Anda di halaman 1dari 7

Panduan Menulis

Rumusan SPM
Panduan Menulis Rumusan
• Baca petikan dan teliti bahan-bahan sumber yang diberikan. Kemudian, buat
satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.
• Bahan rumusan terdiri daripada sekurang-kurangnya dua bahan sumber
yang berbeza seperti petikan, bahan grafik, puisi, carta, gambar dan
sebagainya. Bahan-bahan sumber yang diberikan berdasarkan tema yang
sama.
• Arahan soalan tidak menyatakan tugasan atau atau fokus soalan (kata kunci/
KK). Bahan-bahan sumber mungkin terdapat dua atau tiga fokus soalan (kata
kunci /KK).
• Bahan sumber petikan mempunyai tidak kurang daripada dua fokus
manakala bahan sumber lain mempunyai satu atau dua fokus.
Pemarkahan Rumusan
SKOP BILANGAN MARKAH
Pendahuluan 1 2
Isi 8 16
Penutup 1 2
JUMLAH 10 20

• Rumusan hendaklah ditulis dalam bentuk esei. Markah yang diperuntukkan ialah 20 markah.
• Markah bahasa adalah sebanyak 10 markah dan dinilai secara holistik.
Panduan Menulis Perenggan Pendahuluan
Rumusan membincangkan KK1 + KK2
Contoh : Rumusan membincangkan punca-punca kemalangan
dan langkah-langkah untuk mengatasinya.
Rumusan membincangkan KK1 + KK2 + KK3
Contoh : Rumusan membincangkan punca-punca stres dan
langkah-langkah untuk mengatasinya serta halangan terpaksa
dihadapi.
Panduan Menulis Perenggan Isi
Antara (KK1) cara komunikasi murid harus menyatakan pandangan dengan cara yang berhemah.
berkesan termasuklah
Selain itu, murid hendaklah memberikan fokus kepada pengajaran guru.
Seterusnya, murid harus memberi respons apabila diajukan soalan oleh guru.
Di samping itu, murid perlu mengetahui dan mengamalkan kemahiran sosial ketika
berkomunikasi.
Bukan itu sahaja, murid seharusnya memastikan hubungan mata dengan guru berlaku.
Akhir sekali, murid juga perlu memastikan sebutan yang jelas dan menggunakan intonasi
yang betul.

• Pastikan ayat dalam setiap isi lengkap (mempunyai subjek dan predikat.
• Bilangan perenggan isi bergantung kepada jumlah fokus soalan (kata kunci /KK).
• Pelajar dibenarkan untuk tidak menggunakan penanda wacana bagi setiap ayat isi (memadai antara, selain
itu dan seterusnya).
• Kebiasaannya, 6 daripada petikan dan 2 isi daripada bahan grafik.
Panduan Perenggan Kesimpulan
Penanda Pihak Cadangan Kata Hubung Harapan
Wacana
semua pihak / perlulah menyokong
Kesimpulannya, kita / (jika KK1 adalah supaya harapan (idea
(pihak yang langkah/usaha/cara/kaedah sendiri)
sesuai) /strategi)

Penanda Pihak Cadangan Kata Hubung Harapan


Wacana
semua pihak / perlulah menyedari (jika
Kesimpulannya, kita / KK1 adalah selain supaya harapan (idea
(pihak yang langkah/usaha/cara/kaedah sendiri)
sesuai) /strategi)
Contoh Rumusan
Soalan 1 : Rumusan
Rumusan ini membincangkan faedah-faedah pokok kari dan cara-cara
menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial.

Antara faedah daun kari termasuklah minyak pati daun kari penting dalam
penyediaan produk-produk kecantikan. Selain itu, daun kari boleh diproses untuk
dijadikan tonik rambut. Seterusnya, daun kari mengandungi kalsium yang tinggi.
Pengambilan daun kari berupaya untuk mengurangkan masalah osteoporosis. Pokok
kari bermanfaat untuk mengawal penyakit diabetis. Daun kari segar dapat dijadikan
sebagai ubat penyakit bawaan air.

Antara cara menggalakkan penanaman pokok kari bagi tujuan komersial


termasuklah pihak kerajaan menawarkan bantuan modal kepada para pengusaha
kecil. Selain itu, pihak kerajaan memberi subsidi dalam bentuk baja dan racun
kepada para pengusaha pokok kari.

Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari kebaikan pokok kari supaya


dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Anda mungkin juga menyukai