Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGERUSI MAJLIS HI Tea SMKDIY 2012 Pada 03/ 11/2012 Di Hotel Swiss Garden

Assalamualaikaum wbt dan selamat sejahtera. Yang Berusaha, Pn Asmah Binti Kailani, Pengetua SMK Dato Ibrahim Yaacob, Yang dihormati. Dato Hj Sheikh Shawalludin Bin Hj Yusoff J.P., Yang Dipertua PIBG SMK Dato Ibrahim Yaacob, Yang dirai rakan rakan guru yang pernah bertugas di SMKDIY dan guruguru baru yang kini bertugas di SMKDIY, rakan-rakan guru dan staff sokongan serta hadirin sekalian. 1. Pertama sekali marilah kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah yang maha kuasa kerana dengan izinNya kita dapat bersama-sama hadir ke majlis ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama-sama di majlis yang dianjurkan ini. 2. Hadirin dan hadirat sekalian, bagi memberkati majlis pada hari ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En.Raja Ahmad Nazri Raja Abdul Aziz untuk memimpin bacaan doa. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Raja Ahmad Nazri Raja Abdul Aziz diatas pimpinan bacaan doa itu tadi.

3. Untuk tidak melengahkan masa, Majlis dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan, Pn Asmah Binti Kailani, Pengetua SMK Dato Ibrahim Yaacob, untuk menyampaikan ucapan.Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan Pengetua itu tadi.

4. Hadirin hadirat warga dewan yang dihormati. Seterusnya majlis mempersilakan. Yang dihormati. Dato Hj Sheikh Shawalludin Bin Hj Yusoff J.P., Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Dato Ibrahim Yaacob, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengansegala hormatnya dipersilakan. Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG itu tadi.

5. Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu upacara pemotongan kek oleh Dato Hj Sheikh Shawalludin Bin Hj Yusoff J.P., Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) SMK Dato Ibrahim Yaacob, bagi merasmikan majlis HI-TEA kita kali ini. Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan Pn Asmah Binti Kailani, Pengetua SMK Dato Ibrahim Yaacob, untuk mengiringi (________) Dato Hj Sheikh Shawalludin Bin Hj Yusoff J.P. _________________

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada (______) Dato Hj Sheikh Shawalludin Bin Hj Yusoff J.P atas upacara perasmian yang telah disempurnakan tadi.

6. Seterusnya majlis diteruskan dengan acara penyampaian _________ kepada guru-guru yang telah memberikan khidmat yang cemerlang sepanjang berada di SMKDIY ini. <RUJUK LAMPIRAN >

7. Dengan berakhirnya acara itu tadi maka tamatlah majlis Hi Tea kita padahari ini. Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin , kerana sudi bersama sehingga ke akhir Majlis. Saya juga memohon ampun dan maaf sekiranya di sepanjang majlis ini berlangsung terdapat sebarang kesalahan dan kesilapan yang telah berlaku. Sekian, sehingga berjumpa lagi pada lain masa, saya sudahi dengan wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt dan selamat sejahtera.Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai