Memantapkan Penggunaan Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 31

Memantapkan penggunaan bahasa Melayu - Jasni Majed

PELANCARAN Program Pembudayaan Bahasa memperlihatkan kepada kita betapa pentingnya penggunaan dan pemantapan bahasa bagi sebuah negara yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Meskipun kita enghuni sebuah negara yang terdiri daripada berbilang bangsa, bahasa Melayu sudah diiktiraf sebagai bahasa rasmi yang perlu difahami dan digunakan dalam pelbagai urusan terutamanya ketika berurusan dengan badan kerajaan. Mata pelajaran Bahasa Malaysia yang wajib dipelajari semua murid di negara kita, tidak kira sekolah mana sekalipun menunjukkan usaha ke arah memantapkan bahasa Melayu. Malah, syarat wajib lulus dan mendapat kepujian dalam mata pelajaran bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan Bahasa Melayu berada di tahap yang sepatutnya. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan perasmian program tersebut antara lain berharap bahasa Melayu diberi ruang dalam Indeks Prestasi Utama (KPI) di segenap peringkat eksekutif sektor swasta dan awam. Di samping itu, tahap penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara dalam urusan surat menyurat, pengendalian mesyuarat, ucapan dan perbincangan bagi kedua-dua sektor itu akan dijadikan penilaian tahap pencapaian dalam penggunaan bahasa Melayu. Jelas di sini bahawa pembudayaan bahasa Melayu bukan hanya bergantung sepenuhnya kepada sektor awam, malah sektor swasta turut memainkan peranan besar untuk memastikan kejayaannya. Kerjasama dan pemantauan oleh badan bahasa sangat penting demi memastikan apa yang dicita-citakan ini akan menjadi kenyataan. Kempen demi kempen mengenai bahasa sering kita lakukan namun usaha untuk menaikkan imej bahasa kebangsaan menemui pelbagai masalah. Ada yang menganggap kita semua mampu menggunakan bahasa kita dengan betul ketika kempen diadakan, tetapi selepas itu pertuturan kita menjadi tunggang-langgang. Jika bahasa itu dilaung-laungkan sebagai lambang jati diri bangsa, maka sudah sewajarnya usaha memantapkan penggunaan bahasa Melayu diperhebatkan dan setiap warga yang bahasa ibundanya bahasa Melayu berusaha mendaulatkan bahasa Melayu. Kita tidak nafikan keaslian bahasa ibunda tercemar akibat kemasukan dan percampuran istilah yang diguna pakai oleh masyarakat di negara kita termasuk orang Melayu sendiri ketika bertutur sesama rakan. Menurut sejarah, bahasa rojak sudah mula dapat dikesan ketika zaman Parameswara lagi iaitu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Di Melaka ketika itu, terdapat 84 bahasa yang digunakan oleh penduduk tempatan, maka tidak hairan bahasa rojak dijadikan bahasa perantara untuk berurusan dalam pelbagai hal. Sampai kini isu bahasa rojak tidak pernah selesai malah bertambah buruk sehingga menjejaskan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan terutamanya di kalangan remaja dikatakan menggagalkan usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu. Manakala menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), golongan remaja menjadikan bahasa rojak sebagai alat perhubungan dengan alasan bahasa itu ringkas dan mudah bagi mereka. Mereka tidak mempedulikan kesan penggunaan bahasa tersebut kerana bagi mereka apa yang penting

adalah

mereka

boleh

berhubung

dan

memahami

antara

satu

dengan

yang

lain.

Dalam pada itu, oleh sebab ramai antara pemilik telefon bimbit sekarang terdiri daripada pelajar sekolah, maka tidak hairanlah wujud kebimbangan pelbagai pihak terhadap pengaruh bahasa rojak di kalangan pelajar. Dalam penulisan karangan, kelemahan aspek bahasa pelajar termasuk penggunaan bahasa yang tidak mantap kerana dicampuradukkan dengan bahasa asing yang tidak difahami dengan mendalam maksud perkataan yang digunakan. Tidak kurang juga penggunaan kata singkatan seperti tak yg bpun jd yang diguna pakai dalam khidmat pesanan ringkas itu turut dimasukkan dalam penulisan karangan oleh pelajar sekolah dan boleh menjejaskan pemarkahan dari segi ejaan. Kepelbagaian jenis pencemaran bahasa di negara kita memerlukan pemantauan yang bersungguh-sungguh oleh pencinta bahasa. Badan yang bertanggungjawab untuk memantapkan penggunaan bahasa Melayu seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, media massa perlu melipatgandakan usaha ke arah memartabatkan bahasa Melayu supaya diyakini penggunaannya. Membudayakan bahasa secara ringkas boleh dikatakan mengamalkan penggunaan bahasa kebangsaan selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan. Ini tidak bermakna bahasa ibunda lain mesti diketepikan tetapi dalam pelbagai urusan harian yang membabitkan surat-menyurat, surat perjanjian jual beli, ceramah, seminar yang bersifat kebangsaan mesti menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Bagaimanapun, pengaruh bahasa basahan, bahasa remaja dan bahasa rojak sukar dibendung jika tidak disertai kesedaran individu. Agak malang jika pengaruh bahasa ini dicampur aduk dalam urusan rasmi termasuk ucapan dan ceramah dalam majlis. Oleh itu, jika kita mementingkan identiti bangsa yang mampu terpancar menerusi bahasa, tidak perlu kita mencampuradukkan bahasa asing dalam pertuturan harian ketika berurusan atau berbual-bual sesama rakan. Slogan bahasa menunjukkan bangsa tidak berguna lagi jika orang Melayu mencampuradukkan bahasa Melayu dan Inggeris atau Arab dalam perbualan harian mereka. Suatu masa dulu, kita pernah berura-ura untuk mengenakan denda kepada premis perniagaan yang membelakangkan bahasa kebangsaan di papan tanda premis perniagaan mereka. Kita juga pernah melancarkan operasi mengesan kesalahan ejaan dan tatabahasa pada papan tanda premis perniagaan, lebuh raya dan sebagainya dan mencadangkan agar ditukar kesalahan tersebut. Usaha ini dianggap positif kerana di samping menaikkan imej bahasa kebangsaan, kita juga sebenarnya mendidik orang ramai agar tidak memandang remeh terhadap bahasa kebangsaan. Kerjasama pihak yang membuat kesalahan dengan bersedia dan berusaha menukar kesalahan mengenai bahasa amat dialu-alukan. Pelbagai pihak yang bersedia merujuk aspek bahasa kepada badan berpengaruh tentang bahasa seperti Dewan Bahasa dan Pustaka merupakan jalan terbaik mengurangkan masalah pencemaran bahasa di negara kita. Meskipun hubungan antara masyarakat tidak terjejas disebabkan pencemaran bahasa, tetapi demi kelangsungan dan jiwa Melayu itu, usaha mengangkat martabat bahasa itu sangat penting kerana bahasa melambangkan

identiti

kita.

Tidak salah kita menggunakan bahasa asing dalam pertuturan seharian, tetapi biar bertempat dan biar tidak dicampuradukkan. Jika bercakap Inggeris, cakaplah bahasa Inggeris sepenuhnya dan jika bertutur bahasa Melayu, bercakaplah bahasa Melayu sepenuhnya.

2. BAHASA MELAYU DALAM DUNIA GLOBALISASI-Mohd Salleh Azman [diselenggarakan oleh Rozali Rajab] Abstrak Pentas ceritera pendaulatan, pemerkasaan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak pernah melabuhkan tirainya.Peristiwa yang dipertontonkan kepada masyarakat bahasa di Malaysia- daripada babak penobatan status bahasa Melayu dalam undang-undang yang disusuli adegan perarakan Keranda 152, konflik pencemaran bahasa sampai kepada klimaks dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Semua ini menjadikan bahasa Melayu dilihat semakin terhakis dan juga dipinggirkan oleh masyarakat penuturnya semata-mata dengan alasan untuk bersaing dalam dunia globalisasi. Justeru, kertas kerja ini akan membincangkan kedudukan sebenarnya bahasa Melayu dari segi status dan korpusnya seterusnya menjadi bahasa Melayu sebagai bahasa yang paling fungsional di Malaysia. Kertas kerja ini juga akan menjelaskan penguatkuasaan bahasa Melayu di Malaysia dalam usaha untuk memartabatkannya. Aspek yang akan dikaji adalah bagaimana bahasa Melayu berkeupayaan untuk sentiasa relevan dan budaya saing serta berupaya menangkis cabaran dalam membina negara bangsa Malaysia global sepanjang masa. PENGENALAN Isu tentang pendaulatan, pemerkasaan dan pelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa ilmu tidak pernah lekang dalam mewarnai isu-isu semasa. Bahasa Melayu dilihat semakin dipinggirkan dalam mengharungi dunia globalisasi. Sebenarnya darihal kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara tidak dapat disangkal atau dipertikaikan oleh sesiapa pun. Kedudukan bahasa itu sangat jelas di sisi perlembagaan dan telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Apa yang dapat dijelaskan di sini ialah betapa kita perlu memahami sejarah perlembagaan itu sendiri. Menurut Aziz Bari, persoalan bahasa Melayu perlu ditangani dengan memahami kerangka perlembagaan itu sendiri. Objektif kajian ini antaranya ialah membincangkan kedudukan bahasa Melayu dari segi status dan korpusnya. Selain itu, kajian ini turut membincangkan pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa yang paling fungsional di Malaysia dan menjelaskan penggunaan dan penguatkuasaan bahasa Melayu di Malaysia.

Definisi Globalisasi UNESCO mentakrifkan globalisasi sebagai set struktur dan proses ekonomi, sosial, teknologi, politik dan budaya yang terhasil daripada perubahan ciri-ciri dalam pengeluaran, penggunaan dan perdagangan barangan serta aset yang merangkumi asas ekonomi politik antarabangsa. Ada yang menyifatkannya sebagai peningkatan hubungan global, melibatkan proses yang panjang dan kompleks serta digerakkan oleh pengaruh politik, ekonomi seperti aliran modal, manusia dan idea yang merentasi sempadan kebangsaan (Steger, 2002). Ahli sosiologi-agama, Robertson menyatakan globalisasi sebagai merujuk kepada dua perkara, iaitu pemampatan dunia dan intensifikasi kesedaran manusia tentang dunia sebagai satu keseluruhan. Bagi Mittleman (1996:7) Globalisasi ialah transformasi sejarah yang mengembang dan mempercepat interaksi merentasi masa dan ruang dengan implikasi yang besar dari segi perhubungan pertukaran kuasa, selain menambah daya kemampuan komuniti untuk menentukan nasib sendiri. Dari perspektif sosiobudaya, menurut Waters (1995:3) Globalisasi ialah proses sosial yang memperlihatkan kekangan geografi yang semakin berkurang terhadap hal ehwal kemasyarakatan dan budaya, dan manusia sedar bahawa kekangan tersebut semakin berkurang. (Jeniri Amir,2009:22) Jelas di sini dunia globalisasi rata-ratanya dibicarakan dari dimensi ekonomi, sebagai satu daya yang secara unggulnya, berupaya mengintegrasikan ekonomi semua negara di dunia, ke dalam satu sistem bersama, yang sejagat coraknya. Dunia globalisasi tidak banyak dibicarakan dari dimensi kemasyarakatan dan kemanusiaan. Dari dimensi ini, dunia globalisasi adalah daya yang mampu mengubah budaya, yakni cara hidup, bangsa atau masyarakat lemah di dunia ini. Pengubahan budaya ini, antara yang ternyata adalah peninggalan nilai-nilai peradaban yang tradisional, oleh bangsa atau masyarakat lemah untuk disisihkan, sama ada secara separa ataupun sepenuhnya, oleh nilai-nilai, unsurunsur dan seumpamanya, dari Barat. Persilihan ini pada peringkat awalnya boleh membawa kepada proses asimilasi bangsa atau masyarakat lemah, ke dalam satu budaya bersama, akibat pengintegrasian semua bangsa atau masyarakat dunia, ke dalam satu mujtamak global. Sehubungan dengan ini, budaya bersama atau sepunya ini sesungguhnya merupakan budaya barat atau cara hidup yang berteraskan amalan barat. Proses asimilasi ini boleh pula pada peringkat kemudiannya membawa kepada kehilangan identiti/ jati diri bangsa atau masyarakat lemah berkenaan. (Teo Kok Seong,2009:102). Kesan Buruk Dunia Globalisasi Antara kesan dunia globalisasi yang paling dahsyat ialah kemusnahan yang berlaku pada budaya, yang ikut merangkumi bahasa di dalamnya. Sehubungan dengan ini, dunia globalisasi sering juga disebut juga sebagai era pengklonan budaya. Ini bermakna banyak budaya di dunia, sama ada elemen-elemennya yang tertentu ataupun beberapa domain yang penting, berubah untuk menjadi serupa, seperti dan seragam dengan amalan Barat/ Inggeris Amerika. Tampak dunia globalisasi pada bahasa secara khusus, boleh dikaitkan dengan kadar kemusnahan dan kepupusan yang lebih cepat, berbanding dengan kadar sebelum wujudnya dunia globalisasi. Pada kelazimannya, bahasa yang mengalami kemusnahan didapati pupus antara dua hingga empat generasi, atau antara 50 hingga 100 tahun.Tetapi kini dalam dunia globalisasi, kadar kepupusan ini berlaku pada tahap yang amat menakutkan. Sesuatu bahasa yang musnah itu didapati pupus dalam hanya satu sehingga dua generasi, atau antara 25 hingga 50 tahun sahaja. Kadar sepantas ini tidak pernah berlaku sebelum wujudnya dunia globalisasi. (Teo Kok Seong,2009:102).

Kemusnahan atau Kepupusan Bahasa Kemusnahan atau kepupusan bahasa boleh wujud sekurang-kurangnya tiga bentuk. Pertama ialah bentuk yang ekstrem, iaitu kematian bahasa. Bahasa boleh mati dengan kematian penutur natifnya yang terakhir. Pada masa kini, kematian bahasa lazimnya berlaku pada bangsa atau masyarakat primitif, yang bahasanya tidak pernah atau tidak sempat didokumentasikan oleh mana-mana pihak, untuk apaapa jua tujuan. Bentuk kedua ialah kehilangan bahasa, iaitu lesapnya kebolehan berbahasa, khususnya, bahasa ibunda atau etnik dengan baik dan berkesan. Kehilangan bahasa boleh berlaku pada tahap masyarakat, yakni ahli-ahli dalam sesebuah masyarakat itu, rata-rata tidak lagi fasih menggunakan bahasa ibunda atau bahasa etnik mereka sepenuhnya, sama ada secara lisan mahupun tulisan, ini merupakan satu petanda yang amat buruk bahawa bangsa atau masyarakat berkenaan sedang mengalami kehilangan bahasa. Penggunaan bahasa Melayu Rojak dalam kalangan bangsa atau masyarakat Melayu yang berleluasa adalah satu kes kehilangan bahasa. Bentuk ketiga ialah peralihan bahasa. Peralihan bahasa ialah keadaan yang memperlihatkan berlakunya peralihan penggunaan, khususnya daripada satu bahasa yang kurang berprestij kepada satu bahasa yang lebih berprestij, dalam bidang-bidang penting: pendidikan, pentadbiran, perundangan dan penyiaran. Pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, pada masa kini, adalah satu kes peralihan bahasa. (Teo Kok Seong,2009:103). Komunikasi dalam Dunia Globalisasi Komunikasi, yakni pengungkapan dan pengendalian, antaranya ekonomi, sains dan teknologi, perdagangan, perindustrian, dan lain-lain, dalam dunia globalisasi, dianggap oleh sesetengah pihak, tidak boleh dikendalikan dengan baik lagi berkesan dalam bahasa lain, kecuali dalam bahasa Inggeris. Dalam konteks ini, bahasa Inggeris menjadi penting sehingga diberi jolokan sebagai bahasa ibunda dunia globalisasi selain merupakan bahasa dunia dan bahasa antarabangsa yang utama. Bahasa Inggeris, tidak dapat dinafikan, menjadi lebih penting, malah lebih penting sekali, dalam kadar yang amat pantas, akibat wujudnya dunia globalisasi. Telah wujud satu persepsi atau satu perasaan di kalangan pemimpin dan golongan elit masyarakat bahawa untuk cepat membangun dan maju seperti negara-negara di Amerika Utara, Eropah, Australia dan New Zealand maka strategi yang paling cepat ialah memanfaatkan khazanah ilmu, sains, teknologi dan perdagangan yang ada dalam negara maju itu secara langsung dan segera. Oleh kerana semua khazanah ilmu demikian tercatat, tersimpan dan tersebar dalam bahasa Inggeris, maka strategi yang paling rasional dan praktikal ialah mempelajari, menguasai, mengembang dan menyebarkan ilmu itu dalam bahasa Inggeris juga. (Hashim Hj Musa,2007:33) Malaysia, tidak dapat dinafikan, ghairah sekali untuk menyertai dunia globalisasi, dengan aktif, khususnya dalam bidangbidang teknologi tinggi serta teknologi maklumat dan komunikasi. Dalam keghairahan Malaysia meraih faedah dunia globalisasi, yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris, Malaysia melakukan peralihan bahasa, dalam sistem pendidikan nasionalnya. Peralihan bahasa ini, yakni daripada bahasa Melayu kepada Bahasa Inggeris, secara konsistennya dikaitkan dengan penguasaan bahasa Inggeris yang lemah dalam kalangan rakyat Malaysia, khususnya para pelajar. Agar tidak ketinggalan dalam dunia globalisasi, Malaysia telah mulai Januari 2003, menggunakan bahasa Inggeris untuk pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi (melalui dua subjek, iaitu sains dan matematik di peringkat sekolah). Dengan peralihan ini, bahasa Melayu yang selama ini, semenjak kemerdekaan pada 1957, yang

merupakan bahasa wahana untuk kemajuan bangsa dan negara di dalam dan di luar Malaysia, tidak boleh dianggap sebagai aset lagi. Menurut Abdullah Hassan: Namun, dasar ini berubah kembali kepada bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar sains dan matematik pada tahun 2003. Alasan kerajaan ialah bagi membolehkan pelajar menguasai bahasa Inggeris untuk kepentingan global. (Abdullah Hassan 2007,257) Keupayaan dan kejayaan bahasa Melayu sebagai wahana peradaban, khususnya yang moden, bagi bangsa dan negara Malaysia, dalam melahirkan idea, kreativiti dan segala macam yang lain, tidak dapat dinafikan, malah sudah terbukti, dengan terdidiknya sekitar lima juta lepasan sekolah menengah atas, yakni tingkatan lima, dari 1971-2001. Bilangan sekitar lima juta inilah yang menjadi tenaga yang membangun serta memajukan negara, iaitu sebelum wujudnya dunia globalisasi. Maka tidak benar sama sekali kalau bangsa Melayu hari ini dituduh sebagai bangsa yang dikongkong oleh bahasanya, atau minda mereka terperangkap oleh budaya Melayu yang berasaskan bahasa Melayu. Ini tuduhan orang yang cetek fikiran atau kurang ilmunya. (Hassan Ahmad,2009:36) Dalam hubungan ini, Bahasa Melayu merupakan aset, yakni sesuatu yang penting dan berguna lagi bernilai, bukan sahaja untuk mengungkapkan maruah bangsa dan negara Malaysia sebagai bahasa kebangsaannya, tetapi bahasa Melayu juga mendukung fungsi utilitarian dalam peranannya selaku bahasa rasmi, yakni ia merupakan bahasa yang paling praktikal dari semua segi kerana diketahui oleh sebilangan besar rakyat Malaysia. Sesungguhnya, bahasa Melayu membolehkan jumlah sekitar lima juta orang ini, menimba ilmu, justeru fungsi utilitarian ini, untuk ikut membangunkan dan memajukan negara. Dengan berlakunya peralihan bahasa pada 2003,bahasa Melayu dianggap sebagai liabiliti, yakni ia boleh menimbulkan masalah dan meletakkan Malaysia dalam risiko, antaranya Malaysia boleh menghadapi risiko ketinggalan dalam dunia globalisasi, yang rata-ratanya menggunakan bahasa Inggeris. Bahasa Melayu itu sedang berhadapan dengan tentangan yang paling hebat sejak tahun-tahun terakhir kurun lalu hingga membawa ke tahuntahun awal alaf baru ini dan menyaksikan bagaimana tercabarnya kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. (Jeniri Amir,2009:2). Dalam usaha dan kegigihan Malaysia menyertai dunia globalisasi, Malaysia bersifat proaktif dan ia bertungkus-lumus untuk menjadi peserta aktif, khususnya dalam bidang-bidang ekonomi serta teknologi maklumat dan komunikasi. Ini antaranya adalah untuk Malaysia berubah untuk menjadi negara maju menjelang 2020. Untuk mencapai matlamat di atas, Malaysia mempercayai bahawa ia harus berintegrasi dengan dunia global, yakni Barat dengan memanfaatkan pelbagai peluang yang dapat dibekalkan oleh dunia globalisasi, khususnya dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, yang akan terus mendorong dunia globalisasi pada masa kini dan masa mendatang, selain dalam bidang-bidang lain. Malah sesetengah rakyat masih beranggapan bahawa mereka lebih terpelajar dan lebih terhormat apabila mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. (Jeniri Amir,2009:3). Kesan Peralihan Bahasa Penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ilmu untuk pendidikan sains dan teknologi, sesungguhnya boleh membawa kepada transformasi politik sosial, dan budaya di Malaysia. Pertimbangan politik untuk beralih daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris, untuk pengajaran dan pembelajaran dua subjek:sains dan matematik, melalui nasionalisme baharu mulai 2003, yang mementingkan penggunaan bahasa Inggeris, pada kadar yang lebih besar, tidak dapat dinafikan mempunyai kesan besar dalam sistem sosial dan budaya Malaysia. Orang Melayu dikhuatiri akan

mengalami keadaan miskin budaya atau miskin fikiran jikalau mereka terlalu terikat dengan perkataan umum dan biasa daripada bahasa Inggeris untuk berfikir dalam bahasa Melayu. (Hassan Ahmad,2009:23) Tidak hairanlah kini di Malaysia sendiri beratus-ratus Institusi Pendidikan Tinggi ditubuhkan dengan menggunakan pengantar bahasa Inggeris. Bahkan dalam IPT Awam sendiri pun peningkatan penggunaan bahasa Inggeris bertambah-tambah. Ini dipermudahkan lagi oleh perisytiharan undang-undang seperti yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Seksyen 17 (1) yang member kuasa kepada Menteri Pendidikan Malaysia untuk mengecualikan penggunaan bahasa kebangsaan sebagai pengantar pendidikan, iaitu berbunyi: Bahasa Kebangsaan hendaklah menjadi bahasa pengantar utama di semua institusi pendidikan dalam sistem Pendidikan Kebangsaan kecuali sekolah jenis kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 28 atau mana-mana institusi pendidikan lain yang dikecualikan oleh Menteri Pendidikan daripada subseksyen ini (Undang-undang Malaysia Akta Pendidikan 1996(Akta 550), 1996:26) Pertentangan nilai antara bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar ilmu utama, pada satu masa dahulu, dengan bahasa Inggeris yang mula bertindak sebagai bahasa pengantar bersama, pada masa kini, dari segi sosial dan budaya, boleh menghakis khazanah budaya yang terkandung dalam bahasa Melayu. Malik Bennabi tokoh sejarah dan sosiologi yang terkenal pada abad ini telah banyak menulis tentang kesan penjajahan bahasa yang berlaku selepas tamat penjajahan politik di negara-negara Islam. Malik Bennabi menyatakan bahasa kebanyakan negara bekas jajahan Eropah terus mengekalkan kehadiran bahasa penjajah masing-masing, sehingga mewujudkan gejala bilingualisme dalam kalangan elit intelektual, politik dan pentadbiran negara-negara tersebut. Dalam bukunya, yang berjudul Masalah Idea dalam Dunia Islam, beliau menyatakan ...Bilingualisme akan mencipta kesan-kesan yang sangat bertentangan dengan kebudayaan kebangsaan. (Darussalam Abu Bakar,2007:93). Sesungguhnya, khazanah budaya inilah yang merupakan bidang (yakni pati dan induk) kepada bangsa atau masyarakat Melayu, yang dimanifestasikan melalui beberapa bentuk, yang terpenting ialah jati diri. Transmisi daripada satu generasi kepada yang lain, sudah tentu boleh memastikan bukan sahaja khazanah budaya Melayu, terus diwarisi dalam bentuk utuh, tetapi jati diri Melayu yang tidak terhakis, dapat juga terus dipertahankan. Penggunaan bahasa Melayu dalam kegiatan budaya tinggi, sebagai contoh dalam bidang pendidikan, misalnya untuk pengajaran dan pembelajaran sains dan teknologi, adalah penting, khususnya dari segi demograsi, yang diteliti dari tahap kegiatan kebahasaan yang terlibat. Bahasa Melayu yang digunakan dengan cara begini, yakni dalam kegiatan-kegiatan tertier dan kuarterner, sudah tentu berjaya menikmati lebih banyak jaringan dan pengaruh komunikasi, selain kualiti komunikasi yang lebih baik dan luas pula, daripada penggunaannya dalam kegiatan budaya rendah, seperti membeli ikan di pasar atau menghitung durian di kebun. Penggunaan bahasa Melayu untuk komunikasi dalam dunia globalisasi, yakni dalam kegiatan-kegiatan tertier dan kuarterner, bukan sahaja dapat memperluas jaringan dan pengaruh, serta mempertingkat kualiti bahasa Melayu, dari dimensi dan komunikasi, tetapi yang lebih penting kualiti bahasa Melayu, dari dimensi komunikasi, tetapi yang lebih penting dalam dunia globalisasi yang banyak memperlihatkan kemusnahan dan kepupusan jati diri sesuatu bangsa atau masyarakat itu, ialah bahasa Melayu sebenarnya dapat menjamin penerusan jati diri atau masyarakat Melayu. Ini antaranya adalah kerana bahasa Melayu itu secara indeksnya, dikaitkan dengan objek-objek khas Melayu, sistem nilai, aspirasi, hubungan kekeluargaan, flora dan fauna, dan segala macam yang lain, yang dikenali oleh bangsa atau masyarakat Melayu sahaja. Sesungguhnya kesemua ini membentuk

tradisi,warisan dan peradaban yang bersifat distingtif Melayu. Pertalian antara bahasa Melayu dengan budaya Melayu dalam bentuk-bentuk amalan sosial, keunikan dan keaslian cara hidup sejati bangsa atau masyarakat Melayu, adalah antara ciri kehidupan yang boleh musnah atau pupus, apabila bangsa atau masyarakat Melayu kehilangan bahasa Melayu, dan mengambil bahasa baru sebagai penggantinya. Apabila ini berlaku, bangsa atau masyarakat Melayu boleh menjadi sebuah kelompok yang tidak mempunyai arah dari segi linguistik, untuk satu atau dua generasi, yakni mereka kurang pasti tentang bahasa mana yang perlu digunakan atau bahasa mana yang lebih penting. Untuk tempoh satu atau dua generasi ini, pertalian unik dan sejati antara bahasa Melayu dengan budaya Melayu, yang wujud semenjak dahulu sekian lamanya, boleh menjadi terhakis sehingga hilang langsung akhirnya. Apabila ini berlaku, budaya Melayu akan menjadi satu cara hidup yang sudah berubah. Cara hidup yang sudah berubah ini, akibat penggantian bahasa Melayu dengan bahasa baharu lain misalnya bahasa Inggeris, tidak lagi memungkinkan bangsa atau masyarakat Melayu, menikmati keunikan dan keaslian acara hidup yang asal itu,buat selama-lamanya, yang berlatarkan konteks sosial dan budaya yang asal itu. Sehubungan dengan ini, bahasa Melayu juga tidak dapat dinafikan simbol kepada bangsa atau masyarakat Melayu, semenjak sekian lamanya. Di dalam bahasa Melayu, sesungguhnya tersimpan catatan sejarah, nukilan persuratan, cerita pahlawan serta pejuang, asuhan puluhan generasi nenek moyang, kisah lampau serta aspirasi untuk masa muka, bangsa atau masyarakat Melayu. Semua ini boleh hilang apabila bangsa atau masyarakat Melayu kehilangan kaitan simbolik yang semula jadi lagi segera, dengan sejarah dan masa lampau, serta pencapaian dan kemajuan bangsa atau masyarakat Melayu. Dengan perkataan lain yang mudah, identiti jati diri Melayu boleh berubah buat selamalamanya, kalaupun tidak terhakis sepenuhnya. Menurut A. Aziz Deraman,adakah kita mahu biarkan situasi pada akhir abad ke-20 ini mungkin masuk ke abad ke-21 dengan nasib yang kita ciptakan sendiri itu akan terus kekal? Tentunya kekal sekiranya tindakan mengubahnya tidak kita lakukan bersama. Kemahuan dan keazaman baharu mesti dibina kerana itulah kebijakan dan kebijaksanaan nenek moyang kita yang terdahulu. (A.Aziz Deraman,2007:13) Bahasa Inggeris yang menggantikan bahasa Melayu, dalam komunikasi dunia globalisasi, boleh pasti dalam satu atau dua generasi, berjaya membentuk pertalian baharu antara bahasa Inggeris dengan budaya Melayu. Dan apabila ini berlaku, pertalian bahasa Inggeris, budaya Melayu ini didapati tidak sesimbolik pertalian bahasa Melayu dan budaya Melayu, yang terhakis itu. Dan lebih penting lagi ialah pertalian baharu ini tidak boleh dijadikan kekuatan kepada jati diri bangsa atau masyarakat Melayu. Inilah akibatnya sekiranya bangsa dan masyarakat Melayu kehilangan bahasa Melayu, melalui apa-apa cara jua, sama ada bahasa Melayu Rojak ataupun peralihan bahasa, yang menggunakan bahasa Inggeris untuk menggantikan bahasa Melayu,selaku bahasa pengantar ilmu, untuk pendidikan sains dan matematik. Dan kehilangan sebahagian besar budaya bangsa atau masyarakat Melayu, dengan segala khazanah budayanya! Sehubungan dengan ini, bangsa atau masyarakat bukan Melayu juga perlu ikut memastikan bahawa bahasa Melayu, khususnya dalam kapasitinya sebagai bahasa negara, yakni bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, tidak hilang. Bangsa atau masyarakat bukan Melayu tidak boleh membiarkan bahasa Melayu hilang, walaupun ia bukannya bahasa etnik mereka. Ini antaranya adalah kerana Malaysia yang lokos dengan kemusnahan budaya Melayu adalah persekitaran yang tidak boleh menguntungkan sesiapa pun. Tidak dapat dinafikan bahawa banyak daripada pelbagai hal menarik dan menyeronokkan dalam kehidupan rakyat Malaysia didapati terletak dalam (a) bahasa Melayu, selaku bahasa negara, (b) jati diri bangsa Melayu sebagai kelompok dominan dan (c) budaya Melayu selaku

teras kebudayaan kebangsaan. Dan apabila bahasa Melayu musnah dan akhirnya pupus, semua rakyat Malaysia akan kehilangan pelbagai keenakan dan keseronokan itu, antara bahasa Melayu pasar, pantun Melayu, peribahasa Melayu dan segala macam Melayu yang lain. (Teo Kok Seong,2009:115). Hakikat Bahasa Bahasa bukan semata-mata seberkas ayat atau satu set rumus tatabahasa. Bahasa adalah jiwa kepada bangsa atau masyarakat yang menuturkannya, lebih-lebih lagi kalau bahasa itu dituturkan sebagai bahasa ibunda atau bahasa etnik. Dalam konteks ini, bahasa ialah nadi kepada nyawa sesuatu bangsa atau masyarakat itu. Menurut Hassan Ahmad, bahawa kemajuan bahasa bergantung pada kemajuan bangsa yang menggunakan bahasa itu. Jelasnya lagi bahawa perkembangan bahasa dari segi pertambahan perbendaharaan kata dan istilah-istilah khususnya berlaku kerana berlakunya perkembangan ilmu dan fikiran dalam kalangan orang Melayu. (Hassan Ahmad,2009:4) Melalui bahasalah, akan terpancar akal dan kebijaksanaan, sejarah dan warisan, hasrat dan aspirasi, serta perasaan atau pengungkapan segala macam kejayaan dan pencapaian bangsa atau masyarakat berkenaan, dalam pelbagai bidang iaitu sejarah, persuratan, kesenian dan juga sains dan teknologi. Dengan perkataan lain, bahasa ialah antara manifestasi utama tentang kewujudan atau ketakatan sesuatu bangsa atau masyarakat. Ini antaranya bermakna pemikiran, kecerdasan, kewarasan, kecaknaan, kejujuran, keunikan, kejenakaan dan segala macam yang lain, terkandung dalam bangsa atau masyarakat berkenaan. Apabila bahasa bangsa atau masyarakat berkenaan musnah atau pupus, maka salah satu, malah satu-satunya tonggak utama budaya, khususnya yang berkenaan dengan peradaban dan tamadun bangsa atau masyarakat berkenaan, ikut terhapus. Sehubungan ini, bahasa tidak boleh sekali-kali dibiarkan musnah atau pupus, dalam apa-apa jua bentuk, sama ada kehilangan bahasa ataupun peralihan bahasa, apatah lagi kematian bahasa. Sehubungan dengan ini, kewujudan terus sesuatu bahasa itu, bererti kesinambungan identiti atau jati diri bangsa atau masyarakat yang menuturkan bahasa itu, sebagai bahasa ibunda dan etnik. Kemusnahan sesuatu bahasa itu, yang kemudiannya diambil alih oleh satu bahasa lain. Oleh sesebuah bangsa atau masyarakat, boleh memperlihatkan wujudnya perbezaan-perbezaan dalam setiap aspek kehidupan harian bangsa atau masyarakat berkenaan, iaitu akibat perbezaan-perbezaan pandangan atau nilai yang wujud sebelum dan selepas berlakunya penggantian bahasa itu. Mereka berpendapat bahawa oleh sebab ilmu sains dan teknologi kini banyak dihasilkan dalam bahasa Inggeris di seluruh dunia (seolah-olah bangsa lain tidak mengembangkan sains dan teknologi dalam bahasa mereka masing- masing! Maka untuk maju dalam bidang itu, mereka berkata, orang Melayu hendaklah menggunakan bahasa Inggeris, bukan setakat mengetahui bahasa ini sahaja, untuk memajukan diri mereka dalam apa jua bidang. (Hassan Ahmad 2009,7) Walaupun bangsa atau masyarakat berkenaan kelihatan menjalani kehidupan harian seperti biasa, tetapi pada hakikatnya, etos bangsa atau masyarakat berkenaan, yakni idea, kepercayaan, aspirasi, nilai dan sebagainya yang dimiliki oleh bangsa atau masyarakat berkenaan, berubah buat selama-lamanya, akibat proses pengambilalihan itu. Justeru, sesuatu bahasa itu tidak boleh sama sekali dibiarkan pupus. Ini adalah kerana kepupusan bahasa berkenaan boleh pada akhirnya, membawa kepada kemusnahan budaya bangsa atau masyarakat berkenaan. Kedudukan dan Keperkasaan Bahasa Melayu

Pengisahan riwayat hidup bahasa Melayu melalui tiga babak utama, iaitu pendaulatan, pemerkasaan dan pelestarian yang berbeza maksud antara ketiga-tiganya. Pendaulatan Merujuk kepada konsep dan proses perancangan status bahasa ialah usaha memahkotakan atau menobatkan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang berlaku melalui proses undang-undang, yakni statusnya dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/1967). Selanjutnya, sebagai peluasan fungsi maksud-maksud rasmi kerajaan, status bahasa Melayu dimaktubkan pula dalam undang-undang yang berkaitan dengan pendidikan kebangsaan dan swasta (Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996, dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, serta sembilan akta lain yang berkaitan dengan pengajian tinggi). Di samping itu, status dan fungsi bahasa Melayu tercatat juga dalam beberapa akta dan undang-undang serta dokumen dasar negara yang lain, termasuk Akta Syarikat, Akta Pendaftaran Perniagaan, Akta Hasutan, dan Undang-undang Kecil Pengiklanan (PBT). Kesemuanya merupakan bahagian besar daripada keseluruhan skrip dasar bahasa-bahasa lain yang digunakan atau dipertuturkan di negara ini. Pemerkasaan Merupakan proses membina dan mengembangkan bahasa Melayu melalui agensi perancangan bahasa, pelaksana dan penguat kuasa dalam sektor awam, dan institusi pendidikan formal, supaya menjadi bahasa yang kuat dan sempurna dalam kedua-dua aspek pembangunannya, yakni ciri dalaman bahasa (linguistic) dan faktor luarannya (sosiolinguistik). Pemerkasaan ciri linguistiknya bermatlamat menghasilkan kepersiskan tatabahasa, ketetapan kosa kata dan kesempurnaan wacana; dan pemerkasaan faktor sosiolinguistiknya pula bertujuan menyebarkan wacana bahasa Melayu tinggi dalam komunikasi rami dan pendidikan ilmu serta penggunaannya yang berkesan dalam masyarakat. Dalam hal ini, pemerkasaan bermaksud konsep dan proses perancangan korpus bahasa seperti yang dipertanggungjawab kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melalui Akta DBP (1959; Disemak 1978; Pindaan dan Peluasan 1995). Pelestarian Bermaksud, upaya melindungi ketuntasan bentuk dan keefisienan fungsi bahasa Melayu supaya sentiasa relevan dan berdaya saing serta berupaya menangkis cabaran dalam memajukan masyarakat madani dan membina negara bangsa Malaysia global sepanjang masa. Pembangunan bahasa Melayu sebagai bahasa moden, yakni bahasa yang mampu mengungkapkan segala macam hal, baik yang maujud mahupun mujarad, dalam apa-apa jua bidang ilmu untuk mengisi pembangunan negara, telah dilakukan secara terencana melalui perancangan korpus bahasa Melayu, khususnya dalam bidang pendidikan, untuk aspek-aspek ejaan, tulisan, kosa kata umum, istilah, sebutan dan tatabahasa.(Teo Kok Seong,2009:109). Proses pelestarian melibatkan usaha memperlengkap dan memperkukuh ciri dalaman bahasa Melayu baku, termasuk penterjemahan ilmu daripada bahasa asing, serta meluaskan fungsi bahasa Melayu tinggi yang pragmatik dalam pelbagai ranah kehidupan berbahasa rakyat dan negara. Pelestarian dapat disamakan dengan konsep dan proses perancangan pengembangan fungsi bahasa dalam pembangunan negara yang tidak akan menemui noktah penamatnya. Dasar Bahasa Negara

Secara ringkasnya, Malaysia menetapkan dasar bahasa Negara dengan menentukan status dan fungsi bahasa-bahasa, terutamanya bahasa Melayu, dalam skrip asal undang-undang yang sudah dimaklumi seperti yang berikut: i. Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. 170 ii. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi bagi melaksanakan maksud- maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan. iii. Rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajar bahasa-bahasa lain. Sehingga kini, status bahasa Melayu dalam dasar bahasa negara itu, menurut pemahaman kita bertujuan melaksanakan fungsi bahasa Melayu untuk keperluan dalam negara masa kini dan masa akan datang. Dalam hal ini, menurut peruntukan undang-undang dan perancangan bahasa, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar pendidikan formal, malah diperkukuh fungsinya sebagai bahasa kesusasteraan, kebudayaan, kesenian, agama dan falsafah. Untuk memperluas fungsinya, bahasa Melayu dikembangkan menjadi bahasa bagi ilmu tinggi, terutamanya dalam ranah sains tulen, sains terapan, sains politik, sains sosial, perekonomian, telekomunikasi dan teknologi moden, yang menjadi asas bagi kemajuan masyarakat dan pembinaan negara bangsa Malaysia madani. Adanya bahasa kebangsaan bererti wujudnya dasar bahasa kebangsaan. Pemahaman kita tentang dasar bahasa kebangsaan adalah bahawa negara Malaysia mempunyai satu bahasa perantaraan umum, iaitu bahasa Melayu, yang diiktiraf sebagai alat komunikasi umum bagi seluruh warganegara dan aktiviti dalam negeri. Sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu difitrahkan melaksanakan fungsi-fungsi komunikasi yang berikut: i. Menjadi wahana pemersatu warganegara Malaysia dengan konsep satu bahasa kebangsaan bagi seluruh negara bangsa Malaysia (Satu Bahasa Satu Negara). ii. Menjadi wahana komunikasi umum (lisan dan tulisan) antara kelompok masyarakat dan situasi berbahasa. iii. Menjadi bahasa utama media penyiaran (televisyen dan radio) dan media elektronik (telekomunikasi dan Internet Malaysia). iv. Menjadi lambing jati diri atau citra negara yang dibuktikan dengan wujudnya pelbagai jenis nama khas yang berciri setempat, penggunaan bahasa estetik di tempat awam, dan penggunaan bahasa yang berstatus negara. Dari segi undang-undang, Malaysia juga menentukan dasar bahasa rasmi apabila bahasa Melayu dimaktubkan sebagai bahasa rasmi, iaitu bahasa bagi melaksanakan maksud-maksud Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun, Kerajaan Negeri, dan Kerajaan Tempatan. Untuk melaksanakan maksud pengurusan dan mencapai matlamat bahasa rasmi sektor awam, jentera Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri digerakkan oleh lebih daripada sejuta penjawat awam yang dikehendaki menggunakan bahasa Melayu dalam semua urusan pentadbiran, pengurusan dan komunikasi lisan dan tulisan mereka. Apa-apa urusan dan aktiviti yang tidak menggunakan bahasa Melayu dalam sektor awam, termasuk dalam bidang pendidikan (pengurusan, pengajaran dan pembelajaran formal), hendaklah difahami sebagai menyalahi undang-undang negara dan bercanggah dengan aspirasi Rukun Negara. Peruntukan undang-undang yang menyebut bahasa rakyat Malaysia tidak dilarang menggunakan, belajar atau mengajarkan bahasa-bahasa lain perlu dijelaskan. Peruntukan undangundang ini bermaksud bahawa, selain dikehendaki menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, seseorang rakyat Malaysia tidak boleh dilarang daripada menggunakan,

belajar dan/atau mengajar bahasa-bahasa lain. Hal ini bermakna bahawa seseorang individu boleh terus menggunakan bahasa vernakular antara anggota dalam kalangan komuniti masing-masing, mengajar bahasa ibundanya kepada orang lain, atau belajar bahasa suku kaum di Malaysia atau bahasa asing yang lain secara tidak formal.(Ismail Dahalan,2009:56) Agensi Pelaksanaan Dasar Bahasa Pada masa ini, terdapat dua kategori pihak berkuasa kerajaan yang berfungsi sebagai agensi pelaksanaan dasar bahasa, iaitu DBP dan semua jabatan sektor awam yang lain. Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan oleh kerajaan selaku agensi pembangunan bahasa Melayu, khususnya untuk menjadikan bahasa Melayu wahana komunikasi moden yang mangkus.( Teo Kok Seong,2009:109). Peranan dan tanggungjawab DBP tertera dengan jelas dalam Seksyen 5, Akta DBP, yang memaktubkan: (1) Tujuan-tujuan Lembaga ialah- (i) untuk membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang, termasuk sains dan teknologi;... (iv) untuk membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan; (v) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul; dan (iv) untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. (2) Bagi maksud subperenggan (10 (v) dan (vi), untuk menggalakkan termasuk memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan atau pengawasan. Dengan peruntukan undang-undang tersebut, DBP melaksanakan fungsi-fungsi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu dalam sektor awam, sektor swasta dan kalangan masyarakat rakyat di Malaysia. Istilah pembinaan merujuk usaha membina aspek-aspek korpus bahasa, termasuk tatabahasa, istilah, ejaan dan sebutan, dan istilah pengembangan merujuk konsep peningkatan, pemantapan, penyebaran dan peluasan maklumat bahasa 172 Melayu standard yang berwibawa ke dalam mandala dan urusan domestik yang sedang dan masih belum menggunakan bahasa Melayu. Dengan peruntukan undang-undang baharu yang berkuat kuasa pada tahun 1996, tugas dan tanggungjawab DBP dapat ditakrif dengan lebih jelas untuk memudahkan fahaman dalam kalangan pengguna dan memudahkan pelaksanaannya. Jabatan Sektor Awam Pihak berkuasa pelaksanaan bahasa pula, secara umumnya terdiri daripada jabatan sektor awam dan secara khususnya beberapa jabatan tertentu. Secara umumnya, setiap jabatan kerajaan berperanan dan bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang betul dalam kalangan sektor swasta, termasuk penggunaan bahasa di tempat awam, sama ada diperuntukkan dalam undang-undang tertentu atau tidak. Contohnya: 1. Penggunaan bahasa bagi penamaan syarikat dan perniagaan terletak di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Syarikat dan Perniagaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, yang tertakluk pada Akta Syarikat (1965) dan Akta Pendaftaran Perniagaan (1956). 2. Penggunaan bahasa pada papan tanda premis perniagaan atau syarikat terletak di bawah bidang kuasa PBT yang tertakluk pada undang-undang Kecil Pengiklanan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Majlis Bandaraya di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan

Bandar. Penguatkuasaan Bahasa Kebangsaan Pada umumnya, terdapat enam punca masalah yang utama, iaitu yang berkaitan dengan: i. Aspek perancangan bahasa dalam perancangan negara, ii. Aspek undang-undang dan peraturan, iii. Aspek persaingan antara bahasa Melayu dengan bahasa asing, iv. Aspek pihak berkuasa agensi perancangan bahasa, v. Aspek pihak berkuasa pelaksanaan dasar bahasa, dan vi. Aspek strategi pelaksanaan dasar bahasa negara, Pertama, seperti yang sudah dijelaskan, pembangunan bahasa Melayu hendaklah dinilai semula dan diselaraskan fungsinya supaya dapat menjadi teras dan unsur pembangunan negara bangsa Malaysia madani secara keseluruhannya. Sehubungan dengan ini, dasar bahasa yang diterjemahkan daripada Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan, undang-undang lain yang berkenaan, perlulah dipertegaskan kedudukannya, diperkukuh konsepnya, diperjelas tafsirannya, dan ditransformasikan strategi pelaksanaannya. Kedua, maklumat tentang status bahasa Melayu yang bercanggah dalam beberapa undang-undang yang sedang berkuat kuasa hendaklah diselaraskan supaya selari dengan peruntukan mengenainya dalam undangundang induk Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan. Contohnya, Akta Syarikat dan Akta Pendaftaran Perniagaan perlu dipinda untuk membolehkan nama syarikat dan nama perniagaan didaftarkan dalam bahasa Melayu (dan tidak boleh dalam bahasa-bahasa lain) sebagai nama rasmi kerajaan dan kewujudannya dalam negara selari dengan maksud bahasa kebangsaan. Dengan pindaan sedemikian, Undang-undang Kecil Pengiklanan (PBT dan Majlis Bandaraya) juga perlu diselaraskan supaya nama rasmi yang terdaftar dalam bahasa Melayu itu dapat dipamerkan tanpa keterangan jenis aktiviti dan perkara lain. Undang-undang dan peraturan lain yang perlu diselaraskan ialah yang berkaitan dengan penamaan khas di bawah bidang kuasa PBT dan Majlis Bandaran, seperti bangunan, jalan, kawasan perumahan, tempat awam, dan peristiwa khusus, serta jenama, nama produk dan perkhidmatan di bawah pihak berkuasa yang lain. Ketiga, pengembangan bahasa Melayu ke dalam ranah ekonomi, perbankan, perniagaan, perdagangan, perindustrian dan kejuruteraan swasta dan korporat peringkat domestik perlu ditangani dengan bijaksana. Pelan tindakan yang sangat munasabah dan pragmatik ialah gagasan dan program penggunaan dwibahasa bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu. Tidak ada ertinya kita menyalak bukit supaya pihak swasta menggunakan bahasa kebangsaan dengan lebih banyak; sebaliknya pelan tindakan penggunaan dwibahasa (bahasa Inggeris dan bahasa Melayu) secara menyeluruh dalam pengurusan pihak swasta dan korporat perlu disediakan untuk dilaksanakan oleh pihak berkuasa kerajaan yang terlibat dalam pembangunan ekonomi, perbankan, perniagaan, perdagangan, perindustrian dan kejuruteraan dalam negeri. Keempat, DBP sebagai Penerbit Pelaksana dan Penasihat Produksi ceritera bahasa kita hendaklah memperteguh peranannya sebagai agensi pembinaan dan pengembangan bahasa yang berwibawa dan dihormati serta mesra pengguna bahasa. Antara tindakan proaktif yang perlu dilaksanakan segera ialah bahawa maksud istilah-istilah dalam subperenggan (10) (v) dan (iv) Akta DBP 1996 untuk menggalakkan termasuk memberi arahan, ulasan, nasihat, bantuan, bimbingan, latihan, atau pengawasan hendaklah dijelaskan atau ditafsirkan dengan

terperinci supaya masyarakat penggunaan bahasa dapat mengetahui bidang kuasa pengembangan bahasa DBP dengan saksamanya dan berinteraksi terhadapnya. Tindakan menyusun nahu bahasa Melayu ke arah pembakuan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang lebih sempurna dilakukan dengan terbitnya Tatabahasa Dewan Jilid 1 pada 1986 dan Tatabahasa Dewan Jilid 11 pada 1989, serta Tatabahasa Dewan Edisi Baharu pada 1993.(Teo Kok Seong,2009:110) Kelima, jabatan sektor awam pada semua peringkat sebagai lokasi teater hendaklah mengenal pasti watak, tugas dan tanggungjawab masing-masing terhadap usaha memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Mereka perlu mengenal pasti dan memahami peranan dan tanggungjawab DBP sebagai agensi perancangan bahasa serta memberikan respons terhadap objektif dan program penggalakan bahasa DBP. Amat malang bagi riwayat bahasa kita seandainya masih ada jabatan sektor awam atau agensi pelaksanaan dasar bahasa yang enggan menerima atau memperkecilkan nasihat daripada DBP dan terus berdegil dengan keegoan sendiri!(Ismail Dahalan,2009:58) Keenam, strategi pelaksanaan dasar bahasa negara mesti dikaji semula supaya beban tugas tidak dipikul oleh DBP sebagai agensi pengembangan bahasa sahaja. Selain sektor pendidikan yang memainkan peranan utama, jabatan sektor-sektor awam yang lain, terutamanya jabatan yang diberi kuasa undang-undang tentang penggunaan bahasa, hendaklah berfungsi sepenuhnya, dan tidak menyerahkan tugas dan tanggungjawab mereka kepada DBP semata-mata. Contohnya, PBT dan Majlis Bandaraya yang bertanggungjawab terhadap Undang-undang Kecil Pengiklanan hendaklah menguatkuasakan undangundang tersebut dengan serius dan mengambil tindakan ke atas pihak yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan yang betul dalam bahan pengiklanan mereka. Apabila berlaku demikian, tugas penguatkuasaan tidak perlu dipinda untuk dimasukkan peruntukan kuasa yang sedemikian. Penegasan semula pelaksanaan dasar negara hendaklah dijadikan program penyebaran maklumat pengurusan sektor awam yang utama, yang perlu sampai kepada semua karyawan sektor awam dan difahami oleh mereka, terutamanya dalam kalangan pemimpin dan pengurusan tinggi jabatan. Pelaksanaan program ini boleh ditradisikan dan dipraktikkan sepanjang tahun 2010 supaya dapat disusun semula program komprehensif bagi pengembangan bahasa Melayu pada peringkat pusat dan jabatan masing-masing untuk dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015). Untuk tujuan perlakuan ini perlu sentiasa diingat bahawa pembangunan bahasa Melayu harus dipupuk dan digandingkan dengan pembangunan negara bangsa Malaysia supaya kita dapat menjejak puncak matlamat perpaduan nasional di menara konsep Satu Malaysia. Dengan hal demikian, kita yakin bahawa pentas ceritera bahasa Melayu tidak akan terus melakonkan adegan-adegan ceritera yang tiada kesudahan dan tidak memungkinkan berlabuh tirainya. Bahasa Melayu maju sepanjang zaman kerana bangsa Melayu mempunyai minda yang terbuka dan kreatif. Bangsa Melayu mundur dan ikut mundur ialah bahasa Melayu apabila bangsa Melayu dijajah, tidak diberikan kebebasan untuk berfikir dan menuntut dan mencipta ilmu dalam bahasanya sendiri. Dalam zaman Inggeris memerintah Tanah Melayu, ada tidak orang Melayu-seorang pun- yang bergelar profesor dalam bidang sains atau matematik atau perubatan yang terdidik dalam bahasa Melayu sejak sekolah rendah sampai ke peringkat pengajian tinggi? Selepas kemerdekaan, apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan, beribu anak Melayu dan anak kaum lain mendapat pendidikan tinggi hingga ke peringkat Sarjana Sastera dan Doktor Falsafah dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai alat utama pelajaran mereka. (Hassan Ahmad,2009:10)

KESIMPULAN Berasaskan modal linguistik yang dimiliki oleh bahasa Melayu, ia sebenarnya mampu sekali menjadi wahana komunikasi dalam dunia globalisasi, selain menjadi wahana budaya dan tamadun moden, yang tidak seharusnya berpaksikan sains dan teknologi sahaja tetapi perlu diimbangi dengan pendidikan sains kemasyarakatan, bagi Malaysia. Lebih-lebih lagi dalam konteks pembangunan dan kemajuan Malaysia yang berasaskan acuan sendiri, bahasa Melayu perlu dilibatkan pada kadar yang penuh. Bahasa, dan dalam kes ini adalah hasil daripada sejarah perkembangan bangsa atau masyarakat Melayu, semenjak sekian lamanya, dan digunakan oleh bangsa atau masyarakat Melayu untuk mengungkap serta menyebarkan jati diri Melayu dan khazanah budaya Melayu,selain menyampaikan pemikiran Melayu. Dalam konteks ini, bahasa Melayu bukan sahaja merupakan realiti sosial kepada bangsa atau masyarakat Melayu, tetapi yang lebih penting lagi, ia juga merupakan realiti yang boleh menghubungkaitkan bangsa atau masyarakat Melayu, dengan emosi, aspirasi dan nilai dan segala macam yang lain. Jadi bangsa yang hendak mengelak dirinya daripada menjadi mangsa atau hamba kepada jenis globalisasi yang bercorak penjajahan itu hendaklah mampu mencipta ilmu dalam bahasanya sendiri dan mempunyai keupayaan yang tinggi dan cekap untuk membuka minda bangsanya ke dunia luar melalui kegiatan terjemahan. Sehubungan dengan ini, kemusnahan bahasa Melayu boleh menyebabkan kepupusan, yakni lenyap buat selama-lamanya, hubung kait yang paling langsung atau penting dalam hal ini, dengan warisan Melayu pada masa lampau. Bukan sahaja banyak kenangan dan ilmu pengetahuan boleh ikut hilang, tetapi ia ikut menyebabkan kehilangan kebolehan menggunakan bahasa Melayu, yang boleh mencerminkan sistem linguistiknya yang utuh, selain mencerminkan pelbagai orientasi budaya Melayu, melalui penggunaan pelbagai kategori nahu dan leksikonnya. Kalau kita perhatikan betul-betul, kita dapat menyaksikan bahawa bangsa yang maju atau berjaya dalam era globalisasi hari ini ialah bangsa yang masih atau terus mengekalkan semangat atau warisan nasionalismenya sebagai sumber kekuatan diri untuk menghadapi cabaran globalisme. Dalam konteks ini, tidak ada bahasa yang lain boleh mengungkap dan mengendalikan hal-hal Melayu dengan baik dan berkesan, kecuali bahasa Melayu itu sendiri.

3.

Cadangan penyelesaian kepada kemelut bahasa Malaysia Date: Friday, October 28 @ 00:21:29 MYT Topic: Artikel Blog Tempayan Retak Sebagai seorang penterjemah bahan audiovisual dan seorang yang

berminat dalam perihal bahasa (apatah lagi bukan dari golongan yang bergelar Bumiputera), saya ingin meluahkan kebimbangan dan rasa muak saya terhadap kontroversi PPSMI, penggunaan bahasa Inggeris dalam sekolah dan "krisis identiti" Bahasa Kebangsaan (nak panggil apa, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?) yang semakin hari semakin sesat daripada menemui jalan penyelesaian, apatah lagi di tengah-tengah Bulan Bahasa Kebangsaan. Demi memuaskan seramai mana pembaca, saya menggunakan istilah "Bahasa Kebangsaan" untuk merujuk kepada satu bahasa yang dipanggil bahasa Melayu atau bahasa Malaysia oleh masyarakat Malaysia yang berbelah-bagi, yakni bahasa yang digunakan dalam surat ini. 1. "Sengketa" sesama bahasa Pada pengamatan saya, didapati segelintir penyokong dasar itu mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ibunda yang lain, misalnya dengan mengatakan bahawa Bahasa Kebangsaan kita tidak berdaya maju terlalu banyak meminjam perkataan bahasa lain sejak dahulu kala. Itu tidak boleh dinafikan tetapi bukankah bahasa Inggeris banyak menyerap perkataan dari bahasa Latin, Yunani dan Perancis? Bolehkan dikatakan bahawa bahasa Inggeris lebih kuat meminjam perkataan asing berbanding Bahasa Kebangsaan kita sendiri? Tingkah laku sedemikian yang ditunjukkan oleh puak pro-bahasa Inggeris itu bukan sahaja nyata tidak membina dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri mereka, malah saya boleh menganggapnya sebagai dosa besar yang amat sukar diampunkan kerana hina-menghina ini hanya boleh memburukkan ketegangan hubungan sesama masyarakat pelbagai budaya, di samping menghilangkan rasa minat untuk belajar bahasa Inggeris di kalangan mereka yang tidak fasih. Saya yang mengakui fasih berbahasa Inggeris pun berasa amat malu dan kecewa dengan sikap mereka yang kelihatan tidak waras. Lebih buruk lagi, golongan muda yang mudah terpengaruh dengan hasutan sebegini akan didorong untuk melupakan bahasa sendiri dan mengutamakan bahasa Inggeris ketika berbual dengan anak cucu pada masa akan datang. Dengan ini, ramailah "mat saleh celup" yang lahir dan semakin menularnya pemikiran "zero-sum", yang mana Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris itu dianggap tidak serasi dan hanya salah

satu boleh diambil sepanjang hayat. Kadang-kadang saya berpendapat bahawa pelaksanaan PPSMI ini sengaja tidak dirancang dengan betul oleh pihak berwajib sehingga membuat sesetengah rakyat kita (terutamanya golongan luar bandar) merasa benci kepada bahasa Inggeris, setelah sekian lama disogokkan dengan drama-drama tempatan yang sesetengahnya kuat berbahasa rojak yang lama-kelamaan merancui Bahasa Kebangsaan sambil meninggalkan gambaran buruk tentang bahasa Inggeris kepada mereka. 2. Pengaruh bahasa Inggeris tak terkawal? Kegusaran terhadap pengaruh negatif bahasa Inggeris dalam kebudayaan sedunia jika tidak dikawal juga pernah diluahkan oleh ahli-ahli linguistik yang berasal dari England dan Amerika. David Graddol dalam kertas kerja "The future of English" (1997) terbitan British Council, berpandangan bahawa penyebaran bahasa Inggeris yang terlalu berleluasa hingga mengancam bahasa-bahasa lain boleh disamakan dengan penebangan hutan secara eksploitasi, sehingga mampu mendorong masyarakat dunia supaya menentang peluasan bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan kemusnahan kepelbagaian budaya, pencabulan hak asasi manusia, imperialisme budaya global dan menjadi-jadinya ketidaksamaan sosial. Dalam sebuah wawancara bersama Riz Khan di saluran Al Jazeera English pada Oktober 2010, Robert Phillipson, seorang ahli linguistik yang terkenal kerana sering membincangkan "imperialisme bahasa Inggeris", berhujah bahawa tekanan yang dirasai masyarakat di Singapura untuk menguasai bahasa Inggeris semata-mata demi mengukuhkan daya saing ekonomi membuat separuh jumlah rumah tangga di situ mengetepikan bahasa ibunda dan bertutur dalam bahasa Inggeris dalam rumah. Tambah Phillipson lagi, ramai golongan elit Arab menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa yang amat menekankan bahasa Inggeris sehingga anak-anak itu kurang fasih berbahasa Arab, serta mengakui ramai juga golongan belia Arab di rantau Teluk yang "merojakkan" bahasa Arab dan Inggeris gara-gara tiadanya dasar kerajaan yang kukuh untuk memartabatkan bahasa tempatan sambil memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris. Masalah mengimbangi bahasa oleh masyarakat kita nyata banyak persamaannya

dengan kegusaran yang diluahkan oleh saudara-saudara Phillipson dan Graddol. Hujah-hujah mereka ini wajar dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak pro-bahasa Inggeris dan pro-Bahasa Kebangsaan/ibunda dalam perjuangan masing-masing. Jika kita melihat pendekatan mengajar bahasa ibunda dan bahasa luar negara di negara-negara maju khusunya di Eropah dan Asia Timur, mereka tidak mementingkan berapa lama masa yang diperuntukkan dalam jadual untuk mata pelajaran bahasa tersebut, sebaliknya mereka menekankan mutu dan kekayaan sukatan pembelajaran di samping menjadikan sistem pendidikan berteraskan kefahaman dan pemikiran kritis dan bukan sistem penghafazan yang diamalkan di negara kita. Jika orang Jerman cepat dan mudah menguasai bahasa Inggeris walaupun hanya mempelajarinya di sekolah selama tidak lebih tiga jam seminggu (tanpa mengajar mata pelajaran lain dalam bahasa itu), apatah lagi kurang pendedahan kepada bahasa Inggeris dalam media massa disebabkan dasar Bahasa Kebangsaan yang tegas di negara itu, mengapakah setelah terlalu lama belajar bahasa Inggeris dan juga belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, di samping banyaknya bahan-bahan yang berbahasa Inggeris di corong radio dan kaca TV, penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia masih lemah? 3. Menyelamatkan bahasa kita Pejuang Bahasa Kebangsaan juga sama bersalah kerana terlalu mengharapkan sistem pendidikan untuk memartabatkan bahasa, tanpa menyedari bahawa peranan Bahasa Kebangsaan di luar pagar sekolah agak luntur sekarang berbanding zaman dahulu. Sekalipun kerajaan kelak terpaksa akur kepada kehendak pihak pro-bahasa Inggeris supaya PPSMI dan sekolah berpengantar bahasa Inggeris dipulihkan, masih ada banyak cara lain yang berkesan untuk melestarikan dan memajukan Bahasa Kebangsaan baik di dalam mahupun di luar sektor pendidikan. Saya melihat bahawa acara Bulan Bahasa Kebangsaan masih di takuk lama, iaitu hanya menyasarkan murid-murid sekolah dan sektor awam dan mengetengahkan acara-acara berlagu, deklamasi pidato dan puisi tanpa memikirkan langkah-langkah yang asas dan proaktif untuk menyergahkan Bahasa Kebangsaan dalam kehidupan seharian.

Antara cadangan-cadangan yang boleh saya kemukakan untuk menambahbaik martabat Bahasa Kebangsaan ialah: 3.1. Membetulkan penggunaan bahasa Penggunaan bahasa rojak, bahasa cacamarba dsb. dalam media massa (termasuk Internet) perlu dibendung, tetapi bukan dengan mengawasi dan menghukum terus mereka yang membuat kesalahan (kerana sememangnya ia agak keras), sebaliknya dengan mendidik seluruh masyarakat, terutamanya golongan ahli politik, usahawan dan seniman selaku golongan tokoh ternama yang paling cenderung berbahasa rojak, tentang kesan buruk bahasa rojak kepada Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris dalam jangka masa yang panjang. Bahasa yang ingin berkembang maju perlu menyerap perkataan asing tetapi jangan sampai terlalu banyak hingga menggantikan kata-kata yang sedia ada dan menimbulkan senario bahasa kita jadi 'kembar' bahasa Inggeris. Seperti yang saya telah katakan tadi, bahasa rojak bukan sahaja merancui Bahasa Kebangsaan dengan kata-kata serapan Inggeris yang tidak perlu serta menjejaskan keutuhan tatabahasa, malah ia juga meninggalkan gambaran yang buruk kepada rama rakan-rakan kita khususnya di luar bandar yang dikehendaki menuntut ilmu dalam bahasa Inggeris, seolah-olah bahasa antarabangsa itu merupakan anasir yang mengakis dan mengancam kelestarian bahasa ibunda. Proses penyerapan istilah bahasa asing untuk memperkaya kosa kata Bahasa Kebangsaan wajar dilakukan secara sistematik dan melibatkan penelitian menyeluruh seperti menyemak sama ada wujudnya istilah sedia ada dalam kosa kata. 3.2. Memartabatkan bahasa dalam Internet Laman-laman web tempatan yang ditujukan khusus kepada pengguna Internet tempatan (iaitu yang tidak begitu berguna kepada pengguna antarabangsa) wajar memberikan perhatian yang sekian lama ditunggu-tunggu kepada Bahasa Kebangsaan, terutamanya sektor peruncitan, perkhidmatan, kewangan dan perbadanan bukan kerajaan yang menyasarkan pengguna pelbagai kaum. Ini wajar dilakukan dengan menyediakan pilihan Bahasa Kebangsaan kepada mereka yang mengehendakinya, lebih bagus kalau dijadikan bahasa asali (default). Saya pasti, ramai penduduk Malaysia khususnya penduduk pekan dan luar bandar merasa kecewa

jika melihat tanda-tanda Bahasa Kebangsaan diperlekehkan. Mujurlah laman-laman dari luar negara seperti Google, Facebook dan Twitter menyediakan pilihan Bahasa Kebangsaan, ini memperlihatkan seolah-olah orang Amerika lebih prihatin terhadap Bahasa Kebangsaan berbanding rakyat Malaysia sendiri. Portal berita alternatif yang selama ini berjuang demi kebebasan akhbar tidak wajar melupakan tanggungjawab mereka untuk melestarikan Bahasa Kebangsaan. Khusus buat The Malaysian Insider, Malaysian Digest Free Malaysia Today, janganlah bermalas dengan sekadar mencampurkan Bahasa Kebangsaan ke dalam lautan artikel berita berbahasa Inggeris, sebaliknya bukalah portal berita berbahasa kebangsaan sepenuhnya yang tidak berada dalam bayangan portal berbahasa Inggeris yang sedia ada. Yang sudah berbuat demikian, syabas diucapkan, tetapi adalah lebih elok untuk portal versi Bahasa Kebangsaan diberi nama yang berasingan dalam Bahasa Kebangsaan daripada berkongsi nama dengan versi bahasa Inggeris. 3.3. Memperagakan kekayaan kosa kata Masyarakat wajar melatih diri supaya menggunakan sebanyak mana istilah-istilah yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, terutamanya istilah teknologi maklumat kerana semakin ramai pengguna komputer dan telefon pintar. Sepatutnya komputer-komputer kita dilengkapi dengan perisian yang berantaramuka (interface) dalam Bahasa Kebangsaan, siap lagi dengan penyemak ejaan (spell-checker) Bahasa Kebangsaan yang terpasang sedia (tidak seperti Dewan Eja Pro yang perlu dibeli dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah), barulah Bahasa Kebangsaan nampak martabatnya. Akan tetapi, saya memahami bahawa ada sesetengah istilah yang agak lari dari maksud istilah asal dan boleh menimbulkan kekeliruan (contohnya, default diterjemahkan menjadi "lalai" oleh DBP) ini pun masih boleh dibetulkan dengan memberikan kritikan dan cadangan membina kepada badan pemantau bahasa tersebut (berbalik kepada contoh tadi, saya syorkan "asali"). Ada baiknya juga DBP distrukturkan semula dan diperbaharui menjadi sebuah badan pemajuan Bahasa Kebangsaan yang bebas daripada pengaruh politik yang rakus seperti yang dialami sekarang. 3.4. Memajukan penterjemahan

Bidang penterjemahan buku dan karya sastera wajar dimajukan lagi hingga sejauh mana yang mampu, bukan semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris, malah sebagai langkah untuk menunjukkan kemampuan Bahasa Kebangsaan untuk mengungkapkan gagasan-gagasan yang dizahirkan di negara luar. Negara-negara Eropah yang kecil dan sedikit jumlah penduduknya berbanding negara kita seperti Belanda, Denmark, Norway, Sweden dan Finland tidak menjadikan kekurangan penutur asli bahasa masing-masing sebagai alasan untuk tidak menterjemahkan bahan-bahan dari bahasa yang lebih besar kepada bahasa masing-masing, sebaliknya menggunakan penguasaan bahasa asing sebaiknya untuk mempergiatkan industri terjemahan kepada bahasa ibunda masing-masing. Tengok, dah fasih berbahasa Inggeris pun masih nak baca bahan terjemahan, inilah sikap yang wajar dicontohi untuk menyelesaikan kemelut bahasa di negara kita. Institusi pendidikan tempatan yang mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (misalnya sekolah dan maktab swasta) wajar menubuhkan kelab-kelab Bahasa Kebangsaan untuk memupuk rasa cinta kepada Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar tempatan di samping menarik minat pelajar luar negara kepada bahasa kita. Antara kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan oleh kelab-kelab sebegini ialah menterjemahkan rencana-rencana Wikipedia dari bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan secara berkumpulan di samping melakukan kegiatan kokurikulum yang berketengahkan Bahasa Kebangsaan seperti seni pementasan drama dan permainan kuiz. Mari kita tengok sejauh mana kita boleh menterjemahkan drama-drama karya Shakespeare ke dalam nuansa Bahasa Kebangsaan. 3.5. Alih suara Semua rancangan televisyen dan filem import yang dikhususkan kepada kanak-kanak, termasuk yang bahasa asalnya bahasa Inggeris, wajar dialih suara (bukan sekadar diberi sari kata) ke Bahasa Kebangsaan sebagai langkah yang penting untuk memupuk cinta anak muda kepada Bahasa Kebangsaan. Selain itu, dengan industri televisyen kanak-kanak yang tidak terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris, ini sedikit sebanyak mengikis tanggapan bahawa bahasa Inggeris merupakan anasir imperialisme budaya. Amalan mengalih suara animasi buatan Disney dan sebagainya kepada bahasa-bahasa ibunda telah sekian lama diamalkan di kebanyakan negara di dunia,

dan ini tidak serba sedikit menghalang anak-anak muda daripada menguasai bahasa Inggeris di masa hadapan. Sama seperti hujah amalan penterjemahan bahan bacaan tadi, inilah tradisi yang diamalkan untuk memupuk budaya sihat "junjung bahasa sendiri, kendong bahasa luar" di kalangan masyarakat luar negara. Jika tidak percaya, carilah "disney multilanguage" dalam YouTube, barulah anda faham maksud saya. Tiada salahnya mengedarkan filem dan rancangan televisyen import dalam bahasa asal pada pokoknya, tetapi dalam bab tontonan kanak-kanak dan golongan muda, adalah amat wajar untuk pengedar filem menayangkan filem-filem tontonan seisi keluarga (family film) dalam versi alih suara Bahasa Kebangsaan di samping versi bahasa asal dalam pawagam, dan juga mengedarkan DVD filem-filem berkenaan dengan runut audio Bahasa Kebangsaan di samping bahasa asal dan bahasa-bahasa lain. 4. Kata akhir Demikianlah antara cadangan-cadangan bernas yang saya ingin sampaikan kepada seluruh masyarakat, sama ada mereka prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Bahasa Kebangsaan atau tidak. Maaflah jika anda mendapati saya terlalu memberati Bahasa Kebangsaan kerana sesungguhnya inilah tujuan utama surat ini, tetapi jika anda membaca dengan teliti saya turut mengharapkan cara-cara yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa antarabangsa tanpa mengundang masalah kepada Bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa. Kita sudah terlalu banyak membuang masa untuk memikirkan nama yang sesuai untuk Bahasa Kebangsaan kita tanpa mengambil tindakan yang membina untuk memastikan kemandirian bahasa ini dalam arus pengglobalan (globalisasi) yang deras. Tunggu apa lagi? Jangan memandai cakap sayang bahasa, buatlah sesuatu tanpa terlalu bersandar pada dukungan kerajaan. Hendak seribu daya, jangan seribu dalih! Saya berharap agar tuan editor bersikap cermat jika mendapati surat saya begitu panjang lebar sungguh dan perlu disunting kerana setiap satu patah kata dan ungkapan dalam surat ini adalah penting kepada keseluruhan erti mesej yang disampaikan. Sekian, terima kasih. Yang benar,

ORANG AWAMCadangan penyelesaian kepada kemelut bahasa Malaysia Date: Friday, October 28 @ 00:21:29 MYT Topic: Artikel Blog Tempayan Retak Sebagai seorang penterjemah bahan audiovisual dan seorang yang berminat dalam perihal bahasa (apatah lagi bukan dari golongan yang bergelar Bumiputera), saya ingin meluahkan kebimbangan dan rasa muak saya terhadap kontroversi PPSMI, penggunaan bahasa Inggeris dalam sekolah dan "krisis identiti" Bahasa Kebangsaan (nak panggil apa, bahasa Melayu atau bahasa Malaysia?) yang semakin hari semakin sesat daripada menemui jalan penyelesaian, apatah lagi di tengah-tengah Bulan Bahasa Kebangsaan. Demi memuaskan seramai mana pembaca, saya menggunakan istilah "Bahasa Kebangsaan" untuk merujuk kepada satu bahasa yang dipanggil bahasa Melayu atau bahasa Malaysia oleh masyarakat Malaysia yang berbelah-bagi, yakni bahasa yang digunakan dalam surat ini. 1. "Sengketa" sesama bahasa Pada pengamatan saya, didapati segelintir penyokong dasar itu mengeluarkan kenyataan yang seolah-olah menghina Bahasa Kebangsaan dan bahasa-bahasa ibunda yang lain, misalnya dengan mengatakan bahawa Bahasa Kebangsaan kita tidak berdaya maju terlalu banyak meminjam perkataan bahasa lain sejak dahulu kala. Itu tidak boleh dinafikan tetapi bukankah bahasa Inggeris banyak menyerap perkataan dari bahasa Latin, Yunani dan Perancis? Bolehkan dikatakan bahawa bahasa Inggeris lebih kuat meminjam perkataan asing berbanding Bahasa Kebangsaan kita sendiri? Tingkah laku sedemikian yang ditunjukkan oleh puak pro-bahasa Inggeris itu bukan sahaja nyata tidak membina dan tidak mendatangkan manfaat kepada diri mereka, malah saya boleh menganggapnya sebagai dosa besar yang amat sukar diampunkan kerana hina-menghina ini hanya boleh memburukkan ketegangan hubungan sesama masyarakat pelbagai budaya, di samping menghilangkan rasa minat untuk belajar bahasa Inggeris di kalangan mereka yang tidak fasih. Saya yang mengakui fasih

berbahasa Inggeris pun berasa amat malu dan kecewa dengan sikap mereka yang kelihatan tidak waras. Lebih buruk lagi, golongan muda yang mudah terpengaruh dengan hasutan sebegini akan didorong untuk melupakan bahasa sendiri dan mengutamakan bahasa Inggeris ketika berbual dengan anak cucu pada masa akan datang. Dengan ini, ramailah "mat saleh celup" yang lahir dan semakin menularnya pemikiran "zero-sum", yang mana Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris itu dianggap tidak serasi dan hanya salah satu boleh diambil sepanjang hayat. Kadang-kadang saya berpendapat bahawa pelaksanaan PPSMI ini sengaja tidak dirancang dengan betul oleh pihak berwajib sehingga membuat sesetengah rakyat kita (terutamanya golongan luar bandar) merasa benci kepada bahasa Inggeris, setelah sekian lama disogokkan dengan drama-drama tempatan yang sesetengahnya kuat berbahasa rojak yang lama-kelamaan merancui Bahasa Kebangsaan sambil meninggalkan gambaran buruk tentang bahasa Inggeris kepada mereka. 2. Pengaruh bahasa Inggeris tak terkawal? Kegusaran terhadap pengaruh negatif bahasa Inggeris dalam kebudayaan sedunia jika tidak dikawal juga pernah diluahkan oleh ahli-ahli linguistik yang berasal dari England dan Amerika. David Graddol dalam kertas kerja "The future of English" (1997) terbitan British Council, berpandangan bahawa penyebaran bahasa Inggeris yang terlalu berleluasa hingga mengancam bahasa-bahasa lain boleh disamakan dengan penebangan hutan secara eksploitasi, sehingga mampu mendorong masyarakat dunia supaya menentang peluasan bahasa Inggeris yang dikaitkan dengan kemusnahan kepelbagaian budaya, pencabulan hak asasi manusia, imperialisme budaya global dan menjadi-jadinya ketidaksamaan sosial. Dalam sebuah wawancara bersama Riz Khan di saluran Al Jazeera English pada Oktober 2010, Robert Phillipson, seorang ahli linguistik yang terkenal kerana sering membincangkan "imperialisme bahasa Inggeris", berhujah bahawa tekanan yang dirasai masyarakat di Singapura untuk menguasai bahasa Inggeris semata-mata demi mengukuhkan daya saing ekonomi membuat separuh jumlah rumah tangga di situ mengetepikan bahasa ibunda dan bertutur dalam bahasa Inggeris dalam rumah.

Tambah Phillipson lagi, ramai golongan elit Arab menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa yang amat menekankan bahasa Inggeris sehingga anak-anak itu kurang fasih berbahasa Arab, serta mengakui ramai juga golongan belia Arab di rantau Teluk yang "merojakkan" bahasa Arab dan Inggeris gara-gara tiadanya dasar kerajaan yang kukuh untuk memartabatkan bahasa tempatan sambil memperkasakan penguasaan bahasa Inggeris. Masalah mengimbangi bahasa oleh masyarakat kita nyata banyak persamaannya dengan kegusaran yang diluahkan oleh saudara-saudara Phillipson dan Graddol. Hujah-hujah mereka ini wajar dipertimbangkan oleh kedua-dua pihak pro-bahasa Inggeris dan pro-Bahasa Kebangsaan/ibunda dalam perjuangan masing-masing. Jika kita melihat pendekatan mengajar bahasa ibunda dan bahasa luar negara di negara-negara maju khusunya di Eropah dan Asia Timur, mereka tidak mementingkan berapa lama masa yang diperuntukkan dalam jadual untuk mata pelajaran bahasa tersebut, sebaliknya mereka menekankan mutu dan kekayaan sukatan pembelajaran di samping menjadikan sistem pendidikan berteraskan kefahaman dan pemikiran kritis dan bukan sistem penghafazan yang diamalkan di negara kita. Jika orang Jerman cepat dan mudah menguasai bahasa Inggeris walaupun hanya mempelajarinya di sekolah selama tidak lebih tiga jam seminggu (tanpa mengajar mata pelajaran lain dalam bahasa itu), apatah lagi kurang pendedahan kepada bahasa Inggeris dalam media massa disebabkan dasar Bahasa Kebangsaan yang tegas di negara itu, mengapakah setelah terlalu lama belajar bahasa Inggeris dan juga belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, di samping banyaknya bahan-bahan yang berbahasa Inggeris di corong radio dan kaca TV, penguasaan bahasa Inggeris rakyat Malaysia masih lemah? 3. Menyelamatkan bahasa kita Pejuang Bahasa Kebangsaan juga sama bersalah kerana terlalu mengharapkan sistem pendidikan untuk memartabatkan bahasa, tanpa menyedari bahawa peranan Bahasa Kebangsaan di luar pagar sekolah agak luntur sekarang berbanding zaman dahulu. Sekalipun kerajaan kelak terpaksa akur kepada kehendak pihak pro-bahasa Inggeris supaya PPSMI dan sekolah berpengantar bahasa Inggeris dipulihkan, masih ada banyak cara lain yang berkesan untuk melestarikan dan memajukan Bahasa

Kebangsaan baik di dalam mahupun di luar sektor pendidikan. Saya melihat bahawa acara Bulan Bahasa Kebangsaan masih di takuk lama, iaitu hanya menyasarkan murid-murid sekolah dan sektor awam dan mengetengahkan acara-acara berlagu, deklamasi pidato dan puisi tanpa memikirkan langkah-langkah yang asas dan proaktif untuk menyergahkan Bahasa Kebangsaan dalam kehidupan seharian. Antara cadangan-cadangan yang boleh saya kemukakan untuk menambahbaik martabat Bahasa Kebangsaan ialah: 3.1. Membetulkan penggunaan bahasa Penggunaan bahasa rojak, bahasa cacamarba dsb. dalam media massa (termasuk Internet) perlu dibendung, tetapi bukan dengan mengawasi dan menghukum terus mereka yang membuat kesalahan (kerana sememangnya ia agak keras), sebaliknya dengan mendidik seluruh masyarakat, terutamanya golongan ahli politik, usahawan dan seniman selaku golongan tokoh ternama yang paling cenderung berbahasa rojak, tentang kesan buruk bahasa rojak kepada Bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris dalam jangka masa yang panjang. Bahasa yang ingin berkembang maju perlu menyerap perkataan asing tetapi jangan sampai terlalu banyak hingga menggantikan kata-kata yang sedia ada dan menimbulkan senario bahasa kita jadi 'kembar' bahasa Inggeris. Seperti yang saya telah katakan tadi, bahasa rojak bukan sahaja merancui Bahasa Kebangsaan dengan kata-kata serapan Inggeris yang tidak perlu serta menjejaskan keutuhan tatabahasa, malah ia juga meninggalkan gambaran yang buruk kepada rama rakan-rakan kita khususnya di luar bandar yang dikehendaki menuntut ilmu dalam bahasa Inggeris, seolah-olah bahasa antarabangsa itu merupakan anasir yang mengakis dan mengancam kelestarian bahasa ibunda. Proses penyerapan istilah bahasa asing untuk memperkaya kosa kata Bahasa Kebangsaan wajar dilakukan secara sistematik dan melibatkan penelitian menyeluruh seperti menyemak sama ada wujudnya istilah sedia ada dalam kosa kata. 3.2. Memartabatkan bahasa dalam Internet

Laman-laman web tempatan yang ditujukan khusus kepada pengguna Internet tempatan (iaitu yang tidak begitu berguna kepada pengguna antarabangsa) wajar memberikan perhatian yang sekian lama ditunggu-tunggu kepada Bahasa Kebangsaan, terutamanya sektor peruncitan, perkhidmatan, kewangan dan perbadanan bukan kerajaan yang menyasarkan pengguna pelbagai kaum. Ini wajar dilakukan dengan menyediakan pilihan Bahasa Kebangsaan kepada mereka yang mengehendakinya, lebih bagus kalau dijadikan bahasa asali (default). Saya pasti, ramai penduduk Malaysia khususnya penduduk pekan dan luar bandar merasa kecewa jika melihat tanda-tanda Bahasa Kebangsaan diperlekehkan. Mujurlah laman-laman dari luar negara seperti Google, Facebook dan Twitter menyediakan pilihan Bahasa Kebangsaan, ini memperlihatkan seolah-olah orang Amerika lebih prihatin terhadap Bahasa Kebangsaan berbanding rakyat Malaysia sendiri. Portal berita alternatif yang selama ini berjuang demi kebebasan akhbar tidak wajar melupakan tanggungjawab mereka untuk melestarikan Bahasa Kebangsaan. Khusus buat The Malaysian Insider, Malaysian Digest Free Malaysia Today, janganlah bermalas dengan sekadar mencampurkan Bahasa Kebangsaan ke dalam lautan artikel berita berbahasa Inggeris, sebaliknya bukalah portal berita berbahasa kebangsaan sepenuhnya yang tidak berada dalam bayangan portal berbahasa Inggeris yang sedia ada. Yang sudah berbuat demikian, syabas diucapkan, tetapi adalah lebih elok untuk portal versi Bahasa Kebangsaan diberi nama yang berasingan dalam Bahasa Kebangsaan daripada berkongsi nama dengan versi bahasa Inggeris. 3.3. Memperagakan kekayaan kosa kata Masyarakat wajar melatih diri supaya menggunakan sebanyak mana istilah-istilah yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, terutamanya istilah teknologi maklumat kerana semakin ramai pengguna komputer dan telefon pintar. Sepatutnya komputer-komputer kita dilengkapi dengan perisian yang berantaramuka (interface) dalam Bahasa Kebangsaan, siap lagi dengan penyemak ejaan (spell-checker) Bahasa Kebangsaan yang terpasang sedia (tidak seperti Dewan Eja Pro yang perlu dibeli dan menyusahkan golongan berpendapatan rendah), barulah Bahasa Kebangsaan nampak martabatnya. Akan tetapi, saya memahami bahawa ada sesetengah istilah yang agak lari dari maksud istilah asal dan boleh menimbulkan kekeliruan (contohnya, default

diterjemahkan menjadi "lalai" oleh DBP) ini pun masih boleh dibetulkan dengan memberikan kritikan dan cadangan membina kepada badan pemantau bahasa tersebut (berbalik kepada contoh tadi, saya syorkan "asali"). Ada baiknya juga DBP distrukturkan semula dan diperbaharui menjadi sebuah badan pemajuan Bahasa Kebangsaan yang bebas daripada pengaruh politik yang rakus seperti yang dialami sekarang. 3.4. Memajukan penterjemahan Bidang penterjemahan buku dan karya sastera wajar dimajukan lagi hingga sejauh mana yang mampu, bukan semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka yang tidak fasih berbahasa Inggeris, malah sebagai langkah untuk menunjukkan kemampuan Bahasa Kebangsaan untuk mengungkapkan gagasan-gagasan yang dizahirkan di negara luar. Negara-negara Eropah yang kecil dan sedikit jumlah penduduknya berbanding negara kita seperti Belanda, Denmark, Norway, Sweden dan Finland tidak menjadikan kekurangan penutur asli bahasa masing-masing sebagai alasan untuk tidak menterjemahkan bahan-bahan dari bahasa yang lebih besar kepada bahasa masing-masing, sebaliknya menggunakan penguasaan bahasa asing sebaiknya untuk mempergiatkan industri terjemahan kepada bahasa ibunda masing-masing. Tengok, dah fasih berbahasa Inggeris pun masih nak baca bahan terjemahan, inilah sikap yang wajar dicontohi untuk menyelesaikan kemelut bahasa di negara kita. Institusi pendidikan tempatan yang mengutamakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (misalnya sekolah dan maktab swasta) wajar menubuhkan kelab-kelab Bahasa Kebangsaan untuk memupuk rasa cinta kepada Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar tempatan di samping menarik minat pelajar luar negara kepada bahasa kita. Antara kegiatan-kegiatan yang boleh dilakukan oleh kelab-kelab sebegini ialah menterjemahkan rencana-rencana Wikipedia dari bahasa Inggeris atau apa sahaja bahasa asing kepada Bahasa Kebangsaan secara berkumpulan di samping melakukan kegiatan kokurikulum yang berketengahkan Bahasa Kebangsaan seperti seni pementasan drama dan permainan kuiz. Mari kita tengok sejauh mana kita boleh menterjemahkan drama-drama karya Shakespeare ke dalam nuansa Bahasa Kebangsaan. 3.5. Alih suara

Semua rancangan televisyen dan filem import yang dikhususkan kepada kanak-kanak, termasuk yang bahasa asalnya bahasa Inggeris, wajar dialih suara (bukan sekadar diberi sari kata) ke Bahasa Kebangsaan sebagai langkah yang penting untuk memupuk cinta anak muda kepada Bahasa Kebangsaan. Selain itu, dengan industri televisyen kanak-kanak yang tidak terlalu mendewa-dewakan bahasa Inggeris, ini sedikit sebanyak mengikis tanggapan bahawa bahasa Inggeris merupakan anasir imperialisme budaya. Amalan mengalih suara animasi buatan Disney dan sebagainya kepada bahasa-bahasa ibunda telah sekian lama diamalkan di kebanyakan negara di dunia, dan ini tidak serba sedikit menghalang anak-anak muda daripada menguasai bahasa Inggeris di masa hadapan. Sama seperti hujah amalan penterjemahan bahan bacaan tadi, inilah tradisi yang diamalkan untuk memupuk budaya sihat "junjung bahasa sendiri, kendong bahasa luar" di kalangan masyarakat luar negara. Jika tidak percaya, carilah "disney multilanguage" dalam YouTube, barulah anda faham maksud saya. Tiada salahnya mengedarkan filem dan rancangan televisyen import dalam bahasa asal pada pokoknya, tetapi dalam bab tontonan kanak-kanak dan golongan muda, adalah amat wajar untuk pengedar filem menayangkan filem-filem tontonan seisi keluarga (family film) dalam versi alih suara Bahasa Kebangsaan di samping versi bahasa asal dalam pawagam, dan juga mengedarkan DVD filem-filem berkenaan dengan runut audio Bahasa Kebangsaan di samping bahasa asal dan bahasa-bahasa lain. 4. Kata akhir Demikianlah antara cadangan-cadangan bernas yang saya ingin sampaikan kepada seluruh masyarakat, sama ada mereka prihatin terhadap permasalahan yang dihadapi oleh Bahasa Kebangsaan atau tidak. Maaflah jika anda mendapati saya terlalu memberati Bahasa Kebangsaan kerana sesungguhnya inilah tujuan utama surat ini, tetapi jika anda membaca dengan teliti saya turut mengharapkan cara-cara yang terbaik untuk meningkatkan penguasaan bahasa antarabangsa tanpa mengundang masalah kepada Bahasa Kebangsaan dan jati diri bangsa. Kita sudah terlalu banyak membuang masa untuk memikirkan nama yang sesuai untuk Bahasa Kebangsaan kita tanpa mengambil tindakan yang membina untuk memastikan kemandirian bahasa ini dalam arus pengglobalan (globalisasi) yang deras. Tunggu apa lagi? Jangan memandai cakap sayang bahasa, buatlah sesuatu tanpa

terlalu bersandar pada dukungan kerajaan. Hendak seribu daya, jangan seribu dalih! Saya berharap agar tuan editor bersikap cermat jika mendapati surat saya begitu panjang lebar sungguh dan perlu disunting kerana setiap satu patah kata dan ungkapan dalam surat ini adalah penting kepada keseluruhan erti mesej yang disampaikan. Sekian, terima kasih. Yang benar, ORANG AWAM

4.

Melestarikan bahasa Melayu di USM


Diterbitkan pada Selasa, 23 October 2012 06:09 Hits: 48


Umum mengetahui bahawa bahasa adalah identiti penting kepada sesebuah bangsa. Kita sering mendengar ungkapan bahasa jiwa bangsa yang bermaksud bahasa adalah jati diri dan suluhan sesebuah bangsa. Ini juga bermaksud sesuatu bangsa itu boleh kehilangan jiwa dan identitinya, jika bahasanya tidak dapat dipertahankan. Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan bahasa tersebut di tempat yang tinggi. Dalam konteks sektor pengajian tinggi, kedudukan dan peranan bahasa Melayu menjadi semakin penting apabila telah sekian lama Institut Pengajian Tinggi (IPT) utama di Malaysia menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam semua disiplin ilmu termasuklah Universiti Sains Malaysia (USM). Ternyata kualiti graduan USM tidak kurang daya saingnya dengan graduan lain walaupun menggunakan bahasa Melayu dalam proses pembelajaran, pengajaran serta penyelidikan. Kadangkala kedengaran rungutan sesetengah siswa-siswi yang melihat bahasa Melayu bukanlah sesuatu yang penting malah membebankan mereka. Namun sejarah USM telah membuktikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah berjaya melahirkan lebih puluhan ribu teknokrat termasuk akauntan, wartawan dan ahli ekonomi yang berwibawa. Ini membuktikan bahawa penggunaan bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah penghalang untuk siswa-siswi berjaya dalam bidang yang diceburi. Selain itu, usaha memartabatkan bahasa Melayu tidak mungkin tercapai hanya dengan retorik dan semangat semata-mata. Justeru itu, sebagai tanda iltizam yang tinggi di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi telah

meletakkan empat perkara yang perlu dilaksanakan oleh universiti bagi mengangkat keagungan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Beberapa perkara ini telah diaplikasikan oleh USM dengan jayanya sebagai langkah melestarikan bahasa Melayu. Pertama, USM mewajibkan semua kursus wajib universiti dikendalikan dalam bahasa Melayu seperti kursus Kenegaraan Malaysia, Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara (TITAS), Hubungan Etnik dan lain-lain. Kedua, USM juga telah mewajibkan pelajar antarabangsa mengambil kursus bahasa Melayu komunikasi bagi memperkenalkan kepada mereka berkenaan keunikan bahasa Melayu. Hakikatnya, masa depan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu bergantung kepada sikap individu setelah USM menyediakan landasan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Pelbagai aktiviti berkaitan dianjurkan oleh USM untuk memastikan bahasa Melayu sentiasa mendapat tempat di hati siswa-siswi seperti Persidangan Kebangsaan Pengajian Sastera dan Bahasa Melayu 2011 yang bertujuan memperkasakan pengajian bahasa dan sastera Melayu dalam zaman globalisasi dan mentranformasikan pengajian bahasa Melayu untuk kelestarian bangsa. Kesimpulannya, usaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu ini akan memperkukuhkan penggunaan bahasa Melayu merentasi pelbagai bidang di USM. Ia penting agar penggunaan bahasa Melayu meliputi bidangbidang lain termasuklah sains tulen. Ini pastinya akan mengubah kedudukan bahasa Melayu itu sendiri sebagai bahasa ilmu yang berwibawa.

http://cikgu-rozali.blogspot.com/2012/05/bahasa-melayu-dalam-dunia-globalisasi.html http://www.scribd.com/doc/36124067/PERANAN-BAHASA-MELAYU http://ba-cemerlangbahasadansastera.blogspot.com/2011/03/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia-dr.html http://www.iksep.gov.my/pdf/pembudayaan_bahasa_malaysia.pdf http://www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp3ogos6.pdf

Anda mungkin juga menyukai