Anda di halaman 1dari 2

Perladangan Karbon

Australias Carbon Farming Initiative: A world first Sumber : http://www.ecosmagazine.com/?paper=EC10100 Apakah itu Perladangan Karbon? Pernahkah anda mendengar perkataan ini sebelum ini? Terus terang saya nyatakan inilah kali pertama saya mendengar perkataan perladangan karbon ini menerusi artikel yang dijumpai ini. Perladangan Karbon (Carbon Farming) merupakan salah satu kaedah menjana pendapatan tambahan kepada para peladang atau pekebun di samping mengurangkan pelepasan karbon ke atmosfera semasa aktiviti perladangan. Suber inspirasi perladangan karbon ini adalah lanjutan daripada persetujuan perjanjian Protokol Kyoto di Jepun pada Tahun 1997 yang bermatlamatkan untuk mengurangka pelepasan gas rumah hijau ke atmosfera. Pada masa ini, terdapat beberapa buah Negara yang sangat aktif mengamalkan Carbon Farming di antaranya adalah Australia dan New Zealand. Sektor pertanian di Australia menjana sekitar 23.7 peratus pelepasan gas rumah hijau negara (termasuk pelepasan daripada penebangan hutan untuk pertanian), namun ia juga menawarkan peluang-peluang yang penting untuk mengurangkan atau mengimbangi pengeluaran karbon menerusi perubahan pengurusan tanah dan penyelesaian teknologi. Rang UndangUndang CFI (Carbon Farming Initiative) telah diperkenalkan oleh kerajaan, pada bulan Mac telah mewujudkan insentif kewangan, melalui kredit karbon (carbon credit) untuk menggalakkan aktiviti pengurangan karbon. Di bawah skim baru, petani akan menerima kredit karbon, yang kemudiannya boleh diniagakan di peringkat antarabangsa dan pasaran sukarela, dan pasaran domestik, bergantung kepada jenis aktiviti luar bandar. Pasaran antarabangsa hanya akan disediakan bagi peladang atau petani yang mempunyai kredit karbon seperti yang digariskan dalam Perjanjian Kyoto, dan kredit ini mungkin menjana pulangan yang lebih tinggi kepada petani berbanding petani yang tidak mematuhi kredit karbon yang ditetapkan Kyoto yang diniagakan di pasaran sukarela. Bagaimana pula kaedah Perladangan Karbon ini dapat diaplikasi? Terdapat beberapa kaedah dalam Perladangan Karbon ini antaranya tiada pembajakan, membuat tanaman litupan bagi meningkatkan nitrogen dalam tanah, sistem penuaian giliran bagi memastikan nutrien dalam tanah digunakan secara optimum, pengurusan hutan dengan menggantikan pokokpokok tua dengan penanaman pokok-pokok muda, mewujudkan padang rumput di mana tanah berumput dapat menyerap air dengan baik sekaligus dapat mengelakkan hakisan serta mengurangkan debu tanah berterbangan, dan melalui kaedah pembajaan di mana melalui kaedah ini, nutrien akan sentiasa berada dalam tanah, maka tumbuhan dapat menyerap karbon dengan lebih efisen. Kelebihan Perladangan Karbon adalah mengembalikan karbon ke dalam tanah. Ia juga meningkatkan lagi kandungan karbon organik dalam tanah untuk menambah kualiti tanah serta mengurangkan hakisan tanah. Proses pembajakan yang tidak diperlukan berpotensi membekalkan karbon tanah

organik dan amat sesuai untuk alam sekitar. Selain itu, ia membantu mengawal hakisan tanah dan dapat menambah kesuburan tanah melalui proses pengikatan nitrogen dan nutrien yang lain bagi meningkatan kualiti tanah. Sistem penuaian secara giliran dapat menjaga kebersihan hasil dan kesuburan karbon dalam tanah. Selain itu, perlindungan hutan amat penting kerana hutan adalah komponen dan kunci kepada usaha untuk mengurangkan pembebasan karbon kerana banyak pokok menyerap karbon dioksida untuk pertumbuhan dan juga menurunkan kadar gas rumah kaca di atmosfera sekaligus dapat menyuburkan sumber di dalam tanah. Sistem padang rumput yang diguna pakai yang melibatkan amalan penukaran kawasan yang kosong kepada padang rumput dan digunakan untuk menyerap karbon dari atmosfera mealui fotosintesis. Akhir sekali, kaedah pembajaan dengan menambah atau mengganti balik bahan-bahan makanan yang diperlukan oleh tumbuhan seperti nitrogen, fosforus, kalium kepada tanah agar-agar bahan ini dapat diambil dan digunakan untuk kehendak tumbuhan itu sendiri. Banyak manfaat yang boleh diterokai dengan amalan Perladangan Karbon ini. Mungkin negara-negara lain boleh mencontohi usaha negara Australia ini dalam meningkatkan kesuburan tanah di samping memlihara alam sekitar. Sekiranya dijalankan dengan kaedah yang betul , ianya mampu meningkatkan produktiviti tanah dan pembaikan persekitaran daripada aspek biologikal dan fizikal yang telah memberi peningkatan kepada kualiti tanah. Penghasilan pelbagai teknologi baru ini amat penting bagi memastikan karbon yang sepatutnya dapat digunakan untuk kesuburan tanah dan tanaman tidak terbebas ke udara begitu sahaja yang menjadi punca kepada kesan rumah hijau dan pemanasan global.

Anda mungkin juga menyukai