Anda di halaman 1dari 77

PENYEDIAAN DAN PENULISAN

RPI
MANUAL 2.0

BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
APA ITU RPI ?
LATAR BELAKANG

 Sistem e-RPI diperkenalkan pada tahun 2009 dan diuruskan oleh


EPRD sehingga tahun 2014.

 Sistem e-RPI diserahkan kepada BPKhas pada tahun 2014.

 Pada tahun 2015, User Acceptance Test telah dilaksanakan


oleh Syarikat Velocity Technology untuk tujuan pengintegrasian
data dan penambahbaikan dari sudut pengisian.

 Pelaksanaan Sistem e-RPI bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK)


telah ditandatangani oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia pada 28 April 2015.
“RPI merupakan satu perjanjian bertulis
di antara ibu bapa dan pihak sekolah
tentang keperluan-keperluan kanak-
kanak dan cara bagaimana keperluan-
keperluan tersebut boleh dipenuhi.
Dari segi pelaksanaan, RPI adalah sebuah
kontrak tentang perkhidmatan-
perkhidmatan yang perlu disediakan
untuk seseorang kanak-kanak tersebut.”

(Hallahan dan Kauffman, 1997)


MENGAPA RPI WAJIB DISEDIAKAN
DAN APAKAH PUNCA KUASANYA?

Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004:  Pelaksanaan Kurikulum


Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, “Bagi
memastikan keberkesanan kurikulum ini (kurikulum
alternatif)        Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap
murid hendaklah disediakan”.

RPI adalah satu dokumen kerja rasmi yang mesti


dilaksanakan dan kegagalan menyediakan dokumen
tersebut merupakan satu kesalahan. (SPI :Bil. 7/2004)
MENGAPA RPI PENTING
UNTUK MBK?
RPI membolehkan murid mengikut program pendidikan yang
dirancang sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi
merangkumi aspek-aspek berikut :-
 
 jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas
kurikulum asal.

 perkara yang perlu dipelajari oleh murid.

 jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu


digunakan.

 jenis intervensi yang perlu diberikan kepada murid


berdasarkan isu utama
APA FUNGSI RPI?
1. RPI berfungsi sebagai satu alat atau instrumen untuk
menentukan kerjasama dan kolaborasi iaitu;
 antara sekolah
 ibu bapa
 murid itu sendiri
 pegawai pendidikan daerah
 sukarelawan
 individu dari agensi atau khidmat sokongan lain

2. RPI dilaksanakan berasaskan secara kumpulan atau


pasukan. Hala tuju adalah dibentuk dan dipersetujui
bersama melalui kolaborasi dan kerjasama ahli-ahli
pasukan RPI.

3. Ahli-ahli pasukan RPI adalah berbeza bergantung kepada


keperluan individu murid yang terlibat. 

4. Minimumkan isu utama.


ADAKAH RPI ITU KURIKULUM
ATAU INTERVENSI?
Penulisan RPI adalah berbentuk intervensi dan
bukannya berbentuk penulisan kurikulum (RPT dan RPH)

TETAPI

RPH DAN RPT


saling berkaitan di antara satu sama lain dengan penulisan RPI

KERANA
setiap perancangan penulisan aktiviti PdP Mata Pelajaran perlu
mengambil kira intervensi yang akan diberikan kepada MBK
dengan merujuk kepada isu utama yang
telah diputuskan dalam sidang pertama.

INFO :
Apa-apa sahaja kekangan yang menghalang
seseorang MBK itu untuk mengikuti PdP maka aktiviti
intervensi wajar diberikan kepada mereka melalui
penulisan RPI.
APA ITU INTERVENSI ?

Menurut Kail (2001), intervensi awal memberikan


perkhidmatan rawatan, pemulihan, bimbingan, dan
khidmat nasihat kepada kanak-kanak dan juga ibu
bapa sebaik sahaja sesuatu kecacatan dikesan atau
dikenal pasti dialami oleh seseorang kanak-kanak.

Menurut Hanson & Lynch (1989), intervensi awal


ialah gabungan usaha pendidikan, maklumat tentang
pemakanan, perkembangan kemahiran motor,
penjagaan diri, interaksi sosial, dan sokongan
keluarga yang dilaksanakan sejurus ketidakupayaan
dikenal pasti.
PUNCA KUASA PENULISAN RPI

1. Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas) 2013, Perkara


3. Perkara 8(1) Bagi maksud melaksanakan Pendidikan Khas :-

a) Mana-mana orang yang terlibat dalam pelaksanaan Pendidikan Khas


hendaklah menggunakan Kurikulum Pendidikan Khas;

b) Seseorang guru hendaklah menggunakan RANCANGAN PENDIDIKAN


INDIVIDU; dan,

c) Seseorang guru boleh membuat pengubahsuaian kepada :-


 kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran;
 masa yang diperuntukkan bagi setiap aktiviti;
 susunan aktiviti; dan
 bahan bantu mengajar.
 
Perkara 8(2) Apa-apa pengubahsuaian yang dibuat di bawah perenggan (i)(c)
hendaklah mengikut Kurikulum Pendidikan Khas.
 
Sumber : Peraturan Pendidikan (Peraturan Pendidikan Khas) 2013,
Bahagaian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.
DAPATAN ISU DALAM PENULISAN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

1. Sikap guru
2. Gangguan talian internet
3. Tiada kerjasama di antara pencatat RPI dan Guru Mata
Pelajaran
4. Guru-guru tidak mahir mengendalikan isu utama MBK
5. Kesinambungan penulisan RPI tidak berlaku di dalam sebuah
SPK dan PPKI
6. Sikap ibu bapa yang sambil lewa dan tidak mengambil berat
terhadap MBK
7. Kurang pemantauan dari pihak penguruan sekolah
8. Kelemahan dari aspek penguatkuasaan
KEPENTINGAN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

RPI membolehkan MBK mengikuti program pendidikan yang dirancangkan


sama ada yang telah diadaptasi atau dimodifikasi dengan lebih berkesan
bagi tujuan menyimpan rekod dari aspek seperti berikut :-
 Jenis intervensi yang perlu diterima dan dipelajari oleh MBK.
 Jenis modifikasi dan adaptasi yang dibuat ke atas kurikulum asal.
 Jenis strategi dan teknik pengajaran yang perlu digunakan.
 Proses RPI memberi pelbagai kebaikan dan keuntungan kepada:

1. Murid Berkeperluan Khas

 setiap perancangan pendidikan yang digubal bertujuan


membantu MBK dalam proses pembelajaran.
 memberi peluang untuk terlibat dalam program pembelajaran
yang dirangka.
 menjadikan matlamat dan objektif lebih jelas.
2. GURU-GURU

 menerangkan peranan dan tugas mereka dengan jelas.


 memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang
MBK.
 menyediakan forum untuk mendapatkan bantuan,
resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang
berkaitan.
 menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan
amalan dalam segala aspek perkhidmatan yang
disediakan dan resos yang diperlukan.
 menyediakan bantuan untuk menyelesaikan masalah.
 menyediakan pertolongan untuk memenuhi cabaran.
 mendapatkan maklumat yang tepat daripada mereka
yang berhubung rapat dengan MBK.
 memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat
golongan professional.
3. IBU BAPA:

 memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam


menyediakan objektif dan matlamat anak mereka.

 memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan


jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi
membantu pembelajaran anak mereka di rumah.

 menyediakan forum untuk meminta bantuan, resos,


sokongan dan perkhidmatan daripada pihak yang
berkaitan.

 memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan


kumpulan pelbagai displin yang terlibat secara langsung
dengan anak mereka.
4. AGENSI YANG BERKAITAN:

 memperolehi maklumat yang sistematik untuk


mengenal pasti keperluan individu MBK.

 memperolehi maklumat tentang perkhidmatan penilaian


berdasarkan kepada objektif yang ditentukan.

 membantu mengenal pasti keperluan latihan.

5. SEMUA YANG TERLIBAT :

 memberi peluang untuk meningkatkan komunikasi.

 menyediakan forum untuk menyelesaikan masalah.

 merangsang peningkatan tahap pendidikan.

 mewujudkan pakar perancangan dari pelbagai


peringkat untuk merangka program pendidikan.

 mengadakan program penilaian.


INFO :
Kumpulan Pelbagai Disiplin

Ahli Jawatankuasa lain yang sewajarnya turut dilibatkan dalam


perjumpaan bagi membentuk Rancangan Pendidikan
Individu  (jika perlu) adalah:-

a) Ahli Fisioterapi
b) Ahli terapi cara kerja
c) Patologi Pertuturan Bahasa
d) Kaunselor
e) Agensi Pemulihan
f) Guru Kelas Biasa
g) Guru Vokasional

i. Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah


bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat membantu murid
belajar  dengan lebih berkesan.
ii.   Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan.

iii.  Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari


dengan keperluan pentaksiran kurikulum. 

 iv.  Setiap  ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkahlaku


dan
bentuk  atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan     keperluan individu murid.
ASAS PENTING DALAM PEMBINAAN RPI
KERANGKA KONSEP PEMBINAAN RPI
RPI PADA DASARNYA ADALAH
SATU PERNYATAAN RINGKAS TENTANG :

 tahap prestasi seseorang MBK.

 perancangan yang merangkumi aspek bukan akademik


( intervensi) dan akademik.

 matlamat tahunan yang boleh dicapai oleh MBK.

 maklumat yang mengandungi satu siri objektif yang boleh


diukur bagi setiap matlamat yang telah dikenal pasti.

 objektif, prosedur dan urutan penilaian bagi menentukan


pencapaian.

 satu huraian berhubung dengan perkhidmatan yang


diperlukan oleh MBK.

 perancangan jangka masa dan tarikh perkhidmatan yang


dapat disediakan untuk MBK.

 satu perancangan dan persediaan untuk membantu MBK


berkeperluan khas menjalani kehidupan seharian.
ELEMEN-ELEMEN
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
DOKUMENTASI
Pertujuan sebagai rujukan
dan panduan untuk semua
pihak yang terlibat.
KERJASAMA
KEBOLEHPERCAYAAN Merupakan elemen penting yang
Kebolehpercayaan objektif pengajaran, dirangka oleh sekumpulan individu
prosedur penilaian perlu diterangkan yang terlibat secara langsung dengan
dalam RPI dan perlu dibuat semakan pendidikan dan kebajikan MBK
dari semasa ke semasa. berkenaan. Oleh itu, ibu bapa dan
guru merupakan orang yang sangat
ELEMEN- penting dalam proses ini.

KEPUTUSAN BERSAMA ELEMEN


Guru, Ibu bapa dan kumpulan pelbagai RPI BERKONGSI MAKLUMAT
disiplin bekerjasama untuk
menyediakan RPI. Mereka perlu Mesti berdasarkan kepada maklumat
membuat keputusan bersama untuk daripada individu yang mempunyai
menentukan apa yang diperlukan oleh hubungan rapat dengan MBK.
MBK berkenaan dan bagaimana RPI Maklumat ini mesti dikongsi bersama
dapat dilaksanakan dengan lebih dan menjadi asas kepada keputusan
berkesan. untuk membina perancangan
pendidikan.

PROSES
Meliputi aktiviti bagi memastikan
perancangan pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai serta berkesan dapat diberikan
kepada MBK. Di antara proses RPI yang
terlibat adalah seperti berikut :-

 pra sidang
 sidang pertama ( mesyuarat )
 penulisan RPI
 pelaksanaan
 perekodan
 sidang kedua ( penilaian )
CIRI-CIRI
RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
RPI
MENGIKUT URUTAN SPESIFIK
Penulisan RPI perlu dilaksanakan Matlamat dan objektif bagi
dengan mengikut urutan proses RPI dinyatakan dalam bentuk
yang ditentukan (rujuk Carta Alir) tingkah laku yang dapat
diperhatikan dan diukur.

KOMPREHENSIF
RPI merangkumi aspek
MUDAH DIFAHAMI ketidakupayaan murid,
Penulisan RPI direkodkan
dengan menggunakan bahasa CIRI-CIRI termasuk aspek kognitif,
bahasa dan komunikasi,
yang mudah difahami serta
RPI
sosio emosi, tingkahlaku,
dapat dijelaskan apa yang motor kasar dan motor
perlu diketahui oleh ibu bapa halus sepertimana yang
dan para professional. terkandung dalam domain
pendidikan khas.

BERSESUAIAN& DIGUBAL BERSAMA


Penulisan RPI adalah program
REALISTIK yang dipersetujui bersama
Perlu sesuai dengan matlamat dan
oleh ibu bapa, guru, murid dan
objektif yang dinyatakan dalam RPI
para professional yang
yang disesuaikan dengan tahap
terlibat.
kefungsian serta mengikut kadar
perkembangan sedia ada murid.
PENUBUHAN JAWATANKUASA RPI
DI PERINGKAT SEKOLAH

Penubuhan Jawatankuasa RPI di peringkat sekolah


amat perlu dilaksanakan bagi menjamin kelancaran
dan keberkesanan dalam menentukan;

 ISU UTAMA,
 AKTIVITI INTERVENSI,
 BENTUK SOKONGAN, dan
 KEPERLUAN LAIN YANG DIPERLUKAN OLEH
SESEORANG MBK.
CONTOH JAWATANKUASA RPI
SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS( SPK )
(PENGERUSI)
PENGETUA/GURU BESAR

SETIAUSAHA
PK KURIKULUM

AHLI JAWATAN KUASA RPI

GURU B&K / PEGAWAI


GURU IBU/BAPA/
PPM PUSAT
KELAS PENJAGA KAUNSELOR GURU MATA
PERKHIDMATAN
PELAJARAN (3PK)
JAWATANKUASA RPI SEKOLAH
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI(PPKI)

PENGERUSI
( GURU BESAR )

NAIB PENGERUSI
( PENOLONG KANAN 1 )

SETIAUSAHA
( PENOLONG KANAN / PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS )

AHLI JAWATANKUASA RPI

PEGAWAI PUSAT GURU B&K / PPM


GURU KELAS GURU MATA IBU BAPA PERKHIDMATAN KAUNSELOR
PEN.KHAS PELAJARAN (3PK)
(JIKA ADA)
PERANAN DAN SUMBANGAN AJK RPI
1. Pentadbir Sekolah [ pengetua atau guru besar ]
 melantik seorang penyelaras (bukan pencatat) pelaksanaan RPI.
 mengerakkan program kerjasama,penilaian dan pengemaskini RPI.
 memastikan perlaksanaan RPI dengan menilai dan mengemaskini
laporan sekurang-kurang sekali setiap tempoh laporan yang
dipersetujui.
 memastikan cadangan keperluan bahan sokongan dan khidmat
bantu dalam penyediaan RPI diambil perhatian dan dapat dipenuhi.
 memastikan salinan dokumen RPI disediakan untuk ibu bapa dan
murid.
memastikan perbincangan keperluan transisi dapat diusahakan
bersama pihak ibu bapa, komuniti setempat dan pusat pengajian tinggi.
memastikan RPI disimpan dah difailkan dengan baik serta hasil laporan
dimasukkan dalam rekod profil murid.
 mempengerusikan sesi sidang pertama dan kedua .
 memperkenalkan semua ahli jawatankuasa RPI.
 menjawab soalan - soalan berkaitan dengan pentadbiran dan
bertindak segera ke atas perkara yang perlu diselesaikan berkaitan
dengan pelaksanaan RPI.
PENOLONG KANAN ATAU PENYELARAS
PENDIDIKAN KHAS
 bertindak sebagai setiausaha kepada Jawatankuasa RPI sekolah
 sebagai pakar rujuk kepada penyediaan dan pelaksanaan RPI
di peringkat sekolah
 menyampaikan dan mengadakan taklimat berkaitan RPI kepada
warga sekolah dan Ibu bapa
 bertindak selaku Penyelaras RPI sekolah.
 memastikan guru merancang dan melaksanakan RPI.
 membimbing guru dalam merancang dan melaksanakan RPI.
 membimbing guru dalam merancang dan melaksanakan
PRA SIDANG, SIDANG PERTAMA dan KEDUA.
 mengeluarkan surat dan memo dalam kepada AJK RPI sekolah
untuk menghadiri sidang.
 memastikan RPI disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar.
 memastikan ibu bapa mengisi dan menandatangani
Borang Perakuan Persetujuan Ibu Bapa
 memastikan rekod atau fail RPI disimpan ditempat yang selamat.
2. Guru Kelas Pendidikan Khas :

 mengumpul maklumat MBK.


 membuat modifikasi dan adaptasi kurikulum berdasarkan kepada
keperluan MBK.
 mengajar MBK secara individu berdasarkan kepada keperluan dan
kesesuaian MBK.
 mengambil tindakan ke atas perkara yang telah dipersetujui.
 memberi maklumat mengikut tahap keupayaan dan kekurangan
pembelajaran MBK.
 berhak menolak sebarang cadangan dari mana-mana pihak jika
cadangan itu di luar kemampuannya.
 membuat penilaian dan pemantauan ke atas MBK.
 memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas.
bekerjasama, mengekalkan komunikasi dengan guru mata
pelajaran, pembantu pengurusan murid dan kakitangan sekolah yang
berkaitan.
3. Ibu Bapa :

 memberi maklumat yang tepat tentang anaknya.

 memaklumkan kemahiran, minat, kegemaran dan


kecenderungan anak mereka kepada guru kelas.

 memaklumkan maklumat latar belakang pendidikan awal,


sebelum dan pencapaian selepas intervensi diberikan.

 berkerjasama menentukan isu utama anak mereka.

 menentukan matlamat jangka panjang yang diingini.

 bekerjasama mewujudkan kesinambungan pengajaran antara


sekolah dan rumah.

 mengambil dan menyemak RPI anak.


4. Guru Mata Pelajaran (Pencatat RPI)
 memastikan proses RPI iaitu sidang, matlamat, faktor keupayaan dan
akademik berfungsi ditulis.
 bersidang dan berbincang dengan kumpulan permuafakatan RPI bagi
mengenalpasti isu major yang perlu diberikan intenvensi untuk
meningkatkan kefungsian MBK.
 menyediakan sidang, matlamat, faktor keupayaan dan akademik berfungsi
berdasarkan isu major yang telah diputuskan dalam persidangan RPI.
 bertanggungjawab sepenuhnya atas pengisian RPI bagi MBK di bawah
penyelian masing-masing dengan membina aktiviti pembelajaran yang dapat
memenuhi keperluan MBK.

mengajar dan menilai perkembangan intenvensi yang diberikan pada setiap


objektif RPI yang dihasilkan.
 memastikan sebarang perubahan pada intevensi perlu dicatatkan dan
memaklumkan kepada penyelaras RPI, guru kelas dan guru mata pelajaran
yang lain dan pembantu pengurusan murid.
 memantau intervensi mengikut keperluan masing-masing dengan menjurus
kepada kekangan utama yang dihadapi oleh MBK.
4. merancang dan melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)
dengan menyediakan RPH dan RPT (SPI Bil.3/1999): ( Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran.

4. memaklumkan kepada penyelaras RPI untuk mengadakan persidangan bagi


membincangkan isu seterusnya sekiranya isu utama telah berjaya diatasi.
5. Pembantu Pegurusan Murid (PPM)

 membantu guru dalam menyediakan bahan bantu mengajar.

 membantu guru mengawasi pergerakan MBK terutamanya yang


menghadapi tingkah laku yang agresif (ADHD)

 membantu guru menyediakan tempat pembelajaran yang bersih


dan selamat untuk MBK melakukan aktiviti.

6. Kumpulan Pelbagai Displin (ahli profesional)

 memberi khidmat bantuan kepada MBK mengikut keperluan dan


keutamaan seperti nasihat dan terapi.

 sebagai sukarelawan menyediakan bantuan teknikal kepada


program pendidikan khas

 menyediakan maklumat professional tentang permasalahan dan


kekuatan MBK dari aspek kepakaran mereka.
Pegawai Terapi Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas ( 3PK )
•memberi khidmat bantuan kepada MBK mengikut keperluan dan
keutamaan.sebagai sukarelawan.
•menyediakan maklumat professional tentang permasalahan dan kekuatan MBK
dari aspek kepakaran mereka.

Guru Bimbingan dan Kaunseling Atau Kaunselor


•memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa atau penjaga.
•mengadakan sesi kaunseling individu dan kelompok kepada MBK yang dikenalpasti
menghadapi masalah.

•memberikan motiasi dan keyakinan diri kepada guru-guru pendidikan khas


Fokus ini memberikan perkhidmatan kaunseling dan bimbingan khas kepada murid-murid
berkeperluan khas  di sekolah. Fokus ini memberi penekanan dari segi kebajikan,
kemudahan, soft skills dan hala tuju murid berkeperluan khas. Murid normal yang lain juga
menerima, membantu dan sentiasa memberi pertolongan kepada murid - murid
berkeperluan khas 
ADA KAH PENOLONG KANAN
dan
PENYELARAS PENDIDIKAN KHAS
PERLU MENULIS RPI?

Penolong Kanan dan Penyelaras Pendidikan Khas tidak


digalakkan menulis RPI walau bagaimana pun, boleh
bertindak sebagai pencatat RPI sekiranya beliau ingin
melakukanya dengan tujuan untuk membantu rakan-rakan
pencatat yang lain. Tugas dan tanggungjawab beliau
sebagai penyelaras penyediaan dan penulisan RPI bagi
semua Guru Mata Pelajaran tetap menjadi keutamaan.
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN
MATLAMAT RPI?
Mengambil
Bersifat kira kekuatan
positif atau atau
membina kekurangan
Matlamat jangka panjang MBK
yang menyatakan tentang
kemampuan secara umum
Apa yang akan berlaku
Kepada MBK.

Perbincangan
penulisan Matlamat
matlamat
hendaklah dirancang
dilakukan bersama ibu bapa
sebelum
mesyuarat RPI
dan panel lain
dilakukan secara
rasmi

Pada kebiasaannya matlamat yang dibuat oleh guru dan ibu bapa berbeza. Oleh itu
adalah penting bagi pihak sekolah dan ibu bapa mendapatkan kata sepakat berkaitan
dengan penulisan objektif yang hendak dicapai oleh MBK.
OBJEKTIF
Objektif ialah pencapaian yang akan dicapai oleh MBK dalam
satu jangka masa pendek yang mana kemahiran itu akan
membantu untuk mencapai matlamat yang boleh di
kategorikan sebagai:

•objektif tingkah laku


•objektif pengajaran dan pembelajaran

Keperluan dan Kebaikan Menulis Objektif :

• menggalakkan perancangan pengajaran dan penilaian


yang bersistematik
• meningkatkan kebolehpercayaan
• meningkatkan motivasi MBK
• penyediaan perancangan pembelajaran tepat dan lengkap
• objektif ditulis dengan jelas dan faham.
Peringkat-Peringkat Penulisan Objektif :

• apa yang dapat dilakukan oleh MBK?


• bila dan di mana tingkah laku itu berlaku?
• tanda-tanda yang memberi gambaran bahawa MBK
itu telah mencapai objektif.

Komponen Objektif Pengajaran :

•tingkah laku yang akan dilakukan oleh MBK.


•keadaan yang mana MBK akan melakukan perubahan.
•kriteria untuk menjayakan perlakuan tingkah laku.
•MBK yang terlibat.
PEMILIHAN OBJEKTIF :
 Mencerminkan apa yang boleh dicapai oleh MBK.
 Pemilihan objektif haruslah berpandukan kepada keutamaan.
 Persoalan yang boleh membantu AJK RPI memilih
 objektif dengan mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:

• adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu


pencapaian matlamat?

• adakah objektif itu bermakna kepada MBK?

• adakah ibu bapa telah diberitahu tentang objektif ini?

• adakah dengan pencapaian objektif ini akan membantu


pencapaian matlamat?

• bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan kemahiran


lain yang perlu dicapai oleh MBK?

• bagaimanakah objektif itu bersesuaian dengan program yang


dijalankan dalam bilik darjah?
LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN
RPI
CONTOH CARTA ALIR LANGKAH-LANGKAH
PELAKSANAAN RPI
PRA SIDANG

OBJEKTIF / SIDANG OBJEKTIF /


STRATEGI PERTAMA ISU UTAMA
BARU (MESYUARAT) BERIKUTNYA

PENULISAN
RPI

PELAKSANAAN
RPI

PEREKODAN

SIDANG
GAGAL KEDUA OBJEKTIF
(PENILAIAN) TERCAPAI

Carta Alir Pembentukan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


Sumber : Buku Panduan RPI Murid-Murid Berkeperluan Khas 2000
Kementerian Pelajaran Malaysia
Meliputi aktiviti bagi memastikan perancangan
pengajaran dan pembelajaran yang sesuai serta
berkesan dapat diberikan kepada MBK. Di antara
langkah-langkah penyediaan RPI yang terlibat
adalah seperti berikut :

1.Pra Sidang
2.Sidang Pertama ( mesyuarat )
3.Penulisan RPI
4.Pelaksanaan
5.Perekodan
6.Sidang Kedua ( penilaian )
LANGKAH 1 - PRA SIDANG
( PENGUMPULAN MAKLUMAT ):
Bertujuan untuk menentukan isu utama dan kecil berdasarkan
kepada maklumat yang telah dikumpul dan diperolehi semasa
proses mengenalpasti kekuatan dan kekurangan MBK
dilaksanakan.

TUGAS DALAM PRA SIDANG :

1. Hanya melibatkan ahli-ahli seperti berikut :

• penolong Kanan atau penyelaras Pendidikan Khas


• guru kelas
• guru mata pelajaran
• pembantu pengurusan murid
• pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)
(jika ada)
MENGENALPASTI MBK
a.Perkara yang perlu diberi perhatian dalam proses pengumpulan
maklumat ialah :
• cara mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan MBK.
• individu yang akan mengumpul maklumat berkenaan.
• jenis-jenis bantuan yang diperlukan dalam proses mengumpul
maklumat.
• sejauh mana penglibatan MBK.
• sejauh mana penglibatan ibu bapa atau penjaga.
• sejauh mana penglibatan khidmat sokongan.
b. Mengumpul maklumat yang berkaitan dengan kekuatan, kekangan serta
keperluan MBK dalam menentukan isu major dan minor yang boleh
diperolehi melalui :
• borang biodata MBK
• laporan kesihatan (Borang Pendaftaran Penempatan OKU)
• borang kaji selidik akademik
• ujian diagnostik
• domain pendidikan khas
• pemerhatian ke atas MBK
c. Perbincangan tentang isu-isu atau kekangan-kekangan untuk memilih
satu isu utama bagi setiap MBK.
d. Semua guru mata pelajaran menyatakan intervensi yang sesuai
untuk dimasukkan dalam penulisan RPI.
e. Maklumat yang terkumpul hendaklah dianalisa, dirumus dan
dicatat dalam borang rumusan Pra Sidang.

CONTOH ISU
UTAMA :
BIL. NAMA MBK DIAGNOSIS ISU UTAMA

Tidak boleh memegang pensel


1. Ali bin Bedul Syndrom Down dengan betul.

Tidak memahami arahan yang


2. Melah binti Bunga Autisme diberikan.
3. Donald ak Kintok Hyperaktif Tidak fokus dalam pembelajaran
ADHD

CADANGAN:
Guru-guru perlu mahir tentang Domain Pendidikan Khas kerana
kandungan dalam domain tersebut akan membantu untuk
memberikan intenvensi kepada MBK berdasarkan ISU UTAMA yang
telah dikenalpasti.
Bahasa dan
Motor Halus Komunikasi
6 DOMAIN
PENDIDIKAN
KHAS

Motor Kasar Sosial emosi

Tingkahlaku Kognitif

20 Ogos 2010 oleh Ahli Jawatankuasa Kerja LINUS-NKRA Bil.


13/2010 Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) bersetuju BPKhas
membina satu program alternatif bagi membantu MBK dalam
penguasaan literasi dan numerasi.
PERSEDIAAN AWAL UNTUK KE SIDANG PERTAMA IAITU:

• persediaan teperinci isu utama untuk setiap MBK.

• memo dalaman untuk pentadbir dan guru B&K / kaunselor

• surat panggilan ibu / bapa / penjaga

• surat panggilan kepada 3PK.

• surat persetujuan yang perlu ditandatangani oleh ibi / bapa /


penjaga.

• persediaan tempat bersidang.

• persediaan lain-lain untuk siding pertama bersama ibu / bapa /


penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat.
CONTOH ILUSTRASI PRA-SIDANG:

GURU
PENCATAT RPI
KELAS GURU MATA
PELAJARAN

MEJA
PEMBANTU PEGAWAI
PENGURUSA PUSAT
PERKHIDMATAN
MURID PENDIDIKAN KHAS
(JIKA ADA)

PKPK/
PENYELARAS
LANGKAH 2 - SIDANG PERTAMA
( MESYUARAT )
TUGAS DALAM SIDANG PERTAMA :

1.memanggil kumpulan pelbagai displin (multidisplin) di


peringkat sekolah iaitu;

 pengetua atau guru besar

 pk pendidikan khas atau penyelaras program

 ibu bapa atau penjaga

 guru kelas

 guru mata pelajaran { pencatat RPI )

 guru bimbingan&kaunseling / kaunselor

 pegawai perkhidmatan pendidikan khas {3PK}


2. mengedarkan maklumat yang diperolehi kepada semua ahli yang
terlibat.

3. pastikan setiap orang berpeluang untuk mengeluarkan idea dan


pendapat.

4. menerima pendapat dan persepsi daripada orang lain secara


terbuka.

5. menghormati setiap orang tanpa mengira pangkat dan jawatan.

6. pengenalan dan agenda mesyuarat

• peranan pengerusi mesyuarat adalah memperkenalkan


setiap ahli dan tugas masing-masing. pengerusi juga perlu
menerangkan peranan ahli berkenaan dalam setiap aspek
pendidikan MBK.
7. Membuat Analisa Isu Utama Untuk
Keperluan Intervensi Dalam Pembelajaran

• pembentukan perancangan yang sesuai


bergantung kepada ketepatan mengenal
pasti isu utama, keperluan dan tahap
pencapaian semasa MBK. Ini adalah bahagian
penting yang perlu diketahui oleh semua ahli
bagi membentuk perancangan yang efektif.
sekiranya maklumat ini diperolehi awal,
adalah lebih baik ianya diedar untuk
mengelakkan pembaziran masa sewaktu
perbincangan.
8. Pembentukan Matlamat dan Objektif

• Bahagian ini merupakan bahagian yang paling penting


bagi menyediakan perancangan pengajaran yang
sesuai berdasarkan kepada isu utama yang
telah diputuskan dalam Sidang Pertama (mesyuarat).

• Pembentukan matlamat jangka panjang dan


objektif memerlukan kepakaran dan kemahiran.
Adalah dicadangkan lebih baik sekiranya semua
ahli sidang pertama (mesyuarat) sebulat suara
bersetuju untuk menentukan objektif yang hendak
dicapai oleh MBK.
9. Keputusan Untuk Mendapatkan Sokongan
(Resos)

• dalam RPI, perlu ada sokongan yang hendak digunakan


bagi mencapai matlamat yang harus dicapai oleh
MBK.
Sokongan (resos) ini mungkin sedia ada di sekolah
atau
sokongan tambahan boleh didapati daripada agensi-
agensi luar. Dalam hal ini semua ahli perlu
berkerjasama untuk mendapatkan sokongan yang
diperlukan.
10. Penulisan Rancangan Pengajaran

• keputusan yang dibuat dalam mesyuarat perlu dicatat


dan didokumenkan. Setiap ahli jawatankuasa RPI tidak
semestinya menandatangani dokumen ini tetapi
memadai nama mereka dicatat, dan menyemak serta
membaca RPI yang telah disiapkan oleh pencatat.
11. Sesi Bersama Ibu Bapa Atau Penjaga :

 penerangan isu utama oleh pencatat RPI.


 perbincangan isu utama bersama ibu bapa atau
penjaga.
 penerangan terhadap surat persetujuan yang perlu
ditandatangani oleh ibu bapa atau penjaga.
 sekiranya bersetuju dengan pemilihan isu utama yang
telah dikenalpasti, penulisan RPI boleh dilaksanakan.
sekiranya ibu bapa atau penjaga tidak bersetuju
dengan isu utama yang telah dikenalpasti semasa pra
sidang, maka sesi pra sidang dan sidang pertama
perlu diadakan semula dengan mengambil kira
cadangan daripada ibu bapa atau penjaga.
• menyediakan kriteria sidang kedua ( penilaian ).
• menetapkan tarikh sidang kedua ( penilaian ) untuk
semakan semula.
12. Penutup

• bahagian ini merupakan peringkat yang


paling penting dalam dalam mesyuarat RPI.
Setiap keputusan yang telah dibuat dan
dipersetujui bersama dibaca untuk
diperdengarkan kepada semua ahli untuk
perhatian. Dalam mesyuarat ini keputusan
akan dibuat untuk menentukan tarikh
mesyuarat yang akan datang iaitu sidang
penilaian.
CONTOH ILUSTRASI SIDANG PERTAMA :

PKPK/ Guru
Penyelaras Kelas

Pengetua / Guru B&K /


Guru Besar/
PK Kurikulum
MEJA Kaunselor

Ibu Bapa / Guru Mata


Penjaga Pelajaran

Bincang&Tandatangan SETUJU

Tidak Setuju JALANKAN


RPI

Ulang Proses
1&2
AKTIVITI SIMULASI SIDANG PERTAMA:
1.Pilih tujuh orang guru untuk memegang watak-watak
sebagai AJK RPI.

2.Sediakan tempat mesyuarat sepertimana yang terdapat


pada rajah ilustrasi.

3.Pilih satu isu utama untuk diperbincangkan.

4.Minta mereka melakonkan watak dalam AJK RPI bermula


dari pengetua atau guru besar yang mempengerusi
mesyuarat sehingga langkah terakhir iaitu persetujuai
sebulat suara terhadap isu utama yang diperbincangkan.

5. Setelah selesai simulasi berikan pandangan untuk


penambahbaikan.
LANGKAH 3 - PENULISAN RPI
Tugas dan tanggungjawab di dalam setiap penulisan RPI
harus mengandungi perkara-perkara seperti berikut iaitu;

a) Nama AJK RPI


Nama-nama ahli yang terlibat dalam pengendalian RPI dan yang
berkaitan dengan pendidikan MBK adalah perlu disenaraikan untuk
tujuan rujukan.
b) Matlamat
Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa panjang.
Ia mestilah berkaitan dengan objektif dan tahap pencapaian MBK
masa kini.

c) Pencapaian MBK
Tidak semestinya semua objektif perlu dicapai dalam jangka masa
tertentu. Pilih bidang- bidang yang penting sahaja dan tumpukan
satu atau dua perkara pada satu-satu masa.
d) Objektif
Merupakan pencapaian sasaran dalam jangka masa yang
ditetapkan.Ia perlu dinyatakan dengan teperinci dan tepat. Objektif-
objektif hendaklah disenaraikan menurut keutamaan.
f) Strategi Pengajaran

Menentukan MBK dapat mencapai objekif pengajaran. Strategi ini


tidak seharusnya ditulis dengan terperinci tetapi perlu ditulis oleh
guru mata pelajaran yang terlibat dengan penggubalan RPI. Di antara
strategi yang boleh digunakan seperti :
 bimbingan rakan sebaya setengah jam sehari.
 sistem kontrak dengan pengukuhan yang sesuai.
 membaca dirumah dengan penglibatan ibu bapa.
 latihan fisioterapi selama satu jam dua kali seminggu yang mana
sesuai berdasarkan isu utama.
g) Resos
Resos yang difikirkan sesuai dan perlu oleh AJK RPI harus ditulis
dengan jelas, sebagai contoh:
“ setengah jam bersama dengan rakan sebaya”
“ dua jam fisioterapi setiap hari”

e) Prosedur dan kriteria penilaian


Kriteria penilaian boleh juga dijadikan sebagai sebahagian daripada
objektif atau ditulis di bahagian lain dalam tajuk yang berlainan.

h) Orang yang Bertanggungjawab


Penjelasan tanggungjawab adalah sangat penting untuk menentukan individu
yang bertanggungjawab untuk memastikan MBK mencapai objektif
pembelajaran. Setiap ahli yang akan dipertanggungjawabkan perlu
dimaklumkan terlebih dahulu untuk membuat persiapan.
i) Inklusif

Dalam RPI harus dijelaskan jangkamasa dan sebab-sebab mengapa


MBK berkenaan diinklusifkan ke kelas biasa.

j) Catatan

Ruang catatan digunakan untuk ulasan pencatat dan pihak-pihak yang


berkaitan dan juga boleh digunakan sebagai rekod. Selain itu, ruangan
ini boleh digunakan untuk mencatat penggunaan resos.
LANGKAH 4 - PELAKSANAAN RPI
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

1. Tampal senarai isu utama untuk memudahkan semua


pihak mengingatinya, terutama guru-guru mata pelajaran.

2. Matlamat dan objektif yang khusus untuk MBK.

3. Strategi atau pendekatan yang sesuai berdasarkan isu major.

4. Mengenal pasti keperluan bantuan yang diperlukan untuk


mencapai matlamat dan objektif.

5. Setiap guru yang masuk ke bilik darjah masih mengajar


menggunakan rancangan pengajaran harian (RPH) berdasarkan
potensi MBK namun setiap guru perlu menjalankan intervensi
bagi MBK secara terus semasa sesi PdP berlangsung.

6. Pemantauan dan penilaian program.


5. Pelaksanaan intervensi untuk MBK boleh dilaksanakan
dalam 2 atau 3 atau 4 bulan atau bergantung kepada
keperluan MBK itu sendiri.

6. Setiap penulisan RPI harus mengandungi perkara-perkara


berikut :
 nama mata pelajaran
 nama MBK
 tarikh lahir
 kategori keupayaan
 diagnosis
 tarikh mula
 tarikh semak
 pengetahuan sedia ada
 matlamat jangka panjang
 matlamat jangka pendek
 kekuatan / minat
 isu utama
 objektif jangka pendek
 strategi pengajaran dan pembelajaran
 penilaian
 catatan
Contoh Format Penulisan RPI :

Rancangan Pendidikan Individu

Nama : ………………………… Tarikh Lahir :…………………………..

Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : …………………………….

Tarikh Mula : ………………………… Tarikh Semak : ……………………….

Pengetahuan Sedua Ada :


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Matlamat Jangka Panjang :


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Matlamat Jangka Pendek


……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kekuatan / Minat :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Isu Utama :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN PENILAIAN CATATAN


JANGKA PENDEK DAN PEMBELAJARAN
LANGKAH 4 - PEREKODAN

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:

 pencatat RPI perlu merekod berkaitan aktiviti intervensi yang


telah dilaksanakan kepada MBK.

 disemak setiap 2 minggu di mana semua guru mata pelajaran


bersama pencatat RPI perlu berkumpul dan membincangkan
progres MBK.

 pencapaian selepas dua (2) minggu dibincang dan direkodkan.

 teruskan intervensi sekiranya MBK tidak menampakkan


perubahan dalam tempoh masa tersebut dengan guru perlu
mengubah kepada aktiviti yang baru.

 sekiranya MBK tersebut telah menampakkan perubahan yang


positif dalam aktiviti intervensi yang diberikan, pencatat
RPI boleh mengubahnya kepada isu utama yang
seterusnya.
PERSEDIAAN AWAL UNTUK SIDANG KEDUA

A. Persediaan awal untuk Sidang Kedua ( penilaian ) iaitu:

 memo dalaman kepada pentadbir, pencatat RPI, guru kelas


dan guru bimbingan kaunseling / kaunselor sekolah.

 surat panggilan ibu/bapa atau penjaga.

 surat panggilan kepada terapis (3PK) ( jika perlu ).

 surat panggilan pegawai pendidikan khas daerah ( jika perlu ).

 surat panggilan pegawai kebajikan daerah ( jika perlu ).

 persediaan tempat bersidang.

 persediaan lain-lain untuk sidang pertama bersama


ibu/bapa/penjaga MBK seperti juru bahasa isyarat
LANGKAH 6 -
SIDANG KEDUA (PENILAIAN)
FUNGSI DAN TUGAS SIDANG KEDUA ( Penilaian )
1. penyediaan RPI yang telah lengkap berdasarkan ISU UTAMA bagi
setiap orang murid yang telah DIPERSETUJUI bersama dalam
SIDANG PERTAMA.
2. Memaklumkan kepada ibu bapa / penjaga berkaitan
pencapaian anak mereka dan untuk mendapatkan persetujuan
bersama berkaitan perkara seperti berikut:
• isu utama telah selesai atau tidak dapat diselesaikan.
• mendapatkan keputusan sama ada isu utama perlu
diteruskan dengan isu utama yang sama atau tukar kepada
isu kedua bersesuaian dengan kaedaan semasa MBK
tersebut.
• ulang proses 4 (Pelaksanaan RPI) dan 5 (Perekodan)
sehingga berakhir tahun persekolahan.
• sekiranya semua isu utama atau kecil MBK telah
selesai maka RPI boleh ditamatkan apabila murid ke
Program Pendidikan Inklusif (PPI) penuh dan mengambil
peperiksaan awam.
CONTOH ILUSTRASI SIDANG KEDUA ( PENILAIAN )

IBU BAPA/ GURU MATA


PENJAGA PELAJARAN

GURU
KELAS

PENGETUA/
GURU
BESAR MEJA
GURU B&K
/KAUNSELOR

PENOLONG / PEGAWAI
PENYELARAS PERJHIDMATAN
PENDIDIKAN PENDIDIKAN
KHAS KHAS (3PK)

MEMAKLUMKAN KEPUTUSAN
AKTIVITI SIMULASI SIDANG KEDUA ATAU
PENILAIAN:

1. Pilih tujuh orang guru untuk memegang watak-watak


sebagai AJK RPI.
2. Sediakan tempat mesyuarat sepertimana yang
terdapat pada rajah ilustrasi dan jelaskan peranan watak
masing-masing.
3. Pilih satu isu utama untuk diperbincangkan dan
diselesaikan.
4. Minta mereka melakonkan watak dalam AJK RPI bermula
dari pengetua atau guru besar yang mempengerusi
mesyuarat sehingga langkah terakhir iaitu membuat
keputusan sama ada isu utama perlu diteruskan dengan
yang sama (sekiranya gagal) atau tukar kepada isu utama
seterusnya berdasarkan kepada keputusan penilaian dan
tahap kemampuan MBK tersebut.
5. Setelah selesai simulasi berikan pandangan untuk
penambahbaikan.
LAMPIRAN
LAMPIRAN A
Contoh Surat Panggilan Mesyuarat Pelaksanaan
[ KEPALA SURAT SEKOLAH

Rujukan Kami:
Tarikh : ……………
Seperti Senarai Edaran,
Tuan / Puan,

MESYUARAT PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Dengan segala hormat perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi akan membincangkan intevensi bagi murid berkeperluan khas (MBK) dalam
Rancangan Pendidikan individu.
3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput tuan / puan untuk hadir ke mesyuarat di atas sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh :
Masa :
Tempat :
• Kerjasama dan keprihatinan tuan / puan amat dihargai oleh pihak sekolah.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menjalankan amanah,

................................................
( )
Pengetua/Guru Besar
LAMPIRAN B

CONTOH SURAT PERSETUJUAN IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Alamat Ibu / Bapa / Penjaga


.......................................................
......................................................
..................................................... . Tarikh :..................................
...........................................................................................................................................................................................................................................

Kepada,
Pengetua/Guru Besar
.....................................................
.....................................................
.....................................................
Tuan/Puan,
PERSETUJUAN IBU/BAPA/PENJAGA UNTUK PELAKSANAAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.


•Dimaklumkan bahawa saya……………………….. ibu / bapa / penjaga kepada ………………. Bersetuju dengan pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu yang dijalankan terhadap anak saya bagi tujuan meningkatkan keberkesanan pembelajarannya sepertimana yang telah diperjelaskan kepada
saya.
•Kerjasama daripada pihak tuan saya ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian.

Yang benar.
....................................
( )
CONTOH FORMAT PENULISAN RPI
Rancangan Pendidikan Individu
Mata Pelajaran : …………………………
Nama MBK : ……………………………. Tarikh Lahir :…………………………..
Kategori Ketidakupayaan : ……………………………. Diagnosis : …………………………..
Tarikh Mula : …………………………… Tarikh Semak : …………………………..

Pengetahuan Sedia Ada :


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Matlamat Jangka Panjang :


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Matlamat Jangka Pendek :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Kekuatan / Minat MBK :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Isu Major / Utama :
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

OBJEKTIF STRATEGI PENGAJARAN PENILAIAN CATATAN


DAN PEMBELAJARAN
SENARAI AHLI JAWATANKUASA
RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU ( RPI )
PERINGKAT SEKOLAH DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI )

1. Pengetua atau Guru Besar Pengerusi

2. Penolong Kanan Pentadbiran Naib Pengerusi

3. Penolong atau penyelaras Pendidikan Khas Setiausaha

4. Ahli Jawatankuasa RPI:

4.1 Guru Pendidikan Khas

4.2 Guru Mata Pelajaran

4.3 Ibu bapa atau penjaga

4.4 Pegawai Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas (3PK)

4.5 Pembantu Pengurusan Murid ( PPM )


PIHAK TERLIBAT / KHIDMAT SOKONGAN

1. Penolong Kanan Pendidikan Khas (PKPK)

2. Guru Kelas

3. Guru Mata Pelajaran

4. Ibu bapa atau penjaga atau ahli keluarga

5. Pentadbir sekolah

6. Pengamal perubatan

7. Pusat Perkhidmatan 3PK

• jurupulih pertuturan
• jurupulih anggota
• jurupulih carakerja
• ahli psikologi pendidikan

8. Guru Bimbingan&Kaunseling atau Kaunselor

9. PPD ( Jika perlu )

10. JPN (Jika perlu)

11. JKM

12. Ngo Berkaitan


CONTOH PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) MANUAL
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI :……………………………………
Nama: Ali bin Zam TarikhLahir : Tarikh Mula: Tarikh Semak:
19 Mac 2013 2. 2. 2019 2.05.2019
Kategori Kurang Upaya : Masalah Pembelajaran Diagnosis : SIndrom Down
Umur : 7 tahun
Isu Utama : Tidak boleh memberitahu apabila hendak ke tandas
Pengetahuan Sedia Ada Boleh mendengar arahan mudah
Matlamat Jangka Panjang Dapat memberitahu apabila hendak membuang air kecil atau air besar
Matlamat Jangka Pendek Dapat menggunakan Kad Warna untuk memberitahu semasa hendak ke tandas
Kekuatan / Minat Suka mendengar muzik
BahanOBJEKTIF
Bantu Mengajar Kad perkataan
STRATEGI PENGAJARANdan kad gambar
DAN PENILAIAN CACATAN
PEMBELAJARAN
Jangkamasa : 3 bulan
Murid akan dapat : 1. Lawatan ke tandas 1. Soal jawab lisan .
1.Memaklumkan 1.1 Guru membawa murid ke 2. Maklumat daripada guru Mata
apabila perlu ke tandas di kelas dan sekolah Pelajaran berdasarkan Isu
tandas 1.2 Latihan memberitahu apabila utama yang sama.
hendak ke tandas. 3. Latihan amali bermula dari
a. Guru membimbing murid 12.03 2019 hingga 21.05.2019
menggunakan perkataan
mudah
b. Guru membimbing murid
menggunakan isyarat
tangan
c. Latihan amalli ke tandas.

Tandatangan Ibu /Bapa /Penjaga : Di Semak Oleh : Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga :


…………………………………………….. …………………….. …………………………………………..
( ) ( ) ( )
Tandatangan Guru Pencatat : Di Sahkan Oleh : Tandatangan Guru Pencatat:
………………………………………. ……………………. ………………………………………..
( ) ( ) ( )
Tarikh Sidang Pertama : Tarikh Sidang Kedua :
……………………………….. ……………………………..
CONTOH SENARAI SEMAK RPI

Nama: Ali bin Zam Tahun : 1 Gemilang Komponen : Pengurusan Diri

Kemahiran Item Kemahiran Yang Diuji Boleh Sedang Sudah Catatan


Menguasai Menguasai Menguasai
3.1 Memaklumkan apabila perlu ke tandas. / /
3.1.1 Mengetahui lokasi tandas. /
3.1.2 Boleh menunjukkan arah tandas. /
3.1.3 Boleh membezakan tandas dan bilik-bilik lain. /
3.1.4 Boleh menyatakan apabila perlu ke tandas. /
3.1.5 Boleh memberi isyarat apabila perlu ke tandas.
3.1.6 Boleh melakonkan aksi secara lisan apabila perlu ke Tidak diuji
tandas.
3.1.7 Boleh melakonkan bersama rakan. Tidak diuji
3.1.8 Boleh membiasakan diri ke tandas setiap hari selepas /
rehat.
3.1.9 Boleh ke tandas bersama rakan selepas waktu rehat. /

3.3 Menama dan mengenal jenis tandas dan alatan. /


3.3.1 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air (berdasarkan Tidak diuji
gambar)
3.3.2 Boleh menyebut alatan di dalam bilik air (berdasarkan Tidak diuji
gambar)
3.3.3 Boleh menamakan gambar yang ditunjukkan. Tidak diuji
3.3.4 Boleh menyebut semula kedua-dua tandas. /
3.3.5 Boleh menunjukkan tandas cangkung atau duduk. /
3.3.6 Boleh mengecam lokasi mangkuk tandas. /
3.3.7 Boleh mengecam bentuk paip air ( pili ) /
3.3.8 Boleh mengetahui bentuk paip air ( pili ) /
3.3.9 Mengetahui lokasi paip air dan hos air. /
Pangakuan Pencatat RPI : ............................................... Disemak : ......................................
Tarikh : ...............................
CONTOH SENARAI SEMAK JADUAL KEKERAPAN
NAMA MBK : .........................................................................
KATEGORI : .........................................................................
UMUR : .........................................................................
TARIKH MULA : .........................................................................
TARIKH TAMAT : .........................................................................
NAMA PENCATAT : .........................................................................

TINGKAH LAKU : Kekerapan Ke Tandas Dalam Tempoh Masa Sebulan

MASA
MINGGU 1 MINGGU 2 MINGGU 3 MINGGU 4
HARI KEKERAPAN
I S R K J I S R K J I S R K J I S R K J

8.00 – 8.45 / / / / / / / / / / / 0 0 0 0 / / / 0 / 15
8.45 – 9.15 0 0 0 0 0 / / / / / / / / / / / 0 0 / / 13
9.15 – 10.45 0 0 0 / 0 0 0 0 0 0 0 0 / / / 0 0 0 0 0 4
10.45 – 11.15 0 0 0 0 0 / / / / / 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 5
11.15 – 11.45 / / / / / 0 0 0 0 0 0 / / / 0 0 0 / / / 11
11.45 – 12.15 / / / / 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 4
JUMLAH 3 3 3 4 3 3 3 3 3 3 2 2 3 3 2 2 1 2 2 3 55
CATATAN :
....................................................................................................................................................................
....................................................................................................................................................................
..............................................................................................................................................................
TEKNIK ANSUR MAJU BAGI MENCAPAI MATLAMAT JANGKA PENDEK

I • Menerangkan ciri-ciri
N
fizikal objek OBJEKTIF 2
I
T MBK dapat
E berdasarkan saiz I
menggabungjalinkan
N • Mengenal peralatan yang
N T
R bentuk dan tekstur. T fungsi deria untuk E
terdapat di dalam bilik
V darjah dan menerangkan
• Memadamkan objek E memperoleh maklumat R ciri-ciri fizikal peralatan
E
N berdasarkan saiz, R dari persekitaran V tersebut.
V E
S bentuk dan tekstur E N
SELESAI
I • Meneroka dan mencari N
• Mengenal dan S
• Mengenal fungsi peralatan
/ bilik darjah dan tatacara
L objek berdasarkan S menerangkan objek I penggunaan peralatan bilik
I berdasarkan bau, / • Bersidang
A saiz, bentuk dan L
darjah
N /
bunyi suhu dan rasa. untuk
tekstur di tempat yang L A
G • Menggunakan peralatan menentukan
K ditetapkan. A N yang terdapat di dalam isu utama /
N • Memadankan objek G
A bilik darjah dengan betul
G berdasarkan bau K dan selamat.
matlamat
H
K bunyi, suhu dan rasa. A jangka
OBJEKTIF 1 A H
L pendek
H
A MBK dapat • Menyususn objek L
yang
N seterusnya.
G
Menggunakan L berdasarkan bau, A
tangannya untuk A bunyi, suhu dan rasa. N
K
meneroka dan N G OBJEKTIF 3
A
Memperoleh G K MBK dapat
H • Meneroka dan
maklumat K A mengenal fungsi
A mencari objek H
tentang objek objek dan
yang diberikan
H berdasarkan bau,
menggunakan objek
bunyi, suhu dan rasa
yang yang diberikan
di tempat yang
dengan selamat.
ditetapkan
RPI
BUKAN RPT ATAU RPH
TETAPI
SALING BERKAITAN
SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai