Anda di halaman 1dari 6

UJIAN MINAT BELAJAR (Soal Selidik)

Arahan : Sila tandakan (/) pada item berikut sama ada pada ruangan (Y) bagi Ya (bertepatan dengan diri anda) atau ruangan (T) bagi Tidak (tidak bertepatan dengan diri anda) Bil 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Pernyataan (item) Saya bangun pada pukul 6.00 pagi setiap hari Saya seronok pergi ke sekolah Saya datang 20 minit lebih awal sebelum sekolah bermula setiap hari Saya pulang 30 minit lebih lewat selepas tamat masa persekolahan setiap hari (sesi pagi) Saya membaca akhbar setiap hari Saya membaca sekurang-kurangnya sebuah novel setiap bulan Saya membaca sekurang-kurangnya 2 buah majalah akademik(seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Kuntum, Pintar dll) setiap bulan Saya selalu menonton berita TV pada pukul 8.00 malam ataupun mendengar berita radio Saya mengulangkaji buku-buku pelajaran 2 jam setiap malam sebelum tidur Saya suka pada semua kawan yang sekelas dengan saya. Kepada kawan yang lebih pandai daripada saya, lagi saya suka. Saya suka kepada semua guru. Saya tidak segan berjumpa mereka apabila saya ada masalah yang berkaitan dengan mata pelajaran Saya suka semua mata pelajaran Saya .cemburu. melihat kawan-kawan mendapat markah yang tinggi bagi setiap ujian atau peperiksaan Saya minum segelas susu atau minuman bersusu setiap hari Saya berasa tidak senang duduk selagi .kerja rumah. yang diberi oleh guru belum lagi disiapkan Saya rasa perjuangan belajar tidaklah seberat perjuangan tentera di perbatasan atau di medan perang Saya insaf dan sedar bahawa keluarga dan bangsa menaruh harapan yang tinggi pada saya Saya tidak kecewa dengan gelagat kawan-kawan yang suka menyindir atau memperli dengan kata-kata yang menyakitkan hati kerana terlalu .komited. (menumpukan sepenuh usaha dan perhatian) dengan perjuangan belajar. Misalnya mereka berkata .Jangan ganggu profesor kita, dia nak masuk universiti., .Kaki bodek cikgu., .Ulat Buku. dan sebagainya. Sebenarnya di dalam hati, saya senang dengan kata-kata itu Saya rasa guru yang suka marah-marah dan berleter .leter apabila saya tidak menyiapkan kerja sekolah adalah guru yang baik dan dihormati Dalam diam-diam saya berazam . Aku akan kejutkan kawan-kawan dan guru-guruku. Aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan. Jumlah Skor Y T

19 20

Ujian Minat Belajar Pengiraan Skor dan prestasi belajar Kira jumlah jawapan A. Bilangan YA X 5 B. Bilangan TIDAK X 2

= ____________ = ____________

SKIMA PRESTASI BELAJAR Cemerlang : 79 -100 Anda pelajar yang unggul (ideal). Anda adalah pelajar yang matang dan dewasa. Anda berjiwa kental. Lulus dengan cemerlang sudah pasti berada dalam genggaman anda. Masa depan anda bagai bulan purnama yang dipagari bintang bergemerlapan. Mengekalkan usaha dan tabiat belajar sedia ada menjadikan jalan anda menuju kejayaan bertambah terang benderang Amat Baik : 65-78 Anda pelajar yang dinamik. Anda sanggup menghadapi cabaran perjuangan belajar. Anda bakal memperolehi kejayaan yang cemerlang. Apabla anda dapat mengekalkan tabiat belajar anda, sudah pasti kejayaan menanti anda dengan senyuman. Baik : 51 - 64 Anda boleh lulus dalam peperiksaan. Sifat-sifat positif ada dalam diri anda. Tetapi awas! Anda boleh terjerumus sekiranya anda tidak berhati-hati. Anda perlu memperbaiki mana-mana kelemahan diri sebelum terlambat. Sederhana : 41 -50 Kelulusan anda dalam peperiksaan tidak dapat dipastikan Sifat-sifat positif dan gigih dalam diri anda tidak mencukupi. Anda perlu berjumpa dengan guru kaunseling bagi memulihkan semangat belajar anda. Segera bertindak sebelum anda terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur!!! Lembab : 37 . 40 Kejayaan tidak dapat diharapkan sekiranya anda berada dalam kategori ini. Anda berjiwa lemah dan tidak sanggup menghadapi cabaran. Anda perlu bersegera berjumpa guru kaunseling. Jika anda berbuat demikian, peluang anda terbuka semula. Kenapa mesti tunggu sehingga nasi benarbenar menjadi bubur!!! Mengecewakan : Bawah 36 Anda pelajar yang berjiwa terlalu lemah, tiada disiplin dan cita-cita. Anda hanya menunggu masa untuk berhenti sekolah sahaja.. Anda datang ke sekolah kerana terpaksa. Anda perlu berjumpa dengan guru kaunseling untuk mendapatkan khidmat nasihat. Bagaimanapun kelemahan anda masih dapat dipulihkan. Sebenarnya anda masih mempunyai harapan. Jika anda terus berputus asa, orang lain makan nasi dan anda makan air bubur sahaja!!!

INVENTORI BELAJAR SEBAGAI UJIAN PRA DAN UJIAN POS

INVENTORI BELAJAR
Berikut senarai 25 item yang berkaitan dengan tabiat belajar. Fikirkan dengan mendalam bagi setiap item. Tandakan (/) pada ruangan yang disediakan berdasarkan skala yang telah ditetapkan. SS S TP TS Bil 1. Sangat Setuju Setuju Tidak Pasti Tidak setuju SS S TP TS

2.

3. 4. 5.

6. 7. 8. 9. 10.

11.

12. 13. 14. 15.

Item Tabiat Umum Belajar Oleh kerana saya tidak suka kepada mata pelajaran tertentu, saya tidak akan mempelajarinya. Saya cuba gunakan apa yang sudah dipelajari daripada suatu mata pelajaran bagi mata pelajaran yang lain Saya lebih suka menonton televisyen walaupun saya tahu sepatutnya saya belajar Saya dapati sukar untuk belajar dengan baik Saya akan mencari beberapa orang kawan apabila tiba waktu belajar Konsentrasi/ Tumpuan Saya suka belajar di tempat sunyi Saya suka berkhayal apabila hendak memulakan pelajaran Saya mengambil masa yang lama untuk mula belajar Saya dapati sukar memberikan tumpuan semasa belajar Saya memerlukan .mood. yang baik untuk belajar Pengurusan Masa Saya tidak dapat belajar jika terikat dengan masa yang sudah ditetapkan bagi menyiapkan tugasan Saya banyak menghabiskan masa dengan perkara-perkara yang tidak penting Saya selalu mendapati masa belajar tidak mencukupi Saya pastikan saya tahu masa tugasan perlu dihantar Saya menyiapkan tugasan yang penting terlebih dahulu

Bil 16. 17. 18. 19. 20.

21. 22. 23. 24. 25.

Item Membaca dan mengambil nota Saya cuba menyimpulkan apa yang sudah saya pelajari Saya menghadapi masalah semasa membaca semua bahan pelajaran Saya menyusun nota-nota dengan rapi Saya dapati sukar mencatat nota di dalam kelas Saya cuba membaca semua isi pelajaran dengan seberapa segera yang boleh Peperiksaan Saya berasa takut dan sering tidak dapat menjawab soalan dengan baik Saya fikirkan dan merancang sebelum menjawab soalan Saya menyiapkan lebih awal dan menghantar kertas jawapan sebelum masa tamat Saya merancang pembahagian masa bagi setiap soalan sebelum saya mula menjawab Saya cuba menjawab setiap soalan berdasarkan nota-nota yang saya sediakan Jumlah skor

SS

TP

TS

TAHAP BELAJAR SAYA :_____________________________________________

Interpretasi Inventori Belajar Skor Tahap Belajar


25 - 30 Tabiat belajar cemerlang. Anda pasti memperolehi keputusan peperiksaan yang cemerlang, Insya-Allah. Kekalkan tabiat anda itu. 31 - 40 Tabiat belajar baik. Tumpukan pada mana-mana aspek yang lemah. 41 - 50 Tabiat Belajar Sederhana. Masih ada ruang dan masa untuk memperbaiki tabiat belajar anda.

51 -75 Tabiat Belajar Lemah. Perlu berusaha dengan lebh gigih untuk memperbaiki dan
mempertingkatkan tabiat belajar supaya anda tidak kecewa

Anda mungkin juga menyukai