Anda di halaman 1dari 7

TANGGUNGJAWAB SOSIAL

KORPORAT
1.0 PENGENALAN
Tanggungjawab sosial korporat (CSR) secara umumnya bermaksud komitmen syarikat dan organisasi korporat terhadap
keperluan sosial yang meliputi hak-hak masyarakat, penjagaan alam sekitar, kebajikan para pekerja, hak-hak pengguna
dan sebagainya. Konsep CSR ini pada mulanya tidak dibincangkan secara meluas di awal-awal pelaksanaannya, bahkan
ianya ditentang keras sama ada oleh masyarakat ataupun organisasi korporat. Ini kerana, masyarakat pada masa itu
berpendapat, pelaksanaan CSR ini hanya membebankan syarikat dan tidak mendatangkan sebarang keuntungan. Ianya
dianggap sebagai bahan jenaka dalam perbincangan dan bertentangan dengan konsep pelaburan serta terma-terma
perniagaan. Namun seiring dengan perubahan zaman yang semakin kompetetif, kesan globalisasi dan liberalisasi serta
masalah sosial yang semakin meruncing, merancakkan semula perbincangan mengenai pelaksanaan CSR ini. Masyarakat
mula menerima pakai konsep ini dalam kehidupan seharian mereka bahkan mengecam syarikat yang tidak melaksanakan
tanggungjawab sosial mereka sebagai sebuah syarikat yang teruk. Firma dan syarikat korporat juga mula menyedari
bahawa pelaksanaan CSR ini dapat menyumbang kepada kestabilan syarikat dan keuntungan korporat dalam jangka masa
panjang dengan dibantu oleh faktor-faktor luaran yang lain. Organisasi-organisasi antarabangsa seperti PBB, Bank Dunia,
dan Organisasi Buruh Antarabangsa bukan sahaja menyokong konsep CSR ini malahan telah menggariskan panduan dan
menubuhkan satu unit khas bagi membuat penyelidikan mengenai CSR ini dan mempromosikan konsep tersebut ke serata
ceruk dunia.
2.0 SYARIKAT FELDA BERHAD

2.1 LATAR BELAKANG SYARIKAT

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) telah ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956
(Akta 474) untuk pembangunan tanah dan penempatan semula (dibawah GSA-Group Settlement Areas - Akta 530) dengan
objektif pembasmian kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah. Antara fungsi FELDA adalah untuk
melaksanakan projek-projek pembangunan tanah dan aktiviti pertanian, perindustrian dan komersial sosial ekonomi

Pada tahun 1990, FELDA tidak lagi membuat pengambilan peneroka baru selepas 112,635 ditempatkan di 317 buah rancangan di
seluruh negara. Kerajaan telah memberi kepercayaan kepada FELDA untuk berdiri dengan kewangan sendiri dan menjadi sebuah
badan berkanun yang boleh menjana pendapatan sendiri untuk menyokong pelbagai perkembangan melalui pelbagai
perniagaannya. Sehubungan itu, mulai tahun 1996 kerajaan tidak lagi menyalurkan apa-apa peruntukan operasi kepada FELDA.
Sebagai usaha menjana pendapatan, FELDA telah melancarkan beberapa entiti korporat swasta terutamanya untuk memastikan
rantaian nilai yang lengkap aktiviti terasnya. Antara yang terbesar adalah FELDA Holdings Sendirian Berhad, FELDA Plantations
Sendirian Berhad dan FELDA Global Ventures (FGV). Untuk memastikan pertambahan pendapatan Warga Peneroka dan petugas-
petugas FELDA, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) telah ditubuhkan, yang pada mulanya juga terlibat dalam operasi bersama
FELDA Holdings. Selepas FGV disenaraikan di Bursa Malaysia Jun 2012, FELDA telah juga menubuhkan FELDA Investment
Corporation (FIC).
Hari ini, FELDA terus menjalankan peranan utama dengan menyediakan beberapa kemudahan yang mencukupi
dan moden di rancangan FELDA, memastikan generasi peneroka seterusnya mendapat asas pendidikan yang elok
dan wajar termasuk berpendidikan tinggi kepada yang sesuai untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi dan kualiti
hidup mereka. Seterusnya di rancangan, FELDA dapat menjana pelbagai aktiviti ekonomi lain seperti program
usahawan, tanaman-tanaman buah dan sayuran serta ternakan (dibawah Gedung Makanan Negara) di samping
merapatkan jurang antara bandar dan kawasan bandar kecil. Visi FELDA adalah untuk menjadi pemacu
pembangunan penempatan negara yang progresif sambil menjalankan misinya iaitu menambah nilai untuk
kepentingan peneroka.
2.2 ISU -ISU SEMASA BERKAITAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL
KORPORAT SYARIKAT FELDA BERHAD
2.2.1 ISU 1

Pecah amanah berpunca dari seseorang yang tidak amanah, merupakan seseorang yang khianat terhadap tanggungjawabnya.
Pecah amanah merupakan suatu jenayah dan perbuatan yang mengetepikan peraturan yang ditetapkan, demi mencapai
kehendak peribadi dan mengorbankan kepentingan awam. Pecah amanah hari ini banyak berkaitan dengan penyalahgunaan
kuasa, rasuah dan salah guna kewangan. Amanah juga berkaitan rapat dengan integriti yang kerap disebut pada hari ini.
Integriti merujuk kejujuran dan ketulusan seseorang.

2.2.2 ISU 2
Pekerja dan pengurusan merupakan pemain penting didalam operasi harian sesebuah organisasi tersebut dan mempunyai
peranan serta tanggungjawab masing-masing. Dalam hal ini sesetengah pihak pengurusan dan pekerja tidak mahu perubahan
berlaku didalam syarikat dari segi perubahan penambahbaikan budaya koporat syarikat bagi menjadi lebih beretika.Ketakutan
kepada perubahan yang mengejut akan memberikan cabaran kepada organisasi tersebut untuk menukar budaya koporat
organisasi tersebut
2.3 CADANGAN PENYELESAIAN
2.3.1 PENYELESAIAN ISU 1
Untuk membendung gejala pecah amanah adalah melalui peranan pihak kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana pihak
kerajaan melalui agensi SPRM perlu mengambil tindakan yang lebih agresif tanpa mengira pangkat dan kedudukan dalam
melaksanakan tugas kerana anggota SPRM merupakan sebuah badab bebas yang dilantik. Anggota SPRM perlu turun padang dan
bertindak menyamar seperti rakyat biasa untuk menyiasat aduan yang dilaporkan tentang kes pecah amanah. Dengan berbuat
demikian, golongan yang terlibat dalam gejala pecah amanah boleh ditangkap dan dihukum berdasarkan undang-undang. Tindakan
yang lebih agresif ini perlu dilakukan secara berterusan dan bukan setakat hangat-hangat tahi ayam sahaja. Oleh itu, siasatan terhadap
golongan pekerja tanpa mengira kedudukan atau pangkat oleh SPRM sangat penting untuk membendung gejala rasuah di syarikat
tersebut mahupun di negara kita.

2.3.3 PENYELESAIAN ISU 2


Untuk mengatasi masalah ini individu yang bekerjasama tetapi tidak assertif lebih suka strategi memuaskan kepentingan orang
lain tanpa memikirkan kepentingan diri sendiri.Mereka ini selalunya ’berkorban’ demi kepentingan orang lain.Tidak mengendahkan
atau memendamkan konflik. Ahli kumpulan mengelakkan konfrontasi kerana sikap tidak peduli, tidak kisah atau dalam peringkat
penafian.Jadi pengurus haruslah memberikan nasihat dan membantu pekerja tersebut untuk terus memahami konflik yang sedang
dihadapi oleh syarikat dan perlu menyelesaikannya dengan segera demi keselamatan dan potensi syarikat ini.
3.0 KESIMPULAN
Tanggungjawab sosial korporat adalah kepentingan syarikat untuk kepentingan pihak lain yang lebih luas
daripada sekadar kepentingan syarikat. Dalam pengembangan etika perniagaan yang lebih baru, idea yang
lebih komprehensif telah muncul mengenai skop tanggungjawab sosial korporat. Sehingga kini, terdapat
empat bidang yang dianggap dan diterima sebagai ruang lingkup tanggungjawab sosial korporat.

Petunjuk untuk kejayaan tanggungjawab sosial korporat terhadap masyarakat itu sendiri dilihat dari
bagaimana masyarakat tempatan mendapat manfaat daripada aktiviti yang dijalankan oleh syarikat.
Kerana dengan memperhatikan kesejahteraan masyarakat setempat dan memperhatikan pemborosan dari
produk yang dihasilkan, perusahaan telah menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat.
Dengan cara itu terdapat hubungan baik antara masyarakat setempat dan syarikat.

Anda mungkin juga menyukai