Anda di halaman 1dari 32

KULIAH 5

PENGARUH BUDAYA MASYARAKAT


 4.0 PENGENALAN
 4.1 GEOGRAFI, DEMOGRAFI DAN EKOLOGI

 4.2 TEKNOLOGI

 4.3 PSIKOLOGI

 4.4 AGAMA

 4.5 PENDIDIKAN

 4.6 EKONOMI

 4.7 KESIMPULAN

1
4.0 PENGENALAN
 Ilmu mempelajari masyarakat @ kelompok-kelompok
merupakan ilmu yang masih baru lagi
 Menurut Auguste Comte. Ilmu mengenai masyarakat
merupakan ilmu yang terkemudian jika dibandungkan
dengan ilmu-ilmu yang lain kerana muncul di sekitar
abad ke -19
 Terdapat ramai ahli sains sosial yang telah mengkaji &
menggambarkan bahawa peribadi bangsa-bangsa sebagai
hasil daripada pengaruh budaya masyarakat masing-
masing

2
 Contohnya, pengaruh budaya telah memberi corak dan
identiti kepada etnik yang wujud di Malaysia
 Pengaruh budaya masyarakat juga disebabkan oleh
beberapa faktor. Antaranya ialah geografi, demografi &
ekologi, teknologi, psikologi, agama, pendidikan &
ekonomi

3
4.1 GEOGRAFI, DEMOGRAFI & EKOLOGI
 GEOGRAFI
 -Perkataan geografi berasal dari perkataan Greek yang
bermaksud deskripsi tentang muka bumi
 Pada awalnya, bidang geografi moden lebih
menumpukan kepada perhubungan antara manusia &
alam sekitar serta bagaimana manusia berinteraksi
dengan alam sekitar

4
 Sebarang tindakan manusia perlulah berasaskan kepada
pengetahuan tentang alam semula jadi
 Manusia sentiasa dipengaruhi oleh alam semula jadi
tempat tinggalnya
 Alam semula jadi termasuk bentuk muka bumi yang
didiami manusia sentiasa memberi pengaruh kepada
budaya & aktiviti masyarakat
 Sebagai contoh: masyarakat yang tinggal di kawasan
perairan (laut & sungai) rata-ratanya bekerja sebagai
nelayan dengan menjadikan laut sebagai sumber rezeki
mereka
 Begitu juga dengan keadaan manusia yang hidup di di
tempat-tempat lain yang mempunyai sumber bumi yang
berbeza-beza 5
 Aktiviti kebudayaan serta kepercayaan mereka juga
berbeza dengan aktiti masyarakat di kawasan lain
 Bagi mereka yang tinggal di hutan tebal, mereka percaya
akan wujudnya semangat hutan
 Semangat hutan inilah yang bertindak sebagai pelindung
& penjaga segala khazanah hutan daripada diceroboh
oleh masyarakat luar

6
DEMOGRAFI
 Berasal dari bahasa Yunani iaitu demos
(rakyat/penduduk) & grafein (menggambar/ menulis)
 Demografi: tulisan @ karangan tentang rakyat @
penduduk
 Namun, definisi demografi telah mengalami perubahan
iaitu ilmu yang mempelajari tentang proses & struktur
kependudukan manusia di sesebuah kawasan

7
 Struktur penduduk meliputi jumlah & komposisi
penduduk
 Struktur penduduk lazimnya akan berubah-ubah
disebabkan oleh proses-proses demografi seperti
kelahiran, kematian & proses migrasi penduduk
 Proses demografi ini juga boleh mempengaruhi budaya
masyarakat. Sesuatu budaya itu akan diperturunkan dari
satu generasi kepada satu generasi yang lain

8
EKOLOGI
 Perkataan ini dicpta oleh pakar biologi Jerman,Ernst
Haeckel (1866) yang di ambil dari perkataan Greek iaitu
oikos (rumah) & logos (kajian)
 Ekologi merupakan cabang sains yang mengkaji habitat
& interaksi antara benda hidup dengan alam sekitar
 Istilah ekologi telah digunakan secara meluas & merujuk
kepada kajian saling hubungan antara organisma dengan
persekitaran & juga saling hubungan dalam kalangan
kumpulan organisma itu sendiri

9
 Sistem ekologi juga boleh mempengaruhi budaya
masyarakat. Sebagai contoh, bagi mereka yang tinggal di
kawasan yang kaya dengan spesis flora & fauna akan
lebih menghargai alam sekitar berbanding mereka yang
tinggal di kawasan bandar yang mempunyai kepadatan
penduduk yang tinggi
 Lazimnya, mereka akan menentang segala bentuk
pembangunan yang dilihat mampu memberikan kesan
negatif kepada alam sekitar terutamanya yang boleh
menyebabkan sistem ekologi terganggu

10
IMPLIKASI APABILA SISTEM EKOLOGI TERGANGGU
 1) Kepupusan flora & fauna yang merupakan sumber
makanan yang penting kepada manusia
 2) Peningkatan gas karbon dioksida akibat daripada
kemusnahan hutan- kekurangan tumbuh-tumbuhan yang
boleh menyerap pengeluaran gas ini
 3) Perubahan cuaca & suhu- menjadi terlalu panas @
mengalami banjir besar yang keterlaluan
 4) Penularan wabak penyakit seperti malaria, cirit birit &
taun- boleh menyebabkan kematian
 5) Sistem ekonomi juga akan terjejas

11
4.2 TEKNOLOGI
 Takrifan: Pembangunan & penggunaan alatan, mesin @
bahan-bahan yang boleh menyelesaikan masalah
manusia dalam kehidupan seharian
 Dilihat juga sebagai tahap pengetahuan semasa dalam
menggabungkan sumber bagi menghasilkan produk yang
dikehendaki
 Oleh itu, teknologi akan berubah apabila tahap
pengetahuan manusia juga berubah

12
 Kepesatan pembangunan teknologi boleh mempengaruhi
budaya masyarakat secara tidak langsung
 Antara kebaikan yang dibawa oleh teknololgi kepada
budaya masyarakat:
 1) Manusia boleh menambahkan ilmu pengetahuan tentang
sesuatu masyarakat melalui penyebaran maklumat dari
internet-boleh belajar tentang budaya sendiri juga
 2) Penggunaan peralatan juga dapat mengurangkan
penggunaan masa yang terlalu lama dalam menguruskan
kehidupan seharian-pengurusan masa yang berkesan

13
 Terdapat juga keburukan teknologi kepada budaya
masyarakat
 1) Mengurangkan budaya kunjung-mengunjungi, ziarah-
menziarahi pada musim-musim tertentu
 2) Menjadikan manusia lebih malas & kurang berdikari
kerana terdapat banyak bantuan peralatan / mesin
 3) Meningkatkan potensi untuk diserang penyakit-penyakit
tertentu-meningkatkan kadar kematian

14
4.3 PSIKOLOGI
 Merupakan sebuah bidang yang mengkaji tentang jiwa
manusia
 Psikologi boleh didefinisikan sebagai satu kajian yang
saintifik mengenai tingkahlaku, personaliti & minda
manusia
 DUA kategori tingkahlaku yang dikaji ialah

 1) Tingkahlaku yang boleh diperhati (overt behavior)

 2) Tingkahlaku yang terpendam (covert behavior)

15
4.4 AGAMA
 Agama digolongkan kebanyakan para sarjana Barat
sebagai satu daripada unsur Barat iaitu hasil ciptaan
manusia
 Agama dilihat sebagai kepercayaan & tingkahlaku yang
berkait antara hubungan manusia dengan ciri-ciri
kesaktian
 Ada juga yang mendefinisikan agama sebagai segala
sistem perbuatan manusia untuk mencapai suatu maksud
dengan cara mengabadikan diri pada kemahuan &
kekuasaan makhluk halus sperti roh, dewa dan
sebagainya
16
 JENIS-JENIS AGAMA
 1) Dari segi penyebaran

 2) Dari segi sumber rujukan

 3) dari segi tanggapan Tuhan

 1) DARI SEGI PENYEBARAN


 Agama universal: merupakan agama-agama yang besar/utama &
mempunyai kecenderungan untuk menyebarkan ajaran agamanya
kepada keseluruhan umat manusia-agama Islam & Kristian
 Agama folk: merupakan agama yang kecil & tidak mempunyai
sifat-sifat dakwah seperti agama universal- terhad kepada etnik-
etnik tertentu sahaja- Agama Taosime & agama Sikh
17
 2) DARI SEGI SUMBER RUJUKAN
 Agama berumberkan wahyu: merujuk kepada agama
yang diturunkan daripada Tuhan kepada manusia melalui
seorang Rasul- agama ini menganggap ajaranya adalah
kebenaran yang muktamad – Agama Yahudi, Islam dan
Kristian)
 Agama budaya: merujuk kepada agama yang tidak
menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengajar
penganutnya untuk menghambakan diri kepada sumber-
sumber seperti matahari, semangat hutan dan sebagainya

18
 3) DARI SEGI TANGGAPAN TUHAN
 Agama monoteisme: merupakan agama yang
menganggap Tuhan hanya satu yang mendukung konsep
kerajaan Tuhan –agama Islam
 Agama politeisme: menganggap Tuhan wujud secara
berbilang-bilang (banyak Tuhan) & boleh berpecah-
pecah dalam pelbagai bentuk- agama Hindu

19
 Manusia dikatakan menganuti sesuatu ajaran agama itu
disebabkan oleh warisan kebudayaan
 Seseorang itu lazimnya akan menganut agama yang
dianuti oleh keluarganya , suku kaumnya @ etniknya
yang diwarisi dari satu generasi kepada satu generasi lain
 Agama yang dianutinya memberi panduan kepada
penganutnya bagaimana untuk bertingkahlaku

20
4.5 PENDIDIKAN
 Pendidikan merupakan aktiviti perkembangan &
penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semulajadi
melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi
pendidikan formal & tidak formal
 Sistem-sistem pendidikan yang diamalkan dalam mana-
mana masyarakat biasanya selaras dengan situasi yang
terdapat dalam sesebuah masyarakat @ kaum khususnya
dari segi keperlua sosial, ekonomi, politik & agama

21
 SISTEM-SISTEM PENDIDIKAN
 Pendidikan elit

 Berleluasa pada zaman pertengahan di Eropah

 Mengutamakan teori & pengetahuan abstrak

 Hanya golongan tertentu sahaja yang menerima sistem


pendidikan ini
 Contohnya (MCKK) merupakan kolej pendidikan elit di
Malaysia yang menampung anak-anak raja @ anak-anak
golongan berada dengan tujuan sebagai latihan untuk
menjadi pemerintah pada masa akan datang

22
 Pendidikan Swasta
 Ditubuhkan khas untuk golongan-golongan yang berada
& golongan dari kelas atasan dengan mengenakan yuran
yang mahal
 Bilangan pelajar yang terhad & ekslusif

23
 Pendidikan pusat @ kerajaan
 pendidikan ini merupakan kawalan kerajaan

 Matlamatnya agar keperluan sosial dan keperluan negara


dapat dipenuhi
 Segala dasar, falsafah pendidikan , kandungan kurikulum
& pentadbiran ditentukan oleh pihak berkuasa
 Sistem ini banyak diamalkan di kebanyakan negara

24
 Pendidikan teknikal
 disamping pendidikan di bawah kawalan pusat, wujud
sistem pendidikan yang menjurus kepada pendidikan
teknikal
 Tujuannya adalah untuk melahirkan individu
berkemahiran bagi memenuhi keperluan ekonomi negara
& pembangunan negara

25
 PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN
 Menurut perspektif fungsionalisme , institusi pendidikan
dilihat berfungsi untuk mewujudkan keadilan dalam
masyarakat
 Menyalurkan kebudayaan: wujud generasi muda yang
akan menerima & menghayati nilai-nilai2, norma sosial
& adat resam masyarakat & seterusnya mengekalkan
kebudayaan berikut

26
 Agen perubahan sosial: pendidikan akan mengubah
pemikiran masyarakat mengenai sesuatu perkara
 Kawalan sosial- menguatkuasakan peraturan-peraturan
tertentu yang perlu dipatuhi
 Sumber status: pendidikan tinggi mendapat pekerjaan
baik

27
4.6 EKONOMI
 Sejak zaman dahulu lagi manusia telah berjuang untuk
hidup-berjuang dalam proses mendapatkan makanan,
mendapatkan tempat untuk berteduh & perlindungan
daripada binatang buas
 Perjuangan ini membabitkan manusia dengan alam
sekitar –berlakulah evolusi antara manusia dengan alam
sekitar dengan mewujudkan tingkahlaku-tingkahlaku
yang tertentu

28
 EVOLUSI STRUKTUR MASYARAKAT
 1) Memburu: menjalankan aktiviti memburu,
mengumpul & berpindah-randah bersaiz kecil
 2) Menternak: haiwan ternakan menjadi lambang
kekayaan & kuasa, menjalankan aktiviti ternakan dalam
saiz kelompok kecil & sering berpindah-randah
 3) Berkebun : berupaya mengerjakan tanah, mula
menetap di sebuah kawasan & ,mula mencipta teknologi
yang mudah-mudah

29
 4) Pertanian: masyarakat bercorak pertanian
berkembang di samping dengan pertumbuhan ekonomi
di kawasan bandar. Teknologi mula berkembang menjadi
lebih kompleks untuk meningkatkan produktiviti
 5) Perindustrian: aktiviti ekonomi lebih pesat dengan
ciptaan teknologi yang lebih kompleks. Tiada lagi
penggunaan cara tradisional

30
 SISTEM EKONOMI
 1) Kapitalis

 2) Sosialisme

 3) Komunisme

 4) Campuran

 5) Islam

 Kemunculan sistem ekonomi ini mempengaruhi budaya


& tingkahlaku masyarakat
 Masyarakat yang sering menjadi mangsa penindasan
lazimnya akan mempunyai budaya yang berbeza dengan
masyarakat yang sering menindas
 Cara pemikiran mereka juga berbeza antara satu sama
lain
31
4.7 KESIMPULAN
 Walaupun negara Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum dan kepercayaan, namun masyarakat masih
menitikberatkan nilai budaya masyarakat setiap kaum.
Dalam dunia sekarang, nilai-nilai ini seakan-akan
tercabar dengan kehadiran pelbagai pengaruh dari luar.
Perubahan demi perubahan memberi kesan yang amat
mendalam dalam nilai-nilai budaya masyarakat di
Malaysia

32

Anda mungkin juga menyukai