Anda di halaman 1dari 7

STORAN INGATAN

3.0 PENGENALAN

Setiap data atau arahan yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah sistem komputer akan disimpan buat sementara waktu di dalam Ingatan Utama yang juga dikenali sebagai storan primer (Primary Storage) seperti RAM dan daftar-daftar dalam CPU. Namun demikian storan jenis ini tidak kekal dan data yang disimpan olehnya akan hilang apabila sistem komputer dimatikan (OFF) atau sekiranya berlaku sebarang gangguan serius terhadap sistem komputer anda, contohnya gangguan bekalan elektrik. Oleh yang demikian sejenis storan yang mampu meyimpan data secara kekal amatlah diperlukan. Storan jenis ini dinamakan Storan Sekunder atau secondary storage. Unit ini mengenalkan beberapa jenis storan sekunder yang biasa digunakan sebagai storan tambahan bagi satu sistem komputer mikro.

3.1

KEPENTINGAN STORAN 3.1.1 Ruang Simpanan

Storan ingatan kedua boleh menyimpan data dengan banyak tetapi menjimatkan ruang pada sistem komputer itu sendiri. Contohnya sekeping cakera liut bersaiz 3 inci mampu memuatkan data bercetak sebanyak 300 muka surat di dalamnya. 3.1.2 Kesahan Data

Data yang disimpan di dalam storan jenis ini (contohnya di dalam cakera keras) lebih selamat berbanding dengan data yang disimpan dalam bentuk salinan kertas atau fail. Ini kerana storan jenis ini sukar dirosakkan oleh manusia.

3.1.3

Kebolehpercayaan

Penyimpanan data dalam storan ini memudahkan seseorang pekerja atau pengguna mencapai data atau maklumat dengan lebih pantas dan mudah. Data tersimpan juga boleh dikongsi bersama-sama pengguna yang lain. Ini meningkatkan kepercayaan dalam tugas yang dilaksanakan oleh seseorang. 3.1.4 Ekonomi

Storan ini lebih menjimatkan lokasi, ruang dan kos berbanding dengan penyimpanan data secara klasik, iaitu dengan menyimpan di dalam fail dan meletakkan fail-fail tersebut di dalam kabinet atau almari.

3.2 JENIS-JENIS STORAN INGATAN

1.1

Cakera Liut (Floppy Disc)

Cakera Liut atau disket merujuk kepada cakera yang lembut dan diperbuat dari plastik Mylar serbaguna dan flexible. Disket pertama dikeluarkan pada tahun 1971 bersaiz 8 inci yang bersalut dengan partikel bermagnet dan disimpan dalam pembalut kadbod. Seterusnya disket bersaiz 5 inci diperkenalkan pada tahun 1976 dan diikuti dengan disket bersaiz 3 pada tahun 1987. Kapasiti storan sesebuah disket boleh dilihat berdasarkan Jadual 3.1.1(a) berikut: Saiz Disket Jumlah Jumlah Kapasiti Storan Trek Bagi Sektor Setiap Bagi Setiap Permukaan Trek 5.25" Single Side 40 8 40 X 8 X 512 bait = 160 KB 5.25" Double Side 40 5.25" Double Side 80 High Density 3.5" DD 80 3.5" HD 3.5" XD Sahaja) 80 (IBM 80 9 15 9 18 36 2 X 40 X 9 X 512 bait = 360 KB 2 X 80 X 15 X 512 bait = 1.2 MB 2 X 80 X 9 X 512 bait = 720 KB 2 X 80 X 18 X 512 bait = 1.44 MB 2 X 80 X 36 X 512 bait = 2.88 MB

Jadual 3.1.1(a): Jenis-jenis disket berserta ciri-cirinya.

Rajah 3.1.1(b): Disket 3 inci dan Disket 5 inci


1.2 Cakera Keras ( Hard Disk)

Perkembangan teknologi yang pesat menyebabkan keperluan ruang storan turut meningkat. Cakera keras dapat menyimpan jumlah storan yang lebih besar kapasitinya berbanding cakera liut. Cakera keras yang pertama mula diperkenalkan pada tahun 1957 yang dikenali sebagai 305 RAMAC (Random Access Method of Accounting and Control). Ia bersaiz besar dan terdiri daripada 50 plat besi, berdiameter 24 inci dengan kapasiti storan setinggi 5 MByte. Seterusnya saiz plat besi bagi setiap cakera semakin mengecil kepada saiz diameter 14 inci dan juga 8 inci. Setiap satunya disimpan dalam bentuk menegak serta mengandungi berdozen-dozen besi yang bermagnet. Dari masa ke semasa saiz fizikal bagi cakera keras semakin mengecil dan akhirnya pada tahun 80-an ianya menjadi hanya 5 inci. Kebanyakkan cakera keras pada masa ini mempunyai saiz diameter sebesar kira-kira 3 inci sahaja. Apabila program komputer menjadi semakin kompleks, kebanyakan kapasiti storan bagi cakera keras turut meningkat dan sehingga kini ada cakera keras mempunyai ruang storan melebihi 50GB. Cakera keras secara umumnya merupakan plat besi yang diselaputi oksida bermagnet yang boleh dimagnetikkan bagi tujuan perwakilan data. Istilah keras mewakili keadaan fizikalnya yang keras berbanding cakera liut yang lembut. Ia juga mampu menampung saiz data yang lebih besar dari cakera liut dan membolehkan capaian data dilakukan dengan lebih pantas.

Rajah 3.1.2 (a) : Keadaan fizikal sebuah cakera keras

Rajah 3.1.2(b) : Tetingkap menunjukkan sistem komputer yang mengandungi dua cakera keras (Drive C dan Drive D)

1.3

Cakera Padat (CD-ROM)

Di awal teknologi penggunaan komputer, kebanyakkan program komputer dipasarkan dalam bentuk cakera liut. Namun apabila wujudnya masalah di mana program komputer semakin rumit dan memerlukan ruang storan yang lebih besar, teknologi cakera liut tidak mampu menampungnya lagi. Cakera optik atau cakera padat mula diperkenalkan ke pasaran dan mendapat perhatian ramai. Setiap format cakera memerlukan pemacu khas bagi membolehkan proses membaca atau menulis data dilaksanakan kepadanya. Pemacu ini juga mampu membaca data-data daripada CD-Audio dan CD-Video. CD-ROM mampu menyimpan data antara 650 hingga 700 MB iaitu bersamaan dengan 300,000 muka surat bercetak yang penuh dengan teks. Ia merupakan komponen baca sahaja (Read Only Memory) dan diwakili oleh Drive E pada sesebuah sistem komputer bergantung kepada sistem pengoperasian yang digunakan. Data ditulis kedalam CD-ROM menggunakan teknologi pancaran laser dan hampir sama dengan teknologi CDAudio Cuma CD-Audio mempunyai trek bagi audio sedangkan CD-ROM mampu membaca dan menyimpan data dalam bentuk teks, audio, grafik, video, animasi dan sebagainya. Kelajuan pemacu CD-ROM diukur berdasarkan kadar pemindahan datanya. Terdapat beberapa jenis CD-ROM dengan kelajuan 1X (150 Kbps), 2X (200 Kbps), 4X (600 Kbps), 10X (1500 Kbps), 52X (7800 Kbps) dan sebagainya di pasaran.

Jenis Pemacu CD-ROM

Nama

Pemacu mampu untuk:

Compact Disk - Read Membaca CD-ROM dan CD-R Only Memory

CD-ROM multiread CD-R

Compact Disk - ReadMembaca CD-ROM, CD-R dan CDOnly Memory RW Compact Disk Recordable Compact Disk ReWritetable Membaca CD-ROM, CD-R & CDRW. Mampu menulis sekali pada cakera yang dikenali sebagai CD-R Membaca CD-ROM, CD-R & CDRW. Menulis seberapa banyak kali pada cakera CD-RW

CD-RW

DVD RAM

Digital Versatile Disk -Membaca semua format CD. Random AccessMembaca DVD ROM . Membaca Memory dan menulis pada cakera DVD

Rajah 3.1.3(a) : Jadual menunjukkan jenis-jenis cakera padat dan kegunaanya.

Rajah 3.1.3(b) : Contoh pemacu cakera padat.

1.4

Lain-lain Storan Ingatan

Cakera WORM - Bermaksud cakera boleh tulis sekali baca banyak tetapi data selepas ditulis tidak boleh dipadam. Data ditulis menggunakan tenaga laser yang tinggi menggunakan alat perakam CD-ROM. Cakera R/W - Boleh ditulis dan dibaca berulang kali dengan kadar simpanan data sehingga 700 MB. Harganya lebih mahal berbanding dengan CD-ROM tetapi boleh digunakan sebagai CD R/W atau CD-R. Pita Bermagnet- Digunakan pada komputer yang banyak memproses data. Ia merupakan satu bahan storan yang murah bagi tujuan pemindahan data, salinan gantian dan simpanan data jangka panjang. Pita ini dibuat daripada Mylar (sejenis plastik) selebar inci dan setebal 1/500 inci dan kelihatan seperti pita yang digunakan oleh kaset muzik. Ia mudah rosak dan memerlukan persekitaran tanpa habuk dengan suhu dan kelembapan yang terkawal.

ZIP Disket- Merupakan salah satu storan ingatan mudah alih yang paling popular, terutamanya keluaran syarikat Iomega. Ia mampu menyimpan data diantara 100 MB hingga 250 MB dengan kos yang murah dan saiz yang kecil (3 inci).

Daftar- daftar dalam CPU Ingatan Cache Ingatan Utama (RAM & ROM) Cakera Magnetik (Hard Disk) Cakera Optik (CD, VCD, CD-ROM, VCD) Pita Bermagnet (Pita Magnetik, Cakera Liut) 3.3 PERBEZAAN JENIS-JENIS INGATAN STORAN

Peranti ingatan storan dikategorikan mengikut TIGA (3) perkara utama iaitu kepantasan, harga dan kapasiti ingatan. Jadual berikut dapat menjelaskan perbezaan jenis-jenis ingatan storan berdasarkan tiga ciri-ciri tersebut. Semakin Mahal Semakin Pantas Semakin Kecil

Semakin Perlahan Semakin Murah Semakin besar Jadual 3.3: Perbezaan Peranti Storan Ingatan

Anda mungkin juga menyukai