Anda di halaman 1dari 54

Bab 2

Konsep Etika dan


Peradaban

Disediakan oleh:
Ruzanna Abdul Shukor
Hasil Pembelajaran:
Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
• Memahami konsep etika dan peradaban dunia.
• Menjelaskan konsep etika berdasarkan perspektif masyarakat Timur.
• Menganalisis konsep etika berdasarkan perspektif masyarakat Barat.
• Mengenal pasti konsep peradaban berdasarkan dua perspektif iaitu;
a) kolonialisme dan pascakolonialisme
b) Timur dan Barat
Isi Kandungan

1. Konsep etika dan peradaban dunia.


2. Konsep etika berdasarkan perspektif masyarakat Timur.
3. Konsep etika berdasarkan perspektif masyarakat Barat.
4. Konsep peradaban berdasarkan dua perspektif iaitu kolonialisme
dan kascakolonialisme serta Timur dan Barat.
Pengenalan Bab Kedua

• ‘Etika’ dan ‘Peradaban’ adalah dua konsep umum sejagat yang dipilih
untuk difahami dalam kursus ini. Kedua-dua konsep ini penting untuk
memahami dan menghayati dinamika sesebuah masyarakat.
• Nilai etika yang terdapat dalam peradaban Timur dan Barat
merupakan nilai-nilai yang telah membantu masyarakatnya mencapai
kehidupan yang maju.
• Sejarah menunjukkan bahawa peradaban Asia seperti tamadun
Melayu, Cina dan India serta tamadun Barat memaparkan nilai-nilai
tamadun yang sofistikat (canggih), unggul, serta mampu bertahan.
Konsep Amalan Etika dan
Peradaban Dunia
Konsep Etika
• Dalam bahasa Inggeris, ethic bermaksud akhlak, tatasusila, kesusilaan
dan etika. Manakala ethics bermaksud prinsip akhlak, ketatasusilaan
dan ilmu etika.
• Dalam bahasa Melayu, etika bermaksud kepercayaan (belief),
keyakinan (faith) ataupun telahan (prediction) terhadap sesuatu
perkara sama ada ianya benar, salah, baik atau buruk.
• Ringkasnya, Ahmad Zamil dan rakan-rakan (2021) mengatakan etika
bermaksud ilmu berkaitan prinsip akhlak atau moral yang menjadi
pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan.
Sumber gambar: Google Image
Misogi ialah ritual penyucian seluruh Mandi bunga adalah ritual yang sangat
tubuh yang dilakukan oleh penganut terkenal di rantau Asia Tenggara
kepercayaan Shinto di Jepun. termasuk Malaysia. Mandi bunga
sebenarnya adalah kepercayaan dan
adat bagi penduduk-penduduk di Asia
Tenggara.
• Etika adalah merujuk kepada falsafah moral yang merupakan satu
cabang dalam bidang falsafah yang melibatkan menyusun,
memperkemaskan, mengemukakan dan mencadang kelakuan yang
betul dan salah.
• Ia merujuk kepada tingkah laku moral seseorang insan dalam
melakukan sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu.
• la juga merupakan ukuran kepada sesuatu tindakan perbuatan
seseorang berasaskan betul dan salah ketika melaksanakan
tanggungjawab insani dalam mengharungi kehidupan (Ilhaamie,
Syarifah & Siti, 2000).
• Etika terbahagi kepada dua pembahagian, iaitu:

Etika Deskriptif Etika Normatif


• Etika deskriptif merupakan suatu • Etika normatif pula meneliti,
disiplin yang membicarakan sistem menilai, mengkritik dan membuat
moral yang dipegang oleh individu keputusan terhadap sistem moral
atau golongan tertentu. yang sedia ada.
• lanya berbeza mengikut perbezaan • Ianya berperanan mencadangkan
individu, masa, tempat atau satu sistem etika yang standard
keadaan. dan boleh diguna pakai selari
• Perbicaraannya adalah merangkumi dengan matlamat organisasi
aspek yang sangat luas. berpandukan sistem yang sedia
ada.
• Contoh: Isu tentang LGBT.
• Contoh: Kesalahan mencuri.
Contoh Etika Deskriptif Contoh Etika Normatif

Sumber gambar: Google Image


Rasuah adalah suatu jenayah atau kesalahan
Mulan adalah seorang wanita undang-undang dimana seseorang mendapat
yang menggantikan ayahnya kebebasan, kontrak atau keistimewaan
yang sakit dalam tentera dengan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah
menyamar sebagai lelaki. syarikat selepas memberi wang, hadiah,
keraian kepada pihak-pihak tersebut.
Konsep Peradaban
• Istilah peradaban (civilization) atau tamadun berasal dari kata
maddana yang bererti peradaban dan perbaikan dalam budaya
sosial. la juga merujuk kepada kehalusan tatasusila dan keluhuran
kebudayaan sesuatu masyarakat (Ahmad, Azam & Azhar, 2015).

• Menurut Shamsul (2012), istilah peradaban juga adalah keadaan serta


tingkatan kemajuan pada;
i. kehidupan jasmani dan rohani sesuatu bangsa atau masyarakat
atau keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau
didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta
perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain);
ii. negara dan penduduknya yang telah mencapai taraf kemajuan
kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya,
politik dan lain-lain);
iii. budaya atau cara hidup orang (negara, kawasan atau sesuatu
zaman) dan keadaan pemikiran (budaya dan moral yang halus).

• Secara ringkas, peradaban merujuk kepada pencapaian sesuatu


masyarakat yang merangkumi aspek rohani, intelek, emosi, dan
jasmani.
• Contoh-contoh peninggalan peradaban dunia, ialah;

Sumber gambar: Google Image


Parthenon, sebuah kuil yang Selama Abad Pertengahan,
didedikasikan untuk Athena, yang terletak Sainte-Chapelle yang berada di
di Acropolis di Athens, adalah salah satu Paris menggambarkan bangunan
simbol yang paling mewakili budaya dan peninggalan arkitek hebat di
kecanggihan orang Yunani kuno. Perancis sejak dari abad ke-13.
Sumber gambar: Google Image
Piramid Giza adalah antara simbol Salah satu ziggurat terbesar dan
tamadun Mesir purba yang paling terpelihara terbaik di Mesopotamia
dikenali. ialah Ziggurat yang hebat di Ur,
berhampiran Nasiriyah, di Wilayah
Dhi Qar, Iraq sekarang.
Sumber gambar: Google Image
Tembok Besar Cina ialah satu kubu Stupa pembakaran mayat
pertahanan yang dibina merentasi Gautama Buddha di Kushinagar,
sempadan utara bersejarah China India.
purba dan Imperial China. (Gautama Buddha’s cremation
stupa).
Sumber gambar: Google Image
Istana Kesultanan Melaka.
Bangunan tersebut merupakan pembinaan Gapura Wringinlawang adalah sebuah
semula moden istana Kesultanan Melaka, gapura (gate) peninggalan kerajaan
berdasarkan maklumat dan data yang Majapahit abad ke-14 yang berada di
diperoleh daripada Sejarah Melayu. Jatipasar, Jawa Timur, Indonesia dipercayai
sebuah pintu masuk tempat yang penting.
Komponen Etika dan Peradaban Manusia
• Etika menyediakan garis perbezaan
antara kebaikan dan keburukan
mengenai perbuatan atau
kecenderungan seseorang atau
sekurang- kurangnya ia dapat
menjadikan garis panduan yang
dengannya boleh dibuat
pertimbangan moral atas tindakan
yang pelbagai.
• Komponen yang terdapat dalam
etika meliputi empat perkara iaitu;
1. Objek yang merujuk kepada

https://www.trenasia.com/sem
bahyang-hari-raya-galungan-di-
perbuatan manusia.

pura-kertajaya-tangerang
Contoh: Cara sembahyang
penganut Hindu di Indonesia untuk
perayaan Hari Raya Galungan
merupakan hari kemenangan

Sumber:
kebenaran (Dharma) atas kejahatan
(Adharma).
Sumber gambar: Google Image

2. Sumber yang berasal dari fikiran


dan falsafah.
Contoh: Falsafah Barat merupakan
satu tradisi falsafah yang berasal
dari kawasan Eropah, benua-
benua Amerika Utara dan Selatan.
3. Fungsi sebagai penilai perbuatan
manusia.
Contoh: Konsep Golden Rule ialah
prinsip memperlakukan orang lain
sebagaimana seseorang ingin
dilayan. Ia adalah pepatah yang
terdapat dalam kebanyakan agama
dan budaya.

Sumber gambar: Google Image


4. Sifat yang berubah-ubah sesuai
dengan tuntutan zaman.
Contoh: Etika berpakaian.
Menjelaskan konsep etika berdasarkan
perspektif masyarakat Timur.
Masyarakat Melayu
• Masyarakat Melayu amatlah
menyanjung tinggi orang yang mulia
tingkah lakunya serta bijak
menyesuaikan dirinya pada masa dan
situasi-situasi tertentu.

Sumber gambar: Google Image


• Orang sebegini dikenali sebagai orang
yang budiman, orang yang beradat
atau orang yang tahu adat (Mohd
Ilustrasi gambaran pahlawan
Koharuddin, 2005). Melayu
• Berikut adalah nilai-nilai atau adat-adat yang menjadi teras kepada
pembentukan masyarakat Melayu yang budiman:

Halus budi pekerti dan budi bahasa

Memuliakan ibu bapa dan orang yang lebih tua

Kesetiaan kepada pemimpin/raja

Mempertahankan serta membela keadilan dan kebenaran

Mementingkan maruah serta harga diri


Bermuafakat dan tolong-menolong
Masyarakat Cina
• Masyarakat Cina adalah masyarakat yang
amat mengambil berat tentang sejarah
dan kebudayaannya.
• Tamadun Cina amat terkenal dengan
pelbagai sistem kepercayaannya yang
terdiri daripada ajaran Konfucius, Taoisme,

Sumber gambar: Google Image


Mo-Tzi serta Buddhisme yang menjadi
pegangan dan anutan pengikutnya.
• Ini adalah selari dengan gelarannya sebagai
tamadun wadah tumpuan atau melting pot Gambar sebuah keluarga bahagia
kepada pelbagai ajaran serta budaya.
• Sistem etika masyarakat Cina terasnya bertunjang kepada Lima
Hubungan (Wu Lun) yang dihuraikan secara mendalam oleh
Konfucius. Hubungan-hubungan tersebut adalah:

Hubungan antara pemimpin dan rakyat

Hubungan antara ibu bapa dan anak

Hubungan antara suami dan isteri

Hubungan antara adik-beradik

Hubungan antara kawan


• Selain daripada Lima Hubungan, Konfucius juga banyak menegaskan
tentang kepentingan Lima Sifat Mulia (Wu Chang) iaitu:
Ren (perikemanusiaan)
Ren merupakan teras bagi akhlak mulia manusia

Yi (kebenaran/keadilan)
Yi merujuk kepada kebolehan individu untuk mengenalpasti antara perkara
yang baik dan yang buruk.

Li (kesopanan/kesusilaan)
Ia merangkumi aspek ritual atau pelaksanaan upacara-upacara serta set-set nilai
yang merupakan panduan untuk tatatertib yang betul.

Chih/Zhi (kebijaksanaan)
Chi merujuk kepada kebolehan individu membuat keputusan untuk bertindak.

Hsin/Xin (layak dipercayai)


Xin merupakan sifat mulia iaitu sifat yang layak dipercayai oleh orang lain.
Masyarakat India
• Masyarakat dalam tamadun India
mempunyai beberapa agama
utama yang dianuti.
• Agama yang dianuti oleh
masyarakat India ini mempunyai
pengaruh di dalam kehidupan

Sumber gambar: Google Image


seharian masyarakat India.
• Hal ini demikian kerana setiap
agama yang dianuti mempunyai
Sekumpulan gadis
nilai-nilai etika yang diamalkan menyalakan lampu pelita
oleh masyarakat India.
• Kebanyakan prinsip dan etika dalam masyarakat India adalah diambil
dari konsep yang sama iaitu Dharma (hukum alam semesta).

Dharma
Konsep Dharma mengajar bahawa setiap pencapaian
kebendaan dan kerohanian melalui kehidupan yang
sempurna, tidak melakukan kemungkaran dan kerosakan
terhadap makhluk serta persekitaran kerana ia akan
mempengaruhi kehidupan masa akan datang.

Satya (kebenaran)
Satya merupakan konsep dalam ajaran Hindu yang menekankan
konsep amanah dan kebenaran. Konsep Satya yang berlandaskan
amanah dan kebenaran dipercayai merupakan prinsip asas yang perlu
ada bagi mendasari kehidupan manusia.
• Beberapa nilai dan etika dari masyarakat India yang relevan dengan
masa kini boleh diambil dan diadaptasikan dalam kehidupan
masyarakat kini iaitu:

Mengangkat Darjat Wanita

Menghormati Orang tua

Hidup bermaruah dan kenal malu

Menjaga kebersihan
Menganalisis konsep etika
berdasarkan perspektif masyarakat
Barat.
Masyarakat Barat
• Konsepsi Barat tentang nilai, moral, dan etika, sangat berbeza dengan
masyarakat Timur. Bahkan, sarjana-sarjana Barat juga mempunyai
perspektif berbeza tentang nilai dan etika.
• Ini bermula apabila masyarakat Barat yang menentang kepimpinan
gereja akibat daripada ideologi sekularisme yang melanda Eropah.
• Sekularisme memberi kesan kepada pemisahan agama daripada semua
aktiviti kehidupan dunia, seperti politik, pendidikan, atau perkahwinan.
• Akhirnya, masyarakat Barat menganggap nilai agama sebagai fenomena
subjektif yang dialami oleh setiap individu dan bukan bersifat universal.
• Peringkat-peringkat perkembangan tamadun Barat adalah seperti di
bawah:
Zaman Susur Masa
Peradaban Yunani Abad ke-4 SM
- Tahap pemikiran Socrates dan Plato (470 SM & 427 SM)
- Tahap pemikiran etika Aristotle (384 SM)
 
 Zaman Helenistik Abad ke-3 SM
- Aliran Stoicisme (342 SM)
- Aliran Epicureanisme (306 SM)

Zaman Pertengahan (Middle Ages or Medieval Period)


- Abad Pertengahan Awal (Dark Ages) kurun ke-5 hingga kurun ke-10
- Puncak Abad Pertengahan (High Middle Ages) (kurun ke-11 hingga kurun kurun ke-5 hingga
ke-13) kurun ke-15
- Abad Pertengahan Akhir (Late Middle Ages) (kurun ke-11 hingga kurun
ke-15)
 
Zaman Susur Masa
Zaman Pembaharuan (The Renaissance) kurun ke-15 hingga kurun ke-17
 

Zaman Kesedaran (the Enlightenment or the Age of kurun ke-17 hingga kurun ke-18
Reason)
 
Zaman Romantisme akhir kurun ke 18
 

Zaman Neo-Romantisme abad ke-19


 

Zaman Moden abad ke-20 dan sehingga kini


 

Jadual Susur Masa bagi Zaman-Zaman Eropah dan Barat


Sumber: Dinar Dewi Kania, (2013). Konsep Nilai dalam Peradaban Barat &
Laman Sesawang di Google.
Nilai Etika Peradaban Yunani
• Menurut Socrates, kebaikan adalah ilmu
(virtue is knowledge). Seseorang yang berilmu
tidak akan melakukan kesalahan.
• Banyak faktor lain yang berperanan
mempengaruhi akhlak manusia antaranya ialah
kebebasan (freedom), tanggungjawab
(responsibility), emosi (emotion), nafsu
(passions), niat, undang-undang, adat, agama
dan lain-lain.
• Plato menguasai hampir keseluruhan pemikiran
Socrates Plato
Greek sebelum dan semasa zaman beliau.

Sumber gambar: Google Image


• Aristotle seorang penulis dan telah terkenal dalam
pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuk logik,
metafizik, fizik, etika, politik, astronomi, biologi, zoologi
dan lain-lain.
• Menurut Aristotle, etika berasal daripada perkataan
custom (adat/kebiasaan). Beliau menambah etika wujud
dan terjana dalam jiwa setiap manusia.
• Jiwa pula terbahagi kepada dua bahagian iaitu jiwa
rasional dan jiwa tidak rasional.
• Menurut Aristotle terdapat tiga unsur penting dalam jiwa Aristotle
manusia iaitu perasaan (feelings), kudrat (capacities) dan
keadaan jiwa (states of character). Inilah yang
mempengaruhi tindak-tanduk dan etika seseorang.

Sumber gambar: Google Image


• Aliran Stoicisme memfokuskan kepada
usaha-usaha untuk mendidik seseorang
supaya menjaga kesejahteraan diri
Zeno daripada
Citium
masing-masing.
• Aliran Stoicisme mendakwa bahawa
kebaikan dan keburukan adalah
terletak kepada penilaian seseorang
individu.

• Aliran Epicureanisme menekankan


mencari kebahagiaan, kesenangan dan
Epicurus
bersuka-ria, mencari kelazatan hidup.
Sebab itulah, aliran fahaman Epicurus
juga dikenali sebagai aliran Hedonisme.
Sumber gambar: Google Image
Nilai Etika Zaman Pertengahan (Middle Ages
or Medieval Period)
• Abad Pertengahan dikenali sebagai tempoh nilai baik
dan buruk, betul dan salah, ditentukan oleh institusi
gereja kerana gereja bertindak sebagai wakil Tuhan.
• Thomas Aquinas dipandang sebagai salah satu ahli
falsafah dan ahli teologi terbesar dalam Gereja
Katolik Rom.
• Dalam sistem etika, Aquinas berpandangan bahawa
kejahatan manusia adalah tidak disengajakan.
• Kebahagiaan manusia tidak terletak dalam sifat
fizikal, tetapi dengan hubungan antara Tuhan. Thomas Aquinas (1225–1274)

Sumber gambar: Google Image


Nilai Etika Zaman Pembaharuan (The
Renaissance)
• Istilah Renaissance berasal daripada
perkataan Itali, iaitu renisciment yang
bermaksud “kelahiran semula” dan istilah
ini merujuk pada penghargaan semula
ilmu yang telah dihasilkan oleh
cendekiawan dan pejuang seni dalam
tamadun Yunani dan Rom.
Francesco
Petrarch • Asas Zaman Renaissance ialah penonjolan
1304-1374
Pelopor Niccolò terhadap keupayaan manusia berfikir
humanisme Machiavelli
1469-1527
untuk menyelesaikan permasalahannya.
(Founder of
Humanism) • Aliran pemikiran ini dikenali juga
Sumber gambar: Google Image
sebagai humanisme.
• Pada abad ke-17, aliran pemikiran Rasionalisme dan Empirisme telah
muncul dan menganggap sumber pengetahuan semata-mata berasal
dari akal (rasional) dan pengalaman (empirikal).

• Rene Descartes merupakan tokoh utama dalam Rene Descartes


aliran fikiran rasionalisme. (1596-1650)
• Beliau menegaskan kewujudan diri seseorang
datang dari keadaan terbentuknya suatu fikiran.

• Seorang lagi ahli fikiran rasionalisme ialah Baruch


Spinoza, seorang Yahudi yang dipulaukan oleh Baruch Spinoza
rumah ibadat kerana pandangan liberalnya. (1632-1627)

• Menurut Spinoza, apa sahaja yang baik adalah


yang sesuai dengan akal.
Sumber gambar: Google Image
• Dua tokoh Inggeris terkenal dalam aliran
emprikal ialah Thomas Hobbes dan John
Locke.
• Hobbes memperkenalkan nilai-nilai yang
mengutamakan kuasa sesebuah negara
Thomas Hobbes di tangan rakyat (demokrasi).
(1588-1679)
• Locke berpendapat bahawa ajaran
Kristian ialah ajaran yang dapat
dibuktikan oleh akal manusia.
• Locke juga merupakan pelopor bagi
liberalisme. Beliau menekankan hak-hak
peribadi serta kesamarataan peluang.
John Locke (1632-1704)

Sumber gambar: Google Image


Nilai Etika Zaman Pencerahan (the
Enlightenment)
• Zaman Enlightenment atau juga dikenali sebagai Zaman Pencerahan
merupakan rentetan daripada zaman sebelumnya iaitu zaman Renaissance.
• Pada ketika itu, golongan cendiakawan pada zaman Renaissance telah
mempersoalkan tentang kewajaran untuk memperolehi ilmu pengetahuan
sekiranya hanya bergantung kepada kepercayaan dan agama semata-mata
sahaja.
• Gerakan zaman Pencerahan telah melahirkan masyarakat yang berfikiran
terbuka, bertolak ansur, menekankan kebahagiaan individu dan
berasaskan undang-undang serta perlembagaan melalui pendidikan yang
disampaikan oleh golongan intelektual.
• Kemunculan gerakan ini telah merubah sepenuhnya corak politik, ekonomi
dan sosial masyarakat Eropah.
Jean Jacques Rousseau
Sumber gambar: Google Image

Voltaire
(1694- 1778) (1712-1778)

• Voltaire mengatakan etika adalah • Pada pandangan Rousseau, manusia


berkenaan dengan keadilan dan yang baik ialah manusia yang
kebajikan, tidak seharusnya sentiasa bertindak mengikut prinsip
bersandarkan kepada pandangan yang tetap dan tidak berubah.
metafizik atau teologi. • Manusia yang dihasilkan oleh hidup
bermasyarakat adalah jahat.
• Intelektual Barat yang selama ini dikongkong
dan dikawal oleh ahli-ahli agama atau gereja
telah dicorakkan pemikiran mereka kepada
satu transformasi yang dapat mewujudkan
negara bangsa yang disegani.
• Kesan daripada kebangkitan para pemikir
Pencerahan yang membawa kebangkitan para
intelektual untuk membangunkan
masyarakat, rakyat negara Eropah telah
bangkit menentang pemerintahan yang sedia
ada. Serbuan Bastille pada 14 July 1789
• Hasilnya, tercetus revolusi-revolusi yang (The Storming of the Bastille)
menentang pemerintahan di Eropah seperti
Revolusi Perancis dan lain-lain.
Sumber gambar: Google Image
• Sejarah memperlihatkan perubahan nilai di
Barat secara radikal, dimulai dari penerimaan
pada etika moral gereja dan berakhir dengan
revolusi.
• Dahulu gereja tidak menerima tindakan
homoseksual kerana tidak sesuai dengan nilai
etika agama tersebut, namun saat ini dunia
menyaksikan seorang homoseksual boleh
menjadi paderi di gereja-geraja Eropah dan
Amerika.
• Konsep nilai dan moral di Barat akan terus
berevolusi dan berkembang sesuai dengan
penerimaan mereka sendiri.
Sumber gambar: Google Image
Konsep peradaban Malaysia
berdasarkan dua perspektif iaitu;
a)Kolonialisme dan
Pascakolonialisme
b)Timur dan Barat
Konsep Peradaban Malaysia berdasarkan
Perspektif Kolonialisme dan Pascakolonialisme
• Penjajahan British sememangnya banyak memberi kesan terhadap
sistem dan peradaban seperti paradigma yang memandang sesuatu
masalah atau gejala dalam masyarakat mengikut world-view
positivisme Barat.
• Mereka menganggap agama sebagai elemen yang tidak saintifik yang
perlu diketepikan dalam proses mendapatkan ilmu berdasarkan
penerapan proses sekularisasi melalui sistem pendidikan Barat.
• Lebih khusus lagi mereka membezakan antara konsep perkara agama
dan bukan agama.
• Pihak British memperkenalkan kerangka pemikiran sekularisme dalam
pemikiran masyarakat di Malaya;

1. Kekuasaan politik yang


berdasarkan bukan daripada
sumber agama. Contoh:
Demokrasi.

Sumber gambar: Google Image


2. Unsur kebendaan
(materialisme) menjadi
keutamaan yang turut
menyerlahkan sikap
individualistik .
3. Pengenalan sistem penilaian relatif
terhadap agama. Penilaian relatif ialah
4. Penurunan taraf ilmu agama
kesedaran bahawa orang berkelakuan
berbanding ilmu bukan agama
mengikut perspektif mereka sendiri dan
yang dikatakan (yang hanya)
penilaian harus dibuat berdasarkan
membawa kemajuan.
perspektif masing-masing. Contoh:
manusia bebas menentukan masa
depan.

Sumber gambar: Google Image


• Selepas merdeka, pendekatan stereotaip ras oleh penjajah yang
menetapkan pelbagai sifat negatif kepada semua lapisan kaum di
Malaysia.
• Apa yang lebih buruk lagi, masyarakat Malaysia selepas merdeka akan
beranggapan bahawa semua warisan silam bangsa mereka bersifat
rendah dan ketinggalan zaman berbanding dengan warisan yang
ditinggalkan oleh warisan tamadun Barat, yang juga dikenali sebagai
pendekatan euro-centric (Arba’iyah, 2000).
Konsep Peradaban Malaysia berdasarkan
Perspektif Timur dan Barat
• Tanah Melayu / Malaya sememangnya terdedah dengan interaksi
dengan pelbagai peradaban luar seperti India, Arab, Cina dan Eropah.
• Sejarah membuktikan bagaimana agama-agama besar dunia seperti
Hindu, Buddha, Islam dan Kristian telah bertapak dan mempengaruhi
budaya masyarakat tempatan dalam pelbagai aspek.
• Justeru, perkembangan ini menyebabkan masyarakatnya amat
dinamik kerana menjadi tempat pertemuan pelbagai budaya dan
tamadun besar dunia.
• Terdapat dua bentuk peradaban di dunia iaitu peradaban Timur dan
peradaban Barat.
• Peradaban Timur sebagai contoh merujuk kepada masyarakat dari
tamadun India, tamadun Cina dan tamadun Islam.
• Manakala peradaban Barat pula merujuk kepada masyarakat bukan
Asia merangkumi Eropah & Benua Amerika.
• Pertembungan peradaban dalam konteks ketamadunan manusia di
antara Timur dan Barat adalah sesuatu yang tidak dapat dinafikan lagi.
• Setiap tamadun mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri
sehingga menjadi asas kepada kewujudan peradaban sesuatu bangsa
sama ada di timur mahu pun di barat.
• Realiti hari ini menunjukkan pengaruh besar peradaban Barat
terhadap peradaban Timur dalam banyak aspek pemikiran, budaya,
tingkah laku dan seumpamanya.

dari sudut politik dari sudut ekonomi dari sudut sosial

Sumber gambar: Google Image


• Kesannya menghasilkan impak positif dan juga negatif terhadap
kelangsungan dan kesejahteraan masyarakat dalam mengharungi
dunia kehidupan yang rencam dan sentiasa berubah.
• Apa yang penting adalah penekanan terhadap unsur nilai dan
keseimbangan sebagai neraca dalam menyesuaikan tuntutan manusia
ke arah mencapai keharmonian sejagat.

Sumber gambar: Google Image


Rujukan
Arbai’yah Mohd. Nor. (2000). Kritikan Terhadap Sumber dan Fakta Sejarah. Jati. Bilangan 5, Disember.
Ahmad Zaki Abdul Latif, Azam Hamzah & Azhar Mad Aros. (2015). Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Edisi
Ketiga. Shah Alam: Oxford Fajar.
Ahmad Zamil Abd. Khalid, Muhamad Amar Mahmad, Khairiah Mohd Yassin, Azman Md Zain, Solahudin Abd
Hamid, Mohd. Nizho Abd Rahman, Ismail Ishak, Iskandar Adon, Muhammad Ahmad & Zahari Mohamed.
2021. Penghayatan Etika dan Peradaban. Sintok: Universiti Utara Malaysia Press.
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, Sharifah Hayaati binti Syed Ismail & Siti Arni binti Basir. (2000). Kualiti
Perkhidmatan Awam menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Dinar Dewi Kania. (2013). Konsep Nilai dalam Peradaban Barat. Jurnal TSAQAFAH. Vol. 9, No. 2, November.
Mohd Azhar Abd Hamid, Faizah Mohd Fakhruddin, Rozeyta Omar, Fadilah Zaini & Mohd Koharuddin Mohd
Balwi. (2020). Penghayatan Etika dan Peradaban. Skudai. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi. (2005). Peradaban Melayu. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Shamsul Amri Baharuddin. (2012). Modul Hubungan Etnik. Bangi: Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Soalan Tutorial
1. Ungkapan ‘Biar mati anak, jangan mati adat’ merupakan satu ungkapan
yang menggariskan keutamaan adat di dalam kehidupan masyarakat
Melayu. Adakah ungkapan ini masih relevan untuk digunapakai oleh
masyarakat Melayu pada masa kini? Bincangkan DUA jawapan.
2. Huraikan nilai-nilai etika yang terdapat dalam tamadun Cina dan India.
Huraikan DUA jawapan untuk setiap tamadun.
3. Pada pendapat anda, adakah sistem etika yang diamalkan oleh tamadun
agung terdahulu masih relevan untuk dipraktikkan oleh rakyat Malaysia
yang berbilang kaum? Berikan DUA justifikasi anda.
4. Pilih satu cendiakawan Barat dan bincangkan DUA etika falsafah beliau
yang menyumbang kepada masyarakat Barat.

Anda mungkin juga menyukai