Anda di halaman 1dari 33

JENAZAH KE LIANG LAHAT

PENGURUSAN MENUJU ALAM BARZAKH


HUKUM MENGIRINGI JENAZAH

▪ Mengiringi jenazah hukumnya sunnah dan bagi Mazhab Maliki berpendapat


dianjurkan
▪ Pengiring jenazah dianjurkan untuk mengiringi jenazah secara berjalan kaki kecuali
Mazhab Hanafi berpendapat boleh mengiringi jenazah dengan berkenderaan
tetapi lebih baik dengan berjalan kaki dan kenderaannya berada di belakang para
pengiring yang berjalan kaki jika berada ada dihadapan jenazah ia adalah makruh.
▪ Mazhab Maliki dan Hanbali berpendapat dianjurkan pengiring jenazah berada
dihadapan jenazah, jika berkenderaan hendaklah kenderaan berada dibelakang
jenazah. Manakala bagi Mazhab Hanafi berpendapat ianya makruh kecuali
jaraknya jauh.
▪ Mazhab Syafie berpendapat dianjurkan pengiring jenazah berada dibahagian
depan samada berjalan kaki atau berkenderaan dan jarak antara satu sama lain
tidak jauh.
HUKUM MENGIRINGI JENAZAH

▪ Mazhab Syafie dan Hanbali: Makruh bagi Wanita mengiringi jenazah


kerana dikhawatiri akan menimbulkan fitnah.
▪ Mazhab Maliki: Diperbolehkan bagi Wanita berusia lanjut dan Wanita
dari kaum kerabat terdekat mengiringi jenazah dan kedudukan
mereka berada dibelakang kaum lelaki.
▪ Mazhab Hanafi: Kaum Wanita mengiri jenazah adalah makruh tahrim
▪ Sunnah bagi para pengiring jenazah berada dalam keadaan senyap
hatta makruh berzikir.
▪ Makruh bagi para pengiring jenazah membakar kemenyan, kayu
gaharu atau lilin disepanjang waktu mengiringi jenazah
HUKUM MENGIRINGI JENAZAH

▪ Jumhur Ulamak: Jika disepanjangkan mengiringi jenazah berlaku sesuatu


kemungkaran contohnya mendengar muzik atau meratap ke atas
kematian, maka hendaklah para pengiring menegur si pelaku.
▪ Mazhab Hanbali: Haram meneruskan perjalanan jika kemungkaran itu
masih berlaku
▪ Mazhab Hanafi: Kaum Wanita mengiri jenazah adalah makruh tahrim
▪ Lebih baik bagi para pengiring jenazah menunggu sehingga selesai proses
pemakaman jenazah.
▪ Mazhab Maliki dan Hanafi: Makruh bagi yang ada sepanjang proses
pengurusan jenazah untuk pulang ke rumah sehingga selesainya solat
jenazah kecuali dengan keizininan ahli keluarga jenazah.
HUKUM KETIKA PROSES PEMAKAMAN

▪ Hukum duduk bagi para pengiring ketika sebelum jenazah


dimasukkan ke dalam liang lahad:
1. Mazhab Syafie: Sunnah agar para pengiring untuk berdiri
2. Mazhab Hanafi: Makruh tahrim bagi para pengiring duduk
3. Mazhab Hanbali: Para pengiring yang berada dikedudukan jauh
dari kubur jenazah diperbolehkan untuk duduk
4. Mazhab Maliki: Diperbolehkan untuk duduk
HUKUM MENANGIS KE ATAS JENAZAH

▪ Hukum menangisi ke atas pemergian jenazah:


1. Mazhab Maliki dan Hanafi: Haram menangis dengan suara yang
kuat atau berteriak.
2. Mazhab Syafie dan Hanbali: Diperbolehkan menangis dalam
kondisi suara yang kuat tetapi tidak menjerit.
 Hukum menyebut kebaikkan jenazah sepanjang proses pengurusan
jenazah dan pemakaman adalah haram menurut jumhur ulamak.
 Meratapi, menjerit-jerit, memukul diri dan mengoyakkan baju
hukumnya haram menurut jumhur ulamak.
HUKUM MENGUBURKAN JENAZAH

▪ Hukum menguburkan jenazah adalah fardhu kifayah, manakala jika


kematian berlaku di lautan dan jauh dari daratan maka hendaklah
jenazahnya dikuburkan di lautan dengan menenggelamkan jenazah
ke dalam laut sambal diikatnya dengan pemberat.
▪ Keadaan kedalaman kubur:
1. Mazhab Syafie: Kedalaman kubur hendaklah tinggi seorang
dewasa yang mengangkat tangannnya.
2. Mazhab Hanafi: Kedalaman kubur hendaklah melebihi separuh
ketinggian lelaki dewasa atau lebih dari 1 meter (jika lebih maka ia
lebih baik).
HUKUM MENGUBURKAN JENAZAH

▪ Haram jika jenazah diletakkan di atas tanah kemudian dibina binaan


bagi menutup jenazahnya kecuali tanah berkenaan tiddak boleh
digali.
HUKUM MENGUBURKAN JENAZAH

▪ Keadaan kedalaman kubur:


1. Mazhab Maliki: Kedalaman kubur cukup sekadar mencegah bau
aroma tubuh jenazah dibau atau boleh dikesan oleh haiwan buas.
2. Mazhab Hanbali: Sunnah menggali kubur yang cukup dalam.
▪ Keadaan liang lahad:
▪ Tanah keras: Liang lahad berada disamping kubur
▪ Tanah gembur: Liang lahat berada di tengah-tengah kubur dan
berbentuk seperti aliran sungai (Mazhab Hanafi dan Hanbali)
KEDUDUKAN JENAZAH DI DALAM KUBUR

▪ Keadaan jenazah di dalam kubur:


1. Jumhur Ulamak: Wajib meletakkan jenazah menghadap ke arah kiblat.
2. Mazhab Maliki: Dianjurkan meletakkan jenazah ke arah kiblat.
▪ Hukum mengiringkan jenazah ke arah kanan menghadap kiblat:
1. Jumhur Ulamak: Sunnah meletakkan jenazah mengiring ke kanan
menghadap kiblat dan orang yang meletakkannya membaca “Bismillah
wa ala millati rasulillah”
2. Mazhab Maliki: Meletakkan tangan kanan ke atas tubuhnya dan orang
yang meletakkannya membaca doa “Ya Allah, terimalah ia dengan sebaik-
baik keadaan”.
KEDUDUKAN JENAZAH DI DALAM KUBUR

▪ Keadaan jenazah tidak menghadap kiblat:


1. Mazhab Maliki dan Hanafi: Jika jenazah belum ditanam keseluruhannya
maka hendaklah diubah kedudukkannya maka sebaliknya
2. Mazhab Syafie dan Hanbali: Wajib untuk mengubah kedudukkan
jenazah walaupun telah ditanam keseluruhannya.
▪ Hukum menguburkan jenazah menggunakan keranda:
1. Mazhab Syafie dan Hanbali: Makruh menguburkan jenazah menggunakan
keranda kecuali tanah dalam keadaan basah atau lanah mudah longsor.
2. Mazhab Maliki dan Hanafi: Makruh menguburkan jenazah di dalam
keranda walau bagaimana keadaan sekalipun.
KEDUDUKAN JENAZAH DI DALAM KUBUR

▪ Setiap orang yang hadir disunnahkan menggunakan kedua


tangannya menggumpal tanah sebanyak 3 kali dan meletakkan ke
dalam kubur jenazah.
▪ Mazhab Syafie dan Hanafi: Sunnah setiap kali meletakkan tanah
berkenaan diselangai dengan membaca:
1. Dari itulah (tanah) kami diciptakan
2. Dan kepadanyalah kami mengembalikanmu
3. Dan dari sanalah kami akan mengeluarkan kamu pada waktu yang
lain.
KEDUDUKAN JENAZAH DI DALAM KUBUR

▪ Mazhab Maliki dan Hanbali: Tiada sebarang bacaan yang


disunnahkan Ketika menabur tanah ke atas kubur jenazah.
KEADAAN KUBUR

▪ Kedudukan ketinggian tanah kubur:


1. Jumhur Ulamak: Meninggi tanah kubur melebihi 1 hasta seperti
bonggol unta.
2. Mazhab Syafie: Meratakan tanah sama dengan paras tanah biasa
adalah lebih baik.
▪ Meletakkan sesuatu di atas kubur:
1. Jumhur Ulamak: Makruh meletakkan sesuatu di atas kubur, samada
kayu, batu atau lain-lain
2. Mazhab Syafie: Sunnah meletakkan sesuatu ke atas kubur di bahagian
kepala jenazah samada batu, kayu atau pokok.
KEADAAN KUBUR

▪ Menulis sesuatu pada kubur:


1. Mazhab Maliki: Menulis ayat Al-Quran di atas kubur adalah haram.
Jika menulis nama jenazah atau tarikh kematiannya adalah makruh.
2. Mazhab Hanafi: Menulis sesuatu di atas kubur adalah makruh
tahrim kecuali jika dikhawatiri kubur berkenaan maka
diperbolehkan.
3. Mazhab Syafie: Menulis sesuatu di atas kubur hukumnya makruh
kecuali kubur-kubur orang saleh atau ulamak boleh ditulis Namanya
bagi membezakan kubur mereka dengan kubur orang awam.
4. Mazhab Hanbali: Menulis sesuatu di atas kubur hukumnya makruh.
KEADAAN KUBUR

▪ Membina binaan di atas kubur:


1. Jumhur Ulamak: Haram membina sebarang binaan di atas kubur atas tujuan menunjuk-
nunjuk kecuali bermaksud lain hukumnya makruh dan tanah kubur itu bukanlah tanah wakaf
atau tanah awam.
2. Mazhab Hanbali: Makruh membina sebarang binaan di atas kubur walau apa tujuan
sekalipun.
▪ Hukum duduk di atas kubur:
1. Mazhab Syafie dan Hanbali: Haram duduk, berbaring, tidur dan membuang air besar atau
kecil di atas kubur.
2. Mazhab Hanafi: Makruh Tanzih duduk, berbaring atau tidur di atas kubur dan haram
membuang air besar atau kecil.
3. Mazhab Maliki: Harus duduk, berbaring atau tidur di atas kubur kecuali membuang air besar
atau kecil adalah haram.
KEADAAN KUBUR
KEADAAN KUBUR

▪ Memijak kubur:
1. Jumhur Ulamak: Makruh memijak kubur kecuali tiada jalan lain
untuk melintasi maka dibolehkan.
2. Mazhab Hanbali: Makruh memijak kubur selagi ia masih dalam
keadaan seperti bonggol unta dan mempunyai jalan di sebelahnya.
Jika tanahnya sudah menjadi rata maka diperbolehkan.
PENGUBURAN JENAZAH DI TEMPAT BUKAN
TEMPAT KEMATIANNYA

▪ Mazhab Maliki: Boleh menguburkan jenazah di tempat lain selain tempat


kematiannya atau selepas dikuburkan jenazah dipindahkan ke kawasan lain
selainkan tempat kematiannya berdasarkan 3 syarat:
a. Memindahkan seluruh jasad jenazah
b. Pemindahan jenazah hendaklah dilakukan dengan penghormatan
bukannya dengan penghinaan ke atas jenazah
c. Pemindahan disebabkan dikhawatiri kubur berkenaan akan dilanda
bencana atau apa-apa maslahah.
▪ Mazhab Hanafi: Diharuskan untuk menguburkan jenazah di tempat selain
dari tempat kematiannya selagi jenazah tidak membusuk dan haram
memindahkannya selepas ia telah dikurburkan.
PENGUBURAN JENAZAH DI TEMPAT BUKAN
TEMPAT KEMATIANNYA

▪ Mazhab Syafie: Haram menguburkan jenazah di tempat lain selain


tempat kematiannya atau selepas dikuburkan jenazah dipindahkan
ke kawasan lain selain tempat kematiannya kecuali jika ia meninggal
berdekatan dengan tanah suci samada Mekah, Madinah atau
Baitulmaqdis, maka diharuskan menguburkannya di tanah suci
berkenaan selagi mana jenazah berkenaan tidak membusuk.
▪ Mazhab Hanbali: Diharuskan untuk menguburkan jenazah di
tempat selain dari tempat kematiannya atau telah dikuburkan selagi
jenazah tidak membusuk dengan syarat pemindahan itu atas maksud
yang mulia seperti menguburkannya berdekatan perkuburan orang-
orang saleh.
HUKUM MENEMPATKAN 2 JENAZAH ATAU
LEBIH DI DALAM 1 KUBUR
BERKABUNG / TA’ZIAH

▪ Berta’ziah mengunjungi keluarga arwah adalah dianjurkan oleh jumhur


selama 3 hari bagi tujuan menenangkan keluarga jenazah.
▪ Makruh jika mengunjungi keluarga jenazah melebihi 3 hari kecuali bagi
mereka yang tinggal berjauhan dari rumah arwah.
▪ Jumhur ulama tidak menetapkan sesuatu ucapan khas ta’ziyah kepada
keluarga arwah kecuali Mazhab Hanafi. Perkataan yang dianjurkan untuk
diucapkan kepada keluarga arwah berdasarkan pandangan berikut:
a. Mazhab Hanafi: Perkataannya “Semoga Allah mengampunkan dosa
arwah serta memaafkan segala kesalahannya dan semoga Allah
memberikan kesabaran kepada kalian atas musbiah ini dan
melimpahkan pahala pada keluarga yang ditinggalkan“
BERKABUNG / TA’ZIAH

▪ Waktu terbaik untuk mengunjungi keluarga arwah bagi ta’ziah menurut


jumhur kecuali mazhab Maliki adalah selepas jenazah dikuburkan
kecuali jika keluarga berkenaan dalam keadaan keluarga berkenaan
menerima musibah yang besar. Mazhab Maliki berpendapat waktu
terbaik adalah selepas jenazah dikuburkan walau apa keadaan sekalipun.
▪ Keadaan keluarga arwah ketika menerima kunjungan ta’ziah:
a. Mazhab Syafie dan Hanbali: Makruh bagi keluarga arwah menerima
tetamu yang menziarahi bagi tujuan ta’ziah dalam keadaan duduk.
Hendaklah kedudukan mereka mereka berdiri.
b. Mazhab Maliki dan Hanafi: Boleh dilakukan dalam keadaan duduk atau
berdiri.
BERKABUNG / TA’ZIAH

▪ Penyediaan makanan bagi tetamu yang menghadiri majlis ta’ziah


oleh keluarga arwah bidaah yang dimakruhkan. Pendapat ulamak
mutaakkhirin adalah haram.
▪ Jika keluarga arwah adalah keluarga yang tidak berkemampuan
maka hukumnya haram.
Title and Content Layout with Chart

14

12

10 5

8 2 2
3
6 2.8
2.4
4.4 1.8
4

2 4.3 4.5
3.5
2.5

0
Category 1 Category 2 Category 3 Category 4

Series 1 Series 2 Series 3


Two Content Layout with Table

▪ First bullet point here Class Group A Group B

▪ Second bullet point here Class 1 82 95

▪ Third bullet point here Class 2 76 88

Class 3 84 90
Two Content Layout with SmartArt

▪ First bullet point here


▪ Second bullet point here Group
▪ Third bullet point here B
Group Group
A C
Task
1
Add a Slide Title - 1
Add a Slide Title - 2
Add a Slide Title - 3
Add a Slide Title - 4
Add a Slide Title - 5

Click icon to add picture

Anda mungkin juga menyukai