Anda di halaman 1dari 22

Topik 7:Pengurusan Sumber.

KPS3014
PENGURUSAN PEMBELAJARAN.
Hasil pembelajaran
• Konsep pembelajaran berasaskan sumber.

• Peranan dan fungsi sumber pembelajaran.

• Kemahiran akses sumber pembelajaran


 Apakah Sumber Pembelajaran?

• sumber pembelajaran adalah merujuk kepada


bahan @ alatan untuk meningkatkan
pemahaman & pencapaian murid dalam sesuatu
pengajaran.

• Dalam sesi PdP (pengajaran dan pembelajaran),


guru perlu memastikan apa yang diajar dapat
difahami & dikuasai oleh pelajar. Maka, guru
memerlukan penggunaan SUMBER yg
bersesuaian agar pemahaman dapat
ditingkatkan.
• Pada asasnya penggunaan sumber pembelajaran perlu
dapat membantu pelajar dan BUKAN HANYA UNTUK
KEPERLUAN GURU mengajar SAHAJA.

• Dengan perkataan lain, penggunaan sumber pembelajaran


adalah difokuskan kepada pelajar yang bertujuan
MEMUDAHKAN AKTIVITI PEMBELAJARAN, agar pelajar
dapat memahami mata pelajaran dengan lebih berkesan.

• Dengan adanya sumber pembelajaran, ini akan


memudahkan,pelajar membina konsep yg betul &
menerima isi pelajaran dengan mudah serta cepat.
• Sebagaimana yang kita ketahui, setiap pelajar mempunyai gaya
pembelajaran yang berbeza. (lihat slides seterusnye mengenai
gaya pembelajaran)

• Ada yang mempunyai gaya visual, auditori & kinestetik. Maka,


guru perlu menggunakan sumber pembelajaran yang sesuai agar
dapat merangsang pembelajaran pelajar ke peringkat maksimun.

• Selain itu, aspek penting lain dalam penggunaan sumber


pembelajaran adalah sumber pembelajaran yang dipilih berupaya
menajamkan deria pelajar dalam memahami pelajaran.
• Misalnya sumber pembelajaran eletronik (e.g Tv, lcd, projector,
laptop), akan merangsang deria pendengaran & penglihatan dan
seterusnya meningkatkan kefahaman pelajar tersebut.
Gaya Visual
GAYA
VISUAL

Kecederungan belajar seseorang yang banyak meggunakan deria
mata mereka untuk memahami sesuatu maklumat.

GAYA
AUDITORI
•Kecenderungan belajar seseorang yang berasa selesa belajar atau
menerima maklumat secara mendengar syarahan, perbincangan dan
juga diberi peluang untuk bercakap.

GAYA KINESTETIK
•Kecenderungan belajar seseorang yang menggemari aktiviti
pembelajaran berbentuk amali atau yang menggunakan pergerakkan
tubuh badan untuk memahami apa yang dipelajari secara teori.
Objektif pengurusan
sumber
• Mewujudkan suasana dan persekitaran
pendidikan yang hidup dan mencabar;

• Menimbulkan minat dan semangat untuk murid


belajar;

• Memastikan aktiviti-aktiviti bilik darjah berjalan


tanpa gangguan; dan

• Menjamin perkembangan pembelajaran murid.


 KLASIFIKASI SUMBER
PEMBELAJARAN
• Boleh dikalsifikasi kepada 4 jenis:

1.Sumber asas. Cnth : papan tulis, buku teks, buku kerja.

1.Sumber Bukan elektronik. Contoh, objek, model, glob, gambar


lukisan, carta rajah, graf, peta, kartun, suratkhabar.

3. Sumber Elektronik. Contoh seperti radio, televisyen,perakam


pita, video, projektor overhead, pembesar suara

4. Sumber yang bercorak pengalaman. Contoh seperti lakunan,


pantomin, lawatan, projek, pameran& bahan dari alam
sekitar.
 KRITERIA MEMILIH SUMBER
PEMBELAJARAN

I. Tujuan
II. Kesesuaian
III. Kemudahan memperoleh
IV. Kepentingan Sumber Pembelajaran
i. Tujuan
• Guru harus mempunyai objektif yang jelas kenapa dia
memilih sumber berikut.

• Guru juga harus mempertimbangkan bila sumber


pembelajaran tersebut sesuai digunakan.

• Selain itu, tujuan pemilihan perlulah bersesuaian dengan


topik pengajaran, kebolehan murid, serta paling penting
dapat menimbulkan minat murid untuk belajar dan
seterusnya memahami topik tersebut.
II. Kesesuaian
• Kesesuaian akan merangkumi aspek di bawah:

a.Masa—memperkenalkan & menggunakan sumber pembelajaran


pada masa sesuai, memberi kesan pada pembelajaran pelajar.
Misalnya penggunaan video di awal pengajaran (set induksi) boleh
menarik minat pelajar untuk fokus pada pelajaran

b. Tempat—sumber pembelajaran yg digunakan perlulah bersesuaian


dengan tempat & aktiviti pembelajaran yg ingin dijalankan.

c. Kesukaran pengendalian—merujuk kepada guru & juga pelajar.


Sebagai contoh jika guru tidak mahir menggunakan sesuatu sumber
pembelajaran (e.g Interactive white board), maka guru akan
menghadapi kesukaran mengendalikan & ini akan membazirkan
masa serta objektif pengajaran tidak dapat dicapai.

Manakala dalam konteks pelajar, jika pelajar ORANG ASLI diajar


menggunakan komputer sebagai sumber pembelajaran, sedangkan
mereka tidak arif, ini juga menyebabkan pembelajaran tidak efektif.
d. Jumlah –jumlah bahan yang digunakan perlu bersesuaian dengan
jumlah pelajar, Misalnya, jika pelajar ramai, sedangkan sumber
pembelajaran (e.g komputer) sedikit, ini akan mempenagruhi
pembelajaran pelajar.

e. Tahap & Fungsi pengetahuan lepas—ini merujuk kepada


pengetahuan lepas (pengetahuan sedia ada) yg boleh dikaitkan
dengan sumber pembelajaran yg ingin digunakan. Misalnya sumber
pembelajaran, buku sangat berguna jika murid telah boleh
membaca.

f. Saiz—saiz sumber perlu bersesuaian dengan saiz kelas.

g. Penjagaan—sumber pembelajaran mestilah dijaga dengan


sempurna supayadapat digunakan secara berterusan.
III. Kemudahan memperoleh
• Sumber yang digunakan perlulah sesuatu yg
senang diperolehi. Bagi sesetengah sekolah
yang jauh di pedalaman, berkemungkinan
komputer tidakmencukupi, maka guru perlu
bijak memilih sumber pembelajaran lain.
IV Kepentingan sumber
pembelajaran
Penggunaan sumber pembelajaran diperlukan agar
dapat mengatasi masalah-masalah seperti berikut:

i.Masalah kekurangan tenaga pengajar


ii.Masalah kekurangan masa
iii.Masalah mengadakan pengajaran untuk kumpulan
yang sangat besar
• Pada asasnya apa sahaja sumber pembelajaran yang
ingin digunakan, aspek berikut perlu diambil kira.
Sumber pembelajaran itu perlulah:

Dapat merangsang minat yg tinggi dlm kalangan


pelajar
Dapat merangsang perkembangan kognitif pelajar
Dapat memberikan kefahaman
dapat memberikan pembelajaran bermakna bagi
pelajar, agar ilmu yang dipelajari berkekalan
Dapat memberikan pengalaman yang sebenar
kepada pelajar
dapat menyeronokan suasana pembelajaran
Dapat menjimatkan masa.
--Dalam konteks menjimatkan masa, apabila guru
menggunakan sumber pembelajaran untuk
menerangkan pelajaran, maka pelajar akan cepat
faham & ini akan menjimatkan masa.
--selain ianya menjimatkan masa jika guru
menyediakan terlebih dahulu sumber pembelajaran
tersebut (e’g: membuat power point isi pelajaran),
maka guru boleh menjimatkan masa menulis di papan
putih isi pelajaran.
 Cara menggunakan sumber
pembelajaran
• Penggunaan sumber pembelajaran perlulah
bertepatan dengan situasi pembelajaran. Ini
bertujuan agar penggunaan sumber yang tidak
berkesan dapat dielakkan.

• Untuk memenuhu keperluan pelajar, guru perlu


mengkaji serta menguasai cara menggunakan
sesuatu sumber pembelajaran tersebut agar,
TUJUAN UTAMA penggunaan Sumber untuk
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
tercapai.
 Cara menggunakan sumber pembelajaran
--Suatu ketika dulu, gurumungkin banyak menggunakan papan hitam
serta buku teks sebagai sumber pembelajarn. Namun seiring
perubahan masa, keadaan ini berubah.

--Secara amnya, pada era ini, alaf 21 sudah tentu memerlukan guru
yang mempunyai pengetahuan mengggunakan sumber pembelajaran
berasaskan teknologi. Misalnya berupaya mengendalikan pekara asas
seperti internet, komputer dan smart board.

--Sebelum menggunakan smart board ini, perlu ada SMARTboard


software pada komputer @laptop yg kita ingin gunakan semasa
pengajaran.
--Maka, guru melengkapkan diri mempelajari apa sahaja mengikut
kesesuaian zaman.
Smart board
--Kesimpulannya, sumber dapat membantu p&p dan
membantu murid belajar dengan lebih berkesan.

--perolehan pemilihan sumber pembelajaran adalah


antara aspek penting.

--Guru yang merancang pengurusan sumber


pembelajaran dengan baik akan menggalakkan murid
belajar dengan penuh minat

Anda mungkin juga menyukai