Anda di halaman 1dari 4

Muka, dan Hilangnya Manusia Lihat mereka yang bermuka-muka Lihat semua yang bertopeng dua Lihat dunia

yang mendengus hiba Hilang diri tanpa suara. Hilang muka siapa yang empunya Hilang diri tiada yang bena Hilang manusia memang diduga Tiada siapa mampu bersuara. Tiada apa tidak diduga Tiada budaya hilang maknanya Tiada muka bertampang dua Tiada beza menjadi nyata. - donaldstephen 2012

Cermin dan Air Berdiri di hadapan cermin Kulihat wajah hodoh penuh cela di hapadanku Tolong, aku tidak mahu wajah itu menatapku! Lalu aku bertanya pada cermin Adakah salahmu wahai cermin kerana sompek mukamu? Aku sentiasa telus, jawab cermin Lalu cermin kuhempas Cermin pecah seribu. Aku berlari ke tepi kolam Tundukkan kepala dan wajah sama senyapaku Aku bertanya pada air Adakah salahmu wahai air, berwajah seperti itu? Aku sentiasa telus, jawab air Lalu kubaling lumpur ke dalam air Air menjadi keruh. Saat itu aku terpaku Lalu lantas kupohon maaf daripada cermin dan air Terasa diriku begitu kejam Persis semua orang yang mencaci aku Persis semua yang jijik melihat mukaku Alangkah kejamnya aku, sama seperti mereka itu Alangkah kejamnya mereka, kerana itu bukan salahku. Terima kasih, wahai cermin dan air Kerana sanggup menerima wajahku menjadi wajahmu Maka aku juga harus menerima diriku Sama seperti cermin dan air yang menerima diriku. -donaldstephen 2007

Jatuhnya Rona Sang Pekaka Kita lihat senja yang berlalu hiba Panji yang teguh digoyah manusia Berdepak-depak jatuh rona sang pekaka Kata mereka, pelepahnya harus sama. Rona tidak lagi mencantikkan kita Siapa kita dikata mempersona dosa Di mana terumbi kasih putih Kata mereka, biar terpadam hitam jahanam Terbang sedepa tanpa kenal erti kalah Biar malam terpendam bersama amarah Pasti mentari pagi menanti yang berani Biar bersinar rona sang pekaka Riang ria berdansa di angkasa. -donaldstephen 2013

Penulis: Berusia 23 tahun dan mula menulis sajak dan cerpen sejak berusia 12 tahun. Kini merupakan pelajar pascasiswah. Cerpen bertajuk Mencari Aku and Sajak bertajuk Bermatakah Insan Bermata diterbitkan di akhbar Utusan Sarawak pada tahun 2005. No. tel: 0107747224 Emel: donaldstephen89@gmail.com

Anda mungkin juga menyukai