Anda di halaman 1dari 2

PROTOTAIP

Satu prototaip telah dibina untuk melihat sejauhmanakah keberkesanan inovasi yang
dihasilkan. Prototaip ini telah diuji ke atas seorang murid. Hasil dapatan prototaip tersebut
mendapati bahawa projek inovasi yang dihasilkan ini sangat menjimatkan kos kerana tidak
memerlukan bahan maujud yang banyak untuk menghasilkannya. Bahan yang digunakan
semuanya adalah bahan alam maya yang mudah diakses dan percuma.

Prototaip ini juga didapati sangat mudah digunakan. Hal ini kerana inovasi ini boleh
disimpan sama ada dengan menggunakan cakera padat, pendrive, media sosial seperti
whatsapp dan telegram dan lain-lain. Hal ini membuatkan projek inovasi ini mudah diakses
walau di mana pun murid berada. Murid juga tidak perlu bersusah payah mencari soalan
pengukuhan untuk menguji kefahaman murid mengenai apa yang telah murid pelajari melalui
inovasi ini kerana di dalam inovasi ini terdapat beberapa soalan latihan yang telah disediakan.

Di samping itu, dengan pengintegrasian pelbagai media dalam satu bahan sangat
membantu murid untuk kekal fokus dalam apa yang sedang dipelajarinya. Melalui inovasi ini
murid dapat menonton video, melihat gambar, bermain permainan, bernyanyi dan lain-lain.
Dengan demikian murid akan kurang berasa bosan dan tidak fokus. Tambahan pula,
pengalaman pembelajaran secara nyata adalah bagus untuk membantu murid mengingati apa
yang dipelajari.

Selain itu, untuk guru bahan inovasi ini sangatlah membantu guru dalam melancarkan
Pembelajaran dan Pemudahcaraan mereka. Guru-guru Sejarah dapat mempelbagaikan lagi
kaedah pengajaran mereka dengan menggunakan inovasi ini. Di samping menarik minat murid,
guru dapat membentuk budaya pembelajaran akses kendiri murid. Bahan inovasi ini juga akan
dapapt menjimatkan masa dan perbelanjaan pengajaran kerana kesemua yang guru perlukan
untuk mengajar tajuk Bunga Kebangsaan ada di dalam inovasi ini.

Namun begitu terdapat beberapa penambahbaikkan yang boleh dilakukan ke atas


projek inovasi ini. Antaranya ialah menambahkan lebih banyak lagi maklumat tambahan
mengenai topik bunga kebangsaan ini, menambahkan lagi permainan untuk murid,
menambahbaik grafik dan banyak lain. Nescaya dengan penambahbaikkan yang dilakukan,
inovasi ini akan menjadi Bahan Bantu Mengajar yang paling bekesan.
PROSES PERLAKSANAAN PROTOTAIP

Anda mungkin juga menyukai