Anda di halaman 1dari 7

TAJUK : INSTALL THREE PHASE DISTRIBUTION BOARD

TUJUAN: Kertas penerangan ini digunakan untuk menerangkan sistem pemasangan


Kotak agihan 3 fasa bagi pepasangan elektrik

PENERANGAN PEMASANGAN KOTAK AGIHAN TIGA FASA

Bagi pengguna besar misalnya sekolah, pejabat, rumah pangsa, kilang dan sebagainya, jumlah
bilanghan beban adalah besar. Oleh itu banyak litar akhir yang diperlukan. Kotak agihan (DB)
biasa tidak dapat memenuhi kehendak permintaan tersebut, jadi sub-papan agihan akan
dipasang ke litar itu.
Berfungsi sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan. Papan pengagihan
hendaklah dipasang dalam kotak bertutup di tempat yang mudah diperiksa dan tertulis
(berlabel) dengan:

i) Kadar fius dan pemutus litar


ii) Saiz kabel
iii) Kegunaan setiap litar bagi kotak pengagihan

Distribution Board biasanya warna grey dan sebahagian mempunyai penutup yang
lutsinar. Didalamnya dilengkapi dengan Bus Bar, Neutral Link, Earth Bar and Din Rail

Manakala bilangan hala (Way) adalah bergantung kepada besarnya beban atau litar.
Gambarajah Kotak Agihan Tiga Fasa

1. Pengasing yang diperlukan hendaklah mempunyai suis berangkai yang sesuai untuk
kendalian atau menggunakan pemutus litar yang disusun agar ia dapat memutuskan semua
pengalir litar bekalan di pemasangan itu

2. Perlindungan lebihan arus yang hendak di buat hendaklah dengan menggunakan fius
atau pemutus litar yang dipasang pada setiap dawai hidup pengalir bekalan itu

3. Setiap perlindungan lebihan arus hendaklah sesuai untuk menahan arus litar pintas yang
berlaku
Pemutus Litar Bocor Kebumi ( ELCB )

Berfungsi sebagai perlindungan kebocoran arus ke bumi dan pengasing litar. Pemutus litar
dibuat dalam berbagai bentuk dan jenis kendalian di antaranya ialah jenis isian minyak, jenis
hembusan gas, jenis hembusan udara (angin), jenis vakum dan jenis miniatur.

RCCB boleh didapati dalam 2 versi iaitu 2 Pole dan 4 Pole dengan Kadaaran arus ialah 25A,
40A, 63A and 80A . serta arus kendalian 30mA, 100mA and 300mA

Rajah. Pemutus Litar Bocor Kebumi

Pengasing litar/Main switch

Berfungsi sebagai alat yang boleh memutuskan bekalan agihan kepada pengguna
dengan membuka sambungan dawai hidup dan neutral secara serentak jika salah satu kutub
bekalan itu tdak dibumikan dengan menggunakan suis dua kutub berangkai. Bagi bekalan 3-
fasa berbumi tidak perlu membuka dawai neutral kerana ianya dipasang dengan suis tiga
kutub berangkai

Tujuan mengadakan pengasing ialah untuk melindungi pengguna daripada mendapat


renjatan elektrik yang berterusan. Oleh itu pengasing hendaklah dipasang pada permulaan
litar pendawaian bagi setiap pemasangan sebagaimana yang dikehendaki oleh peraturan
elektrik.

Terdapat dalam 2 versi iaitu 2 pole dan 4 Pole dengan kadaan arus antara 43A -100A

.
Rajah. Suis Utama/Pengasing
A. Pemutus Litar Jenis Miniatur

Disebabkan jenis ini berukuran kecil, maka ianya dipanggil sebagai pemutus litar
miniatur. Bentuknya seakan-akan suis tumbler biasa, bezanya cuma dari segi ukuran
dan bentuknya sahaja (4 segi panjang). Tahan lama dan ia tidak dipengaruhi oleh suhu
sekitaran untuk beroperasi dan kadar perlindungan yang diberikannya adalah dalam
kelas halus.

Pemutus litar ini terbahagi kepada dua iaitu :

a) Tetap kadarannya di mana digunakan untuk menggantikan tempat fius dan

b) Boleh dilaraskan kadaran arus kendaliannya pula digunakan untuk


perlindungan beban yang sentiasa berubah atau tidak menentu nilai kadarannya
seperti motor dan sebagainya.

Selain sebagai pelindung lebihan arus ianya juga berfunsi sebagai pelindung
lebihan kepanasan supaya belitan motor dengan mengawal kepanasan suhu yang
tertentu pada sesebuah motor dan sebagai pengasing daripada kebocoran arus ke
bumi pada sesebuah pemasangan

Kadaran arus dari 2-63A,


Kelengkapan lain yang terdapat pada kotak agihan terdiri daripada Bus Bar, Neutral
Link, Earth Bar and Din Rail

Gambarajah Bus bar

Gambarajah Terminal Bumi

Gambarajah Terminal Neutral

Gambarajah Din Rail


Reka bentuk kotak agihan tiga fasa

Sistem-sistem pengagihan tiga fasa dibuat dari Keluli Keping (sheet steel), menumbuk
bersalut (powder coated) dengan berwarna Kelabu/Bingkai putih dan penutup lutsinar
(Transparent), serta bersama-sama itu dipasang dengan Palang Bas (Bus Bar), link
Neutral (Neutral link), punca bumi (Earth Bar) dan landasan (Din Rail).

Gambarajah Kotak Agihan

Anda mungkin juga menyukai