adalah berdasarkan kepada ciri-ciri bentuk
patrilinial(nasab bapa) organisasi. Patrilinial adalah satu sistem di mana satu kepunyaan
keturunan bapa, ia biasanya melibatkan warisan harta, nama atau gelaran dari bapa kepada
anak lelaki.
 Selepas penubuhan Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, undang-
undang keluarga telah diberikan penguatkuasaan ke atas hal-hal perkahwinan, perceraian dan
warisan
 Akibatnya, orang Cina dan Undang-Undang Adat Hindu telah hilang kesannya sebagai sumber
penting undangundang tidak bertulis di Malaysia.
LATAR BELAKANG ADAT TEMENGGUNG

  Adat Temenggung diamalkan di semua negeri-negeri Melayu kecuali Negeri


Sembilan.
  Disusun oleh Datuk Ketemenggungan, iaitu abang tiri Datuk Perpatih Nan
Sebatang di Palembang.
  Dibawa masuk ke Melaka pada awal abad ke-15. Dari Melaka, Adat
Temenggung disebar ke negeri-negeri Melayu yang lain dengan perkembangan
Empayar Melaka.
CIRI-CIRI ADAT TEMENGGUNG
KEKELUARGAAN
 Lebih berpihak kepada lelaki
 lelaki menjadi ketua keluarga
 Dalam hal perwarisan harta, lelaki yang mewarisi harta iaitu dari ayah kepada
anak lelaki
 Seorang isteri mestilah tinggal bersama dengan keluarga suaminya.
 Adat Temenggung menganggap kedua-dua pihak keluarga sama penting
UNDANG-UNDANG

 dalam adat temenggung,undang undang jenayahnya lebih tegas dan keras.


  hukuman terhadap kesalahan pembunuhan adalah membunuh pesalah.
  Raja yang akan menjatuhkan hukuman.
  ia bertujuan untuk memberi iktibar kepada orang lain dan pembalasan
kepada si pesalah.
POLITIK

 bersifat autokrasi,iaitu kuasa terletak di tangan pemerintah atau raja.


 Kuasanya diperkukuhkan dengan konsep Dulat dan Derhaka.
 kuasa raja dikaitkan dengan kesaktian,sesiapa yang melanggar akan terkena
tulah raja.
 penggunaan warna tertentu (kuning,putih) dan bahasa seperti "santap".
 Raja dan Sultan mempunyai kuasa mutlak dan berhak melantik pembesar
(diperingkat negeri,jajahan,mukim dan kampung).
 jawatan Sultan adalah bersifat warisan iaitu putera sulungnya dilantik jika
kemangkatan Sultan.
 turut mewariskan peranan pembesar dalam membantu Sultan,dibahagikan
kepada beberapa lapisan yang membentuk piramid hierariki.
PERKAHWINAN

  membenarkan perkahwinan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak bercanggah


dengan hukum syarak dan bersesuaian dengan kehendak individu dengan
persetujuan keluarga.
  'larangan berkahwin' mengikut hukum syarak iaitu berkahwin dengan orang
yang mempunyai pertalian darah : perepmpuan yang bersaudara,orang yang
bukan islam, dan saudara sepersusuan.
  adat ini memberi keutamaan yang sama kepada pihak lelaki dan
perempuan.Pihak lelaki cuma dilebihkan kerana hukum syarak.Kaum lelaki
dikira ketua keluarga dan nasab keturunan dikira sebelah bapa

Anda mungkin juga menyukai