Anda di halaman 1dari 10

Menghadapi kesepian di

bandar

Pel- 3
(Yohanes 16:32)
PENGENALAN

• Kesepian di bandar adalah isu yang semakin meningkat di dunia –


ramai orang yang merasa sunyi yang mendalam
• Pada tahun 2020, lebih 55% penduduk dunia tinggak di kawasan
bandar, namun sebahagian besar penduduk mengalami kesunyian
• Apakah yang dimaksudkan dengan kesepian ini ?
DEFINISI
• Kesepian adalah dengan merasa terasing dari sebuah kelompok, tidak
dicintai oleh sekeliling, tidak mampu untuk berbagi masalah peribadi, rasa
berbeza dan terpisah dari mereka yang ada sekitar anda (David G. Myers,
2012).
• Bruno (2000) menyatakan kesepian adalah keadaan mental dan emosi
yang tidak stabil dan adanya perasaan terasing serta kurang hubungan
yang bermakna dengan orang lain.
• Ringkasnya, kesepian adalah emosi atau perasaan yang tenggelam, tidak
menyenangkan dan merupakan respon isolasi.
FAKTOR-FAKTOR
1. Kekurangan interaksi sosial
2. Perubahan lingkungan dan hidup
3. Kesihatan mental
4. Kehilangan makna hidup
KESAN-KESAN

• Menjejaskan kesihatan mental


• Kemurungan
• Penyakit
• Kegelisahan sosial
• Tidak percaya dengan sesiapa
• Tiada hala tuju
Bersendirian ‘vs’ kesepian
• Bersendirian adalah lebih kepada keadaan
fizikal tetapi perasaan kesepian adalah emosi
• Kadang-kadang bersendirian boleh menjadi
baik, seperti apabila kita memerlukan masa
untuk berfikir ata berdoa dalam diam seperti
Yesus pergi ke tempat sunyi untuk berdoa
(Matius 14:13).
Kita mungkin mengalami kesunyian pada satu ketika dalam
hidup dan apabila kita memerlukan sokongan daripada orang
lain, kadangkala hubungan itu rosak atau gagal.

Apabila kita berasa sunyi selepas pengalaman yang menyakitkan,


ketika itulah kita benar-benar memerlukan sokongan seseorang
yang boleh dipercayai
UBAT UNTUK KESEPIAN
• Apabila kita membaca alkitab, kita mendapati satu perkara yang
penting pada permulannya : Tuhan tidak mahu manusia hidup
bersendirian
• Kejadian 2:18-TUHAN Allah berfirman “ Tidak baik, kalau manusia itu
seorang diri saja. Aku akan menjadikan penolong baginya, yang
sepadan dengan dia”.
• Jika kita melihat dalam kisah Kej 1, kita perhatikan bahawa haiwan
dicipta dalam kumpulan – tetapi manusia diciptakan sendirian.
Namun Tuhan tahu bahawa kesepian tidak baik untuk kita jadi Dia
memutuskan untuk mencipta pasangan yang sesuai. (Kej 2:22)
• Tuhan tidak mau kita berasa sunyi namun dosa yang menjadikan kita
berasa sunyi dan merasa terputus hubungan dengan Tuhan dan orang
lain.
• Kesunyian ini juga memberi kesan kepada kesunyian rohani.
Walaupun dikelilingi oleh orang ramai dan mempunyai segala yang
mereka inginkan , mereka tidak menyedari bahawa wang mahupun
harta benda tidak dapat mengisi kekosongan itu dalam hidup mereka.
• Kesepian rohani hanya boleh diisi melalui hubungan peribadi dengan
Tuhan
KESIMPULAN
• Apabila kita mempunyai hubungan
dengan Tuhan, kita boleh bersendirian
secara fizikal tetapi tidak berasa sunyi.

• Walaupun kita menghadapi permasalahan dalam kehidupan dan tidak


mempunyai siapa-siapa untuk bergantung, percayalah bahawa Tuhan
sentiasa berada bersama dengan kita. Serahkanlah segala kekuatiranmu
kepada-Nya sebab Ia yang memelihara kamu (1 Petrus 5:7) – sudah pasti
kita tidak merasa sepi !

Anda mungkin juga menyukai