Anda di halaman 1dari 3

2.

Konsep-konsep hijrah

Sabda Rasuluallah SAW bermaksud, Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan kota Makkah, tetapi hijrah yang tetap ada adalah jihad dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) ; dan apabila dipanggil untuk berjihad (atau sebagainya) , hendaklah kamu bersiap sedia. Pada malam 27 bulan Safar tahun keempat belas tahun kebangkitan baginda bersamaan 12 atau 13 September tahun 622 Masihi baginda tiba di rumah Abu Bakar as-Siddiq merupakan sahabat yang paling dipercayai oleh baginda. Kemudian mereka berdua beredar keluar dari rumah Abu Bakar as-Siddiq dari pintu belakang, untuk lari dari Makkah sebelum fajar menyinsing. Bertepatan hari Isnin 8 Rabiulawal tahun 14 tahun kebangkitan Rasuluallah SAW, iaitu tahun pertama hijrah bersamaan 23 September 622M, Rasuluallah SAW telah sampai ke Quba. Rasuluallah SAW tinggal di Quba empat hari iaitu Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Selepas solat Jumaat, Rasulullah SAW memasuki Madinah, di mana sejak hari itu daerah yang bernama Yathrib itu dikenali sebagai Madinah. Penghijrahan ini dilakukan secara rahsia dan beperingkat-peringkat. Nabi Muhammad SAW berhijrah bersamasama sahabatnya Abu Bakar al-Siddiq, selepas penghijrahan orang Islam yang lain. Orang Islam telah berhijrrah dari Makkah ke Madinah pada 1 Rabiulawal 12 September tahun 622M. Walaubagaimanapun, Umar bin al-Khattab telah berhijrah secara bersendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya. Hijrah berasal daripada perkataan Arab yang diambil dari kata dasar hajara ertinya berpindah dan kata terbitannya hijrah ertinya perpindahan (migration). Orang yang berpindah disebut muhajir (jamak: muhajirin atau muhajirun). Hijrah yang dimaksudkan di sini ialah perpindahan Nabi Muhammad SAW dan orang Islam dari Makkah ke Madinah dalam usaha memperkukuhkan kedudukan Islam serta merupakan stratergi baru untuk menyebarkan agama Islam. Dalam konteks ini, pengkaji-pengkaji sejarah telah membahagikan maksud penghijrahan Nabi Muhammad SAW kepad dua pengertian. Pertama ialah hijrah fizkal Nabi Muhammad SAW bersama-sama dengan umat Islam dari kota Makkah ke

Madinah yang bertujuan untuk mengelakkan ancaman dan penentangan musyrikin Makkah dan sebagi langkah positif untuk mengembangkan agama Islam. Pengertian yang kedua ialah perpindahan ajaran Islam dan rohani Islam. Semasa di kota Makkah, ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW hanya memusat kepada ajaran akidah, tetapi di Madinah (Yathrib) ayat-ayat yang diturunkan memusat kepada undang-undang, hukumhukum dan peraturan tertentu.Penghijrahan juga mempunyai pengertian yang lebih luas dan mendalam, iaitu perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan dan kejahatan. Hijrah juga boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan ini boleh berlaku dengan pelbagai keadaan seperti perubahan dari segi sikap, cara berfikir, dan tingkah laku. Tetapi para orientalis Barat mentafsirkan hijrah secara negatif, iaitu sebagai pelarian atau lari (flight). Mereka berpendapat Rasuluallah SAW dan orang Islam telah melarikan diri ke Madinah kerana takut diseksa dan diancam oleh kaum Musyrikin Quraisy. Tafsiran ini amat menyeleweng daripada maksud sebenar hijrah. Dakwaan barat ini dapat disangkal dengan menggunakan empat hujah. Pertama, penghijrahan orang Islam Makkah ke Madinah adalah kerana jemputan orang Arab Madinah seperti yang tercatat dalam Perjanjian Aqabah Kedua. Kedua, ketibaan orang Isam Makkah ke Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriahnya oleh orang Madinah. Ketiga, orang Islam Makkah diberikan tempat tinggal yang sewajarnya selain dijamin tentang keselamatan mereka oleh orang Arab Madinah. Akhirnya Rasuluallah SAW dilantik sebagai pemimpin Madinah dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam. Sebagai umat Islam kita seharusnya sedar bahawa objektif utama penghijrahan Nabi Muhammad SAW adalah berikutan dengan perintah Allah SWT. Penghijrahan Nabi Muhammad SAW ini selaras dengan wahyu yang

memerintahkan Rasuluallah SAW supaya meninggalkan kota Makkah dan menuju ke Yathrib demi kepentingan Islam. Hal ini turut dijelaskan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat ke-30. Selain itu Madiah juga sesuai sebagai tapak gerakan dakwah Islamiah kerana keadaannya yang amat sesuai dari segi politik, sosial dan juga geografi. Apabila kita melihat konsep hijrah dengan lebih meluas kita dapat mentafsirkan bahawa kita boleh menghijrahkan iman, ilmu, amal, nafsu dan akhlak kita untuk menjadi insan yang lebih baik dan dan diredai oleh Allah SWT. Selain itu, hijrah kepada sistem politik yang berasaskan sistem tauhid iaitu meletakkan Hakimiah yang paling tinggi kepada Allah SWT. Hukum-hukum Allah SWT mengatasi segala hukum-hakam manusia. Al-Quran dan hadis menjadi pegangan segala peraturan dan undang-undang. Sebagai negara yang berlandaskan Islam juga kita harus berhijrah kepada sistem ekonomi yang berasakan kepada keimanan, keadilan, menghormati hak, ihsan dan tasamuh. Meninggalkan sistem riba, mencari keuntungan sematamata dengan mengetepikan nilai murni , dan sebagainya yang menyalahi dasar Islam. Hijrah Nabi Muhammad SAW dan umat Islam dari kota Makkah ke kota Madinah boleh dianggap sebagai titik tolak kepada pembinaan dan pembangunan umat Islam. Ini boleh dijadikan contoh dan teladan bagi penjelajah dan peneroka Islam yang ingin memperbaiki nasib hidup mereka.

Anda mungkin juga menyukai