Anda di halaman 1dari 30

4.

0 WANG DAN INSTITUSI


KEWANGAN
HURAIAN TOPIK

4.1 Wang

4.2 Penawaran Wang

4.3 Teori Kewangan Keynes

4.4 Institusi Kewangan

4.5 Penciptaan Kredit


0BJEKTIF
Di akhir pembelajaran,pelajar akan dapat :
1.Menjelaskan masalah ekonomi tanpa
wang (sistem barter).
2.Mentakrifkan wang, menjelaskan ciri-ciri
wang dan fungsi-fungsi wang.
3.Menghuraikan bekalan wang M1, M2 dan
M3.
4.Menghitung jumlah dan kadar
pertumbuhan bekalan wang M1 dan M2
4.1.1 EKONOMI TANPA WANG

SISTEM BARTER        
 Satu sistem ekonomi di mana manusia
menukarkan barang-barang yang dimiliki secara
langsung untuk memperolehi barang yang
dikehendaki.
 Kegiatan pertukaran atau jual beli dilakukan
secara pertukaran barang dengan barang.
KELEMAHAN SISTEM BARTER

1.MASALAH KEHENDAK SERENTAK

2.MASALAH PENGUKURAN NILAI

3.MASALAH PENYIMPANAN NILAI

4.MASALAH PEMBAHAGIAN BARANG KEPADA UNIT KECIL

5.BAYARAN TERTUNDA SUKAR DILAKUKAN


KELEMAHAN – KELEMAHAN SISTEM BARTER        

1. Masalah Kehendak Serentak


 Sistem ini hanya dapat dilaksanakan apabila
kedua-dua pihak ingin melakukan pertukaran
mempunyai kehendak yang sama.
 Sbg cth: Ali mempunyai seekor ayam dan
memerlukan seekor itik, maka Ali perlu mencari
individu yang mempunyai itik dan pada masa
yang sama memerlukan ayam.
 Namun begitu, keadaan ini amat sukar untuk
mencari kehendak yang serentak kerana ia
melibatkan masa, kos dan tenaga.
2. Masalah Pengukuran Nilai
Kesanggupan dan persetujuan bagi
menukarkan barangan adalah syarat yang
penting bagi menjayakan sistem ini.
Masalah ukuran nilai timbul kerana tiada
alat ukuran dan piawai untuk mengukur
sesuatu barang.
Sbg cth: seekor lembu bersamaan dengan
berapa ekor ayam? Oleh itu ia akan
bergantung kepada budi bicara tuan punya
barang.
3. Masalah Penyimpanan Nilai
Barangan yang dihasilkan kebiasaannya
tidak tahan lama dan mudah rosak sebagai
contoh barang pertanian.
Barang pertanian akan rosak dalam jangka
masa singkat maka lama kelamaan nilainya
akan merosot dan tidak dapat digunakan
lagi.
Sistembarter menghadapi masalah untuk
menyimpan barang untuk masa hadapan.
4. Masalah Pembahagian Barang kepada
unit yang lebih kecil
Sistem barter hanya dapat dijalankan
sekiranya barangan yang ingin ditukarkan
boleh dibahagikan kepada unit-unit yang
lebih kecil
Hakikatnya, terdapat banyak barang yang
tidak dapat dibahagikan kepada unit kecil.
Sbg cth: 20 ekor ayam bersamaan dengan
satu bahagian kaki lembu.
4. Bayaran tertunda sukar dilakukan
Bayaran tertunda sukar dilakukan kerana
pembayaran tertunda dalam bentuk
barangan menimbulkan masalah kualiti
barang yang dibayar balik tidak seragam,
nilai telah merosot, mudah rosak, dan tidak
tahan lama.
Kegagalan sitem barter menjalankan urus
niaga bayaran tertunda tidak menggalakkan
kegiatan ekonomi.
DEFINISI
Satu benda/ alat yang dikenali dan
diterima umum oleh ahli masyarakat
sebagai alat perantaraan pertukaran
barang dan perkhidmatan dalam
kegiatan urus niaga jual beli.
Contoh
1. DITERIMA UMUM

 
2. TAHAN LAMA

3. MUDAH DIKENALI SERTA


MUDAH DIBAWA

4. PENAWARAN YANG TERHAD

5. BOLEH DIBAHAGIKAN KEPADA


UNIT YANG KECIL

6. MEMPUNYAI KUALITI YANG


SERAGAM
CIRI – CIRI WANG        

1. Diterima Umum
 Sebarang benda yang hendak dijadikan wang
harus diterima umum / diterima oleh
masyarakat.
 Tanpa penerimaan umum maka benta tersebut
tidak boleh berfungsi sbagai alat pertukaran.
2. Tahan Lama
Barang yang hendak dijadikan sebagai wang
mesti tahan lam supaya dapat digunakan dalam
jangka masa panjang.
Tidak mudah rosak, tidak mengalami susut nilai
dan boleh disimpan dalam tempoh jangka masa
lama.
3. Mudah dikenali serta Mudah Dibawa
Sesuatu benda yang hendak dijadikan wang
mudah dikenali supaya ianya dapat mengelakkan
daripada dipalsukan atau ditiru.
Wang yang senang dibawa dan mudah disimpan.
4. Penawaran yang Terhad
Benda yang dijadikan wang mestilah mempunyai
penawaran yang terhad
Bagi menjamin kestabilan nilai.
Jika penawarannya tidak terhad, ini bermaksud
wang tersebut mudah diperolehi maka nilai wang
tersebut akan merosot.
5. Boleh dibahagikan kepada unit yang kecil
Benda yang dijadikan wang mestilah boleh
dibahagikan kepada unit yang lebih kecil tanpa
mengalami kemerosotan nilainya.
Dapat memudahkan sesuatu urusniaga.
Sbg cth : RM1.00, 50 sen, 20 sen dan 10 sen
6. Mempunyai Kualiti yang Seragam
Benda yang dijadikan wang mestilah mempunyai
kualiti yang seragam
Sama dari segi jenis, nilai dan bentuk supaya
mudah dikenali.
1. ALAT PERANTARAAN
PERTUKARAN
 

2. ALAT PENGUKUR NILAI DAN


UNIT AKAUN

3. ALAT BAYARAN TERTUNDA

4. ALAT PENYIMPAN NILAI


1. ALAT PERANTARAAN PERTUKARAN

- Dapat mengatasi masalah kehendak serentak.


- Kegiatan urus niaga jual beli menjadi lebih
mudah dan cekap.
- Menjimatkan masa dan tenaga.
 
2. ALAT PENGUKUR NILAI DAN UNIT AKAUN

Nilai barang dapat dinyatakan dalam bentuk


harga.

Dapat dibuat perbandingan nilai antara barang-barang.

Individu dapat mencatatkan urusan pertukaran dan


perdagangan.

Barang-barang yang berlainan jenis dan ukuran dapat


dicampurkan bersama dalam nilai RM.
3. ALAT BAYARAN TERTUNDA

Perkembangan urusniaga secara kredit dalam


ekonomi memerlukan wang sebagai alat bayaran
tertunda.

Nilai wang perlu stabil agar fungsi ini dapat dijalankan


dengan baik
4. ALAT PENYIMPAN NILAI

Sifat wang yang tahan lama dan nilai yang stabil


membolehkan wang menjadi alat penyimpan nilai yang
baik.

Wang mudah disimpan dan tidak memerlukan ruang


yang luas.

Wang juga dapat disimpan dalam bentuk deposit


tabungan dan deposit tetap.
Jumlah semua wang yang ditawarkan dalam
sesebuah ekonomi dalam tempoh masa
tertentu.

1. M1 - Bekalan wang sempit


2. M2 - Bekalan wang luas
3. M3 - Bekalan wang sangat luas
1. BEKALAN WANG SEMPIT (M1) 2. BEKALAN WANG LUAS (M2)

-Terdiri daripada duit syiling, wang -Terdiri daripada M1, Deposit tetap, dan
kertas (wang dalam edaran) dan deposit tabungan sektor swasta di bank
deposit semasa perdagangan dan Bank Negara, Sijil
deposit boleh niaga dan sijil Bank Negara 
-M1 = wang tunai + deposit semasa
- M2 = M1 + wang hampir (separa wang)
 

3. BEKALAN WANG SANGAT LUAS (M3)

-Terdiri daripada M2, semua deposit


swasta di syarikat kewangan, bank
3 JENIS BEKALAN saudagar dan syarikat diskaun 
WANG DI MALAYSIA
- M3 = M2 + deposit di institusi –institusi
tabungan
Jadual : Bekalan Wang Di Malaysia bagi tahun 2002 -
2005

Wang
Deposit Separa Jumlah M2
dalam Jumlah M1
Tahun Semasa Wang (RM
Edaran (RM juta)
(RM juta) (RM juta) juta)
(RM juta)
2002 23896.80 65175.30 89072.10 294469.80 383541.90

2003 26101.40 76002.70 102104.10 323956.80 426060.90

2004 28617.00 85651.50 114268.50 419894.20 534162.70

2005 30177.60 93845.50 124023.10 492154.80 616177.90


Menghitung Kadar Pertumbuhan
Bekalan wang

Kadar pertumbuhan M1
= Jum. M1 tahun semasa – Jum. M1 tahun sebelum x 100%
Jum. M1 tahun sebelum

Kadar pertumbuhan M2
= Jum. M2 tahun semasa – Jum. M2 tahun sebelum x 100%
Jum. M2 tahun sebelum
Contoh : Kadar Pertumbuhan bekalan wang M1
dan M2 bagi tahun 2005

Kadar pertumbuhan M1
= 124023.10 – 114268.50 x 100%
114268.50
= 8.54 %

Kadar pertumbuhan M2
= 616177.90 – 534162.70 x 100
534162.70
= 15.35 %

Anda mungkin juga menyukai