Anda di halaman 1dari 26

MALAY SPEECH

MUHAMMAD NORSYAFIQ BIN ZAIDI


Gugup
Gugup
• Di akhir bab ini; pelajar akan memahami apa itu gugup dan risiko jika
tidak ditangani.
• Pelajar akan memahami kaedah untuk mengatasi masalah gugup.
• Pelajar mampu untuk membezakan persediaan sebenar dengan
persediaan Dunning-Kruger.
• Pelajar akan mengenali cara untuk mengelakkan mental-block
semasa berucap.
PENYAKIT G: Pengenalan
• GUGUP ataupun nervous adalah sinonim bagi seseorang yang masih baharu dengan perucapan
umum.
• Ia kebiasaannya hadir dengan keadaan pucat, berpeluh, kaku dan kadangkala menggeletar.
• Gejala ini akan menghilangkan tumpuan kepada minda pengucap.
• Gugup adalah satu tindak balas tubuh badan apabila keadaan tegang pada otak memaksa ginjal
untuk merembeskan hormon adrenalin.
• Apabila ia berlaku, ia akan merangsang pankreas untuk mengeluarkan insulin.
• Kehadiran insulin akan menguraikan gula dalam badan dan sekali gus membina tenaga serta haba
sebagai kesan sampingan.
• Reaksi ini akan meningkatkan suhu badan dan badan akan berpeluh.
• Otak yang tegang memerlukan darah dan oksigen lalu memaksa jantung untuk bekerja lebih keras.
• Disebabkan otak memerlukan oksigen lebih banyak, pengucap terpaksa bernafas dengan laju
sehingga tercungap.
PUNCA GUGUP
• Kegugupan berpunca daripada perasaan tegang yang dirasakan pada otak.
• Ketegangan ini berpunca daripada:
• Minda
• Tubuh badan
• Ketegangan yang berpunca daripada minda kebiasaannya berpunca daripada desakan sebelum
atau semasa berucap. Desakan ini boleh jadi apabila pengucap diminta berucap ketika beliau tidak
bersedia
• Selain itu, pengucap yang tidak yakin pada penyampaiannya juga akan menyebabkan kegugupan.
Pengucap takut sekiranya saranannya, usulnya bahkan bahasanya tidak sampai dan ditolak oleh
audiens.
• Tubuh badan yang tidak bersedia juga menjadi punca kegugupan. Jadi, pengucap perlu berada
dalam keadaan cukup tidur dan tidak menlazimi penggunaan ubat-ubatan yang menyebabkan
pengucap boleh hilang fokus.
ULANG INGAT
Terangkan apa itu gugup dalam satu
ayat.
ULANG INGAT
Terangkan bagaimana gugup boleh terjadi?
RISIKO TIDAK DITANGANI DENGAN
BERHEMAH: SEBELUM UPACARA
• Dalam situasi debat atau pidato, pengucap yang gugup akan memberi isyarat halus kepada pihak
lawan yang menandakan pengucap berada pada posisi yang mudah goyah.
• Sekiranya keadaan ini berlaku, pihak lawan akan lebih yakin untuk memberi hujah dari pelbagai
aspek.
• Selain itu, pengucap tidak akan menggunakan kesempatan yang ada sebelum berucap untuk
beramah mesra dengan hadirin yang hadir pada majlis tersebut. Pengucap akan tertumpu kepada
latihan meskipun sudah berlatih 1000 kali.
• Tujuan pengucapan awam bukanlah untuk mencari lawan, tetapi untuk membina rangkaian
komunikasi. Sekiranya pengucap gagal untuk membina rangkaian, umum akan melabelkan
pengucap sebagai seorang yang kekok sekali gus mencalarkan imej pengucap.
RISIKO TIDAK DITANGANI DENGAN
BERHEMAH: SEMASA UPACARA
• Debat atau pidato, bahkan apa-apa pengucapan awam yang lain, sekiranya didatangi gugup kepada
seseorang pengucap ketika berucap, sekiranya tidak ditangani akan mendatangkan 1001 masalah.
• 1. Penyampaian menjadi kaku
• Pengucap terlalu bergantung kepada teks (selain daripada pelaporan statistik dll) dan tidak kreatif dalam
menyampaikan hujah
• Pengucap berasa lebih elok dibaca untuk menutup kegugupan (hakikatnya tidak!)
• 2. Pengucap tidak mesra-hujah (debate-friendly)
• Pengucap terdedah kepada perasaan pesimis dan rasa diri diprovok sekiranya diajukan bangkangan.
• Kadangkala pengucap mengutarakan idea-idea yang tidak efektif sekadar untuk menjawab soalan
audiens.
RISIKO TIDAK DITANGANI DENGAN
BERHEMAH: SELEPAS UPACARA
• Tiada tautan terbina antara audiens dengan pengucap.
• Mungkin sebahagian infonya sampai kepada audiens tetapi tidak semua yang akan dapat
memahami secara emosi apa yang disampaikan.
• Lagi tragis sekiranya info yang disampaikan itu sekadar dibaca dari teks. Langsung hilang emosinya.
• Perkara sebegini boleh berulang pada pengucapan seterusnya andai pengucap tidak mengambil
langkah pencegahan.
KAEDAH MENGATASI GUGUP
• PERSEDIAAN BAHAN
• Pastikan bahannya sudah disediakan dengan baik.
• Bahan pengucapan sudah dilakukan semakan fakta atau fact-check.
• Buat penyusunan yang betul terhadap bahan pengucapan.
• Pastikan ada contoh atau petikan dalam setiap kepala hujah kerana tanpa contoh dan huraian, audiens
tidak akan memahami apa yang ingin diperkatakan oleh pengucap.
• Pastikan kandungan tidak terlalu panjang dan bijak menganggarkan masa berdasarkan teks yang telah
dibina.
KAEDAH MENGATASI GUGUP
• PERSEDIAAN KENDIRI
• Sihat dan cergas
• Minda akan menjadi cerdas
• Berlatih berucap di hadapan cermin
• Panggil ahli keluarga atau kenalan terdekat untuk dijadikan sebagai mock audience.
• Laksanakan tongue-twister atau penyebutan kata-kata yang sukar disebut dengan pantas:
• Buaya-biawak,
• Babu bebal bubuh bubur bibir baba,
• cuka-kicap,
• kambing-kerbau,
• lori lalu lalang layu,
• kakak ku kata kaki ku kotor, ku kikis kotor kuku kaki ku.
• Buat senaman kecil sebelum berucap.
KAEDAH MENGATASI GUGUP
• AUDIENS
• Dapatkan maklumat tentang siapakah yang bakal menjadi audiens kita.
• Ia secara tidak langsung boleh memudahkan kita untuk melaraskan semula penggunaan kosa kata dan
kata aluan agar hujah yang disampaikan itu dapat difahami sepenuhnya oleh mereka yang mendengar.
• Sekiranya kita merasakan audiens kita menerima apa yang kita sampaikan, kita akan rasa terdorong untuk
meneruskan ucapan lantas melupakan segala keresahan dan kegugupan.
ULANG INGAT
Apakah dua kaedah untuk mengatasi gugup?
PERSEDIAAN SEBENAR DAN
PERSEDIAAN DUNNING-KRUGGER
• Persediaan sebenar adalah persediaan rapi dengan minda yang bersedia dan tubuh badan cergas
dan cerdas.
• Ia seperti kelaziman pengucap di televisyen yang yakin dan mantap ketika berucap.
• Persediaan rapi bahan pengucapan dan mental membolehkan pengucap untuk menyampaikan
dengan baik dan boleh difahami audiens.
• Persediaan yang rapi membolehkan pengucap untuk memperbaharui atau mengolah teks ucapan
berdasarkan kepada suasana majlis.
• Meskipun berlaku gugup, pengucap yang telah melakukan persediaan tahu untuk mengendalikan
kegugupan ketika majlis berlangsung. Sebagai contoh pengucap ini kebiasaannya memilih untuk
bertentang mata dengan audiens yang mesra dan ada riak muka yang positif. Ia adalah penawar
kepada kegugupan.
PERSEDIAAN SEBENAR DAN
PERSEDIAAN DUNNING-KRUGGER
• Persediaan Dunning-Krugger adalah terma baharu.
• Ia adalah gabungan dua nama Dunning dan Krugger.
• Kajian mereka berdua berkaitan tentang kajian kognitif.
• Persediaan jenis Dunning-Krugger adalah persiapan yang perlu dielakkan oleh sesiapa sahaja.
• Ia mempengaruhi minda dengan meyakini bahawa dirinya telah pun bersedia tetapi sebaliknya
tidak.
• Pengucap yang tertipu dengan mindanya bakal gugup ketika membahaskan hujahnya dan akan
mengalami mental-block.
MENGATASI “AAAAH”
• Ada suatu ketika, minda kita terhenti dari fokus kepada bicara.
• Menjadikan kita termanggu memikirkan apa yang hendak
diperkatakan.
• Ini yang dikenali sebagai mental-block. Hujah mudah dipatahkan
seandainya pengucap gagal untuk menyelesaikan masalah ini.
• Terdapat beberapa cara untuk mengatasi mental-block.
KAEDAH KAD
NOTA
• Pengucap yang mahir dan senior dalam perucapan
pun masih membawa kad nota.
• Tujuannya adalah untuk memastikan semua idea-
ideanya disampaikan.
• Ia juga sebagai peringatan kepada pengucap bahawa
ada idea-idea lain yang ingin disampaikan dan secara
tidak langsung pengucap akan cakna kepada
peruntukan masa yang diberikan.
• Kad nota adalah elemen penting dalam teks dan
bukan keseluruhan ucapan.
KAEDAH
RINGKASAN
TEKS
• Seandainya pengucap tidak mempunyai
masa untuk menganalisis teks yang
diberikan, boleh sahaja untuk meringkaskan
teks dengan melabelkan ucapan penting.
• Kebiasaanya teks ini hadir daripada pihak
lain yang bukan disediakan oleh kita.
• Jadi, kaedah ini memainkan peranan penting
bagi membantu kita focus dalam ucapan dan
menyampaikan tautan idea.
KAEDAH
ULANG INGAT
• Sekiranya kita terlupa untuk membawa teks
atau kad nota, antara kaedah lain untuk ingat
adalah ulang semula idea-idea yang sudah
disampaikan dalam minda.
• Tautan idea ini lazimnya ada perkaitan antara
satu sama lain.
• Isu besar membawa kepada isu kecil atau
sebaliknya.
ULANG INGAT
Apakah itu blok mental atau mental
block?
ULANG INGAT
Apa kaedah untuk mengatasi blok
mental?
Ayuh cuba bercakap!
• Anda akan diberi masa selama 10 minit untuk menyediakan ucapan
berkaitan:
• Pengenalan diri
• Nama
• Umur
• Program major
• Dari wilayah…?
• Kenapa kamu mengambil kursus ini?
• Apa yang kamu jangkakan sebelum masuk ke kelas ini?
KESIMPULAN
• Pelajar telah didedahkan tentang penyakit gugup.
• Kegugupan boleh berlaku sekiranya tiada persediaan mental dan tubuh badan.
• Pengucapan awam memerlukan seseorang pengucap itu untuk bersedia secara rapi.
• Keyakinan terlalu tinggi tanpa ada persediaan boleh menyebabkan pengucap gagal untuk
merancang penyampaian hujah.
• Beberapa kaedah telah diterangkan untuk mengatasi blok mental.
• Dengan asas yang telah disampaikan ini, diharapkan pelajar untuk sentiasa dalam keadaan bersedia
sebelum hadir ke podium!
Refleksi #1
• So far, do you have a basic understanding of what is nervous?
• So far, do you understand how to overcome nervous?
• Can you overcome your nerves if you were chosen to speak in public?
• What would you do if you were told to speak without adequate preparation?
Refleksi #2
• What are the potential advantages of course delivery?
• What could be made better?
• What would you choose if you were given a difficulty rating of 1-10, with 1 being
the most difficult and 10 being the easiest?

Anda mungkin juga menyukai