Anda di halaman 1dari 6

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA FALSAFAH

HASIL PEMBELAJARAN
• Menganalisis penghayatan falsafah dalam dalam konteks
Falsafah Pendidikan Negara yang seimbang dan holistik
SLT: Peruntukan masa untuk topik ini selama 2 jam.

PENGENALAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang melalui proses
pendidikan melalui sistem pendidikan dalam negara.
Ia bukan hanya melihat pendidikan sebagai satu proses
untuk melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran
tertentu untuk mengisi jawatan di pasaran buruh iaitu
melahirkan labour force yang cekap dan efisien sahaja.
Tetapi melahirkan graduan yang seimbang dari segi
kemahiran pekerja serta mempunyai sifat kemanusiaan
yang tinggi dan menjadi insan yang mulia.

1. Penghayatan Falsafah Dalam Dalam Konteks


Falsafah Pendidikan Negara; Seimbang dan
Holistik
Maka keseimbangan yang dimaksudkan ialah
keseimbangan jasmani, emosi, rohani dan intelek. Secara
akronimnya disebut JERI.
I. Pertama- Aspek Jasmani
Jasad tubuh badan kita adalah melibatkan aspek
jasmani. Walaupun mahu melahirkan manusia yang
pintar mengenai sesuatu yang mendalam dan
pengetahuan yang luas, tetapi harus akur bahawa
manusia mempunyai jasad. Jika tidak diberikan perhatian
kepada jasad sudah tentulah pemikiran akan terjejas dan
tidak dapat berfungsi secara optimum.
Pendidikan Jasmani umpamanya adalah satu subjek
yang diadakan di sekolah-sekolah dengan penuh
kesedaran bahawa aspek tubuh badan itu harus diberi
perhatian.
Jadi, ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri
dengan adanya subjek seperti Pendidikan Jasmani yang
mempunyai kegiatan-kegiatan kokurikulum yang
menekankan aspek sukan sebagai pembinaan jasmani.

II. Kedua- Aspek Emosi


Sehubungan aspek emosi, Emotional Quotion (EQ)
menjadi pengukur kestabilan emosi. Terdapat anggapan
bahawa pemikiran rasional atau aspek kognitif itu tidak
terletak di satu landasan yang bersifat bukan kognitif
kerana dianggap kognitif itu fundamental tetapi
sebenarnya tidak.
Fungsi kognitif juga bergantung pada keadaan emosi
yang stabil. Jika, emosi tertekan misalnya tidak mungkin
kita dapat berfikir dengan baik dan tidak mungkin kita
dapat mencapai kognitif yang maksima.
Dalam sistem pendidikan negara dinyatakan beberapa
cara yang digunakan oleh guru-guru untuk berinteraksi
dengan pelajar seperti elemen kasih-sayang, mengambil
berat tentang permasalahan yang dihadapi pelajar dan
juga dengan satu saluran formal seperti ada kaunselor
dan sesi kaunseling.
Ini semua memainkan peranan dalam menimbulkan
emosi yang stabil dalam kalangan pelajar.
III. Ketiga- Aspek Rohani
Bila kita sebut tentang kerohanian ada kaitannya dengan
keagamaan. kerohanian itu tidak terpisah dari fahaman
atau kegiatan asas dari segi pemikiran atau fahaman
fundamental yang dipunyai seorang pelajar itu dalam
bentuk keagamaan.
Ini untuk menjamin bahawa perkembangan rohani
seorang pelajar itu tidak terputus apabila mereka melalui
pendidikan yang formal.
Selain itu, terdapat subjek-subjek yang memberi
pendidikan dalam aspek kerohanian iaitu subjek mata
pelajaran agama dan sebagainya.
IV. Empat- Aspek Intelek
Sistem pendidikan yang mementingkan mata pelajaran
bersifat akademik bertujuan membina ilmu dan juga
minda pelajar ke arah pemikiran yang lebih tajam dan
lebih luas.
Bagi meningkatkan pencapaian ini penggunaan sistem
penilaian yang tidak hanya tertumpu kepada keputusan
peperiksaan akhir semata-mata dan sebagainya tetapi
sistem penilaian juga memberi ruang kepada penilaian
yang lebih kreatif dan lebih sihat.
Ini adalah penting untuk menghadapi cabaran-cabaran
masa depan khususnya dengan adanya cabaran yang
dikemukakan iaitu Industrial Revolution 4.0 (IR 4.0) di
mana intellectual development; kreativiti dalam pemikiran
diperlukan bagi membina seorang insan yang dapat
menangani masalah-masalah akademik dan intelektual
dalam masyarakat akan datang.
Bidang falsafah itu merupakan bidang akademik yang
bersifat rasional, intelektual dan konsep-konsepnya
banyak yang abstrak.
Maka jika gunakan pendekatan yang hanya memberi
perhatian kepada intelektual, akademik dan pemikiran
abstrak semata mata, sudah tentu ia tidak dapat
disampaikan kepada masyarakat awam kerana
sebahagian besar mereka tidak mempunyai
kecenderungan ke arah pemikiran intelektual, abstrak
dan sebagainya.
2. Antara cara-cara menyampaikan falsafah bukan
secara akademik:
I. Gunakan cara bercerita. contoh, buku cerita ataupun
novel Sophie’s World. Di situ falsafah disampaikan
dalam bentuk cerita tetapi mengandungi idea-idea
falsafah.
II. Gunakan teater dan lakonan sebagai medium
penyampaian idea-idea falsafah.
III. Gunakan medium sejarah dari segi sejarah dan
konteks di mana isu-isu falsafah itu dibincangkan.
IV. Misalnya sejarah pemikiran Islam berkaitan
perdebatan di antara Al-Ghazali dan ahli-ahli
Falsafah Islam yang dipengaruhi ahli-ahli Falsafah
Greek.
V. Jika falsafah itu dibentangkan dalam konteks sejarah
maka ini akan lebih bermakna kerana ia ditujukan
kepada satu persoalan yang realistik yang dihadapi
oleh masyarakat pada masa itu.

KESIMPULAN
Oleh yang demikian, falsafah dapat dikaitkan dengan
kehidupan manusia itu sendiri bukan sebagai satu
abstraction yang hanya bersifat intelektual cuma difahami
dan kemudian dihafal sebagai satu bahan
intelektual malah menekankan aspek lain yang penting
iaitu jasmani, emosi dan rohani.

AKTIVITI PEMBELAJARAN KENDIRI


1. Analisis penghayatan falsafah dalam konteks falsafah
pendidikan negara yang seimbang dan holistik

PENILAIAN KENDIRI
1. Sikronim JERI dalam Falsafah Pendidikan Negara
ialah

Anda mungkin juga menyukai