Anda di halaman 1dari 25

“TEORI PENINGKATAN

PROSES PERINDUSTRIAN &


PERBANDARAN–DURKHEIM
& WEBER”
DR MASHROM MUDA JIC 3013
AKADEMI PENGAJIAN MELAYU PERBANDARAN &
UNIVERSITI MALAYA MASYARAKAT MELAYU
LIPUTAN TOPIK / SILIBUS
1. TEORI PENINGKATAN PROSES
PERINDUSTRIAN;
 Emile Durkheim;
 Max Weber;
2. KESAN TEORI KE ATAS BIDANG
PEKERJAAN;
PENGENALAN
1. Proses perindustrian & perbandaran memainkan peranan penting dalam proses
pembangunan – termasuk pembangunan masyarakat;
2. Proses kehidupan sosial semakin kompleks, produktif dan adanya
pengkhususan;
3. Aktiviti pekerjaan yang dilakukan telah ada pembahagian, pengkhususan sekali
gus memberikan hasil yang lebih baik, tersusun dan sistematik;
4. Jika dibandingkan antara 2 kelompok masyarakat, pra-industri dengan
masyarakat industri, jurangnya sangat besar;
5. Adakah kita hari ini dikategorikan sebagai masyarakat yang mengamalkan
pembahagian tugas? Atau masih lagi tanpa sistem pengkhususan?;
Industri - Kehidupan Kompleks – Jurang Masyarakat
TEORI PENINGKATAN PROSES
PERINDUSTRIAN
1. Karl Marx (1818 – 1883);
 Perkembangan sistem kapitalisme dalam Capital Jilid 1 – (1954)
2. Emile Durkheim (1858-1917) – The Division of Labour in Society -
1893;
 Bentuk-bentuk sosial masyarakat yang semakin kompleks &
produktif;
3. Max Weber (1864 – 1920) – The Protestant Ethics & The Spirit of
Capitalism (1930);
 Kerasionalan & merasionalisasi dunia harian;
Sumber: https://brasilescola.uol.com.br/sociologia/pensadores-classicos-sociologia.htm
TEORI PEMBAHAGIAN TUGAS
- DURKHEIM
1. Teori Emile Durkheim banyak menjelaskan tentang kehidupan masyarakat
dalam frasa perindustrian – isu moral, solidariti (melalui pertumbuhan
bandar);
2. Peningkatan perindustrian dikatakan berlaku hasil daripada perubahan
secara evolusi dalam masyarakat apabila bentuk-bentuk sosial menjadi
semakin kompleks dan produktif;
3. Adanya sistem pembahagian tugas membolehkan ekonomi berkembang
dengan baik – pekerjaan secara sistematik, tersusun, pengawalan
pengeluaran hasil & peningkatan permintaan;
4. Emile Durkheim turut melihat perbezaan situasi dalam masyarakat pra-
industri dengan masyarakat
Pembahagian Tugasindustri;
– Ekonomi Baik – Zaman Berbeza
Sumber: https://thehimalayantimes.com/opinion/urban-development-determinants-devices
KEHIDUPAN SOSIAL MODEN
(ARTIFICIAL INTELLIGENCE)

Sumber: https://www.youtube.com/watch?v=ZQrKFAAlxO4
TEORI PEMBAHAGIAN TUGAS
- DURKHEIM
5. Anggota masyarakat pra-industri disatukan oleh common ideas &
sentimen, nilai, norma yang dikongsi bersama (kolektif);
6. Tetapi masyarakat industri lebih kompleks dan khusus sehingga tidak
membolehkan mereka disatukan secara kolektif;
7. Masyarakat industri lebih mementingkan diri mereka sendiri berbanding
kepentingan bersama, kaya semakin kaya, miskin makin miskin seperti
Teori Kapitalisme oleh Karl Marx.
8. Pembahagian tugas atau pengkhususan kerja dikatakan semakin
memainkan peranan untuk menyatupadukan individu-individu sosial
yang lebih maju – saling bergantungan (organic solidarity);
Pra Industri (Kolektif) – Industri Penting Diri – Saling
Bergantung
TEORI PEMBAHAGIAN TUGAS
- DURKHEIM
9. Dalam hal ini, Marx mempunyai pendapat yang berbeza dengan
Durkheim iaitu pembahagian tugas / kerja tidak menghasilkan
kesepaduan, tetapi mewujudkan konflik kelas;
10. Pembahagian turut menimbulkan masalah ‘anomie’;
 ANOMIE – meaninglessness of work – iaitu satu keadaan sementara yang
tercetus antara the collapse of mechanical solidarity and the creation of organic
solidarity’
11. Keadaan ini berlaku apabila bentuk-bentuk baru perlakuan belum lagi
dapat diserapkan ke seluruh masyarakat menyebabkan pekerja merasakan
berlaku deskilling of work;
Pembahagian Tugas vs Konflik – Anomie – Diskilling of Work
TEORI PENINGKATAN
KERASIONALAN - WEBER
1. Peningkatan perindustrian adalah akibat (1) idea yang sentiasa berubah-
ubah dan (2) pilihan yang dibuat oleh individu;
2. Peningkatan kerasionalan juga adalah mengenai penerangan dan tafsiran
berdasarkan tahyul serta magis semakin berkurangan (sains telah
membuktikan bahawa kebanyakan mitos adalah tidak benar);
3. Tindakan bersifat affective menggantikan tindakan rasional (sebab dan
musabab);
4. Kerasionalan membolehkan penyelesaian secara saintifik masalah sosial
yang berlaku dan untuk meningkatkan kemewahan ekonomi;

Kehidupan / Perbandaran = Sains


TEORI PENINGKATAN
KERASIONALAN - WEBER
5. Seseorang bertindak atau melakukan sesuatu perkara kerana tindakan itu
dinilaikan sebagai cara yang paling baik untuk mencapai sesuatu
matlamat;
6. Tindakan manusia terbatas oleh peraturan yang berasaskan prinsip
rasional & common sense (akal budi), kurang berpandukan tradisional;
7. Sumbangan Weber adalah paling signifikan – mengenai birokrasi;
8. Distrukturkan berdasarkan prinsip rasional, free contract, fixed salaries &
bidang kepakaran ditetapkan;
Charismatic Traditional (feudal) Legal-rational
(scientific)
KESAN TEORI KEPADA KEPUASAN &
KETIDAKPUASAN DALAM KONTEKS
PEKERJAAN
1. MARX & ALIENASI;
 Kesepaduan antara peningkatan pembahagian tugas &
tumpuan pemilikan modal dalam tangan sekumpulan
kecil individu – peningkatan perasaan alienasi,
terutamanya dalam kalangan pekerja;
 Keperluan material pekerja dipenuhi melalui
pekerjaan yang dilakukan, tetapi tidak dalam konteks
‘whole man’ kerana kerja semakin dipisahkan
daripada hubungan yang lain (isolation);
Pemilik Modal vs Pekerja vs Whole Man
ALIENASI – KARL MARX
1. Hubungan manusia dipesongkan oleh sistem kapitalisme – dikawal pihak
lain. Berlaku penentangan antara kelompok;
2. Jenis-jenis Alienasi;
 Product of Labour – Eksploitasi pekerja, buat produk tetapi tidak memiliki (dimiliki pihak
bangsawan atau borjuis);
 Act of Producing – Tiada kawalan ke atas produk dihasilkan, ditentukan pihak lain
(pengasingan kerja memburukan keadaan);
 As a Producer – peranan membentuk seorang ‘pekerja’ dalam konteks kapitalisme (dipaksa,
menurut perintah, gaji rendah, sedikit, kerja tidak mengikut bidang kerana pekerja dibentuk);
 Form Other Workers – pekerja sebagai entiti dalam pasaran kapitalisme (perlu digunakan
semaksima mungkin, keuntungan berganda);
Sumber: https://buddhistttherapist.medium.com/creativity-capitalism-and-alienation-bc15b68ad1be
KERJA; KEPUASAN &
KETIDAKPUASAN
2. DURKHEIM & ANOMIE;
 Pembahagian tugas (1) cara untuk menyusun atau pekerja
ke dalam unit kerja yang cekap; (2) untuk mencapai taraf
hidup yang lebih tinggi;
 Ketidakpuasan berlaku apabila pembahagian tugas tidak
sepadan dengan kebolehan / kelayakan / bakat;
 Infrastruktur sosial musnah / tidak wujud (huru hara,
normlessness) – masyarakat akan berkonflik untuk
meneruskan kehidupan (selepas bencana/peperangan) –
tiada peraturan kerana tidak tahu untuk bertindak), ;
KERJA; KEPUASAN &
KETIDAKPUASAN
3. FRUSTRATION THEORY – MAX WEBER;
 Apabila insentif lain tiada (selain ganjaran wang)
perasaan kecewa mula timbul & boleh dilahirkan
dalam pelbagai bentuk/reaksi – kekasaran (agression)
terhadap pekerja lain, berhenti kerja, ponteng kerja
(absenteeism), sakit / cuti sakit;
 Boleh dilakukan secara sendiri atau berkumpulan;
 Perbandaran meningkatkan elemen teori ini;
 Kerja lebih masa, 2 / 3 kerja dalam 1 masa;
Sumber: https://blogs.lse.ac.uk/impactofsocialsciences/2018/05/08/understanding-the-frustration-of-academic-writers/
Sumber: https://ethical-leader.blog/2020/12/21/feeling-frustrated/
KESIMPULAN
1. Teori-teori dikemukakan oleh sarjana ini membuktikan bahawa,
kehidupan masyarakat semakin hari semakin kompleks;
2. Kehidupan daripada secara kolektif kepada orientasi individu;
3. Pengkhususan terbukti memberi kelebihan kepada ekonomi
negara, pada masa sama memberi konflik kepada kehidupan
masyarakat;
4. Masyarakat yang terkesan memberi reaksi yang pelbagai sebagai
strategi kehidupan mereka dalam frasa peralihan (pra industri vs
industri);
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai