Anda di halaman 1dari 20

Modul Imam Pelapis

BAB: FEQAH
TAJUK: RUKUN & PERKARA BATAL SOLAT
MASA : 1 ½ JAM
SLOT: 2
TAKRIF RUKUN
(Rujukan: Ensiklopedia Solat, m/s 326)
• Bahasa : Tiang, kayu penyokong, unsur utama atau bahagian asas

• Istilah : Rukun solat adalah perkara-perkara yang wajib dilakukan ketika


solat dalam bentuk amalan hati, pertuturan atau perbuatan yang khusus
dan tidak sah solat seorang itu jika salah satu daripada rukun rukunnya
diabaikan.
Rukun Solat – 13 perkara
1. Berdiri bagi yang mampu 8. Duduk antara dua sujud (Syarat 3)
2. Takbiratul ihram (Syarat 5) 9. Duduk Tasyahhud akhir
3. Niat 10. Membaca tasyahhud akhir ( Syarat 6)
4. Membaca surah Al-Fatihah (Syarat 9) 11. Selawat atas Nabi dan keluarga
5. Rukuk serta thuma’ninah (Syarat 5) (Syarat 4)
6. Iktidal serta thuma’ninah (Syarat 3) 12. Membaca salam yang pertama
7. Sujud dua kali dalam setiap rakaat 13. Tertib
(Syarat 6)
SYARAT BAGI SETIAP RUKUN
SYARAT-SYARAT TAKBIRATULIHRAM
• Ketika melafazkan takbir, hendaklah berada dalam keadaan berdiri. Tidak sah takbir tersebut jika
dilafazkan ketika belum sempurna berdiri atau ketika melangkah ke saf.
• Melafazkannya ketika menghadap kiblat.
• Melafazkannya dalam bahasa Arab, tetapi jika tidak mampu kerana jahil, harus menggunakan bahasa
lain.
• Lafaz takbir yang diucapkan hendaklah boleh didengarinya sendiri, jadi jangan terlalu perlahan dan
jangan pula terlalu kuat hingga mengganggu orang lain.
• Niat solat hendaklah dimasukkan dan disertakan bersama dengan takbir ini. Tidak sah solat
jika berniat terlebih dahulu sebelum takbir atau selepas takbir.
• SYARAT-SYARAT SAH BACAAN AL-FATIHAH
• DENGAR BACAAN SENDIRI
Pembaca hendaklah dapat mendengar bacaannya itu, sekiranya dia mempunyai pendengaran yang baik. Tidak sah membaca
dengan hanya menggerakkan mulut.
• TERTIB
Bacaannya hendaklah tertib, iaitu mengikut su sunan ayat sebagaimana yang terdapat dalam al Quran. Makhraj dan tasydidnya
hendaklah dijaga.
• SYADDAH DIBACA DENGAN TEPAT
Semua syaddah dalam al-Fatihah hendaklah dibaca dengan tepat. Terdapat 14 tempat syaddah dalam surah ini termasuk dalam
basmalah. Batal solat orang yang tertinggal walau satu syaddah dalam al-Fatihah.
• LAFAZ KALIMAH TEPAT
Melafazkan setiap kalimahnya dengan betul dan tidak mengubah maknanya.
• BACAAN TERUS MENERUS
• Dibaca secara terus menerus tanpa diselangi dengan berhenti yang lama melainkan untuk menarik
nafas atau batuk. Tidak sah bacaan yang diselangi berhenti yang lama di antara satu ayat ke ayat
yang lain.Disunatkan berhenti seketika selepas habis al-Fatihah sebelum melafaz kan amin.
• BACAAN DALAM BAHASA ARAB
• Hendaklah dibaca dalam bahasa Arab, dan tidak sah dengan hanya membaca terjemahannya.
• DALAM KEADAAN BERDIRI
• Bacaan al-Fatihah ini hendaklah disempurnakan ketika dalam keadaan berdiri, jika mampu. Seki
ranya dia rukuk ketika bacaannya belum tamat, tidak sah bacaan al-Fatihah tersebut.
• DIGANTI DENGAN TUJUH AYAT LAIN
• Sekiranya seorang itu tidak tahu membaca al-Fatihah, hendaklah dia membaca
tujuh ayat al-Quran lain sebagai ganti. Jika dia tidak tahu sebarang ayat al-
Quran, hendaklah dia berzikir sekadar lamanya bacaan al-Fatihah.
• WAJIB DIBACA
• Surah al-Fatihah wajib dibaca dalam setiap rakaat dan pada semua jenis solat,
sama ada solat berje maah atau bersendirian. Begitu juga wajib dibaca dalam
solat yang bacaannya perlahan atau kuat.
• SYARAT-SYARAT SAH RUKUK
• BONGKOKKAN BADAN
• Berada dalam keadaan bongkok sehingga tangan dapat memegang lutut.

KEDUA-DUA TANGAN DI ATAS LUTUT


• Meletakkan kedua-dua tangan di atas lutut dan merenggangkan jari-jemari
• TIDAK MENDONGAKKAN KEPALA
• Tidak mendongak kepala ketika rukuk dan juga tidak menundukkannya.
• SEMATA-MATA UNTUK RUKUK
• Hendaklah perbuatan membongkokkan badan ini dilakukan semata-mata
untuk menunaikan rukun solat iaitu rukuk. Sekiranya dia membongkok
kerana mengelak sesuatu atau kerana sakit pinggang. kemudian dia
menjadikannya sebagai rukuk, tidak sah rukuknya. Dia wajib berdiri
semula kemudian rukuk
• TENANG
• Berada dalam keadaan tenang (tamakninah) ketika rukuk sekurang-
kurangnya sekadar cukup untuk membaca satu tasbih (Subhanallah).
Tidak sah rukuk yang dilakukan terlalu laju dan cepat.
• SYARAT-SYARAT IKTIDAL
• Tiada niat lain ketika mengangkat kepala daripada rukuk melainkan untuk
iktidal.Hendaklah berada dalam tamak ninah (berhenti sekejap) sekurang
kurangnya sekadar mengucapkan sekali tasbih.Tidak berdiri terlalu lama
ke tika iktidal sehingga menyamai atau lebih lama daripada berdiri
membaca al-Fatihah. Ini kerana ia adalah rukun yang pendek dan tidak
harus dipanjangkan.
• SYARAT-SYARAT SAH SUJUD
• SUJUD YANG SEMPURNA
• Sujud yang sempurna ialah dengan mengucapkan takbir sebelum turun untuk
sujud.• Kedua-dua belah lutut diletakkan terlebih dahulu kemudian kedua-dua
tangan, dan diikuti dengan dahi dan hidung.Tangan diletakkan di atas lantai pada
kedudukan bersetentang dengan bahu, dalam keadaan jari jarinya dirapatkan dan
diarahkan ke kiblat.Kedua-dua paha hendaklah dijauhkan daripada perut dan kedua-
dua siku diangkat dari lantai dan direnggangkan daripada pinggang.Kemudian baca
subhana rabbiayal a'la, sebanyak tiga kali.
• TUJUH ANGGOTA SUJUD
• Sujud hendaklah melibatkan tujuh anggota sebagaimana yang disebutkan oleh
Rasulullah SAW :F‫ وقدماه‬F‫ وركبتاه‬F‫ وكفاه‬F‫بوجهه‬F‫ة آرا‬F‫بع‬FF‫ س‬F‫د معه‬F‫لعبد ج‬FF‫جد ا‬FF‫إذا س‬
Maksudnya: "Apabila seorang hamba itu sujud, sujud juga bersamanya anggota
yang tujuh, iaitu mukanya, dua tangannya, dua lututnya dan dua kakinya."
(Riwayat al-Nasa'i melalui Abbas bin AbdulMuttalib)
• PUNGGUNG DIANGKAT
• Hendaklah terangkat bahagian punggung melebihi kepala, sekadar yang termampu.
• TIDAK BERLAPIK
• Tidak sujud di atas kain atau pakaian yang ber sambung dengan orang yang bersolat, sedangkan
kain itu bergerak mengikut pergerakannya. Seperti serban atau jubah yang panjang.Dalam keadaan
sesak, harus sujud di atas belakang atau kaki orang lain atau di atas haiwan atau barangan.
• SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT
• Hendaklah bersujud semata-mata kerana Allah SWT dan untuk melakukan rukun solat. Jika sujud
kerana ditolak dari belakang, tidak sah sujudnya dan wajib dia mengulanginya.
• MENEKAN DAHI
• Hendaklah menekan dahi ke tempat sujud sekadar jika diletakkan segumpal kapas di bawahnya, ia
akan tertekan dan nyata kesan tekanannya.Tidak harus menekan terlalu kuat hingga menya kitkan
dahi dan tidak sah sujudnya jika terlalu ringan.
• DALAM KEADAAN TENANG
• Berada dalam keadaan tenang (tamakninah) ketika sujud sekadar dapat mengucapkan sekali tasbih.
• SYARAT-SYARAT DUDUK
• 1. Hendaklah berniat melakukan ibadat ketika duduk dan bukan kerana
sebab-sebab lain.
• 2.Tidak duduk dalam tempoh yang lebih lama daripadaduduk ketika
membaca tasyahud.
• 3- Tamakninah sekurang-kurangnya sekadar mengucap kan sekali tasbih
• SYARAT-SYARAT TASYAHUD
• BACAAN DIDENGARI SENDIRI
• Hendaklah bacaannya itu dapat didengarinya sendiri, jika pendengarannya normal.
• BACAAN BERTURUT-TURUT
• Membaca secara berturut-turut dan bersambung sambung. Sekiranya selepas satu ayat terdapat
diam yang lama atau zikir yang lain, batal bacaan tasyahud tersebut dan wajib dia
mengulanginya semula.
• DALAM KEADAAN DUDUK
• Membacanya dalam keadaan duduk, kecuali ketika keuzuran.
• BACAAN DALAM BAHASA ARAB
• Membacanya dalam bahasa Arab, tetapi jika tidak mampu kerana jahil, harus membaca
terjemahannya dalam sebarang bahasa yang diketahuinya. Namun dia diwajibkan
mempelajarinya dalam bahasa Arab.
• JAGA MAKHRAJ DAN SYADDAH
• Menjaga makhraj (tempat keluar huruf) dan segala syaddah (sabdu) ketika
membacanya. Sekiranya berubah makhraj atau tidak mempedulikan
syaddahnya, atau tersalah menyebut kalimatnya sehingga mengubah
maknanya, batal bacaan tasyahudnya dan wajib mengulanginya semula.
• IKUT SUSUNAN AYAT
• Membacanya mengikut susunan ayat yang telah dia jarkan oleh Rasulullah
SAW.
• SYARAT-SYARAT SELAWAT
• BACAAN DIDENGARI SENDIRI
• Hendaklah dibaca sehingga dia dapat mende ngar jika pendengarannya baik.
• GUNA LAFAZ TERTENTU
• Hendaklah menggunakan lafaz Muhammad (las) atau Rasul (Js ) atau Nabi ( Tidak memadai
atau tidak sah selawat jika hanya menyebut Ahmad.
• BACAAN DALAM BAHASA ARAB
• Lafaznya hendaklah dalam bahasa Arab. Sekiranya tidak mampu membacanya dalam Bahasa
Arab, dia boleh membaca terjemahannya dalam sebarang bahasa tetapi dia wajib mem
pelajarinya dalam bahasa Arab.
• BACAAN IKUT TERTIB
• la hendaklah dibaca mengikut tertib susunannya dan dibaca selepas bacaan tasyahud. Tidak sah
jika berselawat dahulu sebelum tasyahud.
Rukun Solat 3 Bahagian
• RUKUN QALBI • RUKUN QAULI • RUKUN FIʻLI
• 2. Takbiratulihram.
• 1. Niat. • 7. Berdiri.
• 3. Membaca al-Fatihah. • 8. Rukuk
• 4. Tahiyat akhir. • 9. Iktidal.
• 10. Sujud.
• 5. Selawat ke atas Nabi. • 11. Duduk antara dua sujud.
• 6. Salam pertama. • 12. Duduk tahiyat akhir
• 13. Tertib.
*Memelihara bacaan daripada
melakukan kesalahan yang
mengubah makna.
Perkara Yang Batalkan Solat – 27 perkara
(ensiklopedia Solat m/s 52)
1. Berlaku hadas kecil.
2. Berlaku hadas besar.
3. Bercakap yang disengajakan walaupun sedikit.
4. Makan dan minum.
5. Gerakan sebanyak 3 kali dan ke atas secara berturut-turut, dan gerakan tersebut bukan daripada perbuatan solat (anggota
besar).
6. Ketawa
7. Murtad.
8. Menjadi gila.
9. Berpaling daripada kiblat.
10. Membiarkan aurat terbuka.
11. Menjadi makmum kepada imam yang tidak sah solatnya, seperti orang kafir.
12. Mendahului atau tertinggal dua rukun fi’li daripada imam dengan sengaja.
13. Mengulangi takbiratulihram untuk kali yang kedua dengan sengaja tanpa berniat membatalkan takbiratulihram yang pertama.
(Qaul Tam, Perkara 52)
14. Jika mendapat pakaian yang menutup aurat, bagi orang yang bersolat tanpa menutup aurat kerana tiada pakaian.
15. Waswas dengan rukun solat, syarat solat atau kaifiat solat, sama ada dilakukan atau tidak.
16. Berubah niat kepada solat yang lain.
17. Niat keluar atau menamatkan solat sebelum menyempurnakannya.
18. Berazam untuk menghentikan solat.
19. Berbelah bahagi sama ada hendak menghentikan solat atau tidak.
20. Meninggalkan rukun solat dengan sengaja termasuk bacaan.
21. Mengulangi rukun fi'li dengan sengaja.
22. Mendahului rukun-rukun solat.
23. Terbuka khuf (sarung kaki kulit) hingga me nampakkan kaki bagi orang yang berwudukdengan menyapu khuf.
24. Waktu yang mengharuskan orang yang memakai khuf menyapunya ketika wuduk telah tamat.
25. Sengaja memanjangkan rukun yang pendek, seperti berada dalam keadaan iktidal dalam masa yang sama lamanya
dengan masa yang diambil untuk membaca al-Fatihah.
26. Sengaja memberi salam sebelum solat sempurna-
27. Kembali duduk selepas bangun berdiri daripada tasyahud awal dalam keadaan mengetahui tegahan melakukannya,
kerana ia menambah rukun duduk
(Al-Fiqh al-Islamiy Wa Adillatuh, Dr. Wahbah al-Zuhaily, Dar al-Fikr, Damsyiq, 1418H/ 1997M, hal. 1047-1050)

Anda mungkin juga menyukai