Anda di halaman 1dari 18

TAJUK 7 : PELABURAN

Hasil Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan maksud pelaburan 2. Menerangkan tujuan pelaburan 3. Membezakan pelabur dengan spekulator 4. Menjelaskan jenis-jenis spekulator Pengenalan Modul pembelajaran kendiri ini digubal kepada para pelajar Perdagangan Tingkatan 4 bagi memberi

pengukuhan dan membantu para pelajar memahami tajuk Pelaburan dengan lebih mendalam dan mudah. Modul ini digunakan sebagai bahan pembelajaran kepada para pelajar. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran Perdagangan iaitu di bawah tajuk Pelaburan. Bagi modul ini, kami menyediakan peta konsep terlebih dahulu bagi memudahkan pelajar untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan tentang tajuk ini. Nota ringkas disediakan untuk membantu pelajar meningkatkan kefahaman terhadap isi kandungan modul. Dalam modul ini juga pelajar akan diuji dengan pelbagai aras soalan (taksonomi Bloom) dalam siri latihan yang disediakan. Untuk menarik minat pelajar dalam mempelajari tajuk ini, modul ini juga menyediakan siri latihan berasaskan permainan. Selain itu, modul ini mudah dikendalikan oleh para pelajar serta boleh digunakan pada bila -bila masa dan dimana jua kerana tidak memerlukan aplikasi internet. Penggunaan gambar, animasi, serta warna yang menarik juga dapat menjadikan pelajar lebih tertarik untuk menggunakan modul ini. Di samping itu, modul ini melatih para pelajar berfikir secara kreatif dan kritis seiring dengan kehendak kurikulum abad ke 21. Semoga modul ini dapat memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan ke arah kecemerlangan pendidikan kepada para pelajar Tingkatan 4.

KANDUNGAN TAJUK HASIL PEMBELAJARAN PETA MINDA PENGENALAN ISI KANDUNGAN RUMUSAN GLOSARI BIBLIOGRAFI

MUKA SURAT

TAJUK : PELABURAN PETA KONSEP

DEFINISI PELABURAN

BAB 7 : PELABURAN

TUJUAN PELABURAN

JENIS SPEKULATOR

SPEKULATOR

PERBEZAAN ANTARA PELABUR DAN SPEKULATOR

PELABUR

DEFINISI PELABURAN
1. Pelaburan boleh didefinisikan sebagai menangguhkan penggunaan wang pada waktu sekarang bagi

mendapatkan pulangannya di masa hadapan . 2. Pelaburan juga merujuk kepada perbelanjaan yang dibuat pada masa sekarang untuk mendapatkan keuntungan atau pulangan pada masa hadapan. 3. Penulis Benjamin Graham dan david Dodd dalam buku mereka yang bertajuk security Analysis mendefinisikan pelaburan sebagai suatu operasi pelaburan yang

berdasarkan analisis yang mendalam , untuk menjamin keselamatan pelaburan pokok serta membawa pulangan yang munasabah. 4. Daripada definisi di atas, kita dapat simpulkan bahawa pelaburan adalah suatu kegiatan mencari keuntungan berdasarkan suatu tindakan rasional dengan mengambil kira risiko yang munasabah. 5. Perbelanjaan yang dimaksudkan adalah melibatkan pembelian asset seperti bon kerajaan , syer, debentur, harta tanah, dan komoditi.

TUJUAN PELABURAN TUJUANPELABURAN 1. Secara amnya, tujuan pelaburan ialah untuk: a) Mendapatkan pendapatan semasa dan pendapatan tetap b) Menambahkan nilai pelaburan atau keuntungan modal. 2. Pendapatan semasa ialah pendapatan yang diterima daripada suatu tempoh pelaburan yang tetap Contohnya sewa dari rumah, faedah dari simpanan tetap, hasil pertanian dari ladang dan lain-lain. 3. Menambahkan nilai pelaburan atau keuntungan modal pula ialah hasil daripada peningkatan atau pertambahan dalam nilai pelaburan daripada jumlah asalnya.

Contohnya kenaikan harga tanah, kenaikan harga syer, barangan antik dan lain-lain.

PELABUR
1. Pelabur merupakan individu atau orang persendirian yang melaburkan wang mereka sendiri. 2. Sebelum pelaburan dijalankan, analisis akan dilakukan atas pelaburan pulangan yang bagi menjamin dapat

menguntungkandan

mengaut keuntungan secara rasional. 3. Sebagai contoh, seseorang pelabur akan

membeli syer daripada syarikat yang kukuh untuk mendapatkan pendapatan semasa dan keuntungan dari modal pada jangka masa panjang.

SPEKULATOR
1. Spekulator pula ialah seseorang yang PELABUR biasanya membeli syer-syer syarikat berdasarkan khabar angin, dan harga syer sedemikian biasanya turun dan naik secara mendadak. 2. Seseorang spekulator mengaut

keuntungan mengikut dalam masa yang singkat kerana tujuan spekulator adalah untuk mendapatkan keuntungan serta merta dengan membeli syer pada harga rendah dan menjualnya apabila harga melonjak naik 3. Seorang spekulator biasanya membuat spekulasi tanpa sebarang analisis dan secara terburu-buru. Sebagai contoh membeli syer dan menjualnya dengan segera bagi mendapatkan keuntungan dalam masa yang singkat.Spekulator tidak mementingkan kemampuan syarikat untuk membayar dividen pada jangka waktu panjang.

4.

Spekulator kemungkinan besar akan kerugian pokok pelaburannya jika dia terpaksa menjual syer yang dipegang pada harga jauh lebih rendah daripada harga belian.

JENIS SPEKULATOR

1. Spekulator terdiri daripada :

a) Penelah naik (bull) Spekulator membeli syer secara besar-besaran dengan harapan harga akan naik dan menjualnya segera untuk mendapatkan keuntungan

b) Penelah turun (bear) menjual dengan syer Spekulator secara harga akan

besar-besaran akan ini turun balik turun. akan dan syer

harapan yang

Penawaran

banyak akan

menyebabkan spekulator berkenaan. c)Stag Spekulator diterbitkan membeli oleh syer syarikat baru dan

syer

akan

membeli

menjualnya pada harga yang lebih tinggi untuk mendapatkan untung

dalam jangka masa pendek.

PERBEZAAN ANTARA PELABUR DAN SPEKULATOR

PELABUR

SPEKULATOR

1. Pelabur membeli dan menjual syer berdasarkan prestasi Contohnya, keuntungan

1. Spekulator Membeli dan menjual syer berdasarkan khabar angin yang disebarkan mengenai syarikat.

syarikat. pencapaian syarikat

2. Tempoh pegangan sesuatu syer biasanya agak lama, Syer dibeli untuk disimpan dalam masa jangka bertujuan peningkatan pelaburan panjang. untuk Hal ini

2. Membeli rendah

syer dan

apabila menjual

harganya apabila

harganya tinggi dalam masa yang singkat dengan harapan harga syer maningkat atau menurun dengan cepat agar dapat memperoleh

mendapat nilai syarikat

dalam apabila

keuntungan dengan serta merta.

berkembang maju.

3. Matlamat

pelaburan

ialah

3. Matlamat pelaburan adalah untuk mendapatkan keuntungan dengan cepat

mendapat pulangan berterusan dalam tempoh yang lama.

4. Pelabur membuat kajian dan pertimbangan rasional

4. Spekulator hanya membuat ramalan harga sesuatu syer pada masa

mengenai pelaburan yang ingin diceburi

hadapan yang tidak menentu. Syer dibeli berdasarkan khabar angin

serta berita yang disiarkan oleh syarikat tentang rancangan syarikat semata-mata

5. Tidak menyebabkan harga syer turun atau naik dengan sebarang

5. Boleh

mempengaruhi

pasaran

dengan menjual dan membeli syer secara besar-besaran menyebabkan harga syer turun naik dengan

mendadak

kerana

kenaikan atau penurunan harga adalah berdasarkan kepada

mendadak.

prestasi syarikat yang dapat dijangka.

LATIHAN KENDIRI
Soalan Objektif 1) Rajah 1 berkaitan dengan aktiviti yang dapat meningkatkan ekonomi negara.

MENDAPATKAN PULANGAN PADAMASA DEPAN


Apakah aktiviti tersebut? A Pelaburan B Perniagaan (Aras Pengetahuan) C Penswastaan D Perdagangan

2) Antara yang berikut, manakah yang merupakan ahli spekulasi? I Penelah naik

II Penelah turun III Stag IV Broker A I, II, dan III B I, II, dan IV (Aras Kefahaman) C I, III, dan IV D II, III, dan IV

3) Zulkifli membeli sebuah rumah pada harga RM300,000.00. Beliau menjual rumah itu pada harga RM450,000.00 selepas 2 tahun. Berapakah keuntungan modal beliau? A RM450,000.00 B RM750,000.00 C RM150,000.00 D RM600,000.00

(Aras Aplikasi)

4)

Seorang yang berhati-hati. Membuat analisis kewangan. Membeli syer jangka panjang
Siapakah X ?

A Broker B Pelabur

C D

Remiser Spekulator

(Aras Analisis)

4) Antara yang berikut, manakah yang merujuk kepada aktiviti pelaburan? I Membeli rumah untuk disewakan.

II Membeli saham untuk mendapatkan pulangan dalam bentuk dividen. III Membeli harta tanah dengan tujuan dijual sebaik sahaja harga naik. IV Melabur dalam mata wang asing tanpa mengambil kira keadaan ekonomi. A I, dan II B I, dan III C II dan III D I dan IV

(Aras Sintesis)

5) Pada pendapat anda, apakah tujuan analisis kewangan dan analisis bukan kewangan dilakukan? A Mengurangkan risiko kerugian B Memperolehi ilmu pengetahuan C Mendapat pulangan dividen dan syer D Mencari kelemahan pesaing dalam pelaburan

(Aras Penilaian)

SOALAN ESEI

SOALAN 1 Terangkan maksud pelaburan dan matlamatnya (Aras Pengetahuan) SOALAN 2 Apakah maksud pelabur dan spekulator beserta dengan contohnya? (Aras Kefahaman)

SOALAN 3 Mus Jamal membeli sebuah rumah pada harga RM100,000.00. Rumah itu disewakan selama 2 tahun dengan sewa tahunan RM 3,000.00 . Rumah itu kemudian dijual pada harga RM120,000.00. Hitungkan jumlah pulangan daripada pelaburan itu (Aras Analisis) SOALAN 4 Pernyataan berikut berkaitan dengan pelaburan.

PELABUR BERBEZA DENGAN SPEKULATOR KERANA SPEKULATOR MEMBELI SAHAM UNTUK TUJUAN SPEKULASI

Berdasarkan pernyataan di atas, terangkan perbezaan antara pelabur dan speculator (ARAS SINTESIS) SOALAN 5

SKEMA JAWAPAN SOALAN ESEI


SOALAN 1 - Pelaburan bermaksud sebagai suatu tindakan menangguhkan penggunaan wang pada masa ini dengan harapan untuk mendapat pulangan pada masa akan datang. - Matlamat pelaburan adalah untuk mendapatkan dua bentuk pulangan , iaitu pendapatan semasa dan keuntungan modal.

SOALAN 2 1) Pelabur mengaut keuntungan secara rasional. - Pertimbangan dan penganalisisan secara teliti dijalankan sebelum pelaburan dibuat. - Contohnya, membeli syer syarikat yang kukuh untuk mendapat pendapatan semasa dan keuntungan modal dalam jangka masa panjang

2) Spekulator mengaut keuntungan secara serta merta/ sentimen/ jangka mas pendek - Spekulasi dilakukan tanpa penganalisisan dan secara terburu-buru - Contohnya, membeli syer berdasarkan kabar angin dengan menjualnya untuk mengaut keuntungan dalam masa yang singkat

SOALAN 3 Pengiraan: Pendapatan semasa (kutipan sewa) = RM 3,000.00 x 2 tahun = RM 6,000.00 Keuntungan modal (pertambahan nilai pelaburan) = RM120,000.00 - RM100,000.00

= RM 20,000.00 Jumlah pulangan = RM 6,000.00 + RM 20,000.00 = RM 26, 000.00

SOALAN 4 Pelabur 1. Membeli dan menjual syer berdasarkan prestasi syarikat. 2. Tempoh pegangan/kegiatan lebih lama. 3. Matlamat mendapat pulangan berterusan. 4. Pelaburan berdasarkan kajian dan pertimbangan rasional. 5. Kegiatannya tidak menyebabkan turun naik secara mendadak/tidak dipengaruhi harga pasaran.

Spekulator 1. Membeli dan menjual syer berdasarkan khabar angin. 2. Tempoh kegiatan dalam tempoh singkat. 3. Matlamat mendapat untung yang cepat. 4. Pelaburan berdasarkan ramalan harga syer. 5. Kegiatannya menyebabkan harga syer turun naik mendadak/pengaruhi harga pasaran.

SOALAN 5

RUMUSAN

Secara rumusannya, modul pembelajaran kendiri ini digubal kepada para pelajar Perdagangan Tingkatan 4 bagi memberi pengukuhan dan membantu para pelajar memahami tajuk Pelaburan dengan lebih mendalam dan mudah. Modul ini digunakan sebagai bahan pembelajaran kepada para pelajar. Selain itu, para guru juga boleh menggunakan sebagai bahan pengajaran

sampingan kerana ia dimuatkan dengan nota yang lengkap dan latihan pengukuhan kepada para pelajar. Antara bentuk latihan pengukuhan dalam modul pembelajaran kendiri ini ialah soalan objektif , soalan esei dan kajian kes. Agihan tajuk dalam modul ini adalah mengikut sukatan pelajaran dan huraian sukanatan pelajaran matapelajaran Perdagangan iaitu di bawah tajuk Pelaburan. Di samping itu juga, di dalam modul pembelajaran kendiri ini ada diselitkan suara latar dan alunan muzik untuk bahagian nota supaya mempelbagaikan teknik pengajaran kepada pelajar. Selain itu juga, diharapkan modul pembelajaran ini juga dapat menarik minat para pelajar terhadap mata pelajaran perdagangan. Secara tidak langsung ia akan melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran asas terhadap mata pelajaran ini serta dapat mengukuhkan minat para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perdagangan atau perniagaan. Akhir sekali, diharapkan modul ini juga dapat melahirkan pelajar yang mampu berdikari, berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab, peka kepada

perkembangan teknologi dan ekonomi semasa serta berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan mampu memberi sumbangan bagi mewujudkan kemakmuran dan keharmonian dalam keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan.

GLOSARI Bon Sejenis pinjaman jangka panjang yang dibuat oleh pihak kerajaan atau pihak swasta daripada orang ramai Bonus Saham percuma yang diberi kepada pemegang saham

Broker saham Ejen yang dibenarkan oleh bursa saham untuk membeli dan menjual saham bagi pihak pelanggan. Bursa saham Suatu tempat di mana syer dan sekuriti lain dapat diurusniagakan. Dividen. Keuntungan syarikat berhad yang diagih agihkan di kalangan pemegang saham. Pulangan pelaburan Pendapatan yang diterima oleh pelabur kerana memegang atau menjual sesuatu aset pelaburan. Remiser Ejen yang memberi perkhidmatan menjual dan membeli saham bagi pelabur atas nama broker yang dibayar komisen atas usahanya itu. Risiko pelaburan Kemungkinan sesuatu pelaburan itu akan mengalami kerugian. Sekuriti Sebutan umum untuk alat kewangan yang diniagakan di bursa saham. Syer Unit yang merupakan bahagian-bahagian saham modal yang sama nilainya. Syer keutamaan Syer yang dibayar dividen terlebih dahulu daripada syer biasa. Opsyen Opsyen adalah derivatif kewangan di mana nilainya adalah berdasarkan instrumen pendasar. Ia boleh jadi dalam bentuk saham, indeks saham, komoditi, instrumen hutang atau kontrak hadapan.

Bibliografi Artikel 1. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CerdikSaham_Kajisecaramendalamse belummelabur/Article/index_html (22.10.2012,8.00 a.m) 2. http://www.pakdi.net/7-sebab-jangan-main-saham/ (22.10.2012,8.30 a.m)

3. http://winnielee79.blogspot.com/search/label/T4%20BAB%20%287%29%3A%20 PELABURAN (23.10.2012,9.00 pm)

4. http://www.actwin.com/kalostrader/Gamblers.html (23.10.2012,9.30pm)

Jurnal

1. http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_02_2001/mohamad_sabri_2001_urusniag a.pdf (24.10.2012,9.15pm) 2. http://frank.mtsu.edu/~jee/pdf/volpefall04.pdf (24.10.2012,9.30pm)

3. http://www.economics.harvard.edu/faculty/shleifer/files/positive_feedback.pdf (24.10.2012,10.00pm)

Buku rujukan: 1. Heng Seai Kie, Chiam Chee Siang, Zakiyah Binti Jalun, Sharini Binti Haji Ramli, (2002), Buku Teks Perdagangan Tingkatan 4, Melaka, Pustaka Seri kancil

2. K.Morgan Kuppusamy, (2012) Target A+ perdagangan SPM 4-5, Petaling jaya, Selangor, Sasbadi Sdn. Bhd.

3. Shamila Pathmanathan, Robiah Bt Abdul Rahman, Norazlinawati Bt Muhammad (2010), Masteri Memori Melalui Peta Minda Perdagangan Spm Tingkatan 4, 5, Sungai Buloh,, C.T Book Makers Sdn Bhd. 4. Loo chee kuang (2012), Fokus Sukses Spm Tingkatan 4, 5 Perdagangan Bangi, Selangor, Penerbitan Pelangi Sdn Bhd

Anda mungkin juga menyukai