Anda di halaman 1dari 14

GAMBARAJAH BLOK

PENGENALAN RAJAH BLOK


• mewakili bahagian atau peringkat dalam sesuatu gambarajah litar
skema.
• Menggambarkan secara kasar isi kandungan dan keterangan bagi
peringkat tersebut.
• Memudahkan pembahagian litar dan penerangan bahagian.
• Dilukis dalam bentuk segitiga, segiempat tetap atau segiempat sama.
- bentuk dilukis mengikut kesesuaian jenis litar dan melukis yang
disediakan.
Contoh bentuk gambarajah blok
• Gambarajah blok lazimnya dilabel dengan nama mengikut peringkat
sesuatu litar, bentuk gelombang isyarat pada punca-punca
kemasukan dan keluaran serta tanda-tanda lain yang diperlukan.
• Dalam gambarajah blok boleh juga disertakan dengan simbol sesuatu
komponen untuk menguatkan atau menjelaskan lagi gambarajah blok
tersebut.
• Jika bilangan rajah blok lebih dari satu, blok-blok disusun sebelah-
menyebelah secara sesiri atau selari.
• Setiap blok disambungkan oleh garisan lurus mengikut sambungan
litar.
• Untuk menunjukkan laluan isyarat pada setiap peringkat blok , maka
sambungan di antara blok dilabel dengan tanda anak panah pada
punca masukan dan keluarannya.
Melukis gambarajah blok dari litar skema

Rajah 2
• Rajah 2 menunjukkan satu litar penguat yang terdiri daripada transistor
TR1 dan transistor TR2.
• Selain dari transistor, terdapat beberapa komponen seperti perintang
dan pemuat yang disambung menjadikan satu rangkaian litar.
• Pada punca kemasukan litar disambungkan dengan simbol mikrofon
dan pada punca keluaran disambungkan kepada pembesar suara.
• Untuk meringkaskan kandungan litar peringkat penguat ini, gambarajah
litar ditukarkan kepada gambarajah blok.
• Komponen mikrofon dan pembesar suara disertakan dalam gambarajah
blok untuk menjelaskan lagi susun atur gambarajah blok.
Melabel gambarajah blok
• Gambarajah yang telah siap dilukis perlu dilabel mengikut nama
peringkat litar skemanya.
• Selain melabel nama peringkat, tiap-tiap blok hendaklah dilabel
bentuk gelombang isyarat pada punca masukan dan keluaran blok
tersebut.
• Melabel boleh dilakukan secara terus dalam blok. Cth :

PENGUAT
• Jika terdapat beberapa peringkat di dalam sesuatu gambarajah blok,
maka setiap peringkat perlu dilabel dengan nama peringkat mengikut
susunannya.
• Sekiranya ruang untuk melabel nama pada setiap peringkat itu
terhad, maka setiap peringkat dilabel dengan tanda huruf atau
angkadengan susunan abjadnya. Pada ruangan lain disenaraikan
tanda label mengikut susunan nama peringkatnya. Contoh:
Melabel bentuk gelombang pada gambarajah
blok
• Bentuk gelombang isyarat boleh dilabel pada gambarajah blok bagi
kegunaan membantu memahami kendalian setiap peringkat serta
keseluruhan blok tersebut.
• Cara melabel yang pertama ditunjukkan dalam gambarajah 5a iaitu
bentuk gelombang isyarat dilukis berhampiran dengan punca
kemasukan dan punca keluaran rajah blok.
• Cara kedua ditunjukkan pada gambarajah 5b iaitu bentuk gelombang
isyarat dilukis jauh sedikit dari kemasukan dan keluaran tetapi ia
ditanda dengan arah anak panah ke bahagian tersebut.
Rajah 5a

Rajah 5b
Perkara yang harus diambil kira semasa
melukis gambarajah blok
1.Susunatur blok
2.Penyesuaian saiz blok
3.Melabel
4.kekemasan
Perkara yang perlu dirujuk semasa melukis
dan membentuk gambarajah blok
• Bentuk segitiga atau segiempat yang sama saiz untuk setiap peringkat.
• Jarak antara peringkat blok dengan yang lain hendaklah sesuai dan
teratur supaya susunan blok lebih kemas.
• Labelkan nama peringkat blok dan lukiskan bentuk gelombang isyarat
dan tanda lain yang diperlukan.
• Semasa melukis bentuk gelombang isyarat pada peringkat blok
hendaklah diambil kira pada saiz kesesuain bentuk gelombang
mengikut fungsi serta kendalian pada peringkat tersebut.

Anda mungkin juga menyukai