Anda di halaman 1dari 40

ANALISIS DATA KUALITATIF

Analisis Data Kualitatif

 Usaha yang dilakukan dengan bekerja dengan data, menganjurkannya,


memecahkannya kepada unit-unit yang terkawal, mensintesiskannya, mencari
pola, mencari apa yang penting dan apa yang perlu dipelajari, dan memutuskan
apa yang akan memberitahu kepada orang lain (Bogdan & Biklen, 1982).
 Analisis data adalah suatu proses yang sistematik dalam mengurus dan
memaparkan hasil dapatan kajian dalam cara yang mudah difahami.
 Analisis data melibatkan proses menguruskan data dan mensintesiskan data,
mengkaji hasil dapatan kajian serta menginterpretasikan hasil dapatan kajian.
PENDEKATAN DAN KAEDAH MENGANALISIS

 Dalam penyelidikan kualitatif penganalisisan data dilakukan secara berterusan sepanjang


proses penyelidikan.
 Secara keseluruhan proses penganalisisan data meliputi 3 urutan aktiviti, iaitu:

Penulisan
Penyaringan data Persembahan data kesimpulan/verifikasi
(data reduction) (data display) (conclusion drawing/
verifikasi)
1. Penyaringan Data (Data Reduction)

 Usaha untuk mengurangkan jumlah data dengan memilih dan mengasingkan data yang kurang relevan.
 Aktiviti meringkaskan, memilih buang dan menyusun data dalam bentuk tertentu dilakukan untuk
menjadikan data lebih berfokus bagi membantu proses membuat keputusan.
 Proses penyaringan data boleh dilakukan secara berterusan sepanjang proses pelaksanaan penyelidikan:
sebelum, semasa dan selepas proses mengumpul data.
*Pengekodan Data

 Bahagian paling penting dalam penyaringan data.


 Proses ini melibatkan aktiviti:
 Membaca transkripsi untuk menentukan pola @ tema topik;
 Menulis ayat sebagai kod kategori untuk mewakili pola @topik;
 Menyenaraikan kategori menurut abjad atau nombor;
 Membaca keseluruhan data dan memberikan tanda bagi setiap unit
 Menguruskan data dengan cara mengasingkan unit-unit mengikut kategori dan memasukkannya ke dalam fail
menggunakan komputer,
 Membina kod pola untuk mengenal pasti tema atau keterangan yang muncul.
*Proses Pengekodan (Coding Proses)

 Secara umum ada 3 proses coding:

Open coding • secara terbuka utk cari variable

Axial coding • cuba bina kategori dari code-code tersebut

• Pilih code-code dgn kategori yang hanya boleh memberi


Selective coding makna / tafsiran / cerita
2. Persembahan Data (Data Display)

 Cara sistematik yang paling jelas untuk memaparkan data agar mudah difahami.
 Data harus dipersembahkan secara tersusun dan padat serta dapat menjelaskan keputusan yang dibuat.
 persembahan data boleh dilakukan dengan menggunakan perkataan, matrik, graf, carta, jadual dan huraian.
3. Penulisan Kesimpulan dan Verifikasi

 Proses penganalisisan data dilakukan untuk membolehkan penyelidik membina kesimpulan tentang
persoalan kajian.
 Bagi menjamin kesahan, kesimpulan yang dibina mestilah disokong dengan bukti-bukti daripada data.
 Untuk itu, beberapa langkah, seperti meneliti hubungan antara data, menyemak keesahan melalui bukti
yang menyokong dapatan, mencari bukti yang tidak selaras dengan dapatan, mempertimbangkan
perspektif alternatif, iaitu pemahaman yang diperoleh daripada kajian, menyemak silang dengan
perspektif responden dan/atau rakan penyelidik lain perlu dilakukan.
PERINGKAT-PERINGKAT DALAM
MENGANALISIS DATA KUALITATIF

 Proses menganalisis data dilakukan apabila telah selesai peringkat pengutipan data dilakukan.
 Peringkat Pemerosesan data-data kualitatif :
 Transkripsi
 Organisasi Data
 Pelaziman (membiasakan diri dengan data)
 Koding
 Tema
 Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Kesahan
 Laporan
1. Transkripsi

 Proses transkrip atau menyalin adalah langkah pertama dalam proses penganalisaan data
 misalnya menyalin data-data dalam bentuk rakaman audio yang mengandungi temubual penyelidik dan
responden, perbincangan kumpulan fokus, rakaman video atau catatan kerja lapangan.
 dilakukan secara menyeluruh tanpa meninggalkan apa juga yang didengar dan diperhatikan.
 proses yang memerlukan perhatian, masa dan kesabaran seseorang penyelidik. Namun demikian proses ini
akan dapat memberi peluang kepada penyelidik menyelami setiap data yang diperoleh.
2. Organisasi Data

 Setelah proses transkripsi selesai, adalah perlu untuk menyusun data mengikut bahagian yang senang untuk
digunakan semula.
 Nombor mungkin akan diberi pada setiap temu bual atau kod, atau membahagikan nota-nota lapangan kepada
bahagian-bahagian tertentu mengikut tarikh data dipunggut atau mengikut konteks atau pun menyimpan data
mengikut bahagian masing-masing dalam folder.
3. Pelaziman (Membiasakan Diri dengan Data)

 Setelah lambakan data disusun mengikut bahagian – bahagian tertentu, maka tibalah masanya untuk
membiasakan diri dengan data – data yang diperolehi.
 Proses pelaziman adalah dengan mendengar kandungan temu bual dalam pita rakaman, membuat
tontonan semula bahan berbentuk video, membaca iaitu membaca semula data-data, membuat memo
dan membuat ringkasan sebelum proses analisis secara formal bermula.
 Ia adalah peringkat yang penting terutamanya jika pengumpulan dan proses transkripsi data bukan
dilakukan oleh penyelidik sendiri.
4. Pengekodan (Coding)

 Langkah yang sangat penting dalam proses menganalisis data kualitatif dengan menggunakan sebarang pakej
perisian komputer.
 coding melibatkan proses mengenalpasti petikan-petikan di dalam teks dan menyimpan rujukan kepada
petikan teks berkenaan di dalam item database yang dipanggil Node (dalam perisian Nvivo). Node boleh
mengandungi pelbagai rujukan dan boleh mengkod petikan-petikan daripada sebarang dokumen yang telah
disediakan.
 Menurut Udo Kelle (1995) Coding mempunyai dua fungsi utama iaitu koding boleh melambangkan satu
petikan teks yang mengandungi maklumat khusus untuk tujuan membenarkan retrieval.
 coding juga dibuatkan semata – mata untuk melambangkan fakta yang wujud dalam satu-satu maklumat
menerusi data-data mentah.
5. Tema

► Tema akan timbul hasil daripada sorotan kajian lepas.


► Semakin banyak sorotan kajian lepas yang dibaca maka banyaklah tema yang terhasil.
► Tema juga akan timbul daripada ciri-ciri fenomena yang dikaji.
► Selain daripada itu, tema adalah daripada definisi yang telah dipersetujui oleh professional ataupun
daripada nilai-nilai penyelidik, orientasi teoritikal dan pengalaman personal dengan perkara yang dikaji
6. Demonstrasi Kebolehpercayaan dan Kesahan

► Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi mempertahankan
kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan.
► Semakin tinggi nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-
data yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.
► Kesahan merujuk kepada ujian mengukur apa yang sepatutnya diukur
► Trangulasi data dalam penyelidikan kualitatif adalah bertujuan untuk menjamin kebolehpercayaan dan
kesahihan penemuan penyelidik.
► Triangulation facilitates validation of data through cross verification from more than two sources.
► Options triangulation include: multiple data collection methods, multiple data sources, multiple
investigators, or multiple theories
 Four basic types of triangulation:[6]
 Data triangulation: involves time, space, and persons.
 Investigator triangulation: involves multiple researchers in an investigation.
 Theory triangulation: involves using more than one theoretical scheme in the interpretation of
the phenomenon.
 Methodological triangulation: involves using more than one method to gather data, such as
interviews, observations, questionnaires, and documents.
7. Laporan

► Laporan adalah peringkat penyempurnaan kajian.


► Pada bahagian ini penyelidik hendaklah mentafsir, mengulas dan menyebarkan dapatan kajian
berdasarkan kepada data-data yang diperoleh.
► Penyelidik hendaklah mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mendalam dalam bidang yang
dikaji.
► hasil analisis haruslah dipersembahkan dengan jelas, kemas dan meyakinkan pembaca.
PENGGUNAAN PERISIAN DALAM MENGURUS DAN
MENGANALISIS DATA KUALITATIF

 Perisian Nvivo Versi 2.0 adalah satu perisian yang boleh membantu penyelidik
mengorganisasi data dengan lebih mudah dan teratur. NVivo Versi 2.0 adalah contoh
perisian yang boleh digunakan untuk membantu mengurus data kualitatif. Strauss &
Corbin (1998) ada menjelaskan keperluan perisian untuk mengorganisasi data kualitatif.
 Perisian ini tidak sama dengan perisian SPSS (Software Package for Social Sciene) yang
digunakan dalam penyelidikan berstatistik atau kuantitatif.
 Perisian ini juga relevan digunakan pada peringkat awal penyelidikan hingga ke peringkat
pembentukan teori.
Contoh pengkalan data penyelidik dalam perisian Nvivo Versi 2.0
 Ciri-Ciri Perisian Nvivo Versi 2.0
- Perisian NVivo mudah digunakan, senang diurus dan tidak mempuyai step yang banyak untuk difahami.
- Nvivo akan memaparkan antaramukanya apabila perisian itu di klik dan ia akan memaparkan satu
antaramuka yang mudah digunakan dan jelas. Antaramuka ini dikenali sebagai Project Pad.
- Setiap kali hendak menggunakan Nvivo sudah pastinya pengguna akan dipaparkan dengan antaramuka
ini terlebih dahulu. Antaramuka ini akan dapat membantu dan memudahkan penyelidik menggunakan
perisian ini. Antaramuka ini terdiri dari tujuh butang primer dan lima butang sekunder.
 Butang-butang berkaitan yang boleh digunakan

Butang Primer Butang Sekunder

a) Document a) Create a document


b) Nodes b) Explore a Document
c) Atrributes c) Browse a Document \
d) Set d) Edit a document
e) Search e) Explore a document
f) Show Relations
g) Explore Models
Project Pad Perisian Nvivo
 Bagi memudahkan pengurusan data kualitatif, telah dibangunkan beberapa perisian, salah satunya
perisian Nvivo versi 2.0.
 Perisian akan dapat membantu penyelidik kualitatif untuk menguruskan data dengan baik.
 Pengurusan data akan menjadi lebih mudah, menjimatkan masa. Terdapat beberapa ciri-ciri (features)
yang penting yang sangat membantu seperti report yang akan menjelaskan dengan lebih mendalam
berkaitan dokumen dan node.
Contoh Penggunaan Nvivo pada Setiap Peringkat Analisis
Data Kualitatif

 TRANSKRIPSI
Langkah 1
Setelah program Nvivo dibuka, paparan berikut
akan muncul. Terdapat 4 butang iaitu:
Langkah 2
Apabila butang Create a New Project paparan New
Project Wizard akan muncul. Pilihan Custom jika
bertujuan untuk mengawal lokasi atau menggunakan kata
laluan (password) untuk tujuan mengawal keselamatan
projek. Pilihan Typical adalah selain daripada tujuan
diatas dan klik butang Next untuk pergi ke langkah
seterusnya.
Langkah 3
Pilihan butang Next akan membawa kita kepada
paparan berikut:
Seterusnya klik butang Finish jika butiran betul dan
klik ada butang Back sekiranya sebarang pembetulan
perlu dilakukan
Langkah 4
 Berikut adalah paparan menu utama apabila langkah 3
telah selesai. Menu ini mengandungi butang-butang yang
akan melaksanakan fungsi-fungsi yang berlainan.
 Pertama adalah penggunaan butang Documents. Butang
ini berfungsi bagi memanggil atau import semua
himpunan data kualitatif yang telah disediakan.
 Explore all Project Documents adalah kemudahan untuk
meneroka semua dokumen atau fail yang telah diimport
tadi.
 Sementara itu, butang Browse, Change, Link and Code
a Documents adalah untuk diubahsuai (edit), dipautkan
(link), dan dikod (code).
Langkah 5
Setelah klik pada submenu Make a Project
Document paparan itu berikut akan muncul.
Beberapa pilihan diberi dan setiap pilihan yang dibuat
adalah berdasarkan jenis data yang ingin dianalisa.
Langkah-langkah adalah seperti berikut:
 ORGANISASI DATA
Paparan di sebelah menunjukkan bagaimana cara
mengorganisasi kesemua data yang akan terlibat dalam
folder-folder tertentu.
Dalam Nvivo fail-fail boleh dihimpun dengan mengikut
bahagian dengan cara memberi warna yang sama bagi
setiap bahagian. Ini boleh dilakukan dengan langkah
berikut :
 PELAZIMAN DATA
(MEMBIASAKAN DIRI DENGAN
DATA )
 Ia adalah peringkat yang penting
terutamanya jika pengumpulan dan
proses transkripsi data bukan
dilakukan oleh penyelidik sendiri.
 Selain itu, boleh juga membiasakan
diri dengan data-data iaitu dengan
Explose all Project Documents pada
paparan menu utama.
 KODING
Proses pengkodan dimulakan dengan membuka fail
menerusi pilihan butang Browse pada paparan menu
utama.
Paparan fail yang dipilih bagi melakukan pengkodan
telah dibuka. Lakukan proses membuat koding
mengikut langkah-langkah yang disediakan di rajah
sebelah.
Bagi melihat hasil koding yang telah dibuat ialah dengan
klikkan butang view diatas bar menu document browser
window dan aktifkan butang coding stripe. Contoh hasil
koding adalah seperti paparan berikut :
 DEMONSTRASI KEBOLEHPERCAYAAN DAN KEESAHAN
 Perisian Nvivo boleh melaksanakan tugas ini iaitu dengan kemudahan Modeler dan Search Tool.
 Dengan menggunakan modeler , perbincangan juga boleh dibuat kerana keupayaan meneroka, membina,
menguji, memerhatikan hubungan dan menentukan corak data yang diperolehi.
 Oleh itu perisian Nvivo tidak hanya dipaparkan dengan data-data dapatan dalam kajian seperti
kemudahan Documents dan Node Explorer atau Attribute Explorer tetapi juga membenarkan penyelidik
mendapatkan dan meneroka secara lebih mendalam, lebih abstrak atau pemikiran pada peringkat tinggi
menerusi dapatan kajian penyelidik.
Contoh:
Corak interaksi yang diperoleh adalah hasil
daripada proses koding yang dilakukan terhadap
semua kes atau responden yang terlibat,
pembahagia kategori dan pembentukan tema.
Perwakilan secara visual seperti carta alir dalam peringkat
analisis data-data kualitatif adalah sangat berguna kepada
penyelidik terutamanya dalam membantu penyelidik
melihat hubungan (Links), membuat laporan dan
membentangkan hasil dapatan sesuatu kajian. Contohnya
keputusan markah ujian pencapaian pra dan pos yang
dihasilkan oleh perisian SPSS boleh dirujuk bagi membuat
perkaitan dan sebagainya.
KESIMPULAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai