Anda di halaman 1dari 4

SOROTAN KAJIAN

Berdasarkan pandangan ahli falsafah berkelahiran Amerika iaitu William James yang
bersandarkan etika pluralisme iaitu terdapat banyak teori norma moral yang mungkin tidak

serasi dan sama dengan pandangan peribadi anda terhadap norma moral. Beliau mengakui
kepentingan dan kepelbagaian pandangan terhadap norma moral untuk mencapai etika yang
sempurna di dalam komuniti yakni berbeza dengan perspektif Jeremy Betham yang
mengetengahkan teori utilirisme, beliau mengklasifikan sesuatu perbuatan diterima mengikut
kecendurangannya menyumbang kepada manfaat dan kebahagian komuniti. Didalam
penulisan William James “On a Certain Blindness in Human Beings (1899)”, dalam
kehidupan masyarakat, tiada kebenaran dan kebaikan yang mutlak kerana ia tidak bergantung
kepada pandangan seseorang namun bergantung juga pada pandangan dan pendapat orang
lain, di mana beliau menunjukkan batasan kita sebagai manusia dalam mengklasifikasikan
sesuatu perbuatan namun Jeremy Betham, menunjukan perbuatan dapat diklasifikasikan betul
atau salah dengan melihat dua perkara iaitu tindakan yang betul dari segi moral cenderung
untuk memberi manfaat kepada masyarakat manakala tindakan yang salah iaitu dapat
memberi keburukan dan kerosakan.

William James jelas menginspirasikan bahawa etika pluralisme itu selari dengan
konsekuensialisme iaitu sesuatu perbuatan itu betul dari segi moral bergantung kepada
kesannya dimana ia tindakan dinilai oleh orang lain membantu penambahbaikan sikap

seseorang. Menurutnya, idea ini akan memberi membantu untuk membentuk kedinamikan
masyarakat dan juga menjamin kemajuan manusia. Manakala, Jeremy Betham
mengispirasikan yang menjadikan ukuran benar dan salah adalah dengan menilai semua
tindakan sosial dengan kebahagian dan manfaat didapati dari tindakan tersebut. Dapat
disimpulakan konsep kedua- dua falsafah ini mempunyai tujuan yang berbeza di mana
Jeremy Betham,meletakkan kemanfaatan masyarakat sebagi tujuan utama manakala William
James berkonsepkan perspektif kepercayaan seseorang terhadap sesuatu tindakan untuk
membenarkan tindakan dan menyalahkan sesuatu tindakan. Konsep William James, dapat
mendatangkan kemuduran terhadap kehidupan bermasyarakat kerana sekiranya sesuatu
perbuatan dan kerpercayaan salah dianngap benar.Konsep utilitarianisme daripada Jeremy
Betham yang menganggap kepentingan semua manusia sama dan mengambil kira kebahagian
masyarakat sebagai pengukur lebih dapat menyumbang kepada kemajuan kehidupan
bermasyrakat masyarakat dan bernegara.( J. H . Burns, 2005),(Kamal Azmi Abd Rahman,
2006 ).

PERBINCANGAN

Salah satu kepentingan peradaban dan etika dalam kehidupan masyarakat dan negara
ialah membantu menetapkan pembahagian kerja dalam masyarakat untuk kemajuan negara
(Kabuye Uthman Sulaiman, 2016). Menurut Emile Durkheim, pembahagian kerja dilihat
sebagai pemisahan dan pengkhususan kerja di kalangan masyarakat.Hal ini dapat dilihat
ketika proses peradaban di mana ia membantu perkembangan pekhususan kerja. Sebagai
contoh, dalam proses pembentukan dan perkembangan sesebuah peradaban, rakyat sesebuah
negara menubuhkan penempatan tetap yang mendorong kepada pertumbuhan penduduk dan
meningkatkan keperluan dan kehendak (Amri Marzali, 2017). Dengan adanya peradaban,
sistem pengkhususan kerja diwujudkan untuk menstabilkan dan memenuhi keperluan dan
kehendak penduduk secara sistematik dan konsisten. Penempatan ini akhirnya membantu
menetapkan pengkhususan kerja dan membantu sesuatu bidang untuk lebih berkembang.
Maka wujudlah kemajuan untuk negara di mana terbinanya alatan dan teknologi teknologi
yang dapat membantu memudahkan sesuatu pekerjaan. Sebagai contoh, pertanian dalam
sesebuah peradaban bermula dengan untuk sara diri dan menggunakan peralatan pertanian
yang tradisional seperti cangkul dan juga lembu. Namun, dengan adannya proses peradaban
terbentuknya penkhususan perkerjaan suapaya dapat menghasilakan hasil pertanian yang
lebih besar dan memasarkan secara komersial. Hal ini, menetapkan pengkhusan pekerjaan
sebagai peranan penting dalam kemajuan negara serta masyarakat.

Namun begitu, etika juga sangatlah penting dalam kehidupan bermasyarakat


khususnya untuk memastikan berlakunya kestabilan dalam pengkhususan pekerjaan. Hal ini
kerana, pembentukan pengkhususan perkerjaan bergantung kepada kepakaran individu yang
berkerjasama menyumbang kepada masyarakat dan negara. Di mana, Emile Durkheim
menggariskan keberkesanan pengkhususan perkerjaan bergantung kepada dua mekanisme
iaitu mekanisme perpaduan;kesaksamaan dalam masyarakat dan juga mekanisme organik:
perpaduan berdasarkan perbezaan dan saling melengkapi perbezaan. Pembetukan dua
mekanisme ini memerlukan etika sebagai asas penting. Ini kerana, jika adanya etika individu
akan perpegang kepada prinsip akhlak yang baik dan bermoral. Sebagai contoh, di dalam
konteks pekerjaan terdapat pelbagai jenis pekerjaaan, pangkat, dan pendapatan, jika
masyarakat yang beretika mereka akan saling menghormati dan bekerjasama untuk
melaksanakan tugas mereka. Sekiranya, tiada etika ia akan memberi limitasi untuk
perkembangan pengkhususan pekerjaan.

Justeru itu, dapat disimpulkan dengan etika dan peradaban ia menjamin pengkususan
kerja di suatu negara dapat berkembang. Suatu pekerjaan memerlukan individu atau
organisasi mengikut kemahiran dan kebolehan mereka dalam melaksanakan tugas dalam
sesuatu bidang dan suatu pekerjaan memerlukan kesepaduan dan kerjasama untuk
memastikan ia berjaya dilaksanakan. Masyarakat pula bergantung dengan individu yang
berkemahiran ini untuk memenuhi keperluan asas dan kehendaknya. Oleh itu, sekiranya tidak
kerjasama dan perpaduan, pastinya suatu bidang perkerjaan itu akan lumpuh dan melemahkan
pembagunan kemajuan negara kita. Dengan adanya setiap individu berpegang kepada prinsip
akhlak atau moral yang membolehkan mereka mengikat kesepaduan rakyat. Etika ia
membantu pertumbuhan peradaban dari segi individualisme, masyarakat dan negara, di mana
ia mendorong kepada pembentukan sebuah negara yang maju berkembang yang meyediakan
pelbagai peluang pekerjaan untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyatnya. Justeru itu,
peradaban masyarakat serta tamadun dapat berkembang dan mancapai kemajuan.

RUJUKAN

1. Kabuye Uthman Sulaiman (2016).CIVILIZATION: HISTORY, DESCRIPTION,


COMMON CHARACTERISTICS AND IMPORTANCE. 2289-1552
https://www.jesoc.com/wp-content/uploads/2016/11/JESOC5_25.pdf
2. Kamal Azmi Abd Rahman (2006). WILLIAM JAMES (D. 1910) VIEWS ON
ETHICS http://conference.kuis.edu.my/irsyad/images/eproceeding/2018/2006-irsyad-
2018.pdf
3. J. H . Burns (2005). Introduction to the Principles of Morals and Legislation, in CW,
p. 10. Happiness and Utility: Jeremy Bentham’s Equation
https://www.utilitarianism.com/jeremy-bentham/greatest-happiness.pdf
4. Amri Marzali (2017). Peradaban Melayu-Nusantara
https://ejournal.um.edu.my/index.php/ADAB/article/view/7812

Anda mungkin juga menyukai