Anda di halaman 1dari 7

KWN Storyboard Template

STORYBOARD
Sayur-sayuran

Topik : Tema: Nama Sekolah:

"Kebaikan Memakan Sayur-sayuran" Pertanian SK. Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan.

Disediakan oleh: (1) Fadilah bt Ab Halim ( PPG/11311/12) (3). Muhamad Zuhairi b Ismail ( PPG/11374/12) (2) Noorniza bt Mat Jusoh @ Yusoff (PPG/11389/12) (4). Raja Mohd. Faizal b Raja Berehim ( PPG/11434/12)

(5 ) Muhamad Zailani b Mat Seman ( PPG/11373/12)

Sinopsis:

Storyboard berikut memaparkan tentang pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran dengan topik sayur-sayuran yang terdapat di negara kita, Malaysia. Dengan bertemakan pertanian, rancangan pengajaran berbentuk kesihatan ini berlandaskan objektif agar murid dapat membaca teks yang diberikan dan menjawab soalan-soalan berdasarkan maklumat yang dibaca dan pengetahuan sedia ada. Selain daripada itu, pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang merentasi mata pelajaran Pendidikan Kesihatan ini dapat menarik minat murid melalui penerapan nilai bersyukur dan menjaga kesihatan diri. Teknik pengajaran yang digunapakai juga melalui gambar benda maujud dan gambar berwarna-warni dapat menarik minat para pelajar untuk memberikan tumpuan sepanjang pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

KWN - Panasonic Malaysia

KWN Storyboard Template

Topik : Tema :

"Kebaikan Memakan Sayur-sayuran" Pertanian


1
(Set induksi )

Gambar :

a) Guru menunjukkan beberapa jenis sayur-sayuran dan murid menyebut nama sayur--sayuran tersebut dengan yakin dan suara yang jelas.

b) Guru meminta pelajar menyebut pelbagai jenis sayursayuran selain daripada yang ditunjukkan oleh guru dan mengaitkannya dengan isi pengajaran hari ini.
sayur-sayuran

Gambar :

(Isi Pengajaran dan Pembelajaran )

a) Guru memberi penerangan tentang kebaikan memakan sayur-sayuran kepada pelajar. Setelah itu, guru bersoal jawab dengan pelajar tentang sayur-sayuran yang pernah mereka makan sebelum ini.

b)

Guru meminta pelajar menyebut beberapa jenis makanan yang boleh dihasilkan melalui sayur-sayuran.

Gambar :

(Isi Pengajaran dan Pembelajaran )

a)
sayur campur goreng

Beberapa contoh makanan yang boleh dihasilkan daripada sayur-sayuran yang telah disebut oleh pelajar semasa langkah perbincangan dengan guru.

sambal petai

KWN - Panasonic Malaysia

KWN Storyboard Template

Gambar :

a) Guru mengedarkan petikan teks kepada pelajar dan meminta beberapa orang pelajar membaca teks tersebut dengan suara yang kuat. Setelah itu, guru dan murid berbincang tentang isi teks tersebut.

b) Guru meminta murid menyebut isi-isi penting teks yang dibaca mengikut urutan perenggan.

Gambar :

5
a) Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi isi-isi penting berdasarkan teks dan meminta murid menyusun isi-isi penting tersebut dalam masa yang ditetapkan.

b) Guru meminta murid membacakan isi-isi penting yang telah disusun dan guru memberikan jawapan yang betul.

Gambar :

a) Guru mengedarkan lembaran kerja yang mengandungi gambar sayur-sayuran dan meminta pelajar menulis nama sayur-sayuran yang betul berdasarkan gambar tersebut. b) Guru membacakan nama sayur-sayuran yang terdapat dalam lembaran kerja pelajar.

KWN - Panasonic Malaysia

KWN Storyboard Template

Gambar :

( Penutup )

Murid diperdengarkan lagu "sayur-sayuran". Mereka menyanyikan lagu tersebut bersama-sama dengan iringan muzik dan perasaan gembira. Guru membuat rumusan.

KWN - Panasonic Malaysia

KWN Storyboard Template

SAMPLE - how to use the storyboard template


Storyboard Title: Theme: Ecology Do not waste Page:
School Name: Sek Keb XXXX, Temerloh, Pahang Insert your drawings into this box. You can do it by first scanning your drawings and insert it into the box Type in description of your drawing in the frame in this space. Continue doing this for all the storyboard frames. When complete save your storyboard document and email to kwn@panasonic.com.my.
If you have any enquiries, you can email to the same addess.

Frame:

Frame:

Frame:

Kindly duplicate this page if you have more frames

KWN - Panasonic Malaysia

KWN Storyboard Template

Storyboard Title: Theme: School Name: Teachers Name: Contact No: Email address:

KWN Team: 1 3 2 4

Synopsis:

KWN - Panasonic Malaysia

KWN Storyboard Template

Storyboard Title: Theme:


School Name:

Page:

Frame:

Frame:

Frame:

Kindly photocopy this page if you have more frames

KWN - Panasonic Malaysia

Anda mungkin juga menyukai