Anda di halaman 1dari 21

Keganasan Dalam Sukan

KEGANASAN DALAM SUKAN


i) PENGENALAN
Sifat dan sikap agresif memang sinonim dengan sukan terutamanya sukan yang berbentuk
kontak seperti ragbi,hoki,bola sepak,bola jaring dan beberapa jenis sukan yang lain.Terdapat
beberapa contoh insiden yang melibatkan keagresifan dalam sukan khususnya tindakan
sesetengah pemain yang melakukan kekasaran yang melampau terhadap
lawannya.Sebagai contoh,tindakan beberapa orang pemain pasukan Kelantan yang
melakukan tindakan kasar terhadap pemain Negeri Sembilan di peringkay suku akhir
pertandingan Piala Malaysia pada tahun 2000 yang lalu.
Keganasan dalam sukan merupakan satu fenomena tingkah laku.Ianya merupakan
satu fenomena tingkahlaku yang sentiasa berlaku dalam sukan.Ianya juga dikenali sebagai
suatu perlakuan yang bermatlamat atau mempunyai niat sehingga boleh menyebabkan dan
mendatangkan kecederaan dan kesakitan secara fizikal dan psikologikal. i) DEFINISI
Menurut Baron dan Richardson (1994), keagresifan merupakan apa saja bentuk tindakan
dan perlakuan yang bermatlamat untuk menyebabkan kecederaan ke atas benda hidup
yang lain dan bermotivasi untuk mengelakkan diri dari dicederakan.Manakala menurut Wann
(1997) pula,keganasan dalam sukan adalah satu tindakan yang bermatlamat untuk
mengakibatkan kecerderaan secara fizikal, verbal atau psikologikal keatas seseorang yang
bermotivasi untuk mengelakkan diri dari di cerderakan dan atau perbuatan yang
mendatangkan kerosakan kepada harta benda yang berpunca dari kemarahan.Silva (1981)
pula menyatakan bahawa keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau
mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk
mengelakkan tindakan tersebut.
Berdasarkan definisi ini, terdapat sedikit persamaan dengan definisi yang diutarakan oleh
Baron dan Richardson sebelumnya. Kedua-duanya memasukkan unsur niat, perlakuan
secara verbal dan psikologikal serta mangsanya bermotivasi untuk mengelakkan diri dari
dicederakan. Perbezaan ketara di antara kedua-duanya adalah elemen kerosakan harta
benda. Baron dan Richardson tidak mengambil kira
kerosakan harta benda sebagai hasil dari tindakan yang agresif. Sikap agresif kadangkala
diperlukan dalam sukan untuk menyerang pihak lawan.Keagresifan yang terlalu melampau
akan menyebabkan tumpuan menjadi semakin kecil.Kesannya, pemain akan melakukan
kesilapan sewaktu pertandingan.Setiap jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang
sesuai serta berbeza-beza.
ii) TEORI KEGANASAN
a) Teori Naluri (Instinct Theory)
Teori Naluri diasaskan berdasarkan kepada penulisan psikologis tersohor Sigmund Freud
dan seorang ethologis,Konrad Lorenz.Freud (1950) melihat keagresifan sebagai naluri
dalaman atau sesuatu yang tertanam dalam diri manusia sama seperti lapar,dahaga serta
nafsu seks.Oleh kerana ia merupakan naluri semulajadi manusia sifat agresif ini tidak boleh
dikikis dari dalam diri manusia tetapi ia boleh dikawal serta diluahkan dengan pelbagai
cara.Antaranya dengan menggunakan aktiviti sukan sebagai salah satu cara untuk
meluahkan tekanan keagesifan dengan cara yang dibenarkan dalam konteks masyarakat
kita hari ini Menurut pendekatan Teori Naluri ini keagresifan perlu diluahkan secara terus
untuk menghilangkan tekanan yang terpendam dalam diri seseorang individu.Proses
meluahkan keagresifan ini disebut sebagai katarsi.Segala bentuk perlakuan yang lasak dan
kasar dianggap sebagai proses meluahkan keagresifan yang terpendam ataupun
katarsis.Sukan merupakan wadah yang sesuai untuk melepaskan keagresifan yang
terpendam kerana ia dianggap sebagai tempat untuk melepaskan tekanan yang
dibenarkan.Contohnys,seorang pentinju boleh meluahkan keagresifannya di gelanggang
tinju manakala seorang pemain ragbi boleh melepaskan “geram” dengan membuat tackle
terhadap pemain lawan di padang permainan.

b) Teori Frustration-Aggression
Teori ini berkaitan dengan sikap agresif yang berlaku disebabkan oleh perasaan kecewa
pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukan
oleh perasaan kecewa pada diri seseorang ekoran daripada berlakunya
kegagalan.Kenyataan ini telah dikemukakan oleh Dollard,Doob,Miller dan Mower
(1939).Namun pada hari ini,kenyataan ini tidak diterima sepenuhnya kerana tidak
semestinya orang kecewa akan menyebabkan berlakunya sikap agresif dalam sesuatu
aktiviti sukan atau senaman.Kajian dan pengalaman telah
menunjukkan bahawa seseorang yang kecewa tidak akan melepaskan sikap agresif
sewenang-wenangnya Malah,menurut Gill (1986),sikap agresif tidak selalunya ditonjolkan
dalam sesuatu aktiviti sukan atau senaman kerana ia boleh disalurkan dalam pertandingan
sukan.Contohnya,terdapat bukti bahawa ahli sukan kontak yang kecewa dalam sesuatu
pertandingan dapat mengawal dan merendahkan tahap agresif dalam diri mereka di
samping menggunakan pengalaman-pengalaman lampau.
c) Teori Pembelajaran Sosial

Teori ini menerangkan agresif sebagai sikap seseorang yang belajar melalui penelitian orang
lain yang mempunyai sikap ganjil.Sebagai contoh,ahli psikologi Bandura (1977) telah
mendapati bahawa kanak-kanak yang melihat orang dewas melakukan sesuatu yang ganas
akan meniru perbuatan tersebut lebih banyak berbanding dengan kanak-kanak yang tidak
terdedah dengan perbuatan yang ganas.Malah,menurut kajian yang dilakukan oleh Smith
(1988) terhadap sukan hoki ais,yang mana terdapat pergaduhan sukan tersebut dan
tindakan yang agresfi itu telah dilakukan oleh pemain-pemain yang lebih professional di
mana tindakan yang agresif itu merupakan sesuatu yang normal dalam permainan sukan
hoki ais.Kajian Pembelajaran Sosial dalam sukan juga menunjukkan bahawa kebanyakan
atlet tidak diajar untuk bertindak ganas tetapi sikap agresif ini datang dengan sendirinya
dengan melihat orang lain melakukannya dalam permainan-permainan yang lepas.Bandura
(1977),Thirer (1993) telah menekankan bahawa peranan penting orang lain banyak
membantu dalam mengawal atau menyebabkan sikap agresif,memandangkan model
pembelajaran adalah orang yang bersikap agresif.
iii) JENIS-JENIS KEAGRESIFAN
a) Keagresifan Ketara
Silva (1984), menyatakan keagresifan ketara merujuk kepada tindakan agresif yang
berpunca daripada rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan individu lain (ataupun
objek) serta dengan niat untuk melihat individu tersebut mengalami kesakitan dan
ganjarannya pula ( kepuasan ) apabila melihat individu tersebut terseksa dengan kesakitan
yang dialaminya.
Contoh:
Seorang pemain penyerang telah dikasari sepanjang perlawanan oleh seorang pemain
pertahanan pasukan lawan dengan cara yang agak kasar, tetapi perlakuan kasar tersebut
tidak dihukum oleh pengadil. Oleh kerana terlalu marah, penyerang
tadi telah menyiku pemain pertahanan lawan tersebut (mendatangkan kecederaan) semasa
perebutan bola dengan niat untuk membalas dendam (mengakibatkan kesakitan).
Tindakan ini dikategorikan sebagai keagresifan ketara kerana tindakan yang dibuat oleh
penyerang tadi berdasarkan rasa marah dengan matlamat untuk mencederakan pemain
pertahanan.Niatnya pula untuk mengakibatkan kesakitan kepada pemain pertahanan
tersebut dan ganjarannya ( kepuasan ) pula adalah melihat pemain tersebut menanggung
derita kesakitan akibat tindakannya.
b) Keagresifan Intrumental
Merujuk kepada sesuatu tindakan dengan niat untuk mencederakan individu lain,
bermatlamat untuk mendapatkan faedah atau ganjaran luaran seperti kemenangan, hadiah
atau prestij. Individu yang bertindak agresif tadi melihat tindakan tersebut sebagai
’’instrumental” ( perlu dilakukan ) untuk mencapai matlamatnya.

Contoh:
Tindakan agresif seorang pemain pertahanan keatas pemain penyerang pasukan lawan
dengan niat untuk mencederakan pemain tersebut agar beliau tidak dapat beraksi dengan
baik seperti menjaringkan gol atau membuat hantaran kepada rakannya yang lain.Matlamat
utama pemain pertahanan ini ialah untuk memastikan pasukannya memenangi perlawanan
tersebut.Dalam contoh ini, niat untuk mencederakan (penyerang pasukan lawan) masih ada,
tetapi matlamat utama pemain pertahanan tersebut ialah untuk memenangi perlawanan.
c) Keagresifan Asertif
Tindakan ini merujuk kepada penggunaan fizikal atau verbal dengan cara yang dibenarkan
(mengikut peraturan permainan) untuk mencapai sesuatu matlamat (kemenangan). Dalam
konteks ini, niat untuk mencederakan individu yang lain tidak timbul sama sekali.
Jika tindakan berlaku akibat tindakan asertif, ia tidak boleh dikira sebagai satu tindakan yang
agresif kerana tindakan tersebut dibenarkan mengikut peraturan-peraturan permainan dan
tiadanya niat untuk mengakibatkan kecederaan kepada pemain lawan.
Contoh:
Penggunaan tackle untuk menghadkan pergerakan atau merampas bola dari pemain lawan
dalam permainan ragbi dibenarkan serta termaktub dalam peraturan permainan selagi tackle
tadi dilakukan tidak menyalahi peraturan. Bagaimanapun, jika berlaku kecederaan kepada
pemain lawan akibat tackle bersih yang dilakukan, ia tidak dianggap sebagai tindakan yang
agresif kerana ia dilakukan dengan "bersih” serta mengikut peraturan tanpa ada niat untuk
mencederakan pemain lawan.

iv) FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEGANASAN DALAM SUKAN


1. Kebangkitan Fisiologi.
Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu suhu di persekitaran dan bunyi
bisisng penoton.Suhu persekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk bertindak
secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa,rimas serta mudah
marah.Justeru itu,kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang
dilakukan oleh orang lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut
untuk bertindak secara agresif.Ini telah dibuktikan oleh Reifman,Larrick dan Fein (1991)
yang mendapati wujudnya perkaitan secara linear di antara suhu dan bilangan pemukul bola
yang terkena bola yang dibaling oleh pembaling (pitcher).Dalam konteks ini, semakin tinggi
suhu semakin agresif pembaling membaling bola sehingga ramai pemukul bola yang terkena
balingan pembaling tersebut.
Satu lagi factor yang berkait rapat dengan kebangkitan fisiologi dalam sukan adalah
kebisingan.Kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan
kebangkitan pemain sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut.kajian yang
telah dijalankan oleh Donnerstein dan Wilson (1976),Green (1978) dan Glass dan Singer
(1972) mendapati kebisingan yang tinggi tahap desibelnya merangsang respon agresif
individu terbabit.Justeru itu,kebisingan penonton stadium menjadi pemangkin kepada
tindakan agresif para pemain (Wann,1997)
2. Persepsi Individu Yang Dikasari

Keagresifan akan meningkat jika bakal mangsa merasakan (berdasarkan persepsi) bahawa
beliau akan dikasari oleh oihak lawan.Dalam konteks ini,persepsi tentang niat pemain lawan
untuk mengasari seseorang individu adalah lebih "kukuh” dari kekalahan atau suasana
pertandingan dalam mencetuskan tindakan yang agresif di kalangan pemain.Justeru
itu,pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara
yang sama ke atas pihak lawan.
3. Takut Kepada Tindak Balas Yang Bakal Diterima

Takutkan tindak balas yang bakal diterima dari pemain pasukan lawan lazimnya akan
mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan.Dengan kata lain,setiap
pemain menghormati pemain pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk mengatasi
lawannya tanpa bertindak secara agresif.Bagaimanapun akan sampai satu tahap di mana
setiap pemain mula mencabar lawannya dan tindakan itu menjadilkan suasana perlawanan
menjadi lebih sengit.Kesannya tindakan atau perlakuan yang agresif akan meningkat kerana
setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang sama ataupun lebih,untuk
menunjukkan siapa yang lebih hebat.Akhirnya,perlakuan agresif akan sampai ke
kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

4. Perbezaan Mata Dan Jaringan.

Kajian yang dilakukan dalam sukan bola sepak dan hoki ais mendapati semakin besar
perbezaan mata atau jaringan ,maka semakin banyak kekasaran yang dilakukan oleh
pemain pasukan yang sedang ketinggalan (Cox,1999).Bagaimanapun jika kedudukan
adalah seri ataupun perbezaan jumlah mata kecil,kurang perlakuan agresif dilakukan oleh
pihak yang terlibat iaitu pemain dan jurulatih khususnya bimbangkan risiko yang bakal
dihadapi jika pemain melakukan tindakan yang kasar dan agresif.

5. Lokasi Perlawanan
Biasanya,pasukan yang bermain di tempat sendiri akan bertindak lebih agresif kerana
mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan
sebagai tuan rumah.Bagaimanapun,menurut Russell (1981 ),ia bergantung kepada corak
keagresifan yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.Bagi sukan bola
sepak,pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka ingin
mempertahankan kedudukan mereka,manakala bagi hoki ais,ia adalah sama jika bermain di
tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen & Cullen,1975).

6. Keputusan Pertandingan
Pemain pasukan yang tewas atau merasakan bahawa pasukannya tidak berpeluang untuk
menang lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan
yang memenangi perlawanan tersebut.ini mungkin kerana rasa kecewa berdasarkan Teori
Frustrasi-Agresif (Cullen & Cullen,1975).

7. Kedudukan Pasukan Dalam Liga


Pasukan yang berkedudukan di tempat teratas liga lazimnya kurang agresif (kurang
melakukan kekasaran) jika dibandingkan dengan pasukan yang kedudukannya di
bawah.Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif,pasukan yang Berjaya lazimnya sudah
mencapai matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal
mencapai apa yang diidamkan.Justeru itu,mereka bertindak secara agresif untuk meluahkan
tekanan yang ditanggung.

8. Jangka Masa Dalam Permainan


Umumnya,perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar
dengan peningkatan masa permainan.Bagaimanapun, kenyataan ini juga bergantung
kepada jenis permainan.Yang jelas,keagresifan jarang berlaku di awal masa permainan.

9. Penggunaan Steroid

Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan adalah kerana kesan
sampingannya.Antara kesan sampingan steroid adalah peningkatan keagresifan individu
yang mengambil atau menggunakan steroid.Justeru itu sebagai jurulatih atau mereka yang
terlibat dalam sukan,kita perlu memastikan agar pemain tidak mengambil apa-apa jenis
ubat-ubatan terlarang sebelum mereka mengikuti pertandingan.

v) CARA-CARA MENGATASI KEGANASAN DALAM SUKAN


1. Mendisiplinkan Atlet Dengan Sikap Yang Betul
Jurulatih perlu mendisiplinkan atlet dengan mengajar mereka untuk bersikap dengan baik
dan menerapkan kemahiran mengawal tekanan sewaktu bermain dalam sesebuah
pertandingan.Jurulatih juga perlu mendisiplinkan atlet untuk mengawal keagresifan mereka
bukan sahaja sewaktu bermain malah selepas tamatnya sesebuah pertandingan terutama
sekali jika mereka terpaksa berhadapan dengan kekalahan. Jurulatih juga perlu mengkaji
perwatakan seseorang atlet tersebut.Misalannya,mendapatkan biodata atlet yang
merangkumi latar belakang
keluarga,rakan-rakan terdekat,pengambilan makanan,sejarah penyakit serta segala
maklumat yang penting berkaitan dengan atlet tanpa mengganggu privasi atlet.
Dalam mengajar sikap yang betul kepada atlet,jurulatih juga sepatutnya tahu bagaimana
hendak menyelesaikan masalah di samping menunjukkan tindakan yang tidak
ganas.Cmtohnya, menurut Miller (1993),di sebuah sekolah di Maryland terdapat satu
program yang menawarkan latihan untuk memperbaiki suasana sekolah.Program ini
dimulakan dengan mengenalpasti pelajar yang berketrampilan dan berkemahiran
berkomunikasi yang baik akan bertindak sebagai perantara dalam menyelesaikan konflik
dengan pelajar yang bermasalah.Ketua rakan sebaya ini akan mengajar cara-cara
menyelesaikan masalah tanpa tidakan yang ganas.Walaupun contoh ini bukan satu-satunya
model penyelesaian masalah,namun ia jelas menunjukkan kepentingan mengajar kanak-
kanak dapat menyelesaikan masalah tanpa tindakan ganas.
2. Ceramah Motivasi
Menyampaikan ceramah-ceramah motivasi yang pada kebiasaannya disampaikan oleh
pakar-pakar sukan (psikologi) sebelum sesuatu kejohanan sukan perlu menerapkan unsur-
unsur fair-play kepasa atlet.Dengan cara itu,mereka bukan sahaja diberikan semangat untuk
meningkatkan keyakinan diri,konsentrasi dan motivasi malah telah diberikan suntikan
tentang perlunya " semangat kesukanan” semasa bertanding.Dengan cara tersebut,ia boleh
membantu mengelakkan sikap agresif.

3. Membuat Pemeriksaan Terhadap Penonton Sebelum Memasuki Stadium.


Manakala cara yang terakhir untuk mengawal sikap ini adalah dengan mengawal tindakan
ganas yang dilakukan oleh penonton.Di sini terdapat beberapa strategi umum bagi
mengawal tindakan agresif penonton.Antaranya,mengharamkan pengambilan alcohol
kepada penonton dalam sebarang pertandingan sukan.Pemeriksaan perlu dilakukan di pintu
masuk penonton bagi mengelakkan mereka daripada membawa masuk barang-barang yang
membahayakan seperti mercun,kayu,benda-benda tajam serta minuman memabukkan.

4. Memisahkan Penyokong Pasukan


Penyokong kedua-dua pasukan perlu dipisahkan agar tidak berlakunya pergaduhan atau
perkara yang tidak diingini di dalam stadium.Perkara tragis perlu dielakkan seperti yang
berlaku di beberapa Negara Eropah di mana ramai penonton mati akibat pergaduhan antara
penyokong.

5. Mempromosikan Acara Sukan Sebagai Aktiviti Keluarga

Apabila aktiviti sukan menjadi aktiviti keluarga,maka kita akan menjaga kesopanan serta
perlakuan agar aktiviti tersebut dapat dinikmati dalam suasana yang selamat.

6. Media Tidak Menyalahgunakan Peranannya Sebagai Penyampai Informasi


Maklumat.
Pihak media perlu memastikan agar laporan atau publisiti yang diberikan terhadap
perlawanan tersebut tidak ada sentiment yang negatif.Ini adalah kerana kewujudan
sentimen yang negatif di antara kedua-dua pasukan bukan sahaja akan membakar api
dendam di antara pemain,malahan di antara paa penyokong.Ini akan menyebabkan
suasana perlawanan menjadi tegang dan merbahaya seperti yang berlaku dalam
pertandingan separuh akhir Piala Eropah di antara Kelab Leeds United dan Kelab
Galatasary dari Turki.

vi) RUMUSAN

Kesimpulannya,keagresifan dalam sukan tidak mustahil untuk diatasi jika mereka yang
terlibat mempunyai niat yang positif untuk bersama-sama mengatasi keadaan ini.Pengiat
sukan sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan atlet-atlet muda di bawah didikan
masing-masing dapat bertanding dalam suasana yang selamat dan kondusif.

BIBLIOGRAFI
Nota Psikologi Sukan
http://sainssukan.forumotion.com/t87-psikologi-sukannota (diakses pada 10 Februari 2012)
Keganasan Dalam Sukan
http://www.scribd.com/doc/58352554/KEGANASAN-DALAM-SUKAN (diakses pada 15
Februari 2012)
Keganasan dan Keagresifan dalam Sukan
http://azharpipk.blogspot.com/2009/08/keganasan-keagresifan-dalam-sukan.html (diakses
pada 20 Februari 2012)
http://www.lmsipda.net/lms/course/info.php?id=123 (diakses pada 24 Februari 2012) Mohd
Sofian Omar Fauzee, (2002). Psikologi Sukan; Daya Tahan Mental Dan Emosi

Di Kalangan Atlet. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2001). Psikologi Sukan; Aplikasi Teori dan Praktikal

Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Mohd Sofian Omar Fauzee, (2003). Penyelesaian Masalah Atlet Melalui Pendekatan

Psikologi, Kuala Lumpur: Utusan Publications.

Shaharudin Abd.Aziz (2001), Mengaplikasi Teori Psikologi Dalam Sukan,Kuala Lumpur :

Utusan Publication & Distributors.

KEGANASAN / KEAGRESIFAN DALAM SUKAN

zKEGAN ASAN/KEAGRESIF AN

1. Fenomena tingkah laku

2. Sentiasa berlaku dalam sukan

3. Tindakan - akibatkan - kecederaan kerosakan

4. Silva (1981): keagresifan sebagai satu perlakuan untuk menyakitkan atau


mengakibatkan kecederaan fizikal, serta mental kepada benda hidup yang berusaha untuk
mengelakkan tindakan tersebut.
5. Wann (1997): keagresifan sebagai satu tindakan yang bermatlamat untuk
mencederakan secara fzikal, verbal atau psikologikal orang lain yang juga cuba
mengelakkan diri sendiri daripada dicederakan

6. Melibatkan

6.1 Atlet

6.2 Pegawai

6.3 Jurulatih

6.4 Penonton

7. Jenis-jenis keganasan/keagresifan

7.1 Keagresifan ketara: kecenderungan untuk mencederakan individu dengan sengaja bermatlamat
untuk menyakitkan secara fzikal atau psikologi yang didorong oleh rasa marah atau kecewa

7.2Keagresifan instrumental: tindakan mencederakan pihak lawan sebagai satu cara untuk
mencapai matlamat kemenangan atau ganjaran

7.3 Keagresifan asertif: penggunaan fizikal atau verbal tanpa niat untuk mencederakan pihak lawan
dan tindakan itu dibenarkan mengikut peraturan permainan

PUNCA-PUNCA KEGANASAN
1. Psikologi

PROVOKASI

Tindakan yang mencabar untuk dapatkan reaksi balas lawan

TEKANAN EMOSI - (STRESS)

Prestasi di bawah jangkaan Jangkaan


menang - kalah Provokasi pihak
lawan & penonton

JANGKAAN PERLAKUAN KASAR

* Atlet jangka akan dikasari - bertindak agresif

KURANG PENGETAHUAN

*Sukan Kontak - pijak pemain yang jatuh *


Penonton tidak tahu undang - undang

2. Persekitaran

LOKASI PERTANDINGAN
*Sokongan Padu - penyokongt tuan rumah
*Pelawat - tindakan balas

CUACA

* Cuaca Panas - bertindak agresif

* Hujan - padang licin

KEPUTUSAN PERTANDINGAN

* Kalah - tertekan - bertindak agresif

ASPEK KESELAMATAN

* Tahap keselamatan - longgar


* Penempatan Penonton - penyokong tuan rumah dengan pasukan pelawat
* Bawa alatan bahaya - botol, kayu, payung, mercun dll

3. Biologi

HORMON ADRENALIN

*Hormon - meransang
*Meningkat dalam suhu tinggi, kelesuan, bising

KEBANGKITAN FISIOLOGI
* Naik semangat

* Respon Unik

* Rembesan Hormon Adrenalin - meningkat

KESAN STEROID

* Steroid - kesan sampingan - mood sukar dikawal

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEAGRESIFAN

Kebanyakkan kajian yang dijalankan untuk melihat faktor-faktor yang mempengaruhi


keagresifan dalam sukan dilakukan secara situasi spesifik. Berdasarkan dapatan kajian
tersebut, disenaraikan beberapa faktor yang dikaitkan dengan keagresifan dalam sukan.

i. Kebangkitan fisiologi - Kebangkitan fisiologi dalam sukan berkait rapat dengan suhu di
persekitaran dan bunyi bising penonton. Suhu pesekitaran berkait rapat dengan kecenderungan untuk
bertindak secara agresif kerana ia menyebabkan pemain berasa kurang selesa, rimas dan mudah
marah.

Justeru itu, kesilapan yang sedikit atau tindakan yang dianggap keterlaluan yang dilakukan oleh orang
lain ke atas pemain ini akan menjadi pencetus kepada pemain tersebut untuk bertindak secara agresif
Manakala kebisingan penonton di stadium atau gelanggang boleh meningkatkan kebangkitan pemain
sehingga ia boleh menggugat prestasi pemain tersebut. Kebisingan yang tinggi akan merangsang
keagresifan.

ii. Persepsi individu yang dikasari - Keagresifan akan meningkat apabila bakal mangsa merasakan
bahawa beliau akan dikasari oleh pihak lawan. Dalam konteks ini, pesepsi tentang niat pemain lawan
untuk mengkasari seseorang individu adalah lebih kukuh dari kekalahan atau suasana pertandingan
dalam mencetuskan tindakan yang agresif dikalangan pemain.
Oleh itu, pemain yang menjangkakan bahawa beliau akan dikasari akan bertindak dengan cara yang
sama ke atas pihak lawan.

iii. Takut kepada tindak balas yang diterima - Takutkan tindak balas yang diterima dari pemain
pasukan lawan lazimnya akan mengurangkan perlakuan agresif dalam sesuatu perlawanan sukan.
Dengan kata lain, setiap pemain akan menghormati pasukan lawannya dan masing-masing cuba untuk
mengatasi lawannya tanpa bertindak agresif.
Bagaimanapun, akan sampai satu tahap dimana setiap pemain mula mencabar lawannya dan tindakan
ini akan menjadikan suasana perlawanan menjadi lebih sengit. Kesannya, tindakan atau perlakuan
yang agresif akan meningkat kerana setiap tindakan yang agresif akan dibalas dengan tindakan yang
sama ataupun lebih, untuk menunujukkan siapa yang lebih hebat. Akhirnya, perlakuan agresif akan
sampai ke kemuncaknya jika perlawanan tidak dikawal dengan baik.

iv. Perbezaan Mata atau Jaringan - Kajian dibuat keatas permainan bola sepak dan hoki ais
mendapati semakin besar berbezaan mata atau jaringan, semakin banyak kekasaran yang akan
dilakukan oleh pemain pasukan yang sedang ketinggalan ( Cox 1999 ).

v. Lokasi Perlawanan - Biasanya pasukan yang bermain ditempat sendiri akan bertindak lebih
agresif kerana mereka mendapat sokongan penyokong sendiri serta ingin menjaga maruah pasukan
sebagai tuan rumah. Bagaimanapun, menurut Russell (1981), ia bergantung kepada corak keagresifan
yang ditonjolkan serta jenis sukan yang dipertandingkan.

Bagi sukan bola sepak, pasukan yang bermain di tempat lawan biasanya lebih agresif kerana mereka
ingin mempertahankan kedudukan mereka, manakala bagi hoki ais, ia adalah sama jika bermain di
tempat sendiri ataupun di tempat lawan (Cullen&Cullen, 1975).

vi. Keputusan PertandIngan - Pemain pasukan yang tewas merasakan bahawa pasukannya tidak
berpeluang untuk menang, lazimnya lebih agresif jika dibandingkan dengan pemain pasukan yang
memenangi perlawanan tersebut. Ini mungkin kerana kecewa berdasarkan Toeri Frustrasi-Agresif
( Cullen & Cullen 1975 ).
vii. Kedudukan Pasukan Dalam Liga - Pasukan yang berada di kedudukan tempat teratas dalam
liga lazimnya kurang agresif jika dibandingkan dengan pasukan yang berada di kedudukan terbawah
liga. Jika dilihat dari sudut Teori Frustrasi-Agresif, pasukan yang berjaya lazimnya sudah mencapai
matlamat mereka sedangkan pasukan yang di bawah kecewa kerana gagal mencapai apa yang
diidamkan. Dengan itu, mereka akan bertindak secara agresif untuk meluahkan tekanan yang
ditanggung.

viii. Jangka Masa Dalam Permainan - Secara umumnya, perlakuan agresif dalam sesuatu
perlawanan lazimnya akan meningkat sejajar dengan peningkatan masa permainan. Bagaimanapun,
kenyataan ini juga bergantung kepada jenis permainan. Yang jelas, keagresifan jarang berlaku pada
awal masa permainan.

ix. Penggunaan Steriod - Salah satu sebab pengharaman penggunaan steroid dalam sukan ialah
kerana kesan sampingannya. Antara kesan sampingan penggunaan steroid adalah peningkatan
keagresifan individu yang mengambil atau menggunakan steroid. Justeru itu, sebagai jurulatih atau
mereka yang terlibat dalam sukan, perlu memastikan agar atlet tidak terlibat dalam pengambilan
bahan terlarang ini demi kebaikan orang lain.

Kebimbangan Dalam Sukan (anxiety)


KEBIMBANGAN (ANXIETY)

Menurut Wann (1997), kebimbangan ialah sesuatu yang negatif dan boleh mempengaruhi pencapaian
atlit dalam sukan. Ia merujuk kepada tafsiran kognitif yang dibuat oleh individu terhadap apa yang
terdapat di persekitarannya. Jika tafsiran tesebut menjurus kepada sesuatu yang mendatangkan kesan
negatif, maka ia menghasilkan kebimbangan.

Apabila memperkatakan kebimbangan di kalangan atlit maka perlu dijelaskan mengenai kebimbangan
tret dan kebimbangan seketika. Berdasarkan kepada Silva dan Stevens (2002) kebimbangan tret adalah
merujuk kepada personaliti seseorang individu di mana ia bersifat stabil dan mereka sering
mentafsirkan situasi persekitaran dengan perasaan risau atau bimbang yang boleh meningkatkan tahap
kebangkitan (arousal). Ini menunjukkan kebanyakan masyarakat mempunyai tahap kebimbangan tret
yang sederhana dan sedikit sahaja yang tinggi atau rendah tahap kebimbangan tret. Manakala
kebimbangan seketika merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu
terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitaran pada waktu itu (Shaharudin 2001).

JENIS-JENIS KEBIMBANGAN

1. Kebimbangan Seketika (State Anxiety)


Kebimbangan seketika adalah tahap kebimbangan semasa yang terhasil atau berlaku dari persepsi
individu terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu seperti perasaan
khuatir/bimbang, takut, tekanan dan kebangkitan fisiologikal.

2. Kebimbangan Tret (Trait Anxiety)


Kebimbangan tret merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu yang sering mentafsir situasi di
persekitaran mereka sebagai menekan atau menggugat diri dan situasi ini akan meningkatkan lagi
tahap kebimbangan mereka.

3. Kebimbangan Kognitif ( Cognitive Anxiety)


Kebimbangan kognitif merupakan proses mental yang bersifat kognitif yang berlaku akibat
dari tafsiran terhadap situasi semasa.Sebagai contoh ketakutan terhadap penilaian sosial, takut
terhadap kegagalan dan kehilangan harga diri (self esteem).
4. Kebimbangan Somatik (Somatic Anxiety)
Kebimbangan somatik pula merujuk kepada aspek fisiologikal dan afektif individu yang terbabit
kesan dari kebimbangan kognitif yang wujud dalam diri individu tersebut. Sebagai contoh
peningkatan kadar degupan jantung, pernafasan dan ketegangan otot-otot. Ini akan mengakibatkan
individu hilang, rasa marah-marah, kurang yakin serta mendatangkan kesan kepada prestasi individu.

PUNCA-PUNCA KEBIMBANGAN

Selain mempersembahkan cabaran dan rangsangan, pada masa yang sama sukan juga membangkitkan
ketidaktentuan. Pada saat seorang pemanah melepaskan anak panah daripada busurnya, seorang
pemain bola sepak sedang menyepak bola pada kedudukan penalty dan seorang pemain badminton
ingin melakukan pukulan deras (smash) pada kedudukan mata akhir, hasil daripada perlakuan
tersebut belum diketahui. Tekanan dalam sukan adalah menjadi perkaitan yang tidak dielakkan
berlakunya sifat ketidakpastian.

Tekan dan ketidakpastian boleh memotivasikan sebahagian atlit kita, sebaliknya akan meningkatkan
kebimbangan pada yang lain. Terdapat beberapa beberapa faktor yang jelas meningkatkan tahap
kebimbangan. Sebagai contoh, semakin penting sesuatu pertandingan, semakin tinggi tekan dan
seseorang akan mudah menjadi bimbang.

Seorang individu yang berdarah gemuruh secara semula jadi mempunyai ciri-ciri mudah tertekan
serta mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi. Justeru itu, segala tindak balas atau respons yang
diambil terhadap situasi di persekitaran akan meningkatkan lagi kadar kebimbangan kerana tindakan
mereka kini telah dipengaruhi oleh kebimbangan berasaskan situasi.

Menurut Endler (1978, 1983), terdapat lima faktor mengakibatkan tahap kebimbangan meningkat
dalam suatu situasi yang teruja.
1. Seseorang atlit akan menjadi takut menerima kekalahan daripada lawan yang lemah yang boleh
mengugat ego atlit tersebut.
2. Bimbang tentang penilaian yang negatif diterima daripada sosial atau ribuan penonton yang
mengancam harga diri seseorang.
3. Bimbang akan ancaman fzikal daripada pihak lawan. Contoh permain bola lisut, dimana seseorang
pemukul akan berasa bimbang terkena balingan yang deras daripada pitcher yang boleh
mencederakannya.
4. Seseorang atlit berada dalam situasi kesamaran atau serba salah untuk memulakan
perlawanan, persediaan atlit sama ada hendak mula atau tidak kekadang boleh menimbulkan tekanan
dan kebimbangan.
5. Seseorang atlit terganggu konsentrasi apabila diarah untuk menukar cara yang telah
diamalkan dalam latihan kepada cara yang tidak pernah dilakukan dalam latihan semasa pertandingan.

MENGUKUR KEBIMBANGAN

Menurut Richard H. Cox (1998, 2007.6 th ed) Anshell (1997) dan Wann (1997), cara yang paling
popular untuk mengukur kebimbangan dengan menggunakan borang soal selidik. Cara ini mudah
ditadbirkan kerana responden cuma perlu menjawab soalan yang berkaitan dalam inventori yang
disediakan. Cara ini memungkinkan penyelidik mendapatkan bilangan responden yang ramai dalam
kajiannya serta amat praktikal dari sudut psikologi sukan gunaan.

Di samping itu terdapat juga cara lain yang lebih berkesan untuk mendapatkan maklumat tentang
tahap kebimbangan seseorang individu. Antara cara yang boleh digunakan adalah dengan pemerhatian
terhadap perubahan tingkah laku serta perubahan fisiologikal individu. Pemerhatian yang teliti
terhadap perubahan tingkah laku seperti perubahan corak pernafasan, tangan berpeluh, sering kali
membasahkan bibir yang kering serta tanda-tanda keresahan yang lain boleh dikaitkan dengan
perlakuan yang berkaitan dengan peningkatan tahap kebimbangan. Kaedah ini telah digunakan oleh
Lowe (1973) dalam kajiannya ke atas pemukul dalam sukan besbol peringkat rendah.

Perubahan dari segi fisiologikal juga boleh diukur serta dikaitkan sebagai tanda-tanda kebimbangan.
Peningkatan kadar nadi, perubahan tekanan darah serta tekanan pada otot merupakan tanda-tanda
fisiologikal yang dikaitkan dengan kebimbangan. Kemampuan untuk mengukur kebimbangan dari
sudut fisiologikal buat masa ini agak terhad kerana kesukaran menggunakan alatan untuk tujuan ini.
Bagaimanapun dengan perkembangan pesat dalam
dunia sains, penggunaan alat telemetri secara lebih meluas dalam masa yang terdekat ini akan
memungkinkan kita menggunakan kaedah ini untuk mengukur kebimbangan.

Landers (1980) mengutarakan pandangan agar pengukuran dari sudut psikologikal dan fisiologikal
digunakan untuk mengukur kebimbangan. Bagaimanapun menurut Karteroliotis dan Gill (1987)
perkaitan antara aspek psikologikal dan fisiologikal dalam mengukur kebimbangan seketika adalah
rendah. Justeru itu, ia bukanlah satu cara yang sesuai untuk mengukur kebimbangan seketika.
Kemungkinan besar, pengu-kuran serentak aspek psikologikal dan fisiologikal untuk mengukur
kebimbangan seketika akan memberikan maklumat yang bercanggah.

Gagasan Endler (1978) tentang lima faktor atau dimensi yang berkait rapat dengan kebimbangan
menjelaskan tentang sifat multidimensi kebimbangan itu sendiri. Justeru itu, kebimbangan perlu
dilihat dari dimensi yang pelbagai dan bukannya secara unidimensi. Kajian yang telah dilakukan oleh
Fisher dan Zwart (1982) serta Gould, Horn dan Spreeman (1983) menyokong sifat multidimensi
kebimbangan.

Mengukur Sifat Multidimensi Kebimbangan

Penerimaan konsep multidimensi kebimbangan telah melahirkan beberapa inventori (soal selidik)
yang cuba untuk melihat dan mengukur kebimbangan dari sudut ini. Antara yang terkenal adalah
Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) yang dihasilkan oleh Martens, Vealey dan Burton
(1990). CSAI-2 mengukur kebimbangan kognitif seketika (cognitive state anxiety) dan kebimbangan
somatik seketika (somatic state anxiety).

Dalam konteks sukan, kebimbangan sebenarnya wujud sebelum sesuatu pertandingan itu bermula. la
dikenali sebagai kebimbangan pra pertandingan (Cox, 1998). CSAI-2 membantu kita menilai tahap
ke-bimbangan atlit pada tahap prapertandingan ini. Hasilnya, kini kita memahami bahawa terdapat
perubahan dari segi tahap kebimbangan para pemain sebelum serta beberapa ketika semasa sesuatu
pertandingan bermula.

Berdasarkan kajian, kebimbangan kognitif prapertandingan lazimnya bermula tinggi dan berterusan
tinggi sehingga beberapa minit sebelum pertandingan bermula. Kebimbangan somatik pula bermula
rendah sehingga kira-kira 24 jam sebelum sesuatu pertandingan
bermula (lihat Rajah 1). Pada tahap ini, kebimbangan somatik akan terus meningkat sehingga hampir
pada waktu pertandingan. Bagaimanapun, selepas beberapa minit perlawanan berlangsung,
kebimbangan somatik akan menurun manakala kebimbangan kognitif akan sentiasa turun naik,
bergantung kepada kedudukan semasa sepanjang tempoh permainan.

Perbezaan Kesan Kebimbangan Somatik dan Kebimbangan Kognitif ke atas Prestasi

Bagi memudahkan kefahaman tentang perkaitan di antara kebimbangan seketika kompetitif dan
kaitannya dengan prestasi, kita perlu melihat serta mengukur dimensi kebimbangan seketika individu.
Contohnya, perkaitan di antara kebimbangan kognitif seketika dan prestasi sukan adalah dalam bentuk
linear (Burton, 1988; Gould, Petlichkoff, Simons dan Vevera, 1987), manakala perkaitan di antara
kebimbangan somatik seketika dan prestasi pula dalam bentuk U-Terbalik (Cox, 1998).

Dalam konteks psikologi sukan, kebimbangan dan kebangkitan adalah dua konstruksi yang
berbeza. Cara pengukuran kedua-duanya juga adalah berbeza dan memerlukan kaedah
penyesuaian yang juga berbeza. Walau bagaimanapun kebimbangan dan kebangkitan saling
berkaitan antara satu sama lain dan juga berkait rapat dengan stres. Landers dan Boutcher
(1993) melihat kebimbangan state (state anxiety) atau stres berlaku akibat tahap
kebangkitan yang berterusan. Gould dan Krane (1992) pula menyatakan bahawa
kebimbangan juga dianggap sebagai implikasi emosi atau dimensi kognitif yang wujud akibat
proses kebangkitan.
Dalam membicarakan soal hubung kait kebimbangan, kebangkitan dan stres dalam sukan,
kebimbangan akan dilihat dalam konteks emosi sebagai sesuatu yang memberi ancaman.
Dalam sukan, kebimbangan merujuk kepada perasaan atlet bahawa dia akan melakukan
kesilapan dalam persembahannya, atau akan mendapat kekalahan di akhir permainan.
Adakala kebimbangan wujud dalam aktiviti sukan apabila atlet melihat lawannya sebagai
seorang yang lebih kuat, atau mengetahui bahawa dia sedang diperhatikan oleh orang-orang
yang penting seperti pengadil, ahli keluarga, kawan-kawan dan ahli pasukan. Keadaan ini
boleh menimbulkan ancaman kepada atlet terutama mereka yang mempunyai tahap
keyakinan dan penghargaan diri yang rendah.
Menurut Spielberger (1972), kebimbangan terbahagi kepada dua iaitu: a.
Kebimbangan state (state anxiety)
Kebimbangan state ialah kebimbangan dalam bentuk sementara yang
berbeza dari segi intensitinya, seimbang dengan kekuatan pada tanda
penurunan rasa takut. Kebimbangan state mengandungi komponen kognitif
dan somatik. Kebimbangan kognitif seperti kekhuatiran mempunyai ciri-ciri
tanggapan negatif dan imej kegagalan. Manakala kebimbangan somatik
merujuk kepada simptom fizikal dan fisiologi seperti gementar dan berpeluh.
Contohnya, apabila seseorang bercakap di depan khalayak ramai buat
pertama kali, akan menunjukkan tanda keresahan seperti menggeletar dan
berpeluh. Martens et al. (1990) menjelaskan
kebimbangan state kompetitif ialah perasaan tertekan yang disebabkan persepsi individu
terhadap situasi yang sedang dan akan dihadapi sebagai satu keadaan yang memberi
ancaman. Kebiasaannya, tanda-tanda kebimbangan state ini akan diukur menerusi
simptom-simptom somatik (fisiologi) dan kognitif (psikologi).

b. Kebimbangan Trait (trait anxiety)

Kebimbangan trait adalah lebih lama berbanding kebimbangan state. Individu yang
mempunyai kebimbangan trait atau juga disebut sebagai A-trait person mengalami
kebimbangan atau ketakutan terhadap sesuatu benda yang tidak spesifik. Individu jenis ini
juga mungkin dihantui oleh kebimbangan akibat peristiwa-peristiwa lampau. Individu ienis A-
Trait tahap tinggi mempunyai kebarangkalian mengalami kebimbangan state yang ekstrem.
Kajian Weinberg dan Hunt (1976), dan Anshel et al. (1993) iuga mendapati bahawa
kebimbangan memberi kesan penurunan kemahiran koordinasi otot di kalangan individu A-
state.

Walau bagaimanapun, bukan seperti kebimbangan, proses kebangkitan tidak dilihat sebagai
emosi yang kurang menyenangkan, kerana punca berlakunya kebangkitan tidak semestinya
disebabkan sesuatu peristiwa yang negatif, tetapi boleh iadi positif. Kebangkitan dalam
sukan biasanya dikaitkan dengan desakan (drive), penggiatan (activation), kesediaan
(readiness) atau keterujaan (excitation). Keaktifan dalam pergerakan tubuh badan dan
minda bagi mencapai tahap persembahan yang diperlukan oleh atlet hanya dapat dicapai
jika atlet dapat menghasilkan tahap kesediaan atau kebangkitan fizikal dan psikologi yang
diperlukan. Anshel (2003) telah mengkaji aspek emosi dalam kebangkitan termasuklah
perasaan positif (kegembiraan dan kebahagiaan), dan perasaan negatif (ketakutan, malu
dan tekanan). Kebangkitan perlu diawasi di kalangan atlet dan jurulatih kerana kebangkitan
perlu dipastikan sentiasa berada pada tahap yang optimum bagi mengelakkan kejatuhan
mutu dan kualiti persembahan. Selain itu, atlet juga perlu tahu teknik-teknik sebenar
bagaimana untuk mengawal kebangkitan kerana apabila atlet mula merasai kebangkitan
dalam persembahan, ianya tidak selalu berakhir dengan kejayaan.

Terdapat beberapa teori yang boleh menjelaskan hubung kait antara kebimbangan dan
kebangkitan dengan persembahan dalam sukan seperti Teori Multidimensi Stres-
Persembahan, Teori Desakan Hull (1943), Inverted-U Hypothesis, Teori Catstrophe, dan
Teori Reversal.
- See more at:
http://www.zairedin.com/2011/12/kebimbangan-dan-kebangkitan-dalam-sukan.html#stha sh.w0
EHmM7Q.dpuf

Anda mungkin juga menyukai