Anda di halaman 1dari 37

DBF 4113 PENGURUSAN OPERASI

BAB 5 PENGUKURAN KERJA


Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat :

a) Mentakrif maksud pengurusan kerja


b) Mengenal pasti kepentingan pengukuran kerja
c) Memahami kaedah mengukur standard kerja
d) Menjelaskan masa rehat dan jenis-jenis masa rehat
e) Menganalisis pengukuran kerja
5.1 PENGENALAN KEPADA PENGUKURAN KERJA
(OVERVIEW of WORK MEASUREMENT)

Tahukah anda bagaimanakah syarikat penghantaran pizza


mendapat idea berkenaan dasar
‘Penghantaran dalam Tempoh 30 Minit’? Bagaimanakah pihak
syarikat dapat menjamin tempoh 30 minit merupakan jangka
masa yang sesuai untuk satu penghantaran? Bagaimanakah
syarikat dapat menganggar tempoh tersebut?

Jawapannya bagi persoalan-persoalan di atas ialah


pengukuran kerja. Kebanyakan syarikat yang berjaya, sama
ada berasaskan pengeluaran/pengilangan atau
berorientasikan-perkhidmatan, bersaiz besar atau kecil, telah
menerapkan teknik pengukuran kerja
untuk menentukan satu rangka kerja yang lengkap bagi
sesuatu tugas.
5.1 PENGENALAN KEPADA PENGUKURAN KERJA
(OVERVIEW of WORK MEASUREMENT)

Pengukuran kerja melibatkan anggaran sejumlah usaha manusia


yang diperlukan untuk menghasilkan satu unit ouput khusus
melalui satu operasi. Amaun masa tersebut biasanya
dilakukan oleh seorang pekerja terlatih, dalam suasana bekerja
biasa, untuk menghasilkan satu unit output dikenali sebagai
standard kerja.
Pengurus operasi menggunakan standard kerja ketika
mengumpuk (assigning) kerja kepada para pekerja, mewujudkan
jadual kerja dalam jabatan dan menilai prestasi mereka.
Perlu diketahui, satu standard kerja yang sah mesti menuruti
dua (2) syarat seperti di bawah:

a) Masa yang dilakukan oleh seorang pekerja terlatih (Time


taken by a well-trained worker) .

Seorang pekerja terlatih merupakan pekerja yang memiliki


pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan kerja tersebut.
Seorang pekerja baharu (iaitu pelatih) tanpa apa-apa
pengalaman atau pengetahuan tidak dianggap sebagai seorang
pekerja terlatih.
b) Pengoperasian di bawah suasana kerja biasa

Suasana bekerja biasa bermaksud keadaan persekitaran kerja


. tersebut dijalankan, melibatkan kelembapan, suhu, warna, hingar dan
lain-lain faktor fizikal yang mempengaruhi suasana tempat itu. Satu
kerja yang dilakukan dalam suasan hingar boleh mengganggu
pekerja (iaitu pekerja tersebut mungkin mengambil masa lebih lama
untuk menyelesaikan kerja disebabkan bunyi bising). Oleh itu, tidak
dianggap sebagai suasana kerja biasa
5.2 KEPENTINGAN PENGUKURAN KERJA (IMPORTANCE of
WORK MEASUREMENT)

a) Perancangan tenaga kerja (Manpower planning)


Data pengukuran kerja digunakan untuk merancang tenaga kerja. Ia dapat
menyediakan maklumat berkenaan jumlah jam yang diperlukan untuk menjalankan
sesuatu kerja. Dengan maklumat ini, pengurus dapat menganggar jumlah dan jenis
pekerja yang diperlukan bagi sesuatu kerja. Ia memastikan tidak akan ada lebihan staf.

Contohnya, seorang pengurus menganggar seorang pekerja boleh menghasilkan satu


unit produk bagi setiap dua jam. Oleh itu, empat unit boleh dihasilkan oleh seorang
pekerja dalam tempoh bekerja 8 jam. Jika pengurus bercadang untuk menghasilkan
100 unit produk dalam tempoh sehari, maka sebanyak 25 orang pekerja diperlukan.
Data pengukuran kerja juga digunakan untuk menganggar bilangan mesin dan
peralatan yang diperlukan pada masa akan datang.
5.2 KEPENTINGAN PENGUKURAN KERJA (IMPORTANCE of
WORK MEASUREMENT)

b) Perancangan & penjadualan pengeluaran (Production planning & schedulling)


Data pengukuran kerja digunakan ketika merancang dan menjadualkan pengeluaran.
Data ini boleh digunakan untuk menetapkan standard pengeluaran. Penjadualan
bermaksud menentukan masa mula dan tamat bagi setiap kerja, dan ia tidak boleh
dilakukan tanpa merujuk data pengukuran kerja.

Sebagai contoh, penerbitan sesebuah buku melibatkan lima unsur kerja, bermula
dengan menaip satu manuskrip dan berakhir dengan menjilid buku. Data pengukuran
kerja dapat membantu pengurus untuk menganggar satu masa standard untuk setiap
elemen kerja, seterusnya membantu pengurus menjadualkan permulaan setiap kerja
secara berturutan sehinggalah keseluruhan proses penerbitan selesai.
5.2 KEPENTINGAN PENGUKURAN KERJA (IMPORTANCE of
WORK MEASUREMENT)

c) Menanggar kos pengeluaran (Estimating production costs)


Data pengukuran kerja dapat membantu pengurus untuk menganggar kos
pengeluaran. Ia penting kerana dapat menyediakan data yang tepat mengikut masa
pengeluaran. Pertama, data ini memudahkan pengurus menganggarkan kos tenaga
kerja. Kedua, kos tak langsung seperti penggunaan bahan api dan kuasa, sewa dan gaji
pekerja, dan juga lain-lain kos juga bergantung kepada faktor-faktor masa pengeluaran.

Berdasarkan contoh sebelum ini, penerbitan sesebuah buku dianggarkan seorang


pekerja dapat menghasilkan empat unit produk sehari. Jika 2000 unit produk
diperlukan dalam tempoh sebulan , pihak syarikat perlu mengupah 20 orang pekerja
(anggap tempoh bekerja 25 hari sebulan; 80 unit produk perlu disiapkan dalam sehari).
Jika seorang pekerja dibayar sebanyak RM1,000 sebulan, maka jumlah kos gaji
dianggarkan sebanyak RM20,000 satu bulan.
5.2 KEPENTINGAN PENGUKURAN KERJA (IMPORTANCE of
WORK MEASUREMENT)

d) Asas untuk insentif (Basis for incentive)


Data pengukuran kerja digunakan untuk mewujudkan skema-skema insentif
pekerja. Skema-skema insentif ini diwujudkan supaya pekerja menjalankan
tugasnya dengan lebih baik. Pihak syarikat boleh mengenal pasti pekerja-
pekerja cekap dan memberi mereka kadar upah yang lebih tinggi. Pengukuran
kerja menetapkan masa standard untuk kerja tertentu.

Sesiapa yang dapat menyiapkan tugas mereka dalam tempoh masa standard
atau lebih pantas akan dianugerahkan gaji lebih tinggi. Tindakan ini dapat
menggalakkan semua pekerja melakukan tugas mereka dengan lebih cekap.
5.2 KEPENTINGAN PENGUKURAN KERJA (IMPORTANCE of
WORK MEASUREMENT)

e) Latihan pekerja (Training for employees)

Pengukuran kerja membantu pengurus untuk melatih pekerja, terutamanya


pekerja baharu. Pengurus dapat membahagi keseluruhan kerja dalam bentuk
elemen-elemen kecil (bahagian-bahagian). Ia dapat memerincikan lagi setiap
elemen tugas. Seterusnya, memperincikan bagaimana setiap elemen tersebut
dilakukan, masa yang diperlukan untuk setiap elemen, mesin dan alatan yang
terlibat dalam setiap elemen, serta lain-lain maklumat yang digunakan untuk
melatih para pekerja.
5.3 KAEDAH MENGUKUR STANDARD KERJA (METHOD IN
MEASURING WORK STANDARD)

Penetapan atau pengukuran standard kerja boleh dilakukan melalui pelbagai


kaedah iaitu Pengalaman Lalu (Historical Experience), Kajian Masa Pratentu &
Pergerakan (Predetermined Time & Motion Studies), Persampelan Kerja (Work
Sampling) dan Kajian Masa (Time Study).
5.3 KAEDAH MENGUKUR STANDARD KERJA (METHOD IN
MEASURING WORK STANDARD)

a) Pengalaman lalu (Historical experience)

Standard kerja boleh dianggarkan berdasarkan pengalaman lalu, iaitu


bagaimanakah jam-pekerja yang diperlukan untuk melakukan sesebuah kerja
sebelum ini. Penganggaran menggunakan kaedah ini adalah mudah dan mesra-
kos (cost-effective), kerana data masa lalu biasanya tersedia menerusi kad waktu
(time card) atau rekod pengeluaran (production record). Namun begitu, sumber-
sumber ini tidak bersifat objektif dan kita tidak tahu ketepatannya (sama ada ia
mewakili pergerakan kerja yang munasabah atau lambat dan sama ada situasi
luar jangka telah dipertimbangkan atau tidak). Disebabkan faktor-faktor ini tidak
diketahui, maka penggunaan sumber-sumber ini tidak digalakkan.
5.3 KAEDAH MENGUKUR STANDARD KERJA (METHOD IN
MEASURING WORK STANDARD)

b) Kajian masa pratentu dan pergerakan (Predetermined time and motion studies)

Kaedah ini melibatkan pengagihan dan pengumpukan satu tugas tertentu menjadi
elemen-elemen asas lebih kecil yang sudah ada masa bekerjanya. Untuk
menganggar masa diperlukan untuk satu tugas tertentu, faktor masa bagi setiap
elemen asas digabungkan.

Contohnya, di restoran, pengurus boleh mewujudkan satu masa standard untuk


tempahan pelanggan yang lengkap yang melibatkan gabungan elemen-elemen asas
ini, iaitu mengambil tempahan, menyediakan minuman dan menyediakan makanan.
Untuk menentukan masa diperlukan bagi keseluruhan tugas, pengurus perlu
menggabungkan kesemua faktor masa bagi setiap elemen kerja yang terlibat.
Mungkin ada berlakunya beberapa pengubahsuaian, yang mana bergantung kepada
bilangan tempahan yang diterima.
5.3 KAEDAH MENGUKUR STANDARD KERJA (METHOD IN
MEASURING WORK STANDARD)

c) Persampelan Kerja (Work sampling)

Persampelan kerja ialah satu teknik statistik untuk menentukan peratus masa yang
digunakan oleh pekerja ketika menjalankan pelbagai aktiviti kerja (seperti
menghidupkan mesin, memasang komponen, faktor-faktor masa melahu dan lainlain).
Pemerhatian rawak digunakan untuk merekod aktiviti-aktiviti yang dilakukan
oleh pekerja.

Untuk mendapatkan ketepatan statistik, pemerhatian mesti


dijalankan secara rawak sepanjang tempoh kajian. Hasil kajian digunakan untuk
menentukan bagaimanakah pekerja mengagih masa kerja mereka terhadap
pelbagai aktiviti-aktiviti kerja.
5.3 KAEDAH MENGUKUR STANDARD KERJA (METHOD IN
MEASURING WORK STANDARD)

d) Kajian Masa (Time study)


Kajian masa melibatkan rakaman masa yang diperlukan oleh seorang pekerja untuk
menyelesaikan satu tugas, dengan mengambil kira masa rehat, kemudian
menganggar jumlah masa diperlukan untuk melakukan kerja tersebut. Kajian masa
ini merupakan satu teknik pengukuran kerja yang merekod masa dan kadar kerja
elemen-elemen kerja tertentu, dijalankan dengan suasana kerja tertentu.
Kemudian, data dianalisis supaya masa kerja yang dilakukan mengikut tahap
prestasi yang dikehendaki. Terdapat tiga (3) konsep masa dalam kajian masa iaitu:

• Masa pemerhatian (Observed time)

Masa yang diambil ketika seorang pekerja diperhatikan, biasanya


menggunakan jam randik, ketika pemerhatian berlangsung.
5.3 KAEDAH MENGUKUR STANDARD KERJA (METHOD IN
MEASURING WORK STANDARD)

• Masa (biasa) asas (Basic [normal] time)

Masa bekerja seorang pekerja yang layak/sah/terlatih (qualified worker)


menyelesaikan satu kerja berdasarkan pergerakan kerja dengan suasana
kerja biasa.

• Masa standard (Standard time)

Masa bekerja seorang pekerja yang layak/sah/terlatih untuk menyelesaikan


satu tugas, dengan mengambil kira beberapa masa rehat
5.4 MASA REHAT & JENIS-JENIS MASA REHAT (ALLOWANCE &
TYPES of ALLOWANCES)

Masa rehat (allowance) yang dimaksudkan di sini ialah memberikan pekerja


rehat sebentar (masa tambahan/extra time) untuk memenuhi keperluan
peribadi, seperti makan tengah hari atau minum pagi dan lain-lain. Ia
bertujuan untuk mengatasi keletihan atau kelesuan. Semua pekerja
berhak mendapat beberapa masa rehat. Terdapat beberapa jenis masa rehat,
mengikut keperluannya seperti:

a) Masa rehat relaksasi (Relaxation allowance),


b) Masa rehat luar jangka/kontigensi (Contigency allowance)
c) Masa rehat proses (Process allowance)
d) Masa rehat dasar/polisi (Policy allowance)
5.4 MASA REHAT & JENIS-JENIS MASA REHAT (ALLOWANCE &
TYPES of ALLOWANCES)

5.4.1 Masa rehat relaksasi (Relaxation allowance)


Masa rehat yang diberikan kepada pekerja untuk melepaskan lelah atau mengatasi
keletihan, seperti makan tengah hari, sembahyang dan melepaskan hajat di
tandas.

5.4.2 Masa rehat luar jangka/kontigensi (Contigency allowance)


Masa tambahan yang diberikan kepada pekerja untuk membetulkan kecacatan
kecil (minor defect) dalam produk, atau peralatan atau pun untuk mengambil item-
item tertentu, seperti alat atau bahan. Contohnya masa tambahan yang digunakan
untuk membaiki mesin.
5.4 MASA REHAT & JENIS-JENIS MASA REHAT (ALLOWANCE &
TYPES of ALLOWANCES)

5.4.3 Masa rehat proses (Process allowance)


Masa tambahan yang diberikan kepada pekerja yang melibatkan masa tak-kerja
(nonworking time) di sebabkan kebiasaan dalam kerja tersebut. Contohnya,
sesetengah mesin perlu dihidupkan seketika (warm-up) dianggap sebagai masa
rehat proses.

5.4.4 Masa rehat dasar/polisi (Policy allowance)


Masa rehat yang diberikan kepada pekerja berdasarkan peraturan buruh atau
permintaan kesatuan pekerja (trade union). Sebagai contoh, sesebuah organisasi
memerlukan para pekerjanya bekerja lebih masa (extra work) pada hujung bulan
untuk memenuhi permintaan pengeluaran. Masa kerja tambahan ini dikenali
sebagai masa rehat dasar/polisi. Maka para pekerja mesti dibayar mengikut kadar
lebih masa (overtime).
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

Terdapat dua (2) kaedah umum yang digunakan untuk mengukur standard kerja iaitu
persampelan kerja dan kajian masa.

5.5.1 Kaedah Persampelan Kerja (Work Sampling Method)


Berdasarkan kaedah ini, pengurus mesti menentukan bilangan pemerhatian (saiz sampel
diperlukan) yang dikehendaki. Formula yang terlibat ialah;
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

Contoh 5-1
Seorang pengurus operasi bagi sebuah kilang pembuatan kereta mahu menentukan
peratus masa pekerjanya yang bekerja dan melahu. Pengurus menganggarkan para
pekerja melebihi 20% dari tempoh masa kerja yang ditentukan. Berapakah pemerhatian
yang diperlukan sekiranya pengurus mahukan 95.45% tahap keyakinan dan tahap ralat
sebanyak 4%.
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

5.5.2 Kaedah Kajian Masa (Time Study Method)

Dibawah, merupakan formula yang terlibat dalam pengiraan kaedah kajian masa;
a) Masa Pemerhatian Purata (Average Observed Time)

= JumlahMasa Pemerhatian
BilanganPemerhatian

(tidak termasuk masa luar masa)

= Summation of Observed Time


Number of Observation

(excluding abnormal time)


Masa luar masa (abnormal time) ialah nilai masa ekstrim atau luar biasa, sama ada tinggi
atau rendah, bagi mana-mana elemen kerja dan patut dikeluarkan dalam pengiraan.
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

b) Masa (Biasa) Asas (Basic (Normal) Time)

= Masa PemerhatianPurata x Kadar Pemerhatian


Kadar Standard

= AverageObservedTime xObserved Rate


Standard Rate

• Kadar standard ialah 100%

Masa standard = Masa (biasa) asas x (1 + Faktor Masa Rehat)


5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

c) Faktor Masa Rehat (Allowance Factor) - (%)


= JumlahMasa Rehat
JamBekerja per Hari x 100

= Summationof Allowance
Working Hours per Day x 100

** dikira dalam minit atau saat


5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

d) Ouput Standard Harian (Daily Standard Output)***


= JamBekerja per Hari
Masa Standard
**
= Working Hours per Day
StandardTime

** Berubah mengikut keperluan


5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

e) Bilangan Pekerja Diperlukan untuk Memenuhi Output


Sasaran per ***Hari

= Output Sasaran per Hari


Output Standard Harian
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)

Contoh 5-2
Jadual 5.1 di bawah merupakan data satu pemerhatian kajian masa
bagi proses pembuatan perabot.
Amalan bagi kilang ini ialah membenarkan para pekerja rehat(makan) 30
minit dan urusan
peribadi 18 minit setiap hari. (Anggap 8 jam bekerja dalam sehari dan 5 hari
bekerja dalam
seminggu).
a) Kira faktor masa rehat
b) Kira masa biasa bagi proses tersebut
c) Kira masa standard untuk menyelesaikan satu unit produk
d) Kira output hari per pekerja
e) Berapa ramai pekerja yang diperlukan untuk menghasilkan sebanyak 600
unit dalam seminggu?
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)
5.5 ANALISIS PENGUKURAN KERJA (WORK MEASUREMENT ANALYSIS)
RUMUSAN
1. Pengukuran kerja melibatkan penentuan masa bagi seorang pekerja berkelayakan patut
menyelesaikan satu kerja lengkap dalam suasana kerja biasa.

2. Pengukuran kerja yang sah mempertimbangkan dua syarat iaitu pekerja mestilah terlatih
dan kerja mesti dijalankan dalam suasana kerja biasa.

3. Pengukuran kerja adalah penting bagi sesebuah organisasi, kerana ia dapat membantu
pengurus merancang tenaga kerja, merancang pengeluaran dan membuat jadual serta
menganggar kos pengeluaran. Ia juga merupakan asas untuk penentuan insentif dan alat
bagi latihan pekerja.

4. Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk mengukur standard kerja, seperti pengalaman lalu,
kajian masa pratentu & pergerakan, persampelan kerja dan kajian masa.
ULANG KAJI
1. Apakah yang dimaksud kan dengan pengukuran kerja? Jelaskan.
2. Kenal pasti kepentingan pengukuran kerja.
3. Jelaskan kaedah-kaedah ketika mengukur standar kerja.
4. Apakah itu masa rehat? Jelaskan.
5. Jelaskan konsep masa dalam kajian masa.
ULANG KAJI
1. Apakah yang dimaksud kan dengan pengukuran kerja? Jelaskan.
2. Kenal pasti kepentingan pengukuran kerja.
3. Jelaskan kaedah-kaedah ketika mengukur standar kerja.
4. Apakah itu masa rehat? Jelaskan.
5. Jelaskan konsep masa dalam kajian masa.
LATIHAN
1. Seorang pengurus bank XYZ, Hanisah Said, mahu menentukan peratus masa juruwang
sedang bekerja atau melahu. Beliau mencadangkan penggunaan kaedah persampelan
kerja. Dia menganggar juruwang telah melahu sebanyak 25% daripada masa bekerja.
Berapa banyak pemerhatian perlu dijalankan supaya mendapat hasil 95.45%
keyakinan dan 3% ralat?

2. Satu kajian masa telah dijalankan terhadap suatu kerja, yang mengandungi tiga tugas
berbeza. Kesemua tugas tersebut mesti lakukan mengikut turutan untuk
menghasilkan satu unit output. Pemerhati mencadangkan, mana-mana pemerhatian
luar biasa dikeluarkan daripada kajian masa. Data yang dikutip adalah seperti jadual
5.2 di bawah.
a) Kira masa biasa bagi operasi ini.
b) Kira faktor masa rehat.
c) Kira masa standard bagi kerja tersebut.
Thank You
SOALAN?

Anda mungkin juga menyukai