Anda di halaman 1dari 27

TEORI KS: PENJELASAN TEORITIS

DR. WAN MOHD ADZIM WAN MOHD ZAIN


1. Menggunakan pendekatan-pendekatan teoritis sosiologi
untuk menjelaskan kewujudan ketidaksamaan sosial.

OBJEKTIF 2. Membandingkan penjelasan-penjelasan teoritis sosiologi


mengenai ketidaksamaan sosial.
TOPIK 3. Membincangkan secara kritis kekuatan kelemahan
penjelasan-penjelasan teoritis ini.
4. Membincangkan pengaruh idealogi dalam penjelasan-
penjelasan teoritis sosiologi tentang ketidaksamaan sosial.
KENAPA PERLU TAHU
TENTANG TEORITIS KS?
Dalam erti kata lain, IA MERUJUK
KEPADA PERUMUSAN TEORI ATAU
DENGAN KATA LAIN MEMBERIKAN
PENJELASAN HUBUNGAN SEBAB-
PENJELASAN AKIBAT MENGENAI SUATU KAJIAN.
SOSIAL
Penjelasan sosiologi mengenai KS adalah
penjelasan tentang faktor-faktor sosial yang
menyebabkan terjadi KS.
PENGENALAN MENGENAI TEORITIS SOSIOLOGI

 Terbahagi kepada dua; PERSPEKTIF KONFLIK DAN PERSPEKTIF FUNGSIONALISME.

 Aliran FUNGSIONALISME (KONSERVATIF)

 Melihat masyarakat berada dalam keadaan stabil dan mantap.


 Masyarakat dilihat sebagai satu keseluruhan (whole) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (parts)
 Aliran KONFLIK (RADIKAL)

 Lebih liberal dan menekankan matlamat untuk membawa perubahan dalam masyarakat.
 Ekonomi, kuasa dan paksaan merupakan asas pembentukan teori ini.
PERSPEKTIF
FUNGSIONALISME
 Perspektif fungsional mempunyai asal-usulnya dalam
karya Emile Durkheim, yang sangat berminat untuk
mengkaji bagaimana cara kemasyarakatan agar lebih
stabil dan mempunyai peranan dalam setiap
anggotanya.
 Oleh itu, ia adalah teori yang memberi tumpuan
kepada tahap struktur makro sosial, dan bukan
tahap mikro kehidupan seharian.
 Ahli teori terkenal termasuk Herbert Spencer, Talcott
Parsons, dan Robert K. Merton.
Apabila satu bahagian
mengalami krisis,
yang lain harus
menyesuaikan diri
dengan mengisi
kekosongan dalam
beberapa cara.

Fungsionalisme
berpandangan

masyarakat lebih masyarakat sebagai


daripada jumlah organisma kerana
bahagiannya; setiap komponen
sebaliknya, setiap memainkan peranan
aspeknya berfungsi yang diperlukan
untuk kestabilan tetapi tidak dapat
keseluruhan. berfungsi sendiri.
Dalam teori fungsional, bahagian masyarakat yang berlainan
terutamanya terdiri daripada institusi sosial, masing-masing direka dan
berperanan untuk memenuhi keperluan yang berbeza.

Keluarga, kerajaan, ekonomi, media, pendidikan, dan agama adalah


penting untuk memahami teori ini dan institusi teras yang menentukan
sosiologi.

Menurut perspektif fungsionalisme, institusi hanya wujud kerana ia


berfungsi sebagai peranan penting dalam fungsi masyarakat.
https://www.youtube.com/watch?v=fCNuPcf8L00
KESIMPULANNYA, FUNGSIONALISME TERBENTUK
MELALUI TIGA ANDAIAN PENTING:

1. STRUKTUR- MASYARAKAT ADALAH SATU SISTEM


SOSIAL YANG MENYELURUH

2. FUNGSI - SETIAP STRUKTUR/BAHAGIAN


MASYARAKAT BERFUNGSI MEMENUHI KEPERLUAN
ANGGOTA MASYARAKAT LAIN

3. PERSETUJUAN SOSIAL – PERSAMAAN PENDAPATAN


DAN KEPUTUSAN SECARA MAJORITI UNTUK
KEBAIKAN SISTEM MASYARAKAT
PENDEKATAN
KONFLIK
KARL MARX 
"A HOUSE MAY BE LARGE OR SMALL; AS
LONG AS THE NEIGHBORING HOUSES ARE
LIKEWISE SMALL, IT SATISFIES ALL SOCIAL
REQUIREMENT FOR A RESIDENCE. BUT LET
THERE ARISE NEXT TO THE LITTLE HOUSE A
PALACE, AND THE LITTLE HOUSE SHRINKS
TO A HUT." WAGE LABOUR AND CAPITAL (1847)
 Teori konflik menyatakan bahawa ketegangan dan konflik timbul apabila sumber,
status, dan kuasa tidak tersebar secara merata antara kumpulan dalam
masyarakat dan konflik tersebut menjadi enjin untuk perubahan sosial.
 Dalam konteks ini, kuasa dapat difahami sebagai kawalan sumber daya material
dan kekayaan terkumpul, kawalan politik dan institusi yang membentuk masyarakat,
dan status sosial seseorang terhadap orang lain (ditentukan bukan hanya oleh kelas
tetapi oleh kaum, jantina, seksualitas, budaya , dan agama, antara lain).
 Menuntut masyarakat berada dalam keadaan konflik yang abadi =
persaingan untuk sumber daya terbatas.
 mereka yang mempunyai kekayaan dan kuasa akan cuba mendominasi =
menekan orang miskin dan tidak berdaya.
 Satu premis asas teori konflik adalah individu dan kumpulan dalam
masyarakat akan berusaha untuk memaksimumkan manfaat mereka
sendiri.
CETUSAN TEORI KONFLIK
Persaingan
 Persaingan wujud akibat kekurangan sumber, termasuk sumber material seperti wang, harta, komoditi, dan
banyak lagi. Di luar sumber, individu dan kumpulan dalam masyarakat juga bersaing untuk sumber tidak ketara
atau tidak nampak (intrinsic).
Revolusi
 Konflik berlaku di antara kelas sosial, menghasilkan revolusi. antara kumpulan yang tidak berlaku akibat masalah
penyesuaian. Perubahan yang berlaku kepada dinamik kuasa adalah radikal, bukan secara beransur-ansur dan
evolusi.
Ketaksamaan Struktur
 Asumsi penting teori konflik adalah bahawa hubungan manusia dan struktur sosial semua mengalami
ketidaksamaan kuasa. Individu dan kumpulan yang mendapat manfaat daripada struktur
masyarakat tertentu cenderung bekerja untuk mengekalkan struktur tersebut untuk kekal
relevan dan berkuasa.

Peperangan
 Ahli teori konflik cenderung melihat perang sebagai pengantara atau sebagai pembersih sistem
masyarakat. Dalam teori konflik, peperangan adalah hasil konflik kumulatif dan berkembang di
antara individu dan kumpulan dan di antara seluruh masyarakat. Dalam konteks peperangan,
masyarakat mungkin bersatu dalam beberapa cara, tetapi konflik masih ada di antara pelbagai
masyarakat. Sebaliknya, peperangan juga boleh menyebabkan penghapusan masyarakat dan system.
 Hasil pemikiran Karl Marx dan Friedrich Engels.
 Menekankan faktor ekonomi sebagai asas kehidupan sosial kepada
pembentukan struktur asas masyarakat (substructure) dan struktur atasan
masyarakat (superstructure).

PENDEKATAN KONSPESI MATERIALISM


MARXIS –  Satu aliran yang dipanggil ‘konsepsi materialism’ (pengagihan dan
ECONOMY/ pertukaran kebendaan dalam masyarakat).
MATERIAL  Ia juga turut dipanggil ‘ragam pengeluaran’ (mode of production). Ia
merujuk kepada, hubungan antara manusia dan modal pada asasnya
ORIENTED dilihat sebagai hubungan pengeluaran.
 Hubungan pengeluaran seterusnya menghasilkan ketidaksamaan menerusi
pembentukan kelas-kelas ekonomi (kumpulan-kumpulan atau kelas-kelas
sosial yang berbeza kedudukan dan kepentingan dalam organisasi
masyarakat.
KONSEPSI DIALEKTIK
 Konsepsi dialektik (conflicting), iaitu satu kefahaman yang percaya pada
kewujudan dan kepentingan terhadap persaingan dalam masyarakat
 Percanggahan kepentingan dan persaingan di kalangan anggota masyarakat akan
sentiasa wujud dalam proses pengeluaran mahupun proses sosial yang lain.
 Perbezaan dan percanggahan kepentingan ekonomi menyebabkan kelas sosial
pemodal dan buruh sentiasa bersaing dan berkonflik untuk mencapai matlamat
masing-masing.
DIALECTIC, ALSO KNOWN AS THE DIALECTICAL
METHOD, IS A DISCOURSE BETWEEN TWO OR MORE
PEOPLE HOLDING DIFFERENT POINTS OF VIEW
ABOUT A SUBJECT BUT WISHING TO ESTABLISH THE
TRUTH THROUGH REASONED ARGUMENTATION.
DIALECTIC RESEMBLES DEBATE, BUT THE CONCEPT
EXCLUDES SUBJECTIVE ELEMENTS SUCH AS
EMOTIONAL APPEAL AND RHETORIC.
KONSEP KESEDARAN KELAS
 Ia timbul kerana kesamaan kedudukan dan kepentingan di kalangan anggota
sesuatu kelas sosial yang sama.
 Secara khusunya kesedaran kelas dilihat sebagai satu kuasa sosial utama yang
terbit dalam proses pembentukan kelas-kelas sosial dalam masyarakat kapitalis.
 Mempertahankan status quo – samada meningkatkan atau mengurangkan
kedudukan dan kepentingan ekonomi dalam kelas atasan atau bawahan.
 Pemupukan kesedaran kelas dalam golongan pekerja akan menjadi satu kuasa
sosial utama dalam kebangkitan revolousi kelas ini, dan mengubah struktur
pemilikan ekonomi dan KS dalam masyarakat.
PENDEKATAN BUKAN-MARXIS

 Dipelopori oleh golongan ahli sosiologi – Ralf Dahrendorf, Gerhard Lenski dam Randall Collins.

 Melihat perbezaan kuasa dan paksaan antara kumpulan atau kelas social sebagai faktor-faktor asas yang mewujudkan
KS.
 Pengagihan kuasa yang tidak sama rata di antara kumpulan-kumpulan sosial yang bersaing bukan sahaja mewujudkan
dominasi atau penguasaan sesuatu kumpulan, tetapi juga membolehkan kumpulan yang berkuasa itu mengenakan
kawalan dan kongkongan.
Teori paksaan (Ralf Dahrendorf, 1959)

Hak untuk mengenakan kawalan dalam hubungan dan peranan antara


manusia.

Unsur paksaan ini menunjukkan kelebihan atau keistimewaan yang


terdapat pada sesetengah peranan sosial, atau lebih tepat pada orang yang
memegang peranan sosial tersebut.

Mereka yang memegang peranan social tertentu dalam masyarakat


berupaya menguasai atau mengenakan kawalan, konkongan atau
penindasan ke atas golongan lain.
Power and Privilege (Gerhard Lenski, 1966)
 Hanya sebahagian kecil daripada sumber dalam masyarakat diagihkan
mengikut keperluan (Hukum pertama agihan).
 Sebahagian sumber tersebut diagihkan mengikut pengaruh kuasa
(Hukum kedua agihan).
 Dalam keadaan masyarakat pra-industry atau primitif, anggota
masyarakat akan bekerjasama dan berkongsi barangan yang ada.
 Persaingan dan halangan akan muncul apabila penawaran barangan dan
perkhidmatan melebihi keperluan asas.
 Ia berlaku selepas perubahan sistem ekonomi moden. Yang berkuasa
akan memperolehi sebilangan besar barangan dan perkhidmatan.
Kuasa politik (Randall Collins)
 Pemilikan kekayaan ekonomi itu sendiri hanya dapat dipertahankan
dengan kuasa politik.
 Kuasa politik pemerintah adalah kuasa tertinggi dalam masyarakat dan
mempengaruhi aktiviti ekonomi.
 Kuasa politik juga menentukan jenis kedudukan peranan dan pekerjaan
yang berbeza, sistem hireki kelas social serta halangan/peluang.
 Hanya dengan kuasa politik anggota kapitalis dapat menggunakan paksaan
atau keganasan seperti kuasa perundagan dan ketenteraan bagi
mempertahankan kedudukan, status quo antara kelas sosial.

Anda mungkin juga menyukai