Anda di halaman 1dari 11

Kuliah 2

 Konsep Kewarganegaraan Malaysia


Sivik dan Kewarganegaraan: Lensa barat, acuan Malaysia

•Malaysia adalah sebuah pelbagai etnik yang


dikatakan warisan dari penjajahan barat.Usaha
pertama kerajaan selepas merdeka adalah
menyatukan pelbagai etnik mengikut acuan Malaysia
yang mendukungi nilai agama dan nilai asia yang
berbeza dengan pendekatan barat.
•kebanyakan negara Asia dan negara bekas jajahan
koloni masih menggunakan falsafah dan pendekatan
kewarganegaraan barat dengan penghujahan bahawa
asas bagi bagi konsep sivik dan kewargangeraan
masyarakat bukan Barat masih tidak jauh dari
falsafah politik normatif barat iaitu 'sejauh mana
masyarakat memenuhi norma-norma keadilan,
kebebasan asasi individu dan demokrasi.
 Menurut Hefner (2001, p.3) kebanyakan model
kewarganegaraandan kewarganegraan pelbagai budaya
masih memberi tumpuan dalam masyarakat perindustrian
barat sebagai titik utama perbincangan mereka. Walau
bagaimanapun, model barat sering tidak difahami dengan
baik di Asia, dan mungkin tidak sesuai dengan keadaan
sejarah, budaya, demografi dan geopolitik tertentu di
rantau ini.
 Bagi masyarakat pelbagai budaya Asia, mereka
berhadapan dengan sejarah mereka sendiri dengan cabaran
pluralis dan keperluan mereka sendiri untuk merangka
formula yang bermakna untuk membentuk model
kewargangeraan mereka sendiri (Hefner, et.al 2001, p. 4).
 Masyarakat Asia mempunyai tradisi mereka sendiri
dengan kehidupan yang aman di kalangan kumpulan-
kumpulan bahasa dan agama, sejak sebelum era koloni.
Semua tradisi etika dan agama utama di rantau ini, dari
Islam dan Hindu untuk Confucian dan Buddha kepada
konsep mereka sendiri daripada nilai toleransi, dan acuan
mereka sendiri untuk mengekalkan perpaduan dalam
suasana kepelbagaian.
Kewarganegaraan Barat, konteks Asia

 Dua ciri utama kewarganegaraan barat yang mungkin


tidak mudah untuk difahami dalam konteks Asia adalah
sifat kewarganegaraan liberal berbilang budaya dan idea
demokrasi liberal.
 Perbezaan pertama adalah mengenai kewujudan
masyarakat pelbagai budaya di barat dan Asia.
Kebanyakan kepelbagaian masyarakat barat adalah kesan
penghijrahan ekonomi dari serata dunia tetapi kebanyakan
negara Asia wujud ekoran penjajahan yang mewujudkan
masyarakat majmuk kolonial (colonial plural society)
yang mempunyai pengaruh yang kuat tentang bagaimana
isu-isu kepelbagaian budaya etnik difahami.
 Kebanyakan negara asia dan negara pasca kolonial,
bukan fasa globalisasi semasa yang telah mencetuskan
perbezaan etnik yang mengwujudkan kehadiran
pluralisme budaya atau kepelbagaian budaya. Malah,
kepelbagaian budaya dan variasi pluralisme budaya dalam
tamadun pra-kapitalis telah wujud sebelum kedatangan
penjajah lagi.
 Kelahiran masyarakat majmuk kolonial yang diurus secara
terpisah antara kaum menyukarkan kerajaan selepas
merdeka untuk menyatukan kumpulan pelbagai etnik di
Malaysia.
 Satu lagi ciri penting yang menimbulkan cabaran untuk
kewarganegaraan Asia adalah demokrasi liberal.
Demokrasi 'Asia' (Asian democracy) adalah tindak balas
kepada, dan penolakan model liberal barat yang
mementingkan individu daripada kawalan sosial
(komuniti dan negara). Kebanyakan negara Asia akur
dengan model kewarganegaraan komunitarian, yang
mementingkan komuniti daripada individu..
 Elemen dalam model kewarganegaraan republikan yang
menekankan kepatuhan dan kesetiaan (loyalty) juga
diterima pakai di Asia. Dalam membincangkan demokrasi
Asia adalah perlu untuk menerima perbincangan Nilai
Asia (Asia Values) sebagai asas demokrasi di Asia.
Kelantangan perjuangan Nilai Asia oleh dua tokoh iaitu
Lee Kuan Yew dan Mahathir Mohammmad dalam
memperjuangan demokrasi Asia yang dikatakan sebagai
negara separuh demokrasi atau separuh autorkratik
merupakan agenda penentangan demokrasi liberal barat
 Malaysia mengamalkan apa yang disebut sebagai
‘ethnically differentiated citizenship’ yang menggariskan
bahawa kewarganegaraan Malaysia adalah berdasarkan
mengamalkan kewarganegaraan yang menerima pelabagi
perbezaan etnik namun masih mengutamakan etnik
Melayu dan bumiputera memperolehi hak keistimewaan.

Anda mungkin juga menyukai