Anda di halaman 1dari 6

RANCANGAN HARIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL TAHAP 1 TAHUN 3 TARIKH TAHAP / KELAS BILANGAN MURID MASA BIDANG KEGIATAN

: : : : : : 06 OKTOBER 2010 ( HARI RABU ) TAHAP 1 / TAHUN 3 DELIMA 32 ORANG 11.00 hingga 12.00 tengah hari (1 jam) Membuat Rekaan Corak Menghasilkan corak tidak terancang dengan cara tiupan. TAJUK KONSEP UTAMA OBJEKTIF PEMBELAJARAN : : : Hasil Seni Tiupan Teknik-teknik untuk menghasilkan corak. Pada akhir pembelajaran murid dapat ; Menyedari bahawa corak boleh dihasilkan melalui penggunaan warna air. Mengecam kesan corak hasil dari tiupan warna cair dan warna pekat. Menyedari bahawa corak yang terhasil dipengaruhi oleh saiz titisan dan kekuatan tiupan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid faham dan pernah melihat corak hiasan pada kertas pembalut hadiah, kertas dinding dan corak pada kulit buku atau majalah.

PENERAPAN NILAI

Meningkatkan daya kreativiti, sifat bekerjasama dan bertolak ansur.

PERSEDIAAN GURU / ABM

: Penyedut minuman (straw) Warna air Kertas Lukisan Contoh-contoh bahan yang telah siap. Slaid power point

PERSEDIAAN MURID

: Penyedut minuman (straw) Kertas Lukisan Warna air

BUTIRAN KEGIATAN Set Induksi

HASIL PEMBELAJARAN

STRATEGI PENGAJARAN

Aras 1 1. Membuat senaman ringan (a) kelembutan tangan (b) Menghembus tarik dan lepaskan nafas melalui mulut 2. Berbincang bersama murid tentang bagaimana untuk menghasilkan suatu corak yang tidak terancang. Aktiviti 2 Aras 2 1. Guru memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dijalankan. 2. Guru menunjukkan beberapa keping slaid contoh hasil-hasil aktiviti. 3. Guru menerangkan tentang alat dan bahan yang akan digunakan untuk membuat corak dari tiupan pada warna di atas kertas lukisan. - Murid melihat slaid yang ditayangkan dengan tumpuan sepenuhnya. BBM slaid powerpoint tentang cara menghasilkan seni corak tiupan. - Murid mendengar penerangan guru dengan penuh minat. Direktif / pemerhatian - Murid dapat mengaitkan hasil kerja dengan kegunaan bahan Fungsi produk Strategi kontekstual - Melonggarkan otot tangan untuk menjalankan aktiviti seni - Kelas Kecerdasan pelbagai

Membancuh warna cair dan 4. Guru menunjukkan langkah- langkah untuk menghasilkan corak tiupan warna. pekat Guru menunjukkan cara membancuh warna dengan betul. Guru menunjukkan cara mengambil warna dan meletakkan pada kertas lukisan dan cara meniup dengan betul.

Meniup titisan warna menggunakan penyedut minuman (straw) ke pelbagai arah atas permukaan lukisan.

Hasil kerja yang telah siap perlu dikeringkan.

Contoh hasil seni tiupan.

Contoh hasil seni tiupan.

Aktiviti 3

Aras 3 Pembelajaran Akses Kendiri -bertanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri untuk menghasilkan tugasan.

1. Guru memerhati murid menjalankan aktiviti. 2. Guru membimbing murid yang belum mencapai tahap. 3. Guru membuat pengayaan kepada murid yang sudah mencapai tahap

- Murid menjalankan aktiviti menghasilkan corak melalui teknik tiupan dengan bimbingan guru. - Murid yang telah mencapai tahap, guru akan memberi pengayaan dengan beberapa orang murid melakukan aktiviti yang sama ke atas kertas mahjong.

Sesi Apresiasi dan Refleksi

1. Guru meminta beberapa orang murid untuk menerangkan tentang hasil seni yang telah mereka hasilkan.

- Murid dapat melahirkan perasaan, pendapat atau pandangan tentang hasil seni kawan-kawan.

Teori kecerdasan pelbagai -Kecerdasan Verbal Linguistik -Kecerdasan Interpersonal dan intrapersonal.

2. Guru memilih beberapa hasilan seni murid untuk sesi perbincangan baik, sederhana dan kurang mencapai tahap. 3. Guru mempamerkan hasil kerja murid dan berbincang bersamasama murid tentang hasilan seni kawankawan mereka. 4. Guru merumuskan ketiga-tiga kategori hasilan murid.

- Murid akan dapat menyatakan tentang kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada hasil kerja seni mereka.

Penutup

- Kognitif Guru menayangkan slaidsalid hasil seni lukisan tiupan yang diperolehi dari internet.

Anda mungkin juga menyukai