Anda di halaman 1dari 6

PERSPEKTIF KONFLIK

Perspektif konflik tentang ketaksamaan sosial adalah perspektif teoritis yang berasaskan teori kelas
sosial yang dikemukakan oleh Karl Marx. Teori Karl Marx ini amat berpengaruh dalam
perkembangan pemikiran sosiologi dan merupakan pandangan terpenting dalam perdebatan teoritis
sosiologi tentang isu-isu dan masalah sosiologi termasuk isu ketaksamaan sosial. Sebenarnya
perspektif konflik dapat dibezakan di antara yang berasaskan fahaman Marxis dan yang bersifat
bukan-Marxis. Pendekatan Marxis juga di lihat sebagai satu pendekatan yang bersifat radikal
dalam pemikiran sosiologi. Secara umumnya kedua-dua pendekatan konflik ini menekankan
pengaruh unsur-unsur persaingan, konflik dan penindasan dalam hubungan-hubungan sosial yang
terbentuk di antara kumpulan-kumpulan sosial. Unsur- unsur ini dilihat sebagai kuasa-kuasa sosial
yang utama dalam proses pembentukan ketaksamaan sosial. Walau bagaimanapun pendekatan
konflik berfahaman Marxis lebih mengkhususkan penekanamya kepada pengaruh faktor ekonomi
dalam pengorganisasian kehidupan sosial dan pembentukan ketaksamaan sosial. Faktor ekonomi
yang dimaksudkan merujuk kepada hubungan pemilikan manusia ke atas alat-alat pengeluaran.
Menurut fahaman Marxis hubungan pemilikan ke atas sumber-sumber pengeluaran adalah asas
kepada
pengagihan kekayaan ekonomi dalam kehidupan masyarakat. Sementara pendekatan konflik bukan-
marxis pula lebih mengutamakan pengaruh faktor-faktor kuasa dan paksaan sebagai sebab dalam
kewujudan ketaksamaan sosial secara berterusan.

Pendekatan bukan-Marxis

Pendekatan konflik bukan-Marxis dipelopori oleh golongan ahli sosiologi seperti Ralf Dahrendorf
(1959, 1969), Gerhard Lenski (1966) dan Randall Collins (1975). Secara umumnya mereka melihat
perbezaan kuasa dan paksaan antara kumpulan atau kelas sosial sebagai faktor-faktor asas yang
mewujudkan ketaksamaan sosial dalam masyarakat. Pandangan ini jelas
berbeza daripada pendekatan konflik Marxis yang menekankan faktor ekonomi sebagai faktor asas
yang mewujudkan ketaksamaan sosial.

Menurut pendekatan bukan-Marxis, pengagihan kuasa yang tidak sama rata di antara kumpulan-
kumpulan sosial yang bersaing bukan sahaja mewujudkan dominasi atau penguasaan sesuatu
kumpulan sosial ke atas kumpulan sosial lain tetapi juga membolehkan kumpulan yang berkuasa
itumengenakan kawalan atau kongkongan ke atas kumpulan lain. Pendekatan ini menganggap
pengaruh faktor-faktor kuasa dan paksaan sebagai kuasa-kuasa sosial yang lebih utama daripada
lain-lain factor dalam pembentukan dan penerusan ketaksamaan sosial. Menurut pendekatan ini,
perkara yang sebenarnya terjadi atau lebih asas dalam proses-proses Sosial seperti proses pemilikan
kekayaan dan sumber-sumber pengeluaran ialah sesetengah anggota masyarakat berupaya
mendominasikan dan mengenakan paksaan ke atas sesetengah anggota lain dalam masyarakat.
Misalnya, berpandukan idea konflik Karl Marx, Ralf Dahrendorf (1959) telah mengasaskan teori yang
dinamakan oleh beliau sebagai teori paksaan. Teori ini merupakan satu permulaan yang ketara ke
arah pendekatan konflik bukan-Marxis tentang ketaksamaan sosial biarpun tentang masyarakat
secara umumnya. Bagi Dahrendorf, asas kepada kewujudan ketaksamaan sosial ialah unsur paksaan,
iaitu hak untuk mengenakan kawalan dalam hubungan-hubungan peranan antara manusia.
Kewujudan unsur paksaan ini menunjukkan kelebihan atau keistimewaan yang terdapat pada
sesetengah peranan sosial, atau lebih tepat pada orang yang memegang peranan sosial tersebut.
Mereka yang memegang peranan sosial tertentu berupaya menguasai atau mengenakan kawalan,
kongkongan atau penindasan ke atas sesetengah orang yang memegang peranan lain dalam
masyarakat. sebenarnya menunjukkan pengagihan kuasa dan kewibawaan keadaan ini dikatakan
yang tidak sama rata antara manusia. Bagi Dahrendorf, hubungan- hubungan kuasa dan kewibawaan
adalah asas yang lebih utama dalam pembentukan ketaksamaan sosial. Dalam perkataan lain, proses
pembentukan kelas atau kumpulan-kumpulan sosial yang bertentangan terjadi akibat pengagihan
kuasa dan kewibawaan yang tidak sama rata. Hubungan-hubungan dominasi menyebabkan konflik
berterusan -antara kumpulan-kumpulan sosial yang berbeza sama ada untuk mempertahankan atau
mengubah hubungan-hubungan dominasi tersebut.

Sebenarnya sebelum Dahrendrof mengemukakan teori paksaan mengenai masyarakat, Max Weber
(1969) telahpun mengemukakan satu pendekatan yang bercorak pendekatan konflik dengan
menegaskan kepentingan faktor kuasa dalam penjelasan beliau tentang ketaksamaan sosial. Tanpa
menafikan kepentingan pengaruh faktor ekonomi yang diutarakan oleh Karl Marx sebagai punca
konflik dan ketaksamaan, Max Weber berpendapat kuasa politk juga berupaya berfungsi sebagai
factor untuk mewujudkan konflik dan ketaksamaan selain daripada faktor-faktor ekonomi dan
status. Dengan kata lain, beliau berpendapat selain daripada hubungan ekonomi, hubungan-
hubungan kuasa dan status antara kumpulan-kumpulan sosial juga merupakan asas-asas utama lain
dalam pembentukan ketaksamaan sosial. Malah beliau berpendapat ketiga-tiga factor asas
ketaksamaan ini saling mempengaruhi antara satu sama lain di samping berupaya berfungsi secara
bersendirian atau bebas untuk mewujudkan konflik dan ketaksamaan dalam masyarakat. Pandangan
Max Weber cuba menegaskan persaingan-persaingan antara manusia yang mewujudkan
ketaksamaan sosial tidaksemestinya hanya bergantung kepada persaingan untuk menguasai
kekayaan atau sumber pengeluaran sahaja tetapi juga bergantung terhadap persaingan-persaingan
untuk menguasai kuasa dan status.

Pandangan tentang kuasa sebagai asas utama ketaksamaan sosial dan konflik dalam masyarakat juga
telah terus diutarakan oleh ahli-ahli sosiologi seperti Gerhard Lenski dan Randall Collins. Gerhard
Lenski dalam bukunya Power and Privilege (1966) menjelaskan bahawa hanya sebahagian kecil
daripada sumber- sumber dalam masyarakat diagihkan mengikut keperluan.

Menurut beliau ini adalah hukum pertama agihan. Sementara sebahagian besarnya atau hampir
keseluruhan daripada sumber-sumber tersebut adalah diagihkan mengikut pengaruh kuasa. Dalam
keadaan kehidupan masyarakat-masyarakat pra-industri dan primitif, atau dalam keadaan apabila
wujud kekurangan barangan keperluan. Lenski melihat anggota masyarakat akan bekerjasama dan
berkongsi barangan yang ada. Di sebaliknya konflik, persaingan dan halangan dikatakan akan muncul
apabila penawaran barangan dan perkhidmatan melebihi keperluan asas. Keadaan ini menurut
Lenski berlaku apabila sistem ekonomi masyarakat berubah menjadi moden. Dengan pencapaian
kemajuan dalam bidang teknologi pengeluaran, jumlah barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan
akan melebihi jumlah keperluan setiap anggota masyarakat. Dalam keadaan persaingan dan konflik
dalam masyarakat moden, Lenski berpendapat, individu dan kumpulan yang mempunyai kuasa yang
paling banyak akan memperolehi sebilangan besar daripada barangan dan perkhidmatan. Justeru
menurut beliau semua masyarakat dalam sejarah menuju ke arah pembentukan ketaksamaan yang
ketara berasaskan perbezaan kuasa.
Randall Collins juga terus mempertahankan keutamaan yang diberikan kepada pengaruh faktor
kuasa dan paksaan. Collins seperti juga Max Weber tidak menerima pandangan Karl Marx yang
melihat faktor ekonomi sebagai satu-satunya kuasa Tunggal yang menentukarn pembentukan
ketaksamaan sosial. Collins berpendapat kuasa lebih utama daripada faktor ekonomi kerana
menurut beliau pemilikan kekayaan ekonomi itu sendiri hanya dapat dipertahankan dengan kuasa
politik. Kuasa politik yang ada pada pihak pemerintah menurut beliau adalah kuasa tertinggi dalam
masyarakat dan yang mempengaruhi aktiviti-aktiviti ekonomi seperti pengagihan kekayaan dan
pendapatan.
Keseluruhan sistem politik juga merupakan kuasa yang menentukan kewujudan jenis-jenis
kedudukan peranan dan pekerjaan yang berbeza, sistem hiraki kelas sosial serta menentukan
kewujudan halangan dan peluang-peluang dalam proses mobiliti sosial.

Justeru itu menurut Collins, anggota kelas-kelas ekonomi sekaligus akan cuba mendapatkan kuasa
politik. Hanya dengan kuasa politik sahaja mereka dapat menggunakan paksaan atau keganasan,
seperti dengan kekuatan kuasa perundangan dan ketenteraan untuk mempertahankan kedudukan,
status quo dan hubungan antara kelas-kelas sosial, atau untuk mempengaruhi pengagihan
pendapatan dan kekayaan dalam masyarakat. Persaingan untuk mendapatkan kuasa menjadi punca
utama kepada konflik antara individu dan antara kumpulan. Pada masa yang sama mewujudkan
ketaksamaan kuasa dan menjadikannya sebagai asas kepada lain-lain bentuk ketaksamaan sosial
dalam masyarakat. Collins juga melihat kekuatan sesuatu kumpulan dalam persaingan untuk
mendapatkan sumber-sumber kuasa, kekayaan dan martabat sebagai bergantung kepada perpaduan
di kalangan anggota kumpulan. Tumpuan diberikan terhadap perpaduan yang berpunca daripada
kesamaan kebudayaan darn identiti di kalangan anggota sesuatu kumpulan. Kekuatan perpaduan
juga dilihat sebagai memudahkan perlaksanaan kuasa, sementara pemilikan kekayaan dilihat sebagai
menguatkan lagi pengaruh kuasa sesuatu kumpulan.

Permasalahan Sintisis

Perbincangan dan perdebatan di dalam dan di antara perspektif-perspektif fungsionalis dan konflik,
sama ada sebagai perspektif umum mengenai masyarakat mahupun sebagai perspektif mengenai
ketaksamaan sosial adalah merupakan satu aktiviti akademik yang berterusan. Ini tidaklah hairan
kerana sosiologi sebagai satu disiplin sains sosial telah berkembang menerusi berbagai perspektif
dari masa ke semasa untuk menambah dan memperkemaskan lagi hujah-hujah dan penjelasan-
penjelasan perspektif sosiologi tentang fenomena-fenomena sosial seperti ketaksamaan sosial.
Dalam bab ini perspektif-perspektif fungsionalis dan konflik sebagai penjelasan teoritis
utamamengenai ketaksamaan sosial dan kritikan terhadapnya telah dibentangkan. Kedua-dua
perspektif utama sosiologi ini telah cuba menjawabpersoalan kenapa dan bagaimana ketaksamaan
sosial boleh terbentuk dan terus wujud dalam masyarakat.

Perspektif fungsionalis telah menggunakan faktor-faktor nilai, norma, persetujuan dan fungsi sebagai
sebab dan melihat ketaksamaan sosial sebagai satu keperluan mesti di dalam mana-mana
masyarakat. Sementara perspektif konflik telah menggunakan faktor-faktor ekonomi dan kuasa
sebagai sebab-sebab ketaksamaan dan melihat ketaksamaan sebagal dipertahankan melalui
dominasi, paksaan, penindasan dan ideologi. Ahli-ahli sosiologi yang mewakili kedua-dua perspektif
ini telah mengemukakan faktor-faktor ini sebagai faktor asas yang mengakibatkan pembentukan dan
kewujudan ketaksamaan sosial secara berterusan. Walau bagaimanapun persoalan faktor mana yang
sebenarnya mewujudkan atau mempertahankan ketaksamaan sosial tidak mudah untuk dijawab.

Ini mungkin kerana kefahaman tentang bagaimana sebenarnya kehidupan sosial atau masyarakat itu
sendiri bermula dan berkembang dalam sejarah masih kabur dan justeru itu masih boleh terus
dipersoalkan. Dalam hal ini, pemikiran teoritis sosiologi seperti yang dikemukakan oleh perspektif-
perspektif funsionalis dan konflik hanya dapat mengemukakan beberanopenjelasan yang bersifat
kemungkinan atau andaian tenta pembentukan dan perkembangan masyarakat manusia khususnya
berdasarkan faktor-faktor yang mempengaruhi kehidupan manusia masa kini.

Tambahan pula kehidupan masyarakat manusia adalah suatu fenomena yang bersifat kompleks,
berbagai dan sentiasa berubah. Justeru itu, usaha menggabungkan idea-idea daripada bertbagai
perspektif sangat diperlukan bukan sahaja untukmembolehkan kita mengenalpasti faktor ataufaktor-
faktoryang menyebabkan dan mempertahankan ketaksamaan sosial, bahkan juga untuk mnemberi
kefahaman yang lebih luas dan terperinci tentang sifat-sifat ketaksamaan sosial itu sendiri.

Sehubungan dengan ini beberapa ahli sosiologi dapat dikatakan telah cuba melahirkan kefahaman
yang lebih menyeluruh tentang sebab dan sifat ketaksamaan sosial. Konsep pelbagai dimensi
ketaksamaan oleh Max Weber, sifat turun-naik secara silih berganti kadarketaksamaan oleh Pitirim
Sorokin (1927/1959) dan perubahan kadar ketaksamaan mengikut tahap kemajuan teknologi
masyarakat oleh Gerhard Lenski adalah dlantara sumbangan ahli sosiologi yang tidak terlalu terikat
kepada perspektif konservatif (fungsionalisme) mahupun perspektif radikl(konflik). Sementara
Dahrendorf, meskipun seorang ahli sosIologi konflik, beliau masih tetap mengakui peranan faktor
norma soslal.

Beliau menegaskan (1969:36): because there are norms and because sanctions are necessary to
enforce comformity of human conduct, there has to be inequality of human conduct, there has to be
inequality of rank among men.

Ini bermakna, dalam membuat sintisis, penghuraian tentang perkembangan sistem-sistem sosial
berasaskan norma seperti yang diutarakan oleh fungsionalis dan perkembangan sistem
atau pembentukan struktur-struktur ekonomi, kuasa dan kewibawaan seperti i yang diutarakan oleh
perspektif konflik tidak mungkin dapat kita diabaikan keseluruhannya.
Pendekatan Biososiologi Sesetengah ahli sosiologi juga menggunakan pendekatan
biososiologi. Mereka melihat ketaksamaan sosial sebagai mempunyai kaitan yang rapat dengan
faktor genetik atau baka. Pandangan mereka yang menekankan kepentingan faktor
kecerdasan jelas menpunyai implikasi ideologi sama seperti pandangan fungsionalisme, iaitu
ketaksamaan sosial sebagai suatu yang tidak dapat dielakkan. Perbezaan-perbezaan keupayaan atau
kecerdasan dilihat sebagai faktor asas yang penting dalam pembentukan sistem ketaksamaan sosial.
Terutamanya, keperluan dalam masyarakat maju dikatakan menuntut mereka yang mempunyai
kecerdasan yang tinggi menjalankan tugas-tugas yang lebih kompleks, sukar dan penting.
Menurut pendekatan ini, kewujudan perbezaan dalam kecerdasan antara manusia bukan sahaja
membolehkan anggota Masyarakat menjalankan tugas-tugas yang berbeza, tetapi juga akan
mewujudkan sistem pemberian ganjaran yang tidak sama rata sebagai satu keperluan masyarakat
yang tidak dapat dielakkan. Malah masyarakat dianggap akan bertambah maju apabila
pembahagian tugas dilakukan berasaskan kecerdasan. Dengan ringkasnya, pendekatan biososiologi
menganggap mereka yang lebih bijak bukan sahaja perlu mengisi jawatan-jawatan yang
lebih penting tetapi juga layak untuk menerima ganjaran yang lebih baik daripada mereka yang
mempunyai kecerdasan yang rendah.
Penjelasan Saintifik dan ldeologi

Hubungan di antara pemikiran falsafah mengenai ketaksamaan dengan ideologi telahpun


dibincangkan dalam bab yang lalu. Penjelasan saintifik ahli-ahli sosiologi menerusi perspektif-
perspektif teoritis juga jelas menunjukkan bahawa penjelasan- penjelasan ini dipengaruhi atau
mencerminkan nilai, sikap atau pembelaan-pembelaan terhadap keadaan sosial tertentı
Perspektif-perspektif fungsionalis dan konflik, dan juga pendekatan biososiologi, turut melahirkan
implikasi ideologi. Fungsionalisme dan pendekatan biososiologi adalah jelas berasaskan ideologi
yang diutarakan oleh fungsionalis dan perkembangan sistem atau pembentukan struktur-struktur
ekonomi, kuasa dan kewibawaan seperti yang diutarakan oleh perspektif konflik tidak
mungkin dapat kita diabaikan keseluruhannya.

Pendekatan Biososiologi

Sesetengah ahli sosiologi juga menggunakan pendekatan biososiologi. Mereka melihat ketaksamaan
sosial sebagai mempunyai kaitan yang rapat dengan faktor genetik atau baka. Pandangan mereka
yang menekankan kepentingan factor kecerdasan jelas mempunyai implikasi ideologi sama seperti
pandangan fungsionalisme, iaitu ketaksamaan sosial sebagai suatu yang tidak dapat dielakkan.
Perbezaan-perbezaan keupayaan atau kecerdasan dilihat sebagai faktor asas yang penting dalam
pembentukan sistem ketaksamaan sosial. Terutamanya, keperluan dalam masyarakat maju
dikatakan menuntut mereka yang mempunyai kecerdasan yang tinggi menjalankantugas-tugas yang
lebih kompleks, sukar dan penting. Menurut pendekatan ini, kewujudan perbezaan dalam
kecerdasan
antara manusia bukan sahaja membolehkan anggota Masyarakat menjalankan tugas-tugas yang
berbeza, tetapi juga akan mewujudkan sistem pemberian ganjaran yang tidak sama rata sebagai satu
keperluan masyarakat yang tidak dapat dielakkan. Malah masyarakat dianggap akan bertambah
maju apabila pembahagian tugas dilakukan berasaskan kecerdasan.

Dengan ringkasnya, pendekatan biososiologi menganggap mereka yang lebih bijak bukan sahaja
perlu mengisi jawatan-jawatan yang lebih penting tetapi juga layak untuk menerima ganjaran yang
lebih baik daripada mereka yang mempunyai kecerdasan yang rendah.

Penjelasan Saintifik dan ldeologi

Hubungan di antara pemikiran falsafah mengenai ketaksamaan dengan ideologi telahpun


dibincangkan dalam bab yang lalu. Penjelasan saintifik ahli-ahli sosiologi menerusi perspektif-
perspektif teoritis juga jelas menunjukkan bahawa penjelasan- penjelasan ini dipengaruhi atau
mencerminkan nilai, sikap atau pembelaan-pembelaan terhadap keadaan sosial tertentu.
Perspektif-perspektif fungsionalis dan konflik, dan juga pendekatan biososiologi, turut melahirkan
implikasi ideologi.

Fungsionalisme dan pendekatan biososiologi adalah jelas berasaskan ideologi konservastif. Dengan
memilih untuk menjelaskan ketaksamaan sosial sebagai keadaan yang diperlukan dan tidak dapat
dielakkan dalam masyarakat, maka dengan sendirinya pendekatan - pendekatan ini menunjukkan
sokongan atau pembelaan terhadap ketaksamaan sosial serta apa juga kesan yang mungkin lahir
daripada ketaksamaan tersebut. Sementara perspektif konflik adalah berasaskan ideologi radikal.
Dengan memilih untuk menjelaskan ketaksamaan sosial sebagai satu hasilan sosial yang bersifat
menindas, memeras, memaksa dan tidak adil, maka derngan sendirinya kecenderungan pendekatan
ini adalah untuk mennentang ketaksamaan sosial serta menganjurkan perubahan sosial atau
rombakan kepada sistem sosial masyarakat.

Perkaitan di antara perspektif-perspektif sosiologi dengan ideologi, seperti yang dapat kita
perhatikan dalam penjelasan mengenai ketaksamaan sosial, bukanlah suatu perkara yang tidak
disedari. Kebanyakan ahli-ahli sosiologi semenmangnya memperjuangkan nilai-nilai tertentu. Maka
tidak hairanlah jika ahli sosiologi seperti Melvin Tumin (1953:; 1963) berpendapat bahawa adalah
lebih berfaedah memikirkan alternatif yang dapat mewujudkan keadaan sosial yang lebih sama-rata
dan bukannya menerima apa juga bentuk ketaksamaan, ataupun mengharapkan satu masyarakat
utopia tanpa ketaksamaan.

Anda mungkin juga menyukai