Anda di halaman 1dari 39

K OD ETIK A MITI

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Mei 2010

KANDUNGAN PERKARA PRAKATA 1. 2. 3. 4. 5. PENDAHULUAN TUJUAN DEFINISI BUDAYA ANGGOTA MITI KEWAJIPAN TERHADAP ORGANISASI I. HALA TUJU MITI - VISI - MISI - OBJEKTIF - FUNGSI - FALSAFAH KORPORAT - KENYATAAN KUALITI 6. KOD ETIKA MITI 6.1
1.2 1.3 1.4 1.5

MUKA SURAT iii 1 2 2 2 3

3 3 3 3 4 4 1 5-8 9 9-10 10 10 10 i

Keselamatan Tata Kelakuan Anggota Gangguan Seksual Pekerjaan Luar Menyelenggara Taraf Kehidupan Melebihi Pendapatan Rasmi

Penyalahgunaan Dadah

Keterhutangan Kewangan Yang Serius dan Meminjam Wang


1.8

11 11 12 12-13 13-15 15-16 16 16-17

Membuat Pernyataan Awam

Kegiatan Politik Kehadiran Bertugas Pakaian Semasa Bertugas di Pejabat Atau rasmi
1.11

1.12 1.13 1.14

Pemilikan dan Perisytiharan Harta Pemberian dan Penerimaan Atau Keraian

Pengawasan Harta Awam 17-18 1.15 1.16 1.17 1.18 1.19 1.20 Dasar Keselamatan ICT 18 Pematuhan Peraturan Bercuti 19 Pengemaskinian Rekod Peribadi 19 Percanggahan Kepentingan Kegiatan Jenayah Merokok Kekerasan dan Penggunaan Bahasa Kesat Serta Diskriminasi
1.21

20 20 20-21

7.

AMALAN POSITIF PENGURUSAN DAN ANGGOTA LAIN

21-22 23 24 22 - 27 28 32

PENUTUP RUJUKAN Lampiran A Lampiran B ii

PRAKATA Nilai dan etika kerja adalah penting di dalam sesebuah organisasi kerana ianya mempunyai peranan yang besar ke atas pembinaan peribadi yang berakhlak tinggi. Kecemerlangan pekerja dalam sesebuah organisasi tidak bergantung kepada kemampuan dan pembaharuan sistem-sistem kerja dan teknologinya semata-mata. Ianya berkait rapat dengan kualiti peribadi anggota-anggota sesebuah organisasi itu. Oleh itu, usaha-usaha ke arah penerapan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hendaklah dilakukan secara penuh iltizam dan berterusan oleh semua anggota. Kod Etika MITI ini merupakan panduan asas bagi setiap anggota MITI dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai penjawat awam. Kod Etika ini menyentuh tentang berbagai perkara mengenai nilai, kelakuan dan etika kerja serta panduan tentang perilaku anggota semasa menjalankan tugas. Buku ini juga memberi panduan mengenai peraturanperaturan yang perlu dipatuhi dan larangan-larangan yang perlu dihindarkan oleh semua anggota di Kementerian ini. Sesungguhnya, semua nilai yang terkandung dalam buku ini mempunyai tujuan yang murni ke arah mewujudkan jentera perkhidmatan yang sentiasa berprestasi tinggi, berkualiti dan beretika mulia serta dihormati oleh semua pihak. Oleh yang demikian, anggota MITI diharap dapat memberikan kerjasama dan sokongan dalam menghayati serta mengamalkan semua nilai, kelakuan dan etika kerja yang murni bagi menentukan MITI dapat memainkan peranannya dengan cekap dan berkesan setiap masa.

iii

PENDAHULUAN Kod Etika MITI ialah satu garis panduan mengenai tingkah laku yang perlu dipatuhi oleh anggota MITI sebagai pegawai perkhidmatan awam. Kod ini diwujudkan bertujuan untuk memastikan kelakuan anggota MITI semasa dan selepas bertugas adalah sentiasa selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan-peraturan perkhidmatan awam semasa. Dengan menghayati dan mengamalkan Kod Etika ini sepenuhnya, imej dan reputasi anggota MITI serta MITI sebagai sebuah organisasi akan sentiasa terpelihara dan dikekalkan di tahap yang baik. Kod Etika ini berteraskan kepada Arahan Y.A.B. Perdana Menteri No. 1 Tahun 2009, Siri 2 No. 1 Tahun 2000: Garis Panduan Pelaksanaan dan Mekanisme Sistem Penyeliaan Program Program Nilai Murni, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam Malaysia 1991, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 serta peraturan-peraturan lain yang berkaitan. Sebahagian daripada Kod Etika MITI ini adalah petikan dari peruntukan kepada Peraturan-peraturan dalam Akta / Pekeliling / Arahan Perkhidmatan Awam sedia ada. Dengan itu kod tersebut perlulah dibaca bersama-sama dengan Akta / Peraturan / Arahan berkaitan supaya ia dapat difahami dengan lebih terperinci dan menyeluruh.

1.

TUJUAN Kod Etika ini diwujudkan bertujuan memudahkan anggota MITI merealisasikan ikrar perkhidmatan awam dan aku janji yang telah ditandatangani di dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap diri, organisasi, perkhidmatan awam dan negara. 2. DEFINISI Pelan Integriti Nasional mentafsirkan etika sebagai himpunan nilai dan moral yang menjadi standard bagi pelakuan individu, organisasi dan profesion yang dipraktikkan.
3. BUDAYA ANGGOTA MITI

Kod Etika MITI adalah berdasarkan nilai-nilai teras dan kembangan MITI (Sepertimana Lampiran A). Anggota MITI hendaklah mengamalkan budaya berikut: menghayati dan berpegang teguh kepada integriti dengan memaparkan akhlak yang mulia, terpuji dan boleh diteladani; berusaha memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan daripada segi kecekapan, ketepatan maklumat, layanan yang baik dan kualiti perkhidmatan; menjauhi daripada gejala rasuah, penyelewengan dan keadaankeadaan yang boleh meletakkan diri penjawat awam dalam keadaan yang boleh menjejaskan kualiti perkhidmatan; menerima, memahami dan melaksanakan tugasan diamanahkan tanpa mempertikaikan tugasan yang pertanggungjawabkan; dan

yang telah

Menghormati perbezaan pendapat dan toleransi terhadap budaya serta agama yang wujud di kalangan anggota MITI.

4.

KEWAJIPAN TERHADAP ORGANISASI Anggota MITI hendaklah memahami dengan jelas dan mematuhi sepenuhnya budaya korporat MITI seperti berikut: 5.1 VISI Untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan terpilih dan menjadi antara negara pedagang yang paling berdaya saing pada tahun 2020. MISI Untuk mempromosi dan mengatur strategi daya saing global Malaysia di arena perdagangan antarabangsa dengan mengeluarkan barangan dan perkhidmatan yang mempunyai nilai tambah yang tinggi. Untuk memacu aktiviti-aktiviti pembangunan industri ke arah peningkatan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi mencapai status negara maju menjelang tahun 2020. OBJEKTIF Untuk merancang, menggubal dan melaksanakan Dasar-Dasar Perdagangan Luar dan Industri Negara supaya berkembang dengan pesat ke arah Pencapaian Dasar Ekonomi Negara dan Wawasan 2020 untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju. FUNGSI Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar pelaburan, pembangunan perindustrian dan perdagangan luar Negara; Merangka dasar dan strategi pembangunan perindustrian; Menggubal dan menggalakan hubungan perdagangan duahala dan pelbagaihala serta kerjasama perdagangan serantau; Hala Tuju MITI

Merancang dan menggalak pembangunan prestasi eksport Malaysia di pasaran antarabangsa;


3

Merancang, menyelaras dan mengesan perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana;

pembangunan

Memaju dan memperbaiki kemahiran pengurusan, penyeliaan dan keusahawanan amnya kepada golongan swasta dan khususnya kepada Bumiputera; dan Memastikan negara mendapat faedah yang maksimum daripada institusi pembuatan. FALSAFAH KORPORAT Negara Sebelum Diri Berkhidmat Dengan Dedikasi

Kecemerlangan Dalam Usaha

Pencapaian Secara Berpasukan

Satu Kementerian Satu Aspirasi

KENYATAAN KUALITI Ke arah merealisasikan objektif MITI dan negara, kami berazam untuk memberi perkhidmatan yang profesional dan cemerlang di dalam semua usaha dan menjadikannya sebagai budaya MITI.

6.

KOD ETIKA MITI Kod Etika MITI menggariskan tingkah laku yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang anggota MITI. Ini untuk memastikan kelakuan mereka semasa dan selepas bertugas adalah selaras dengan kehendak undang-undang dan peraturan semasa. Dengan ini, imej dan reputasi mereka sebagai anggota MITI yang berintegriti tinggi dan berwibawa sentiasa terpelihara. Kandungan Kod Etika MITI adalah seperti berikut: 6.1 KESELAMATAN A. KESELAMATAN FIZIKAL i) Keselamatan Terperingkat Ketua-ketua Jabatan hendaklah merujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang perlu termasuk mengeluarkan arahan-arahan keselamatan bagi kawasan terperingkat jika ada, atau dan kawasan terperingkat tersebut hendaklah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan atau Tempat Larangan. Langkah-langkah berikut hendaklah diambil untuk mencegah kemasukan orang-orang yang tidak dibenarkan :a) mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta menghadkan pintu keluar masuk;
b)

menyediakan pengawal keselamatan dilengkapi dengan alat-alat keselamatan;

yang

c)

mengadakan papan-papan kenyataan di tempattempat yang sesuai bagi menunjukkan kawasan atau tempat itu adalah Kawasan Larangan atau Tempat Larangan; dan

d)

mewujudkan sistem Pas Keselamatan atau Kad Pengenalan Jabatan.


5

ii)

Keselamatan Bangunan Langkah-langkah keselamatan sesebuah bangunan hendaklah diambil bertujuan untuk menghalang orangorang yang tidak dibenarkan daripada memerhati, mendengar dan memperoleh perkara-perkara terperingkat dari luar atau dalam dengan memasuki pejabat secara haram. Langkah-langkah tersebut adalah :a) b)

mewujudkan keselamatan;

perkhidmatan

pengawalan

menubuhkan Jawatan Kuasa Keselamatan bagi setiap tingkat; menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat; memperketatkan kawalan agar tidak dicerobohi oleh orang awam; merekodkan kedatangan bagi anggota MITI yang hadir ke pejabat pada bukan waktu pejabat; menyediakan atau memperkukuhkan tingkaptingkap dan pintu-pintu dengan kunci-kunci keselamatan; menyediakan ruang keluar khas jika berlaku kebakaran; tidak membenarkan merokok di dalam pejabat atau premis bangunan; dan menghadkan jalan keluar masuk mengadakan kaunter bagi tujuan tersebut. dan

c) d) e) f)

g) h) i)

B. KESELAMATAN DOKUMEN TERPERINGKAT

i)

Perkara terperingkat hendaklah diperingkatkan dengan salah satu daripada peringkat keselamatan iaitu Rahsia Besar, Rahsia, Sulit atau Terhad dan ditandakan di sebelah luar kulit hadapan dan belakang fail.
6

ii)

Kulit-kulit fail terperingkat adalah diberi warna tertentu iaitu;


a)

kulit fail Rahsia Besar berwarna kuning dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang; kulit fail Rahsia berwarna merah jambu dengan berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang; kulit fail Sulit berwarna hijau; dan kulit fail Terhad berwarna putih.

b)

c) d) iii)

Dokumen terperingkat Rahsia Besar hendaklah disimpan di dalam bilik kebal atau peti besi yang seelok-eloknya dipasang dengan kunci tata kira. Dokumen-dokumen yang di dalam tindakan pegawai boleh disimpan untuk sementara waktu dalam kabinet besi yang dipasang dengan palang besi berkunci tetapi jika bangunan yang diduduki itu tidak mempunyai kawalan keselamatan yang rapi, dokumen-dokumen tersebut hendaklah dikembalikan untuk disimpan dalam bilik kebal atau peti besi. disimpan sama seperti dokumen terperingkat Rahsia Besar atau dalam kabinet besi yang dipasang dengan palang besi berkunci.

iv) Manakala dokumen terperingkat Rahsia hendaklah

v)

Dokumen-dokumen terperingkat Sulit dan Terhad hendaklah disimpan dalam kabinet besi dan bagi simpanan sementara hendaklah disimpan di dalam lain-lain peti besi yang berkunci seperti yang dibenarkan oleh Pegawai Keselamatan Kementerian. ditinggalkan untuk jangka masa yang singkat tanpa

vi) Pejabat yang mengandungi perkara terperingkat jika

ditunggu hendaklah dikunci manakala tingkap-tingkap hendaklah ditutup untuk menghindari orang-orang yang tidak dibenarkan daripada dapat memerhati dan memperolehi perkara-perkara terperingkat.
7

C. KESELAMATAN DAN KERAHSIAAN MAKLUMAT Anggota MITI perlu mematuhi arahan keselamatan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan Kerajaan iaitu : (i) bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Jabatan atau pihak polis ke atas sebarang percubaan daripada mana-mana pihak untuk mendapatkan sebarang rahsia;

(ii) menentukan semua maklumat dan dokumen terperingkat sentiasa terpelihara dan disimpan di tempat yang selamat; (iii) berkelakuan sewajarnya supaya tidak membahayakan keselamatan atau menyebabkan terdedahnya kerahsiaan sesuatu maklumat atau dokumen terperingkat; (iv) menyerahkan semua dokumen terperingkat yang ada di dalam simpanannya kepada Ketua Jabatan apabila bersara; (v) sentiasa memelihara kerahsiaan maklumat dasar-dasar yang masih belum diputuskan oleh kerajaan dan memusnahkan maklumat terperingkat yang tidak diperlukan dengan cara yang betul; dan (vi) sentiasa peka terhadap keselamatan fizikal anggota ketika bekerja di pejabat. Selaras dengan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Arahan Keselamatan Kerajaan, anggota MITI tidak dibenarkan untuk:

(i)

membuat penyataan palsu yang bertujuan untuk mendapatkan kebenaran untuk mendapatkan akses ke atas dokumen atau teks rahsia Kerajaan;

(ii) mendedahkan apa-apa rahsia kepada negara asing atau luar untuk faedah mereka sendiri; dan
8

(iii) mendedahkan apa-apa maklumat terperingkat dengan apa cara sekalipun kepada sesiapa yang tidak berhak memperolehinya semasa berada di dalam perkhidmatan kerajaan. 6.2 TATA KELAKUAN ANGGOTA Perkara-perkara berikut adalah berkaitan dengan tata kelakuan pegawai awam dan hendaklah dipatuhi iaitu: (i) (ii) Pegawai awam tidak boleh membelakangkan tugas awamnya demi kepentingan peribadinya; Pegawai awam tidak boleh berkelakuan yang menyebabkan kepentingan peribadinya bercanggah dengan tugas awamnya sehingga menjejaskan kebergunaannya sebagai pegawai awam; Pegawai awam hendaklah sentiasa:
a) b)

(iii)

memelihara nama baik perkhidmatan awam; dan cekap, berusaha, bertanggungjawab. jujur dan amanah serta

(iv)

Pegawai awam tidak boleh membawa sebarang bentuk pengaruh atau tekanan luar untuk menyokong atau memajukan tuntutan berhubung dengan perkhidmatan awam; dan Pegawai awam tidak boleh ingkar perintah serta cuai dalam melaksanakan tugasnya.

(v)

6.3 GANGGUAN SEKSUAL

Anggota MITI tidak boleh melakukan gangguan seksual terhadap orang lain dengan cara-cara berikut iaitu: (i) membuat cubaan merapati atau meminta layanan seksual; dan
9

(ii)

perbuatan bersifat seksual yang menyebabkan seseorang tersinggung, terhina dan terugut.

6.4 PEKERJAAN LUAR Anggota MITI tidak dibenarkan membuat sebarang pekerjaan luar yang memberikan pendapatan berbentuk kewangan semasa masih menjawat jawatan sebagai kakitangan awam tanpa kelulusan Ketua Jabatan. Kebenaran bertulis boleh diberi dengan syarat perkara-perkara berikut dipatuhi iaitu: (i) (ii) pekerjaan tersebut tidak boleh dilakukan semasa waktu pejabat; pekerjaan tersebut tidak menghalang pegawai menjalankan atau melaksanakan tugas rasminya di luar waktu pejabat apabila diarah berbuat demikian; dan pekerjaan tersebut tidak bercanggah kepentingan Kementerian atau Jabatan. KEHIDUPAN dengan MELEBIHI

(iii) 6.5

MENYELENGGARA TARAF PENDAPATAN RASMI

Anggota MITI tidak dibenarkan untuk menyelenggara kehidupannya melebihi pendapatan rasminya. Ketua Jabatan boleh meminta penjelasan secara bertulis daripada manamana anggota MITI yang menunjukkan gaya hidup (termasuk penguasaan dan pemilikan harta benda) di luar kemampuannya dari segi pendapatan atau emolumen rasmi, tentang bagaimana beliau mendapat sumber-sumber kewangan untuk menyara gaya kehidupan tersebut. 6.6 PENYALAHGUNAAN DADAH Anggota MITI tidak boleh mengguna atau mengambil dadah berbahaya kecuali dengan preskripsi Pegawai Perubatan yang didaftarkan di bawah Akta Perubatan 1971 serta sama sekali tidak boleh menyalahguna atau menagih dadah berbahaya.

10

6.7

KETERHUTANGAN MEMINJAM WANG


(i)

KEWANGAN

YANG

SERIUS

DAN

Anggota MITI tidak dibenarkan menyebabkan dirinya berada di dalam keterhutangan kewangan yang serius iaitu jumlah hutang yang melebihi dari 60% emolumen bulanannya. (ii) Anggota MITI disifatkan berada dalam keterhutangan yang serius sekiranya:
a)

agregat hutang dan liabiliti yang tidak bercagar melebihi sejumlah sepuluh (10) kali emolumen bulanan anggota; pegawai seorang penghutang penghakiman iaitu arahan mahkamah telah dikeluarkan supaya menjelaskan hutang tersebut dalam tempoh tertentu; dan pegawai seorang yang muflis atau bankrap.

b)

c)

(iii)

Anggota MITI tidak dibenarkan meminjam wang dari institusi yang tidak disahkan oleh Kerajaan atau menjadi penjamin kepada mana-mana peminjam melalui institusi yang tidak disahkan oleh Kerajaan ataupun dengan apa cara sekalipun dengan meletakkan dirinya di bawah satu obligasi kewangan.

6.8

MEMBUAT PENYATAAN AWAM (i) Anggota MITI dilarang membuat, menghebah atau menerbitkan apa-apa penyataan awam berhubung dengan apa-apa dasar, program dan keputusan kerajaan tanpa kebenaran Ketua Jabatan; dan Anggota MITI tidak dibenarkan untuk menerbit apa-apa buku, majalah atau maklumat terperingkat secara bertulis

(ii)

atau lisan sebelum terlebih dahulu mendapat kebenaran daripada Ketua Jabatan.

11

6.9

KEGIATAN POLITIK Berhubung dengan kegiatan politik, anggota MITI perlu mematuhi arahan berkaitan larangan bergiat politik:
(i)

Anggota MITI hendaklah sentiasa mengamalkan sikap berkecuali atau tidak memihak kepada mana-mana parti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik; Pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian secara aktif di dalam aktiviti politik; dan Pegawai dalam Kumpulan Sokongan dibenar bertanding atau memegang jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik setelah mendapat kelulusan secara bertulis dari Ketua Perkhidmatan Awam atau Ketua Jabatan.

(ii)

(iii)

6.10 KEHADIRAN BERTUGAS Anggota MITI hendaklah mematuhi arahan berkenaan rekod kehadiran bertugas seperti berikut: (i) Mengawasi waktu, kehadiran bekerja dan pelaksanaan tugas dengan bertindak seperti berikut: a) mengetik atau mengimbas sendiri kad perakam waktu atau kad pas keselamatan ketika hadir bekerja; mematuhi prosedur yang ditetapkan bagi penggunaan kad perakam waktu termasuk bagi setiap pergerakan ke luar bagi menjalankan tugastugas rasmi atau atas urusan peribadi;

b)

c) d)

mengganti semula waktu bekerja yang telah digunakan untuk urusan peribadi; mematuhi jadual waktu bekerja (WP) dan memaklumkan kepada bahagian atau seksyen atau unit jika terdapat kelewatan ke tempat kerja atau kecemasan;
12

e)

menggunakan masa rehat rasmi dengan sewajarnya dan tidak keluar rehat ketika waktu bekerja; menghadiri perhimpunan bulanan MITI dan Agensi; menepati masa ketika menghadiri majlis dan tugas rasmi; kad perakam yang tidak diketik atau datang lewat atau balik awal hendaklah dicatatkan sebabnya dan dipersetujui serta ditandatangani oleh Penyelia atau Pegawai Tadbir Pejabat; dan mengetik dengan sengaja Kad Perakam waktu anggota lain adalah dilarang sama sekali.

f) g) h)

i) (ii)

Anggota MITI hendaklah hadir bertugas pada setiap hari kerja melainkan telah mendapat kelulusan cuti rehat dari Ketua Jabatan atau cuti sakit dari Pegawai Perubatan.

6.11 PAKAIAN SEMASA BERTUGAS DI PEJABAT ATAU RASMI Anggota MITI perlu mematuhi arahan berpakaian anggota perkhidmatan awam (Seperti mana Lampiran B) iaitu : (i) Sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa menjalankan tugas rasmi kecuali untuk melaksanakan sesuatu tugas tertentu; Tidak boleh berpakaian menjolok mata (tidak bersopan) dan yang boleh mendatangkan anggapan negatif; Bagi sesuatu upacara rasmi, hendaklah berpakaian sebagaimana yang ditentukan oleh upacara tersebut, jika tidak ditentukan, pegawai hendaklah berpakaian dengan sepatutnya;

(ii) (iii)

(iv) (v)

Pemakaian pakaian batik pada setiap hari Khamis; Anggota MITI yang beragama Islam juga digalakkan untuk memakai baju melayu lengkap bersongkok warna gelap pada hari Jumaat;
13

(vi) Kebenaran bagi memakai fesyen pakaian alternatif bagi kakitangan awam telah dikeluarkan dan anggota MITI boleh memakai fesyen pakaian tersebut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan; (vii) Anggota wanita di MITI dibenarkan penambahan jenis pakaian masa bekerja iaitu pantsuits yang mempamerkan keterampilan profesional di kalangan pegawai MITI. Pantsuits yang dibenarkan adalah:a) b) c) d) Potongan jaket berkolar atau tidak berkolar; Jaket berlengan panjang dan labuh menutupi pinggul; Berbutang atau berzip di hadapan; dan Seluar panjang polos yang tidak ketat dan tidak menjolok mata.

Pemakaian pantsuits semasa di pejabat hendaklah sentiasa dipakai bersama-sama jaket.Pemakaian yang dibenarkan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
(viii) Anggota MITI yang dibekalkan dengan pakaian

atau uniform, hendaklah memakainya ketika bertugas melainkan diarah daripada semasa ke semasa; (ix) Memakai tanda nama semasa bertugas di pejabat atau semasa menjalankan tugas-tugas rasmi; Para pegawai kumpulan Pengurusan dan Profesional hendaklah memakai pakaian korporat semasa menghadiri mesyuarat utama MITI, majlis rasmi yang diurusetiakan oleh MITI dan di dalam majlis-majlis yang lain yang ditetapkan oleh pihak pengurusan; dan
(x)

14

(xi)

Memakai tali leher korporat bagi anggota lelaki MITI


a) setiap hari Isnin; b) mesyuarat Pengurusan MITI; c) perhimpunan Bulanan MITI;dan d) majlis-majlis Rasmi MITI.

pada:

6.12 PEMILIKAN DAN PERISYTIHARAN HARTA (i) Semua anggota MITI perlu mengisytiharkan harta termasuk harta isteri atau suami dan anak-anak kepada Ketua Jabatan apabila pertama kali dilantik dalam perkhidmatan awam dan pada setiap 5 tahun perkhidmatan; Mengisytiharkan pertambahan atau pelupusan harta pegawai, isteri atau suami dan anak-anak secepat mungkin selepas perolehan atau pelupusan harta berkenaan;

(ii)

(iii) Anggota MITI tidak dibenarkan memiliki lesen untuk menjalankan;


a) b) c) (iv)

Kenderaan perniagaan; Kenderaan perkhidmatan awam; dan Perniagaan hiburan.

Anggota MITI yang terlibat secara langsung atau tidak langsung perlu mendapat kebenaran Lembaga Tatatertib sebelum membeli atau memiliki saham daripada syarikat-syarikat di mana:
a)

anggota menduduki sebagai Lembaga Pengarah syarikat berkenaan;

b)

anggota bertanggungjawab memproses atau menimbang atau meluluskan lesen-lesen perniagaan syarikat; anggota yang bertanggungjawab memberi perkhidmatan dan kemudahan kepada syarikat untuk beroperasi; dan
15

c)

d)

anggota yang bertanggungjawab menentukan agihan ekuiti serta pegawai-pegawai yang terlibat dalam apa-apa jua urusan yang berkaitan dengan pengeluaran saham.

(vi) Semua anggota MITI adalah bertanggungjawab untuk mengisytiharkan harta mengikut tempoh yang telah ditetapkan melalui aplikasi online-Human Resource Mangement Information System (HRMIS) lebih-lebih lagi apabila terdapat sebarang perubahan pemilikan harta atau pelupusan harta tanpa menunggu peringatan diberikan. 6.13 PEMBERIAN DAN PENERIMAAN HADIAH ATAU KERAIAN Anggota MITI hendaklah mematuhi peraturan pemberian dan penerimaan hadiah atau keraian seperti huraian berikut: (i) Dilarang menerima atau memberi atau membenarkan suami atau isteri, ahli-ahli keluarga menerima atau memberi bagi pihaknya apa-apa bentuk hadiah atau keraian jika penerimaan atau pemberian tersebut mempunyai kaitan dengan tugas rasminya; dan

(ii) Dalam keadaan sukar untuk menolak atau merasa raguragu tentang nilai hadiah bolehlah menerima hadiah itu dahulu tetapi beliau hendaklah melaporkan kepada Ketua Jabatan untuk kelulusan. 6.14 PENGAWASAN HARTA AWAM Anggota MITI hendaklah mematuhi setiap peraturan yang berkaitan dengan pengurusan harta dan aset pejabat dengan: (i) bertanggungjawab melindungi aset dan harta pejabat daripada hilang, dirosakkan, dicuri atau disalahguna oleh mana-mana pihak atau kakitangan;

(ii)

menggunakan aset dan harta pejabat seperti komputer, mesin penyalin dan kenderaan hanya untuk urusan rasmi;
16

(iii)

menyimpan dan menyelenggara dengan baik kenderaan jabatan mengikut kaedah dan panduan yang telah ditetapkan, tidak membawa pulang kecuali dengan kebenaran Ketua Jabatan dan tidak menggunakan kenderaan untuk membawa penumpang selain daripada yang dibenarkan dan dilindungi secara rasmi; pihak Kementerian boleh menuntut ganti rugi daripada anggota MITI yang telah menyalahguna dan merosakkan aset jabatan sehingga tidak boleh dibaiki lagi; menghindari daripada mengakses, menyampai, menyalin atau menyebarkan sebarang bentuk bahan bercetak atau dalam bentuk digital melalui media elektronik atau cetak yang menyentuh sensitiviti agama, fahaman, politik, kaum atau peribadi; dan sentiasa peka kepada prinsip penggunaan bersama iaitu bertanggungjawab ke atas penggunaan peralatan atau kemudahan yang dikongsi bersama dengan anggota jabatan yang lain seperti bilik air, bilik mesyuarat, gimnasium dan peralatan bantuan pejabat.

(iv)

(v)

(vi)

6.15 DASAR KESELAMATAN ICT Anggota MITI hendaklah memahami dan mematuhi semua peraturan yang terkandung di dalam Dasar Keselamatan ICT terutamanya yang berkaitan perkara-perkara seperti berikut: (i) (ii) (iii) penggunaan e-mel rasmi; muat turun bahan-bahan daripada laman web; pengurusan penghantaran maklumat terperingkat sama ada semasa pewujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran dan pemusnahan;

(iv) (v)

menghalang pendedahan maklumat kepada pihak yang tidak dibenarkan; memeriksa maklumat dan menentukan ianya tepat dan lengkap dari semasa ke semasa;
17

(vi)

menentukan maklumat sedia untuk digunakan; a) menjaga kerahsiaan kata laluan;

b) mematuhi standard, prosedur, langkah garis panduan keselamatan yang ditetapkan; c) memberi perhatian kepada maklumat terperingkat terutama semasa pengwujudan, pemprosesan, penyimpanan, penghantaran, penyampaian, pertukaran, dan pemusnahan; dan d) menjaga kerahsiaan langkah-langkah keselamatan ICT dari diketahui umum. 6.16 PEMATUHAN PERATURAN BERCUTI (i) (ii) Anggota MITI hendaklah merancang terlebih dahulu sebelum mengambil cuti; Anggota MITI perlulah membuat permohonan dan memastikan status permohonan cuti terlebih dahulu sebelum mengambil cuti; Anggota MITI mesti memahami bahawa prinsip asas cuti adalah sebagai satu keistimewaan dan ia bukannya satu hak bagi memastikan anggota sentiasa mendahulukan urusan rasmi dan kepentingan Kementerian; Anggota yang memohon cuti hendaklah mengemukakan atau membuat catatan alasan untuk bercuti sekiranya diminta oleh penyelia dan mencatatkan pergerakan semasa bercuti jika bercuti melebihi tiga (3) hari; Anggota MITI hendaklah memaklumkan dengan segera kepada Penyelia sekiranya terpaksa mengambil cuti kecemasan atau mengejut bagi memastikan kelancaran pengurusan tugasan yang diamanahkan;

(iii)

(iv)

(v)

(vi) (vii)

Anggota MITI perlu mengisi maklumat cuti dengan tepat dan jujur; dan Anggota MITI hendaklah memohon cuti melalui Human Resource Management Information System (HRMIS).
18

6.17 PENGEMASKINIAN REKOD PERIBADI Anggota MITI hendaklah mengemaskini rekod peribadi melalui Human Resource Management Information System (HRMIS) setiap kali ada perubahan pada status rekod peribadi anggota berkenaan. 6.18 PERCANGGAHAN KEPENTINGAN (i) Sentiasa bermaruah dan bermoral tinggi dan tidak boleh menyalahgunakan kedudukan rasmi untuk mendapat layanan istimewa dan lain-lain faedah (wang dan lain-lain bentuk seperti harta alih dan harta tidak alih, hiburan, keraian, tawaran kerja, pembiayaan dan sexual favours) bagi diri dan keluarga terdekat (isteri-isteri), suami, anakanak, ibu bapa, ibu bapa mertua dan adik abang (termasuk ipar duai); Mesti mengutamakan kepentingan MITI dan tidak terlibat dalam membuat sebarang keputusan yang ada kaitan dengan ahli keluarganya; Mesti membersihkan diri dari sogokan kontraktor atau pembekal bagi mendapat faedah (komisen, diskaun, hiburan, keraian) untuk kepentingan peribadi;

(ii)

(iii)

(iv) Anggota MITI atau anggota keluarganya tidak boleh berkelakuan dengan cara yang boleh menyebabkan kepentingan persendirian bercanggah dengan kepentingan tugas rasmi; (v) Tidak boleh menjalankan apa-apa urus niaga peribadi dalam waktu pejabat kecuali mewakili persatuan yang dibenarkan oleh pihak pengurusan; dan Mesti sentiasa memelihara kedudukan, pangkat dan tidak menyalahgunakannya untuk mendapat layanan istimewa

(vi)

atau keuntungan kewangan daripada mana-mana pihak swasta atau awam.


19

6.19 KEGIATAN JENAYAH Anggota MITI mesti menghormati dan mematuhi undangundang negara dan dilarang dari: (i) (ii) Terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undangundang sediaada; dan Terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam kegiatan kurang berakhlak atau jenayah yang menjejas integriti Perkhidmatan Awam seperti berikut: i. ii. terlibat atau bergiat dalam perlumbaan haram; menyertai kumpulan yang mengancam keselamatan negara dan menggugat perpaduan di antara kaum; terlibat dalam pemalsuan, penipuan atau pengubahan rekod-rekod atau dokumen-dokumen rasmi; menyertai mogok haram dan sebagainya; mengambil dan mengedar dadah; dan pornografi.

iii.

iv. v. vi.

6.20 MEROKOK Kawasan bangunan MITI dan persekitarannya adalah kawasan larangan merokok. 6.21 KEKERASAN DAN PENGGUNAAN SERTA DISKRIMINASI BAHASA KESAT

Anggota MITI hendaklah berkomunikasi dan dilarang: (i) (ii)

sentiasa

bersopan

semasa

membuat ugutan fizikal atau lisan; menggunakan bahasa kesat dan kasar yang boleh menyinggung perasaan, menjatuhkan air muka dan maruah seseorang;
20

(iii) (iv) 7.

menggunakan bahasa dan isyarat lucah; dan menunjuk dan mengamalkan sikap diskriminasi dengan pelanggan.

AMALAN POSITIF PENGURUSAN DAN ANGGOTA LAIN Amalan-amalan yang positif dan menguntungkan pada diri dan organisasi hendaklah sentiasa dihayati dan diamalkan oleh setiap pekerja seperti berikut: 7.1 PENGURUSAN (i) Menyebar dan menerangkan misi dan objektif organisasi kepada semua anggota. Menentukan matlamat dan sasaran kerja Jabatan atau Bahagian atau Unit dan individu.
(ii)

(iii) Memberi keutamaan tentang tugas-tugas yang hendak dijalankan. (iv) Mesyuarat-mesyuarat hendaklah mengikut agenda yang telah ditetapkan. (v) Mencari punca masalah menyelesaikannya dengan bijaksana. (vi) ada. sebenar dan

Menggunakan secara optimum setiap sumber yang

(vii) Berupaya berkomunikasi secara berkesan tentang tugas yang perlu dilaksanakan. (viii) Memberi penghargaan atau pengiktirafan bagi sesuatu pencapaian.

7.2 ANGGOTA LAIN (i) Hadir di tempat bekerja mengikut waktu yang telah ditetapkan. (ii) Menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan pada masa yang ditetapkan.
(iii)

Mengemaskinikan senarai tugas atau kerja.


21

(iv)
(v)

Menyenaraikan kerja mengikut keutamaan.

Bersikap positif terhadap sebarang usaha-usaha pembaharuan dan penambahbaikan dan berusaha memperbaiki amalan sedia ada. (vi) Bersedia mempelajari atau mendengar nasihat daripada orang lain. (vii) Memberi maklumat yang secukupnya kepada anggota bawahan untuk membolehkan mereka memahami tugas-tugas yang diberikan. (viii) Bercakap melalui telefon dengan ringkas. (ix) Berkongsi maklumat yang boleh membantu anggota lain menjalankan tugasnya dengan berkesan. (x) Mempunyai sikap positif terhadap tugas yang diberi. (xi) Memanfaatkan penggunaan masa di secara sepenuhnya dengan tugas-tugas rasmi. pejabat

(xii) Menceritakan keburukan orang lain adalah dilarang bagi menghindarkan perbuatan fitnah dan memfitnah. (xiii) Dilarang merokok di ruang pejabat dan di ruang awam. (xiv) Dilarang memarahi dan menggunakan bahasa yang kesat terhadap anggota lain di hadapan orang ramai. (xv) Mengelakkan dari berpeluk tubuh, bercekak pinggang atau memasukkan tangan dalam saku seluar semasa bercakap dengan pegawai yang lebih kanan.

(xvi) Bersemangat dan berminat dalam menjalankan tugas. (xvii) Mempunyai inisiatif serta daya usaha. (xviii) Bercakap benar dan menepati janji-janji yang dibuat. (xix) Menghindarkan perbuatan berdendam serta hasad dengki. (xx) Rajin dan berusaha mempertingkatkan kualiti serta prestasi kerja. (xxi) Tidak mementingkan diri sendiri.
22

PENUTUP Perkara-perkara yang sering diutarakan di dalam perkhidmatan awam ialah usaha-usaha mengenai peningkatan kualiti, produktiviti serta kecemerlangan pekerja dan organisasi. Usaha-usaha sedemikian mempunyai hubungan langsung dengan peranan dan kualiti peribadi pegawai dan kakitangan sesebuah organisasi. Sehubungan ini segala usaha sewajarnya diambil untuk menerapkan nilainilai, tatakelakuan dan etika kerja yang murni di kalangan pegawai dan kakitangan sesuai dengan hasrat menerapkan budaya kerja cemerlang di kalangan semua anggota Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Sesungguhnya Kod Etika yang unggul bermatlamatkan ke arah membentuk individu dan pekerja cemerlang berteraskan iman dan takwa menjurus kepada penghayatan nilai-nilai murni, budaya ilmu serta tahap profesionalisme yang tinggi dalam perkhidmatan. Sebagai sebuah agensi utama yang menjadi tunjang kepada pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan dasar dan hala tuju industri dan perdagangan serta peningkatan daya saing negara, anggota MITI berkewajipan menghayati Kod Etika ini serta peraturan atau pekeliling semasa yang telah diwujudkan. Prinsip-prinsip moral dan etika yang dihayati secara berterusan akan menyerlah keperibadian setiap anggota MITI yang luhur dan kukuh integritinya.

Disediakan oleh: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Mei 2010.
23

RUJUKAN 1)
2)

Akta Rahsia Rasmi 1972 Akta Perubatan 1971 Pekelilig Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Citra Karya (Falsafah Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam) INTAN Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam INTAN Pelan Integriti Nasional Arahan Keselamatan Arahan Y.A.B Perdana Menteri No. 1. Tahun 2009 Arahan Pentadbiran Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Bil 1/2009

3) 4) 5) 6) 7) 8) 9)

10) Pekeliling Pentadbiran Bil. 1/2006 Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) Mengenai Aturan Tambahan Pakaian Masa Bekerja Bertarikh 27 September 2006
11)

Pekeliling Perkhidmatan Bil 2 Tahun 1985 Pakaian Masa Bekerja Dan Semasa Menghadiri Upacara-Upacara Rasmi Bagi Pegawai Awam.

12) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 [P.U (A) 176/2005] 13) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] 14) Perintah-perintah Am 15) Pekeliling dan Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkuatkuasa 16) Akta/Peraturan lain yang berkaitan

24

Lampiran A NILAI-NILAI MURNI BUDAYA ANGGOTA MITI i. Taat Setia Taat setia kepada Raja, Negara dan Kerajaan merupakan salah satu daripada nilai-nilai terpenting yang perlu diamal dan dihayati oleh setiap anggota MITI. Rukun negara pula menghendaki setiap anggota mendukung prinsip kesetiaan kepada Raja dan Negara. Nilai ini amat perlu dihayati demi mempertahankan kedaulatan negara dan bangsa. ii. Aku Janji Anggota MITI dikehendaki untuk membaca dan menandatangani Surat Aku Janji semasa melapor diri di MITI dan memaparkan imej yang boleh diteladani, berakhlak mulia dan mengamalkan budaya cemerlang MITI sepanjang perkhidmatan di MITI. iii. Amanah, Bersih dan Jujur Anggota MITI dikehendaki melaksanakan tugas dan tanggungjawab secara amanah, bersih dan jujur. Kebersihan yang dimaksudkan ialah dari semua segi termasuk kebersihan moral dan fizikal. Kebersihan moral ialah sentiasa berfikiran positif dalam apa jua

tugas yang dilakukan dengan niat yang murni, tidak salah guna kuasa, sombong, angkuh atau terlibat dalam rasuah. Dari segi kebersihan fizikal, anggota MITI hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan bersih. Begitu juga dengan kejujuran di mana anggota perlu melaksanakan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah terutama di dalam bidang tugasnya berkenaan mengurus kewangan dan aset. iv. Benar Setiap amalan dan tindak tanduk anggota MITI dalam menjalankan tugas hendaklah berdasarkan peraturan dan garis panduan semasa. Setiap tindakan hendaklah tepat, profesional dan jujur dalam membuat keputusan serta sanggup menerima pandangan atau teguran.
25

v.

Bijaksana Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara bijaksana, berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi. Anggota MITI perlulah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang cukup bagi memastikan tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Ilmu pengetahuan yang lengkap menjadikan minda dan fizikal anggota MITI sentiasa aktif, sihat, proaktif, inovatif dan kreatif. Kebijaksanaan juga menjadikan anggota MITI sentiasa tenang dan sabar di dalam menyempurnakan tugasan serta membantu membuat keputusan yang tepat.

vi. Telus Setiap tindakan dan keputusan yang dibuat hendaklah melalui proses yang telus dan maklumat serta keputusan dihebahkan kepada pihak yang berhak. Anggota MITI hendaklah mengamalkan konsep syura di dalam mencari penyelesaian dan membuat keputusan tanpa bertindak menyembunyikan keputusan yang boleh menyebabkan perpecahan, pertelingkahan dan fitnah. vii. Bersyukur Setiap anggota MITI perlulah mempunyai sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan serta pencapaian yang diperolehi. Menghargai

setiap nikmat dan rezeki yang diterima adalah penting bagi membina sahsiah seseorang anggota. Menghargai kejayaan orang lain, berkongsi kejayaan dan tabah di dalam menghadapi ujian atau kegagalan adalah sikap terpuji yang perlu ada dan dipupuk di dalam diri setiap anggota MITI. viii. Berdedikasi Berdedikasi bermaksud kesungguhan seseorang bagi melaksanakan tugas dengan sempurna dan lebih daripada yang diharapkan. Anggota MITI yang berdedikasi adalah anggota MITI yang mempunyai dorongan yang tinggi untuk sentiasa meningkatkan prestasi dan bersedia menerima teguran.

26

ix.

Berdisiplin Berdisiplin adalah satu sifat (karakter) kawalan dalaman seseorang individu untuk bertindak, berfikir dan memberi maklumbalas (respons) berdasarkan peraturan, nilai-nilai etika, prinsip dan kematangan diri. Anggota MITI yang berdisplin adalah anggota yang berpegang teguh kepada nilai-nilai korporat MITI, peraturan, menjaga imej organisasi dan taat kepada perintah agama.

x.

Bekerjasama Bekerjasama bermaksud tolong menolong demi kebaikan dan kecemerlangan bersama. Anggota MITI haruslah menanam semangat tolong-menolong kerana hampir kebanyakkan kerja atau tugasan dalam organisasi, hasil dan kualiti kerja bergantung kepada kerjasama yang erat di kalangan anggota, komunikasi yang baik dan toleransi dalam menyelesaikan sesuatu tugas yang sukar. Sifat kerjasama yang kukuh di kalangan anggota membolehkan sesuatu penyampaian perkhidmatan itu dilaksanakan dengan segera dan terbaik. Amalan sifat kerjasama mampu meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja anggota MITI.

xi.

Berbudi mulia

Berbudi mulia ialah satu nilai yang ada pada seseorang yang mudah memberi kesenangan atau menolong orang lain tanpa disuruh dan tanpa mengharapkan sebarang balasan. Anggota MITI yang berbudi mulia ialah mereka yang bertindak tanpa menyinggung perasaan orang lain, tidak suka menunjuk-nunjuk atau mendabik dada. Anggota MITI yang berbudi mulia sentiasa berusaha mewujudkan hubungan harmonis dalam organisasi. xii. Ikhlas Ikhlas bermaksud hati yang pemurah dan jujur yang tidak mengharapkan sebarang pujian, balasan atau anugerah. Anggota MITI yang jujur adalah anggota MITI yang menerima tanggungjawab dengan terbuka dan cuba melaksanakannya dengan terbaik. Anggota MITI yang ikhlas adalah anggota yang tidak memilih kerja, tempat bertugas yang diarahkan atau bahagian yang ditempatkan serta akan berusaha melakukan dengan terbaik untuk kecemerlangan organisasi.
27

xiii.

Sabar Sabar ialah salah satu sifat kekuatan atau ketahanan dalam diri manusia yang lahir daripada kesedaran betapa pentingnya berusaha mengatasi halangan atau kesusahan. Anggota MITI yang sabar sentiasa mempunyai sifat berhemah yang tinggi, bersopan santun dan tenang walaupun menghadapi rintangan yang perit.

xiv.

Sederhana Sederhana adalah sifat yang mementingkan konsep berpada-pada sama ada dalam kehidupan atau pekerjaan. Dalam konteks sifat sederhana di kalangan anggota MITI, sesuatu yang dikatakan sederhana itu adalah ketika membuat pertimbangan untuk mencapai sesuatu keputusan, tidak boros dalam urusan pentadbiran, berhemat dalam melakukan sesuatu tugas atau ketika menggunakan sesuatu kemudahan pejabat. Sifat sederhana anggota MITI juga dititikberatkan dalam pemilikan harta di mana anggota MITI harus bersyukur dan sedar bahawa harta dan pangkat yang ada bukanlah satu hak mutlak dan bekerja bukanlah untuk mengumpul harta kekayaan. Bersederhanaan dalam apa jua keadaan menjauhi anggota MITI daripada amalan-amalan kurang sihat.

xv.

Tekun

Tekun bermaksud berusaha bersungguh-sungguh dalam merealisasikan tanggungjawab. Anggota MITI yang tekun adalah anggota MITI yang komited dan fokus dalam menyempurnakan tugas serta sabar dengan cabaran yang datang. Anggota MITI yang tekun adalah warga yang tidak akan menerima kegagalan tanpa mencuba. Bagi memastikan tanggungjawab yang diamanahkan dilaksanakan dengan jayanya, anggota MITI selalu merancang, membuat pemantauan atau analisis dan memastikan keputusan atau tindakan adalah realistik. Ini kerana anggota MITI yang tekun adalah mereka yang fokus dan menghargai masa supaya sentiasa dapat melakukan perkara-perkara yang produktif. Sebaliknya, anggota MITI yang tidak tekun adalah mereka yang tidak fokus dan mudah merasa bosan atau putus asa. Ini kerana mereka selalu melakukan kerja atau tindakan berulang-ulang dengan kesalahan atau teguran yang sama. Akibatnya, mereka ini menjadi tidak produktif dan tiada peningkatan dalam kualiti kerja.
28

xvi.

Bertanggungjawab Anggota MITI tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya atau berkelakuan yang boleh diertikan sebagai tidak bertanggungjawab. Antara kepentingan persendirian dan tanggungjawab awam tidak boleh bercanggah. Ini penting bagi memastikan anggota melaksanakan tanggungjawabnya sebagai pemegang amanah negara dan rakyat. Bertanggungjawab juga boleh diertikan sebagai anggota tidak terlepas dari dipersoal jika gagal melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

xvii.

Berkecuali Anggota MITI perlu melaksanakan tugas mereka tanpa membawa apa-apa bentuk pengaruh atau tekanan luar berhubung dengan sesuatu tuntutan yang berkaitan dengan tugas awamnya. Mereka juga tidak dibenarkan menyertai secara aktif mana-mana parti politik untuk mengelakkan Kerajaan daripada menghadapi keadaan serba salah.

xviii.

Adil dan Saksama Anggota MITI perlu sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap orang ramai dan memberi mereka layanan yang teratur dan memuaskan. Anggota MITI hendaklah sentiasa membuat

pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap keputusan atau pelaksanaan tugas berasaskan peraturan dan pekeliling semasa serta fakta yang lengkap. Sebelum sebarang keputusan atau tindakan hendak dilaksanakan, penilaian secara objektif dan profesional serta pandangan pihak yang berkenaan harus diambilkira dan dijadikan input kepada keputusan dan tindakan yang bakal dicapai. Sebarang keputusan dan tindakan yang baik adalah untuk kemajuan dan kejayaan semua anggota organisasi. Kementerian juga dikehendaki mengadakan peraturan-peraturan yang mengutamakan nilai ini. xix. Prestasi Yang Cemerlang dan Berkualiti Anggota MITI yang berprestasi cemerlang selain dari lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK), boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat. Setiap anggota tidak boleh cuai dan kurang berusaha di sepanjang perkhidmatannya. Penghasilan kerja perlu ditunjukkan dengan berkualiti.
29

Oleh itu, anggota MITI perlu sentiasa meningkatkan keupayaan mereka menerusi peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengenai kerja. Kelemahan perlu segera diperbaiki supaya prestasi sentiasa berada di tahap yang tinggi. xx. Sikap Berjimat Cermat Kementerian perlu berjimat cermat dalam hal perbelanjaan terutama dalam menguruskan harta dan kepentingan Kerajaan dan Negara. Peranan Ketua Jabatan perlu dimainkan dalam semua aspek pengurusan bagi memastikan pengurusan kewangan yang berhemah.

30

Lampiran B CONTOH ETIKA BERPAKAIAN YANG DIBENARKAN

Lounge Suit (L)

Batik Malaysia
28

31

Pakaian Kebangsaan

Lounge Suit - Seluar (P)

29 32

Lounge Suit - Skirt Labuh (P)

Lounge Suit - Skirt Pendek (P)

30 33

Baju Kebaya

Baju Kurung

34

Pakaian kaum masing-masing

31

35

Anda mungkin juga menyukai