Anda di halaman 1dari 8

Penjelasan Teoritis Ketaksamaan Sosial (Fungsionalis Dan Konflik)

Penjelasan dalam pendidikan saintifik bermaksud menguraikan


bagaimana sebab atau sebab-sebab yang paling umum dan asas yang
dikenal pasti dalam pendidikan menjadi puncak kepada sesuatu kejadian
atau fenomena. Dengan ringkasnya tugas ini merujuk kepada perumusan
teori atau dengan kata lain memberikan penjelasan hubungan sebab
akibat mengenai sesuatu kejadian.
Dengan itu penjelasan sosiologi mengenai ketaksamaan sosial adalah
penjelasan tentang faktor-faktor sosial yang menyebabkan terjadi
ketaksamaan sosial.
Penjelasan tentang kewujudan sesuatu fenomena sosial seperti
ketaksamaan juga menuntut penghuraian tentang bagaimana fenomena
ini boleh berkembang luas diperkukuhkan atau dipertahankan dalam
masyarakat.
Maka dalam penjelasan-penjelasan teoritis sosiologi, faktor-faktor yang
mempunyai fungsi-fungsi sedemikian juga bersamanya dibincangkan
sama ada secara bersama atau secara berasingan dalam sesuatu
kerangka teori.
Dalam disiplin sosiologi perspektif-perspektif teoritis utama mengenai
kedudukan sosial yalah perspektif konflik dan perspektif fungsional.
kedua-dua perspektif ini juga merupakan perspektif-perspektif teoritis
umum yang utama mengenai masyarakat. Ini sebenarnya membuktikan
bahawa penting dan asasnya persoalan ketaksamaan sosial dalam
perkembangan pemikiran sosiologi.
Pertumbuhan pemikiran sosiologi sebenarnya adalah berasaskan dua
aliran pemikiran kritis di antara fungsionalis dan konflik adalah selari
dengan pemisahan di antara golongan sosiologi yang cuba
mempertahankan keteraturan sosial (social order) yang sedia wujud
dengan golongan ahli sosiologi yang cuba mengubahnya.
Justru itu kedua-dua perspektif sosiologi ini juga masing-masing dikenali
sebagai perspektif konservatif dan perspektif radikal (Lenski, 1966).
Aliran fungsionalisme cuba mempertahankan pendekatan saintifik yang
bersifat kecuali. ini ialah kerana fungsionalisme tidak menganjurkan
secara terbuka kecenderungan politik untuk mempertahankan sesuatu
struktur sosial atau perubahan dalam masyarakat. Justru fungsionalisme
mengutamakan prinsip penyelidikan saintifik yang bersifat bebas nilai.
Tokoh-tokoh sosiologi awal seperti Auguste Comte, Emile Durkheim dan
Herbert Spencer adalah pengasas perspektif konservatif yang melahirkan
teori konflik.
Meskipun fungsionalis sebagai perspektif konservatif mahu tamatkan
kedudukan berkecuali tanpa melibatkan pengaruh nilai dalam penjelasan
saintifik nya tetapi hujah-hujah perspektif ini tidak dapat tidak masih
memperlihatkan implikasi politiknya iaitu untuk mempertahankan
keteraturan sosial yang sedia wujud dalam masyarakat termasuk
pembentukkan ketaksamaan sosial.
Ini bermakna perspektif ini masih bersifat ideological. Seperti juga dengan
hujah-hujah dalam perspektif konflik status quo dalam keadaan lain.
Hujah-hujah yang bersifat ideologi seperti juga dengan hujah-hujjah
dalam perspektif konflik yang mempunyai matlamat untuk mengubah
keteraturan sosial status quo atau ketaksamaan sosial dalam perkataan
lain. Hujah-hujah yang bersifat ideological mengenai ketaksamaan sosial
telah berterusan semenjak zaman manusia mula berfikir secara falsafah
mengenainya.
Perspektif fungsionalisme pernah dianggap oleh ahli sosiologi sebagai
satu-satunya penjelasan teoritis yang mewakili keseluruhan analisis
sosiologi mengenai masyarakat.
Mereka sendiri dipengaruhi oleh pemikiran tokoh sosiologi perintis
khususnya Emile Durkheim dan Herbert Spencer yang menggunakan
penganalisisan biologi untuk memahami masyarakat manusia. Perspektif
fungsionalisme pernah dianggap oleh ahli sosiologi sebagai satu-satunya
penjelasan teoritis yang mewakili keseluruhan analisis sosiologi
mengenai masyarakat.
Davis Moore dan Talcott Parson telah menjadi asas kepada pembentukan
perspektif fungsionalis sama ada mengenai masyarakat umum maupun
mengenai ketaksamaan sosial secara khususnya. Mereka sendiri
dipengaruhi oleh pemikiran tokoh sosiologi perintis khususnya Emile
Durkheim dan Herbert Spencer yang menggunakan penganalisisan
biologi untuk memahami masyarakat manusia.
Masyarakat manusia menurut penganalisisan biologi dianggap sebagai
menyerupai ciri-ciri atau memiliki unsur-unsur sesuatu organisme hidup.
Penjelasan teoritis fungsionalis mengenai perwujudan ketaksamaan
sosial seperti yang dikemukakan oleh Talcott Parson, Davis-Moore
sebenarnya adalah satu penerangan atau pengaplikasian prinsip melihat
masyarakat sebagai sama dengan kandungan dan kefungsian sesuatu
organisme hidup.
Struktur fungsi dan persetujuan sosial telah digunakan untuk menjelaskan
kewujudan ketidaksamaan sosial. Justru itu kita perlu fahami dahulu
penguraian masyarakat berdasarkan konsep- konsep asas
konsensualisme ini sebelum kita tinjau bagaimana ianya diaplikasikan
untuk menjelaskan pembentukan tetap sama sosial atau lebih cenderung
dirujuk sebagai sistem stratifikasi sosial.
Menurut perspektif teoritis ini fungsi dan tujuan sosial adalah mewakili tiga
asas konsensualisme mengenai masyarakat.
Andaian-andaian ini adalah:
Pertamanya masyarakat dilihat sebagai suatu kehidupan sosial yang
terdiri daripada bahagian-bahagian yang bertindak sebagai struktur-
struktur yang saling berkaitan dan bersepadu dalam satu sistem sosial
yang menyeluruh yaitu sistem masyarakat. Dengan kata lain masyarakat
manusia adalah suatu sistem sosial yang wujud berasaskan perhubungan
timbal balik dan berurusan diantara bagian-bagian atau struktur struktur
sosial ini.
Keduanya untuk membolehkan masyarakat hidup berterusan setiap
bahagian atau struktur masyarakat berfungsi untuk memenuhi keperluan
anggota masyarakat setiap bahagian seperti keluarga, sistem pendidikan,
sistem ekonomi, sistem politik dan sebagainya memenuhi beberapa
fungsi untuk membolehkan masyarakat terus wujud sebagai satu sistem
sosial keseluruhan. Fungsi yang diperlukan untuk membolehkan sistem
masyarakat tersebut dipenuhi oleh fungsi bahagian-bahagian melalui
ikatan saling pergantungan di antara bahagian-bahagian tersebut.
Ketiganya masyarakat secara umumnya mengekalkan keseimbangan
atau kestabilan sistemnya melalui persetujuan sosial di kalangan anggota
masyarakat. Persetujuan sosial ini merujuk kepada persetujuan di
kalangan sebahagian besar anggota masyarakat terhadap apa yang
dianggap baik bagi semua orang serta persetujuan terhadap cara untuk
mencapainya.
Penggunaan konsep - konsep dan andaian - andaian fungsionalisme ini
dapat kita perhatikan khususnya dalam penulisan-penulisan Davis -
Moore dan Talcott Parsons mengenai ketaksamaan sosial secara
umumnya.
Menurut perspektif fungsionalisme hanya satu persoalan utama harus
dijawab untuk menjelaskan kewujudan sistem ketaksamaan sosial iaitu
apakah fungsi yang dipenuhi oleh sistem ketaksamaan sosial sebagai
salah satu daripada komponen atau struktur sosial di dalam masyarakat
atau dengan kata lain apakah kesan sistem ketaksamaan sosial ini
kepada anggota masyarakat.

Menurut Davis Moore sistem ketaksamaan sosial adalah satu mekanisma


yang terbentuk dengan sendirinya untuk memastikan kedudukan-
kedudukan sosial yang paling penting dalam masyarakat dipegang oleh
mereka yang paling layak.
Sebagai hujah tambahan Davis Moore juga menekankan keperluan bagi
seseorang yang ingin memegang pekerjaan atau jawatan yang paling
penting itu untuk menjalani latihan yang cukup atau memiliki bakat yang
paling sesuai.
Seseorang individu mesti didorong untuk mengorbankan masa yang agak
lama dan tenaganya untuk mendapatkan latihan bagi tujuan memegang
jawatan-jawatan dan melakukan perkerjaan pekerjaan yang penting itu.
Pemberian ganjaran yang berbeza atau berhirarki seperti dari segi gaji
status dan kuasa adalah dilihat sebagai cara yang paling munasabah
untuk menyelesaikan masalah mendorong individu mengikuti latihan.
Menurut Davis Moore golongan individu yang memperolehi latihan atau
kelulusan tertentu sewajarnya diberikan ganjaran yang lebih tinggi
daripada mereka yang tidak memperolehi latihan atau yang menjalankan
pekerjaan pekerjaan yang fungsinya kurang penting.
Dengan kata lain pemberian ganjaran yang berbeza di antara individu
adalah disebabkan oleh kelainan kepentingan atau fungsi sesuatu
masyarakat.
Disamping itu faktor lain pula ialah kesanggupan seseorang berkorban
bagi mendapatkan latihan dan juga kerana memiliki kebolehan atau
menjalankan sesuatu pekerjaan yang dilihat penting dalam masyarakat.
Dengan menumpukan kepada tugas menghuraikan fungsi - fungsi
ketaksamaan sosial Davis Moore menyakini pendekatan fungsionalisme
yang diterajui oleh mereka telah dapat memberikan penjelasan teoritis
tentang kewujudan sistem ketaksamaan sosial dalam sebuah
masyarakat.
Selain fungsi-fungsi yang disebutkan oleh Davis Moore, Talcott Parsons
seorang lagi tokoh penulis yang juga menyebutkan pemberian ganjaran
yang berbeza berfungsi untuk menyatukan anggota anggota masyarakat
yang mempunyai kemahiran dan kebolehan yang berbeza untuk faedah
bersama keseluruhan anggota dan masyarakat.
Misalnya Parson telah menegaskan kewujudan perbezaan dalam status
dan pengagihan kuasa akibat pembahagian buruh sebagai satu
keperluan yang diingini bersama oleh anggota masyarakat dan sebagai
suatu kewujudan yang sah untuk kebaikan bersama.
Dari sudut yang berbeza Talcott Parsons berpendapat kewujudan
ketaksamaan sosial adalah disokong oleh sistem nilai dalam masyarakat
telah menekankan pengaruh faktor-faktor nilai dan norma yang dikongsi
bersama oleh anggota masyarakat untuk menjelaskan kehidupan
ketaksamaan sosial sebagai satu sistem sosial sepadu dalam
masyarakat.
Perkongsian nilai menurut Parsons adalah mewakili persetujuan sosial
daripada sebilangan besar anggota masyarakat. Ianya dikatakan menjadi
panduan kepada tingkah laku individu dan kumpulan.
Perkongsian nilai merupakan faktor yang menuntut dan mendorong
anggota masyarakat mematuhi dan memenuhi kehendak dan jangkaan-
jangkaan normatif yang diwujudkan berasaskan nilai-nilai sosial yang
telah diterima dalam masyarakat.
Nilai dan norma yang dikongsi bersama ini adalah sebagai asas yang
menentukan kriteria dalam proses penilaian dan penyusunan taraf ke atas
kedudukan kedudukan sosial atau pekerjaan yang dilakukan oleh
seseorang individu atau kumpulan.

Prestasi anggota masyarakat dinilai berdasarkan keutamaan yang telah


diberikan pada nilai-nilai sosial tersebut.
Dalam kehidupan sesuatu kumpulan dan masyarakat penilaian
sedemikian membolehkan peranan dan kedudukan seseorang anggota
masyarakat disusun taraf dan diberikan ganjaran yang tidak sama rata
mengikut penilaian prestasi tersebut.
Menurut Parsons ketaksamaan sosial terbentuk sebagai satu sistem
sosial untuk mengimbangi keperluan sistem nilai dan sekaligus sebagai
satu keperluan yang tidak dapat dielakkan untuk membolehkan
keseluruhan sistem masyarakat berfungsi.
Sistem perkongsian telah membenarkan sistem pengagihan ganjaran
yang tidak sama rata terbentuk sebagai asas kepada sistem stratifikasi
atau ketaksamaan sosial mereka yang menunjukkan prestasi yang baik
atau cemerlang dan menepati keperluan nilai-nilai sosial yang diberikan
keutamaan, mereka akan dinilai dan diberikan ganjaran yang lebih besar
lebih tinggi.
Menurut Parsons, perbezaan tahap ketaksamaan di antara
masyarakat disebabkan perbezaan dalam keutamaan yang diberikan
terhadap nilai-nilai tertentu di antara masyarakat yang berbeza. Misalnya
dalam masyarakat yang mengutamakan nilai-nilai seperti kesejagatan,
kesamaan dan kecemerlangan pencapaian dan ketaksamaan
seharusnya lebih rendah dibandingkan dengan tahap ketaksamaan sosial
dalam masyarakat yang tidak atau kurang mementingkan nilai-nilai
seperti ini.
Penjelasan perspektif Fungsionalisme mengenai kewujudan
ketaksamaan sosial seperti yang dikemukakan oleh Davis-Moore dan
Talcott Parsons adalah penghujahan yang bertitik tolak daripada
beberapa andaian asas mengenai masyarakat manusia.
Masyarakat dilihat sebagai satu organisma hidup yang mengandungi
bahagian-bahagian suatu bagian atau struktur yang saling berkaitan dan
berfungsi untuk menjaga kestabilan dan penerusan sistem sosial
masyarakat tersebut.
Sebagai satu sistem sosial ketaksamaan dikatakan berfungsi untuk
kebaikan masyarakat dan anggota-anggotanya. Kewujudannya bukan
sahaja kerana adanya keperluan pada fungsinya tetapi juga menurut
Parson adalah disokong oleh sistem nilai dalam masyarakat. Oleh yang
demikian menurut fungsionalisme kewujudan ketaksamaan sosial adalah
fenomena yang tidak dapat dielakkan dan justru itu dianggapnya sebagai
satu pembentukan semula.

Perspektif konflik tentang ketaksamaan sosial adalah perspektif teoritis


yang berasaskan teori kelas sosial yang dikemukakan oleh Karl Marx ini
amat berpengaruh dalam perkembangan pemikiran sosiologi dan
merupakan pandangan terpenting dalam perdebatan teoritis sosiologi
tentang isu-isu dan masalah sosial termasuk isu ketaksamaan sosial.
Sebenarnya perspektif konflik dapat dibezakan berasaskan fahaman
Marxis dan yang bersifat bukan Marxis.
Pendekatan Marxis juga dilihat sebagai satu pendekatan yang bersifat
radikal dalam pemikiran sosiologi.
Secara umumnya kedua-dua pendekatan konflik ini menekankan
pengaruh unsur-unsur persaingan konflik dan penindasan dalam
hubungan hubungan sosial yang terbentuk di antara kumpulan-kumpulan
sosial unsur-unsur ini dapat dilihat sebagai kuasa-kuasa sosial yang
utama dalam proses pembentukkan ketaksamaan sosial.
Walaubagaimanapun pendekatan konflik berfahaman Marxis ini lebih
mengkhususkan penekanannya kepada pengaruh faktor ekonomi dalam
pengorganisasian kehidupan sosial dan pembentukkan ketaksamaan
sosial faktor ekonomi yang dimaksudkan merujuk kepada hubungan
pemilikan manusia ke atas hal alat-alat pengeluaran.
Menurut fahaman Marxis hubungan pemilikan ke atas sumber sumber
pengeluaran adalah asas kepada pengagihan kekayaan ekonomi dalam
kehidupan masyarakat sementara pendekatan konflik bukan marxist pula
lebih mengutamakan pengaruh faktor-faktor kuasa dan paksaan sebagai
sebab dalam kewujudan ketaksamaan sosial secara berterusan.

Soijah Likin Disember 23

Anda mungkin juga menyukai