Anda di halaman 1dari 64

BAB 1

MALAYSIA :
KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN
PENGENALAN
• Perbincangan yang terangkum dalam modul hubungan etnik ini
memberikan tumpuan khususnya kepada bentuk, tahap, tingkat dan
intensiti hubungan antara kumpulan etnik yang wujud dalam sesuatu
masyarakat dengan negara itu.
• Dalam konteks ini, tumpuan adalah untuk mempelajari, menganalisis
serta memahami negara dan masyarakat di Malaysia.
• Namun demikian, bentuk, tahap, tingkat dan intensiti hubungan antara
dua kumpulan etnik yang berlainan ataupun antara pelbagai kumpulan
etnik tidak semestinya dipengaruhi oleh dimensi etnik semata-mata.
Unsur-unsur daripada pelbagai dimensi sosial yang lain seperti kelas,
status, agama, gender, bahasa, kedudukan sosioekonomi, ideologi
politik dan wilayah adalah penting dan mempengaruhi
Dua imaginasi sosiologikal: Perpaduan atau
Kesepaduan
• Dari sudut psikologi sosial ini gambaran dlm satu bentuk psyche manusia
iaitu rasa kesatuan yang merentas pemisahan fizikal dan psikologikal.
• Dari sudut antropologi sosial merumuskan bagaimana manusia mengurus dan
menyusun dari segi abstrak dan nyata yang bercirikan unsur agama, etnik,
wilayah dan sebagainya
• Dari sudut ontologikal satu keperluan mengurus dan menyusun perbezaan
atas keinginan mewujudkan keamanan dan kestabilan. Ada yang tidak setuju,
malah memperjuangkan kesukuan dan chauvanisme melalui keganasan.
• Bagi mewujudkan keadaan yang aman maka berbagai cara supaya perbezaan
ini tidak menjadi halangan untuk terus hidup secara aman dan produktif.
“Perpaduan dalam Kepelbagaian”-konteks dari sudut perpaduan
• Hakikat kepada perpaduan yg diidamkan oleh manusia masih belum wujud
berasaskan suatu matlamat akhir yang tidak dapat dilaksanakan iaitu
KESAMAAN dan KESATUAN meliputi satu Bangsa, satu Agama,satu
Bahasa, satu Negara.
• Ini menggambarkan sesuatu masyarakat yang sempurna yang tidak boleh
menjadi kenyataan.
• “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki
dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan
bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang
paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa
diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
(aL-HUJURAT:13)
• “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah menciptakan langit dan bumi
dan berlain-lainan bahasamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya pada yang
demikan itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang
mengetahui”(aR-RUM:22)
“Kesepaduan”
• Masyarakat yang wujud kini adalah konsep kesepaduan iaitu satu fenomena
sosial yang dipacu oleh masyarakat terhadap perpaduan.
• Usaha pembentukan ini telah membawa kepada keamanan, keharmonian
dan kestabilan dalam masyarakat tetapi belum membawa kepada
perpaduan yg diidamkan.
• Pembentukan kesepaduan ini adalah bersifat ‘takrifan harian’ yang lebih
penting daripada ‘takrifan autoriti’ kerana masyarakat bebas betindak,
berprilaku, keamanan dan keharmonian dan antikeganasan dalam
membentuk semua negara yang aman.
KESEPADUAN SOSIAL MELALUI
AKOMODASI,AKULTURASI, AMALGAMASI
DAN ASIMILASI

• Kesepaduan telah wujud dalam acuan masyarakat Malaysia yang


merangkumi struktur sosial, ekonomi, politik dan budaya.
• Di Malaysia proses transformasi hubungan etnik berlaku melalui rundingan
sosial berterusan untuk memenuhi kepentingan masing-masing.
Mari mengenal asal usul KITA
• RAS- Ukuran perbezaan sesuatu kelompok dengan kelompok yang
lain berdasarkan kepada perbezaan fizikal.
• Merujuk kepada suatu kumpulan manusia yang dicirikan oleh
penumpuan dan taburan ‘gen’ yang tertentu.
• Wujud disebabkan perbezaan geografi.
 Contoh: Perbezaan warna kulit, rambut, mata, hidung dan lain-
lain.
HOMO-SAPIENS

JENIS-JENIS RAS

CAUCASOID MONGOLOID AMERICAN


INDIAN

NEGROID AUSTROLOID

8
Negroid

9
CAUCASOID

Bibir ORANG-ORANG Hidung


Nipis EROPAH ‘PUTIH’ Mancung

Kulit Tinggi
Putih Mata Rambut
Besar Lurus
10
NEGROID

Kaki Kurus Tinggi


ORANG-ORANG
NEGRO ‘HITAM’
Rambut Kulit Hitam
Kerinting

Mata Besar Bibir Tebal


11
MONGOLOID

ORANG-ORANG
ASIA ‘KUNING’

Hidung kurang Rambut Lurus


Kulit Berwarna
mancung atau Kerinting

Badan Mata agak


Kecil kecil
12
MONGOLOID 
• North Mongol
• Chinese & Indochinese
• Japanese & Korean
• Tibetan
• Malay
• Polynesian
• Maori
• Micronesian
• Eskimo
13
AMERICAN INDIAN

ORANG ASLI AMERIKA


‘RED INDIAN’

Kulit merah Rambut lurus

Hidung Bentuk muka Mata Besar


sederhana bersegi
14
AUSTROLOID

ORANG ASLI AUSTRALIA


‘KELABU’

Kulit kelabu Mata besar

Rambut kerinting Hidung besar


15
ETNIK
MONGOLOID

MELAYU CINA

LAIN-
LAIN

INDIA JEPUN

16
SUB-ETNIK

JAWA MELAYU
BUGIS

LAIN-
LAIN

MINANG BANJAR

17
Kumpulan Etnik, Kumpulan Etnik, Kumpulan Etnik,
Subetnik, Suku, Subetnik, Suku, Subetnik, Suku,
Kumpulan Bahasa dan Kumpulan Bahasa dan Kumpulan Bahasa dan
Dialek di Semenanjung Dialek di Sabah Dialek di Sarawak
Acheh, Baba Nyonya, Banjar, Bajau, Bisaya, Bonggi, Bookan, Balau, Berawan, Bidayuh,
Bateq, Bengali, Beri, Boyan, Bugis, Cina, Dumpas, Dusun, Bukitan, Cina, Iban, India, Kajang,
Bugis, Chettiar, Chewong, Gana, Hulu, Ida’an, India, Iranun, Kayan, Kedayan, Kejaman,
Chindian, Foochow, Gujarati, Kadazan, Kagayan, Kalabakan, Kelabit, Kenawit, Kenyah,
Hainanese, Hakka, Hokkien, Jah Kalabuan, Kedayan, Keningau, Lahanan, Lisum, Longkiput, Lun
Hut, Jahai, Jakun, Jawa, Kanaq Murut, Kepulauan Kokos, Bawang, Lun Dayeh, Melanau,
Kensiu, Kintaq, Kwangsi, Kimaragang, Kinabatangan, Melayu Sarawak, Murut, Penan,
Kwantung, Lanoh, Mah Meri, Kuijau, labuk-Kinabatangan, Punan Bah, Punan Biau, Punan
Malabaris, Malayalee, Mandaling, Lobu, Lotud, Lundayeh, Busang, Punan, Remun, Saban,
Melayu, Melayu Patani, Mendriq, Makiang, Mangkaak, Melayu, Sebuyau, Sekapan, Sihan, Tabun,
Min Bei, Minangkabau, Orang Minokok, Murut, Okolod, Paitan, Tagal, Ukit, kumpulan etnik
Kuala, Orang Seletar, Pakistan, Paluan, Papar, Rungus, Sama pekerja-pekerja migran dan
Portugis, Punjabi, Rawa, Semai, Selatan, Selungai, Sembakung, pelbagai kumpulan etnik, subetnik,
Semaq, Semelai, Serani, Siam, Serudung, Sinabu, Sino-Kadazan, suku, kumpulan bahasa dan dialek
Sindhi, Tamil, Telegu, Temiar, Suluk, Sungai, Tagal, Tatana’, yang lain.
Temuan, Teochew, kumpulan etnik Tausug, Tempasuk Dusun,
pekerja- pekerja migran dan Tengara, Tidung, Timugon,
pelbagai kumpulan etnik, subetnik, Tinagas, Tobiling, Tombonuo,
suku, kumpulan bahasa dan dialek Ubian, kumpulan etnik pekerja-
yang lain. pekerja migran dan pelbagai
18
kumpulan etnik, subetnik, suku,
kumpulan bahasa dan dialek yang
lain.
AKOMODASI
• Setiap kumpulan etnik sedar serta menghormati norma dan nilai
kumpulan etnik lain yang wujud dalam sesebuah masyarakat.
• Mereka dapat menyesuaikan diri dalam keadaan yang pelbagai
budaya supaya dapat hidup secara harmoni dan saling
menghormati.
• Konsep ini diwakili oleh formula A+B+C = A+B+C. A, B dan C
merujuk kepada budaya (Ting 1987).

19
• Etnik menyedari nilai dan norma antara satu sama lain.
• Tetap pertahankan budaya tetapi hidup dengan harmoni dan
menghormati antara satu sama lain.
• Contoh : Switzerland adalah negara yang mempunyai
hubungan etnik bersifat akomodasi kerana etnik-etnik
Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian
antara mereka  

20
Akomodasi di Malaysia

• Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia terutamanya


selepas merdeka.
• Pada peringkat pemerintahan, setiap kumpulan etnik dapat
melibatkan diri secara bebas dan sama rata dalam bidang ekonomi,
politik dan pendidikan.
• Setiap kumpulan etnik masih bebas mengamalkan budaya mereka
dalam keadaaan harmoni dan saling menghormati.

21
AKOMODASI

22
ASIMILASI
• Proses apabila kumpulan minoriti kehilangan identiti kumpulannya
dan diserap oleh kumpulan dominan dari segi kebudayaan dan sosial.
• Membawa perubahan kebudayaan yg menyerap.
• Asimilasi mutlak: A+B+C=A
• A mewakili golongan dominan, B dan C mewakili kumpulan yg lain
(minoriti).
• B dan C dikehendaki melupakan ciri kebudayaan dan identiti etnik
mereka dan menerima nilai serta pola tingkah laku kumpulan
dominan A.
23
• Istilah ini merujuk kepada satu proses apabila kumpulan minoriti atau
kumpulan etnik yang baharu mengamalkan budaya dan identiti kumpulan
majoriti untuk mengurangkan batas etniknya.
• Menurut Ting (1975), asimilasi adalah satu proses yang merujuk kelompok
yang berfkir, berperasaan dan bertindak secara berlainan, menjadi satu dalam
kesatuan sosial serta budaya yang sama.
• Asimilasi boleh juga didefinisikan sebagai proses pencantuman dan
penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu
kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.

24
• Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat
antara ahli kumpulan etnik berbeza budaya bagi suatu
tempoh yang lama.
• Kejayaan asimilasi umumnya bergantung kepada
kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti mereka
dan menerima identiti kumpulan etnik majoriti.
• Wujudnya persamaan budaya antara kumpulan etnik dan
kesanggupan kumpulan etnik majoriti menerima kumpulan
etnik minoriti.
• Menurut Abramson (1980), melalui proses asimilasi ini
masyarakat akan menjadi semakin homogeneous.
25
Menurut Gordon (1964), terdapat jenis2 asimilasi:

Asimilasi Budaya (Akulturasi)


• Kumpulan minoriti mempelajari ciri kebudayaan masyarakat
tuan rumah (bahasa, pakaian dan adat resam) untuk
diamalkan dalam kehidupan seharian masyarakat.

Asimilasi Struktur
• Proses apabila anggota kumpulan minoriti berjaya
menyertai institusi utama dan aktiviti sosial dalam 26

masyarakat dominan.
Asimilasi di Malaysia

• A+ B+ C =A
• Contohnya, orang Melayu di Thailand mengalami proses
asimilasi yang menyebabkan nama, bahasa dan hampir semua
aspek cara hidup mereka (kecuali agama) telah disatukan
dengan amalan dan cara hidup orang Thai.
• Masyarakat Jawa, Cina Kelantan, Baba dan Nyonya
merupakan contoh proses asimilasi.
• Namun, bagi etnik Cina di Kelantan serta Baba Nyonya,
asimilasi berlaku dalam konteks budaya tanpa melibatkan
anutan kepercayaan atau agama.
27
Contoh Asimilasi
• Makanan seperti kuih bangkit yang boleh dimakan bukan
semasa Hari Raya sahaja, tetapi juga semasa Tahun Baru Cina.

• Muruku bukan saja dihidangkan semasa perayaan Deepavali,


tetapi juga didapati dijual semasa musim perayaan Hari Raya
dan Tahun Baru Cina.
• Kek buah yang merupakan signature kek semasa Krismas juga
dijual sepanjang tahun.
28
AKULTURASI
• Dikenali sebagai Asimilasi Budaya.
• Berbeza dengan proses asimilasi, proses akulturasi tidak
menyebabkan kehilangan identiti asal masyarakat penerima.
• Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan
dalam kalangan individu atau kelompok daripada sesuatu
kebudayaan lain yang berbeza.
• Satu proses yg melibatkan perubahan kebudayaan dan pinjam-
meminjam unsur kebudayaan akibat perhubungan antara dua
kumpulan manusia yg berlainan tradisi.
• Proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan
majoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
29
• Konsep ini diwakili oleh formula
A+B+C=A**+B**+C**.
• A**, B** dan C** merujuk kepada budaya etnik lain
yang telah diterima dan diolah mengikut kebudayaan
sendiri.
• Apabila satu kelompok manusia dengan suatu
kebudayaan tertentu dihadapkan dengan unsur daripada
suatu kebudayaan etnik lain yang berbeza sehingga
unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan
diolah dalam kebudayaan sendiri.
• Ahli masyarakat pelbagai kumpulan etnik perlu
berkongsi pola kebudayaan.
• Cth: Bahasa yang sama untuk berinteraksi. 30
Akulturasi di Malaysia
• Proses akulturasi boleh berlaku sepanjang hayat.
• Apabila masyarakat pelbagai etnik sudah lama tinggal
bersama di sesuatu kawasan perumahan yang sama atau
bekerja bersama di sesuatu tempat, mereka mula
pinjam-meminjam budaya atau bahasa dalam kalangan
mereka.
• Sekiranya semakin kerap peminjaman budaya itu
berlaku, maka semakin rapat hubungan antara etnik
itu terjalin.
• Contoh?
31
AKULTURASI

32
Contoh Akulturasi di Malaysia
• Pemakaian baju kurung dalam kalangan perempuan bukan
Melayu
• Pemakaian inai dalam kalangan orang Melayu
• Fesyen baju kurung yang disertai dengan potongan dan butang
baju Cheong Sam
• Pemberian angpau pada Hari Raya Aidilftri
• Budaya makanan ala barat seperti makanan segera McDonald
• Perkataan ta pau
• Nasi Lemak
33
• Berlaku proses mengolah semula ke atas unsur budaya
yang diambil daripada etnik lain contohnya dalam aspek
makanan seperti ‘dimsum’ dan ‘kuetiau’ yang popular
bagi etnik Cina.
• Makanan ini juga digemari oleh etnik lain yang beragama
Islam di Malaysia dan telah dilakukan ubah suai dalam
penyediaan makanan tersebut untuk memenuhi konsep
halal.
• Dalam hal ini akulturasi yang berlaku dalam sesebuah
masyarakat pelbagai etnik memperlihatkan keazaman
masing-masing untuk menyesuaikan dan
memanfaatkan kepelbagaian dalam kehidupan harian
mereka. 34
AMALGAMASI
• Proses penyatuan pelbagai kumpulan etnik dari segi biologi.
• Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya
atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras
baharu.
• Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan
terjadinya perkahwinan campur antara kumpulan etnik.
• Proses ini memakan masa yang lama dan biasanya melalui
beberapa generasi.

35
• Melahirkan satu kelompok minoriti etnik yang baru.
• Mewujudkan kebudayaan yang baru.
• Formula A+B+C=D
• A, B, C mewakili kumpulan etnik yg berlainan, dan D
mewakili amalgamasi iaitu kumpulan baharu yg
terhasil daripada penyatuan A, B, C.

36
37
PLURALISME KEBUDAYAAN
• Proses mempertahankan kepelbagaian.
• Menitikberatkan pengekalan ciri-ciri kebudayaan pelbagai
kelompok.
• Bertentangan dengan konsep asimilasi dan amalgamasi, pluralisme
kebudayaan boleh diwakili dengan formula A+B+C= A+B+C.
• A, B, C mewakili kumpulan etnik yg berlainan yg
mengekalkan identiti masing-masing.
• Pluralisme dan akomodasi adalah sama.
• Tindakan hidup bersama secara aman damai dlm kalangan
pelbagai kumpulan. 38
KONSEP
STEREOTAIP, PRASANGKA,
DISKRIMINASI, RASISME &
ETNOSENTRISME
STEREOTAIP
• Dari perkataan Greek: stereos (kukuh) dan typo (tanda).
• Walter Lippman, wartawan Amerika Utara mempopularkan konsep ini
dalam buku “Public Opinion”.
• Stereotaip: gambaran dalam otak yang tetap dan sempit serta sukar
diubah.
• Merupakan satu kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan etnik
berbentuk negatif ataupun positif.
• Gambaran yang berlebih lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk
sesuatu yang ditunjukan kepada sesuatu kumpulan etnik.
Prejudis
• Sikap atau tanggapan yg lazimnya bersifat negatif terhadap sesuatu
kumpulan manusia atau ras yg lain atau sikap yg dibentuk berdasarkan
generalisasi yg tidak rasional dan tegar kerana kumpulan tersebut
mempunyai ciri atau kualiti tertentu.
• Fenomena subjektif.
• 3 komponen:
1. Komponen kognitif: beri deskripsi tentang ahli sesuatu kumpulan (malas, penjenayah,
tidak berotak).
2. Komponen afektif: reaksi negatif dan perasaan emosional.
3. Komponen kelakuan: keinginan utk mendiskriminasikan atau berkelakuan negatif
terhadap kumpulan tersebut.
Kognitif
Afektif

Kelakuan

43
• Streotaip ini wujud daripada pengalaman dalam kehidupan
seharian etnik sehingga membentuk imej atau label
terhadap kumpulan etnik lain.
• Ini membatasi interaksi antara etnik dan menimbulan
semangat perkauman yang meneba.
• Pemikiran negatif akan meberi kesan kepada perasaan,
kepercayaan dan perangai yang negatif seperti prejudis dan
diskriminasi terhadap kumpulan etnik lain.
• Proses sosialis menyebabkan sikap prejudis disalurkan
daripada generasi ke generasi yang lain.
DISKRIMINASI

• Aksi/perlakuan
• Layanan yang buruk sesuatu kumpulan etnik terhadap etnik lain terutaman
etnik yang dominan.
• Ahli sesuatu kumpulan atau kategori dalam masyarakat dinafikan hak untuk
mendapat layanan yg saksama dari segi undang2 dan hak untuk menikmati
manfaat sosial yg lain.
• Layanan berlainan disebabkan faktor ras, agama dan jantina.
• Diskriminasi & Prasangka berkait rapat.
46
Konsep Rasisme

• Konsep Rasisme (racism)- Pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif


oleh sesuatu kelompok sosial terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
ciri-ciri fizikal dan biologinya.
• Rasisme Individu: kepercayaan bahawa ada ras tertentu yang berstatus
lebih unggul (superior) dan ada yang berstatus lebih rendah (inferior).
• Rasisme institusi: menglibatkan dasar dan pelaksanaan bersifat
diskriminasi dan mewujudkan ketidaksamaan kepada ras lain. Dalam
struktur sosial. Cth: Black-White

47
48
Konsep Ethnosentrisme

• Etnosentrisme merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang


wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah yang paling baik berbanding
dengan kumpulan etnik yang lain (Dale, Romo & Harriett 1998).

• Martin (2003): Etnosentrisme sebagai kecenderungan sesuatu


kumpulan etnik untuk menilai kumpulan etnik yang lain
berdasarkan kedudukan dan nilai etniknya sendiri.

49
50
52
Genosid (pembunuhan beramai-ramai)
adalah pembunuhan secara sistematik
terhadap satu suku bangsa atau kelompok
etnik untuk bangsa tersebut bagi tujuan
penghapusan etnik.
Oleh itu, negara majmuk memerlukan
INTEGRASI.
• Di Malaysia kini masihkah wujud
sikap-sikap sebegini????
• Bagaimana tanggunjawab kita
sebagai pelajar untuk
menghapuskannya supaya tidak
diwarisi generasi akan datang??
Bincangkan..
KONSEP MASYARAKAT
MAJMUK MENURUT ISLAM

55
Masyarakat Majmuk
• Masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik, masing-masing
mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan adat resam.
• Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik,
mereka menjalani kehidupan secara terpisah kerana
mengamalkan cara hidup, adat resam, kepercayaan yang
berbeza.

56
MASYARAKAT MAJUK MENURUT ISLAM
1. Islam menggariskan panduan hubungan kemasyarakatan.
• Firman Allah SWT (al-Hujurat 12 -13) bermaksud:
• Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan
kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan
janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban
orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang
lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya
yang telah mati? Maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. Dan
bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat,
lagi Maha Mengasihani.
57
2. Islam mengiktiraf kepelbagaian kaum
• Firman Allah SWT yang bermaksud :
• Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
• kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan
bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu.
Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-
keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan (Surah Rum :
22).

58
Satu Keturunan
• Manusia walaupun berlainan bangsa, kulit, bahasa dan agama,
mereka berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini
dinyatakan oleh Allah SWT :
• Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak Adam dan Kami
angkut (permudahkan mereka dalam perjalanan di daratan dan di
lautan) dan Kami kurniakan mereka rezeki yang baik-baik dan
Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas
kebanyakan makhluk yang Kami ciptakan. (al-Isra’:70)

59
Semua Manusia Sama
• Islam tidak membezakan antara seseorang dengan
seseorang yang lain berdasarkan warna kulit, etnik dan
sebagainya.
• Sabda Rasulullah saw:
• Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa Ajam
dan tidak ada kelebihan bangsa Ajam ke atas bangsa
Arab.

60
3. Allah Menggalakkan Saling Berkenalan
• Firman Allah SWT yang bermaksud :
• Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-
kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah
orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, sesungguhnya Allah
Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (al-
Hujurat :13).

61
Model masyarakat Islam Madinah
 Masyarakat Madinah yang terdiri dari pelbagai suku kaum, Arab
dan Yahudi, Ansar dan Muhajirin
 Hidup dengan aman dan damai tanpa perbalahan kaum
 Semangat Asabiyah telah digantikan dengan semangat ummah
mengikut akidah Islam.
 Hubungan persaudaraan mengatasi masalah perbezaan dari segi
sosial dan ekonomi. Kedua-dua golongan bergaul dan
bekerjasama untuk kebaikan agama Islam dan negara.

62
KESIMPULAN
• Keamanan bermula dengan diri individu itu sendiri yang
berfikiran kritis dan bersifat kemanusiaan.
• Kesepaduan sosial boleh wujud jika wujudnya tolerasi saling
faham memahami dalam menuju kearah kebaikan.
• Dunia yang kita warisi kini bakal kita tinggalkan suatu hari
nanti, bagaimana cara yang perlu kita tinggalkan, dalam
keadaan aman atau saling bermusuhan.
• Kita adalah cerminan pimpinan dan masyarakat mendatang,
jika kita baik maka baik la Malaysia, begitu sebaliknya.
RUJUKAN
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi:
Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia.

Zaid Ahmad, et al. (2010). Hubungan Etnik di Malaysia. Selangor:


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 

64

Anda mungkin juga menyukai