Anda di halaman 1dari 13

PENANDA WACANA

APAKAH ITU PENANDA WACANA ?


Penanda wacana berupa kata atau rangkai kata yang
digunakan untuk merangkaikan ayat dengan ayat yang lain,
bagi menunjukkan wujudnya satu kesatuan ayat yang utuh.
Oleh sebab penanda wacana itu merangkaikan ayat dengan
ayat, maka penanda wacana itu juga dikenal sebagai
perangkai ayat/peranti linguistik.

Mengapa kehadiran dianggap signifikan ?

Hal ini demikian kerana, tanpa kehadiran penanda wacana


yang tepat, akan menyebabkan idea yang diturunkan seolah-
olah tidak mempunyai kesatuan dan pautan yang lengkap.
KRITERIA WACANA

Unsur wajib dalam menentukan kreteria


wacana dapat dikelaskan kepada 2, iaitu
Kohesi –keserasian
Dan
koheren-kesinambungan idea
Contoh Kohesi
Ayat 1 :
Ayah dan ibu pergi bercuti di Pulau Langkawi.
Ayat 2 :
Mereka ke sana untuk berehat sambil bertemu
dengan kakak yang menuntut di Maktab
Rendah sains Mara.
Contoh koherensi
Anak merupakan anugerah Allah S.W.T yang tidak ternilai
harganya dan menjadi satu amanah untuk
menjaganya. Ada pasangan yang berkahwin bertahun-
tahun yang teringinkan cahaya mata tapi tak
dikurniakan lagi walau pun dengan pelbagai usaha.
Sebaliknya, ada pasangan yang mudah
mendapatkannya, tapi bagi pasangan-pasangan ini
mengambil jalan mudah sama ada membuang bayi yang
dilahirkan, menjual bayi atau menggugurkan kandungan
mereka. Ingatlah kita bersama bertanggung jawab
dalam amalan zina dan tindakan membuang bayi yang
merupakan jenayah yang amat besar dosanya serta
berat hukumannya disisi Islam
Contoh Koherensi
Keseluruhan isi perenggan : Isu anak

Ayat 1 : Anak anugerah Allah yang tidak ternilai.


Kita diamanahkan menjaganya.
Ayat 2 : Ada pasangan sukar dapat anak.
Bertahun berusaha.
Ayat 3 : Ada pasangan yang mudah.
Mereka tidak tahu menghargai.
Ayat 4 : Semua pihak bertanggung jawab.
Membuang anak jenayah di sisi islam.
Jenis-jenis Penanda Wacana
1. Penanda Kronologi
2. Penanda Organisasi
3. Penanda Idea
1. PENANDA KRONOLOGI

Kata kunci: “Bila” dan yang seumpamanya.


1. kini
2. lantas
3. mula-mula
4. lepas itu
5. sebelum
6. kemudian
7. semenjak itu
8. pada suatu waktu
9. pada hari esoknya
10. pada zaman dahulu
11. dua tahun kemudian
12. beberapa tahun kemudian
13. dan yang seumpamanya.
2. PENANDA ORGANISASI
Fungsi: mempertautkan sesuatu bahagian wacana dengan
bahagian yang lain
1. pertama
2. tegasnya
3. contohnya
4. akhir sekali
5. dalam hal ini
6. sebagai kesimpulan
7. dalam hubungan ini
8. untuk merumuskan
9. dengan perkataan lain
10. dapat dinyatakan bahawa
11. untuk menjelaskan lagi
12. akan dinyatakan pada tempat yang lain
13. dalam bahagian ini kita akan membincangkan
14. dan yang seumpamanya.
3. PENANDA IDEA
Fungsi: menghubungkan antara fakta dengan
fakta dan idea dengan idea yang

(a) Mengembangkan Idea


(b) Pertentangan Idea
(c) Hubungan Idea
(a) Mengembangkan Idea
 malah
 satu lagi
 selain itu
 seterusnya
 begitu juga
 di samping itu
 lebih-lebih lagi
 tambahan pula
 dan yang seumpamanya
 b) Pertentangan Idea
 tetapi
 sama ada
 sebenarnya
 sebaliknya
 walaupun
 walau bagaimanapun
 pada masa yang sama
 dan yang seumpamanya.
(c) Hubungan Idea
 jadi
 maka
 kecuali
 oleh itu
 oleh sebab
 oleh hal yang demikian
 untuk tujuan itu
 berikutan dengan itu
 dengan demikian
 sebagai akibat daripada
 dengan syarat
 justeru itu
 dan yang seumpamanya.

Anda mungkin juga menyukai