Anda di halaman 1dari 10

ETE 3024 :

PENDAWAIAN TIGA
FASA
PAPAN FIUS AGIHAN
TIGA FASA
1.0 PENGENALAN
 Bagi penggunaan kapasiti beban yang besar misalnya sekolah,
pejabat, rumah pangsa, kilang, rumah banglo dan sebagainya,
jumlah bilangan beban adalah besar. Oleh itu banyak litar
akhir yang diperlukan. Kotak agihan (DB) satu fasa yang biasa
tidak dapat memenuhi kehendak permintaan beban tersebut,
jadi kotak agihan tiga fasa akan dipasang ke litar itu.
 Kotak agihan berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan
menyediakan perlindungan arus lebihan kepada litar akhir.
Kotak pengagihan hendaklah dipasang dalam kotak bertutup
di tempat yang mudah diperiksa dan berlabel dengan perkara
berikut:
i) Kadar fius dan pemutus litar
ii) Saiz kabel
iii) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan
 Kotak agihan biasanya warna kelabu bertutup dan ada juga
yang mempunyai penutup lutsinar.

Kotak agihan tiga fasa Pendawaian di dalam Kotak Agihan


3.1 KOMPONEN DI DALAM PAPAN FIUS AGIHAN

 Suisutama
 Pemutus litar bocor kebumi (PLAB/ELCB/RCCB/RCD)
 Pemutus litar kenit (MCB)
 Busbar
 Neutral Bar
 Earth Bar
3.1.1 SUIS UTAMA
 Suis utama berfungsi sebagai pengasing litar dan
memberi perlindungan arus berlebihan. Alat
kawalan secara mekanikal yang boleh membuka
dan menyambung litar secara kawalan manual.
3.1.2 PEMUTUS LITAR BOCOR KE BUMI
(PLAB/ELCB/RCCB/RCD)

a) Peranti berfungsi sebagai alat perlindungan terhadap arus


kebocoran ke bumi dan sebagai pengasing litar.
b) Peranti ini akan membuka atau memutus litar secara
automatik apabila kadaran arus bocor ke bumi melebihi had
yang disetkan.
c) Terdapat butang uji yang digunakan untuk menguji peranti
dalam keadaan baik atau tidak. Apabila butang uji ditekan,
suis akan terpelantik lalu memutuskan litar. Sekiranya suis
tidak terpelantik, ini menandakan peranti PLAB perlu diganti
dengan yang baru. Jika digunakan juga, ia tidak dapat
memberi perlindungan sepertimana yang sepatutnya.
B JENIS PEMASANGAN KEPEKAAN KEHENDAK
I PERANTI
L PLAB
(MAKSIMUM)
1 Tempat hiburan awam 10mA Dimestikan
.
2 Tempat lembab (bilik air dan dapur 10mA Dimestikan
. basah)/Litar pemanas air
3 Litar akhir bagi kuasa (soket alir 30mA Dimestikan
. keluar 13A)
4 Pendawaian keseluruhan (Fasa 100mA Dimestikan
. Tunggal dan Tiga Fasa)

Keperluan Penggunaan Pemutus Litar Arus Baki (Kepekaan)


d) Pemasangan PLAB mengikut saiz kepekaan berdasarkan Peraturan 36,
Peraturan-Peraturan Elektrik 1994:
e) Terdapat dua jenis PLAB mengikut kendaliannya iaitu PLAB kendalian
voltan dan PLAB kendalian arus.
f) Ciri-ciri PLAB kendalian voltan – Kepekaan tinggi, harga lebih murah,
terpelantik tidak menentu (jika ada arus bocor yang kecil pada
peralatan elektrik akan menyebabkan terpelantik)
g) Ciri-ciri PLAB kendalian arus – Kepekaan rendah, jarang berlaku
tepelantik tak menentu, voltan maksimum apabila berlaku kerosakan
hendaklah tidak melebihi 50V.
3.1.3 PEMUTUS LITAR KENIT (MCB)
a) Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil
sebagai pemutus litar miniatur. Bentuknya seakan-akan suis
tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran dan
bentuknya sahaja (4 segi panjang).
b) Pemutus litar kenit berfungsi sebagai alat perlindungan arus
lebihan
c) Saiz arus pemutus litar:
d) 6A – litar lampu/kipas
e) 16A – 1 x SAK 13A
f) 20A – 2 x SAK 13A (luas lantai 20mm2), pemanas air dan
penghawa dingin.
g) 32A – SAK 13A (luas lantai 50mm2/litar gelang) dan motor
d) Saiz arus pemutus litar:
e) 6A – litar lampu/kipas
f) 16A – 1 x SAK 13A
g) 20A – 2 x SAK 13A (luas lantai 20mm2), pemanas air dan
penghawa dingin.
h) 32A – SAK 13A (luas lantai 50mm2/litar gelang) dan motor.
3.1.4 BUSBAR, EARTH LINK, NEUTRAL LINK
DAN RIL

Anda mungkin juga menyukai